Anda di halaman 1dari 4

Biskut Kastad Marjerin

Bahan-Bahan: 200 gm marjerin 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung kastard 1 cawan tepung jagung Cara: Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila.Apabila semuanya dah sebati masukkan tepung gandum.Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit.Hias dengan ceri yang dipotong halus. Cadangan Hidangan: Kalau lembik tambah sedikit tepung, kalau keras tambah marjerin. 1 biji kuning telur setengah cawan gula 1 sudu esen vanila 5 biji buah ceri

Agar-agar Cermin
Bahan-Bahan: 1 pkt Agar- Agar (direndam dan ditoskan) pkt gula (packet 1 kg) secubit garam 2-3 helai daun pandan Air secukupnya Cara: Air di didihkan and masukkan agar - agar. Kacau sehingga sabati dan masukkan secubit garam dan daun pandan. Setelah menjadi pekat. Kecilkan api. Ambil sedikit agar- agar dalam piring cawan dan campurkan sedikit perwarna merah. Buat yang sama untul warna hijau dan kuning. kemudian sejukkan 3 piring tersebut dalam peti sejuk bahagian ais batu. Tunggu beberapa minit dan setelah keras potong dadu kesemua 3 piring tersebut. Agar- Agar cair kemudian dituang ke dalam acuan yang mempunyai lubang di tengah - tengah. Masukkan ketiga-tiga warna dalam agar-agar tersebut da, kacaukan. Kemudian sejukkan. Cadangan Hidangan: Hiaskan Agar - Agar dalam plate. Kemudian hiaskan dengan buah anggur ungu di tengah-tengah dan juga di tepi piring. Semasa Menghidangkan, Potong agar- agar dan lettakkan beberapa biji anggur dalam mangkuk kecil da letakkan satu scope ais-cream. Tambahan: Hidangan ini murah tapi bergaya macam kat hotel. Perwarna merah, hijau, dan kuning

Agar-agar Buah Laici


Bahan-Bahan: 1 1 1 2 5 tin laici (asingkan airnya, buah laici dihiris nipis) cawan gula pasir peket agar-agar helai daun pandan cawan air

Cara: Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.Kemudian, masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah diasingkan tadi. Kemudian tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul disatu tempat sahaja. Sejukkan.

Bebola Coklat
Bahan-Bahan: 100gm coklat masakan 90gm krim putar 70gm kek coklat (ramas) Cara: Cairkan coklat dan krim putar. Setelah cair ketepikan dan terus dikacau sehingga sejuk. Kemudian tuangkan kek coklat yang diramas dan bulatkan seperti bola. Kemudian untuk bahan celupan luarnya kita perlukan 150gm coklat masakan dan 10gm cocoa butter. Cairkan dan cucuk bebola dengan garfu dan celupkan dalam coklat tadi dan sejukkan.

Biskut Badam Berkismis


Bahan-Bahan: 1 cawan mentega 1 cawan gula 2 biji telur cawan badam halus Cara: Pukul rata mentega dan gula. Masukkan telur dan kacau lagi. Campur semua bahan lain dan tepung sedikit-sedikit hingga adunan lembut dan boleh dicanai. Terap ikut acuan yang disukai. Sapu kuning telur dan hias badam. cawan kismis hitam cawan tepung jagung 1 sudu teh esen vanila Tepung gandum ikut lembut

Badam Bermadu
Bahan-Bahan: 250 gm mentega 100 gm gula 20 gm susu segar 360 gm tepung Cara: Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan lembut. Masukkan madu, susu, tepung, badam dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bulan sabit. Susun di dalam dulang yang telah dilengser dengan sedikit mentega dan bakar 15 minit pada suhu 180'c. Tabur gula aising pada biskut sebelum dihidangkan. 150 gm badam, dicincang halus 5 gm serbuk penaik Sedikit gula aising untuk hiasan

Agar-agar Jagung
Bahan-Bahan: 1 1 1 2 bungkus agar-agar tali tin jagung krim tin susu cair cawan gula pasir Pewarna kuning telur 1 sudu teh esen vanilla 3 cawan air

Cara: Didihkan air dan masukkan agar-agar hingga hancur. Masukkan jagung krim yang telah dikisar, gula dan susu cair. Kacau rata dan didihkan sebentar sebelum memasukkan pewarna dan esen vanilla. Tuangkan agar-agar ke dalam acuan mengikut suka dan sejukan.

