Anda di halaman 1dari 6

SPESIFIKASI TUGAS J/KUASA KECIL Urusetia Teknik dan Pertandingan 1. Menyediakan peraturan-peraturan pertandingan. 2.

Menyusun dan mengedarkan jadual pertandingan/aturcara. 3. Menguruskan hal-hal kepegawaian/kepengadilan pertandingan ( referi/hakim/penjaga masa/skorer ) 4. Menyediakan senarai pegawai bertugas semasa pertandingan. 5. Mengumpul keputusan pertandingan. 6. Mencetak dan mengedarkan keputusan rasmi. 7. Mengadakan tempat urusetia pertandingan sebagai pusat kawalan/informasi pertandingan. 8. Menguruskan majlis perjumpaan/taklimat pegawai-pegawai pertandingan dan pengurus pertandingan. 9. Mengatur perjumpaan juri rayuan ( jika perlu ) dan mendapat keputusan. 10. Memastikan gelanggang siap sedia dan sesuai untuk pertandingan. 11. Menyelaraskan tugas-tugas dengan J/kuasa yang lain. 12. Menyedia/menghantar laporan kepada J/kuasa dokumentasi.

J/Kuasa Kecil dan Peralatan 1. Menyediakan peralatan untuk pertandingan ( klipbod, papan skor/meja skorer dan penjaga masa, jam randik, bangku untuk pemain-pemain simpanan, kelengkapan untuk pertandingan dll ) 2. Menyediakan senarai alatan yang diperlukan untuk acara pertandingan

3. Menyediakan senarai petugas menjaga keselamatan/penggunaan alatan semasa pertandingan. 4. Memastikan semua peralatan untuk pertandingan ada disediakan sama ada oleh j/kuasa ataupun disediakan oleh peserta pasukan yang bertanding. 5. Menyimpan semula semua alatan yang dipinjam/diambil dari setor atau mana-mana sumber. 6. Menyediakan boring-borang teknikal untuk acara permainan yang dipertandingkan (boring penyertaan/pendaftaran, score-sheet dan boringborang keputusan. 7. Menandakan kawasan larangan bagi penonton. 8. Menyelaraskan tugas-tugas dengan J/kuasa yang lain. 9. Menyedia/menghantar laporan kepada J/kuasa dokumentasi.

J/kuasa Kecil Kebajikan dan Keselamatan. 1. Menguruskan pasukan bantu mula (pertolongan cemas) dan jadual bertugas dalam setiap pertandingan permainan. 2. Menyediakan tempat rehat/bilik sakit bagi peserta yang sakit/cedera. 3. Memastikan peralatan bantu mula (kotak pertolongan cemas/stretcher) sentiasa ada dan sesuai untuk digunakan. 4. Memberi bantuan kecemasan kepada peserta yang cedera semasa pertandingan sedang berlangsung dan menghantar ke hospital untuk rawatan lanjut (jika perlu) 5. Menguruskan minuman untuk pengadil-pengadil dan petugas-petugas bagi setiap perlawanan.

6. Menjalankan tugas-tugas kebajikan dan keselamatan lain yang sesuai. 7. Menyelaraskan tugas-tugas dengan J/kuasa yang lain ( seperti j/kuasa pertandingan ) 8. Menyedia/menghantar laporan kepada J/kuasa dokumentasi.

J/Kuasa Kecil Buku Program/Jemputan dan Sambutan 1. Mendapatkan maklumat aturcara/program daripada Urusetia. 2. Menyediakan buku program pertandingan untuk diedarkan kepada pihak berkenaan. 3. Menyediakan buku program majlis penutup ( dapatkan aturcara daripada Urusetia atau J/Kuasa Majlis Penutup ) 4. Membantu urusetia menyediakan dokumentasi pertandingan. 5. Menghantar surat/kad jemputan ( pensyarah ) 6. Memastikan/mengenalpasti pelajar yang akan menyambut tetamu kehormat dan jemputan khas semasa majlis penutup (rujuk Ketua Unit Kokurikulum ) 7. Memastikan tetamu jemputan khas/VIP duduk di tempat duduk yang disediakan pada masa majlis penutup (berkerjasama dengan J/kuasa Majlis Penutup ) 8. Menyedia/menghantar laporan kepada J/kuasa dokumentasi.

J/Kuasa Kecil dan Hadiah/Sijil 1. Memastikan tetamu khas/VIP yang hadir. 2. Memastikan tempat duduk tetamu khas/VIP disediakan dan telah disusun (rujuk J/K Siaraya dan Kemudahan-yang menyediakannya) 3. Memastikan tempat duduk /kerusi tetamu/jemputan disediakan dan telah disusun ( rujuk J/K Siaraya dan Kemudahan ) 4. Sediakan meja kecil untuk VIP (lengkap dengan alas meja, gelas dan air mineral) 5. Memastikan mikrofon dan pembesar suara berfungsi (rujuk J/K Siaraya) 6. Memastikan rosterum disediakan. (rujuk JK Siaraya dan Kemudahan) 7. Memastikan tempat majlis penutup dihias. (rujuk JK Siaraya dan Kemudahan) 8. Mengenalpasti pengacara majlis. 9. Mengenalpasti personal yang mengetuai bacaan doa. 10. Menyediakan aturcara penutup (dapatkan maklumat daripada urusetia) 11. Pastikan buku program/atur cara penutup diambil daripada J/Kuasa Program dan edarkan kepada tetamu khas/VIP dan jemputan yang hadir. 12. Menentukan kedudukan peserta dan memastikan semua telah bersedia sebelum majlis dimulakan. 13. Dapatkan sijil/hadiah daripada urusetia dan susun seperti yang sepatutnya. 14. Sediakan meja tempat letak sijil/hadiah. 15. Sediakan tray yang beralas kain untuk upacara penyampaian sijil.

16. Sediakan sekurang-kurangnya dua orang wanita (pensyarah atau pelajar) untuk menguruskan sijil semasa upacara pemyampaian sijil dilaksanakan. 17. Menyedia/menghantar laporan kepada J/kuasa dokumentasi.

J/Kuasa Kecil Jamuan 1. Menguruskan jamuan untuk majlis taklimat pengurus pasukan dan majlis penutup. 2. Rujuk Setiausaha/P.Setiausaha J/Kuasa Pengelola untuk mendapatkan bilangan pengurus pasukan, pengadil, pegawai petugas untuk majlis taklimat pengurus/pegawai pasukan dan juga bilangan tetamu kehormat, petugas/pegawai/jawatan kuasa/pensyarah untuk majlis penutupan. 3. Menyediakan menu jamuan untuk majlis taklimat pengurus pasukan dan majlis penutupan (rujuk anggaran belanja yang diputuskan oleh mesyuarat J/Kuasa Pengelola) 4. Berhubung dengan pembekal yang telah dikenalpasti untuk menyediakan makanan. 5. Menyediakan bilik atau tempat jamuan taklimat dan majlis penutupan. 6. Menentukan pensyarah/pelajar yang bertugas untuk setiap majlis jamuan tersebut. 7. Memastikan makanan dibekalkan/disediakan mengikut jadual masa yang ditetapkan.

8. Memastikan menu yang disediakan oleh pembekal cukup, lengkap dan elok. 9. Memastikan tempat jamuan dikemaskan setelah selesai jamuan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai