Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI Syukur Alhamdulillah di atas limpah dan kurnia-Nya dapatlah saya berjaya menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan

ini. Banyak yang telah saya pelajari dari hasil membuat tugasan ini. Di antaranya ialah memerlukan sifat bekerjasama di dalam sesebuah kumpulan. Walaupun agak sukar memandangkan kami berdua berlainan jantina terutamanya bila ingin membuat diskusi dan mencari maklumat serta membuat kajian selidik bersama-sama tetapi ianya berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Semasa menyiapkan tugasan ini, secara tidak langsung dapatlah saya menambahkan ilmu pengetahuan tentang peranan seorang guru sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, muddaris. Ini boleh membantu saya untuk memperbaiki diri serta mempersiapkan diri saya semasa saya bertugas sebagai seorang guru kelak. Banyak juga konsep yang telah saya pelajari untuk menjadikan saya sebagai seorang guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, muddaris dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah dan harapan saya agar dapatlah saya mengaplikasikannya sepanjang hidup saya bergelar seorang guru nanti. Wassalam. Sekian, terima kasih. Hirawati binti Abdul Rahman 820125085700 IPG Ilmu Khas

Anda mungkin juga menyukai