Karamel
Bahan-Bahan: Bahan A (puding) 250 ml susu sejat 250 ml air 3 biji telur 4 sudu besar gula pasir 1 sudu besar mentega 1 sudu kecil esen vanila Cara: Satukan bahan (B) dalam periuk. Masak hingga pekat dan kekuningan. Tuangkan sirap ini ke dalam mangkuk kecil. Ketepikan. Bahan (A): Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula kastor dan pukul lagi. Tuangkan susu sejat, air dan esen vanila. Kacaukan hingga sebati. Kemudian tuangkan adunan ini kedalam mangkuk yang berisi gula hangus. Bubuhkan sedikit margerin di atasnya. Kukus di dalam pengukus selama 20 minit. Bahan B (gula hangus) 125 gula pasir 4 sudu besar air

Choco Banana Smoothie


Bahan-Bahan: pisang 1-2 biji bergantung kepada saiz pisang. milo 3-4 sudu besar Cara: masukan kesemua bahan ke dalam blender. Kisar hingga semuanya sebati dan ais tadi telah betul-betul hancur. kemudian tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk di nikmati. selamat mencuba. susu segar/ susu sejat 1 cawan gula (ikut suka) ais batu 7-8 ketul.

Air Betik
Bahan-Bahan: 1 biji buah betik (yang masak) cawan air gula Cara: Betik dikupas kulitnya dan potong kecil-kecil. Kisar dalam blender dengan air gula dan air sejuk hingga hancur. Kemudian ditapis ambil airnya, Perahkan air limau kacau rata-rata dan sejukkan. 1 biji limau nipis 1 gelas air sejuk

ABC Mangga
Bahan-Bahan: 200 gm mangga masak 500 ml air masak 50 ml susu skim Cara: Masukkan isi mangga, susu skim dan air ke dalam pengisar dan putar hingga hancur. Sejukkan di dalam peti sejuk. Semasa menghidang, isikan satu sudu kacang merah dan satu sudu kismis dalam setiap gelas (4 gelas). Tuangkan air mangga sama banyak ke dalam setiap gelas. 100 gm kacang merah yang telah direbus 50 gm kismis atau sulatanas

Bikut Batik Mawi


Bahan-Bahan: 1 ketul buttercup 250g 1 cawan nestum (dikisar) 1 cawan kacang tanah (dikisar) cawan gula cawan susu cair sudu teh esen vanilla 1 cawan milo 4 biji telor Cara: semua bahan kecuali biskut dimasukkan ke dalam kuali. masak hingga pekat. kemudian susun biskut merry dalam bekas, tuang adunan, tekan supaya mampat. sejukkan ,kemudian masukkan kedalam peti sejuk Cadangan Hidangan: sesuai untuk minum petang dan bila-bila suka Tambahan: potong apabila sejuk 1 gelas air masak suam 2 sudu besar serbuk koko kilo biskut merry - besar potong 2

Aiskrim Sirap
Bahan-Bahan: 1 botol susu cair ikut cita rasa kgkacang tumbuk setengah kilo agar-agar sekotak coffee mate Cara: masak agar-agar hingga cair. masukkan coffee mate kedalam agar tadi. apabila sudah rata masukkan susu cair dan kacang tumbuk.masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk.tumbukkan ceri dan hingga lumat masukkan ke dalam adunan.kemudian cairkan coklat tadi dan masukan juga ke dalam adunan.pukul hingga kembang selepas itu masukkan kedalam peti sejuk Cadangan Hidangan: cedok ais krim dan masukkan dalam kon. Tambahan: jika ingin lebih sedap dan menarik masukkan pewarna sirap dan coklat yang lebih tadi diatas aiskrim sirap coklat cair ceri

Biskut Bertih Jagung Rangup


Bahan-Bahan: 150 gm mentega 75 gm gula kastor 30 gm badam cincang 60 gm bertih jagung (diramas sedikit) Cara: Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan badam cincang, bertih jagung, coklat cip dan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan gaul sebati. Ambil sedikit adunan dan bulatkan. Sapu kuning telur dan hias dengan ceri hijau. Bakar hingga masak. 50 gm coklat cip 1 sudu teh esen vanila 150 gm tepung gandum Ceri hijau untuk hiasan

Anda mungkin juga menyukai