Anda di halaman 1dari 3

BIDANG-BIDANG FONETIK BAHASA MELAYU Fonetik Akustik Fonetik akustik ini merujuk kepada kajian transmisi signal bunyi

dari penutur kepada pendengar semasa berkomunikasi berlangsung. Signal bunyi yang dipindahkan ini pula mempunyai parameter-parameter seperti frekuensi fundamental (Fo) yang diukur dalam unit Hertz (Hz), intensiti dalam unit decibel (dB) dan durasi dalam unit saat (s) menyokong fungsi makna-makna tertentu. Dari sudut pendengar, ketiga-tiga parameter ini dipersepsikan masing-masingnya sebagai kelangsingan bunyi, kelantangan suara dan kepanjangannya. Kesemua yang terlafaz ini selari dengan objektif komunikasi dan dapat dikatakan bahawa selalu semua alkan dirancang dalam minda si penutur sebelum diucapkan. Keselarian ini berlangsung kerana ketiga-tiga parameter yang digunakan mendukung makna-makna yang tertentu. Norma dan makna ditentukan oleh masyarakat untuk menutur sesuatu bahasa. Sebagai contoh, lafaz bunyi em dalam ayat bahasa Melayu boleh menggantikan jawapan ya dalam ayat tanya berikut; Awak yang makan nasi lemak itu? Jika lafaz bunyi em yang diberikan itu panjang , maka jawapan ya bagi soalan di atas. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, ketentuan makna yang tidak bertulis seperti ini merupakan norma-norma yang disepakati oleh masyarakat penutur bahasa Melayu. Perlu ditekan di sini, hanya penutur dan si pendengar yang hadir dalam konteks tersebut dapat memahami peristiwa bahasa yang sedang berlaku itu. Dengan menggunakan perisian computer bernama Praat, bacaan unit-unit dapat dilihat. Program ini dicipta oleh sarjana Belanda yang bernama Boersma, P. dan David Weenink (1992). Pengkaji-pengkaji dalam bidang ini mengguankan bacaan parameter ini bagi mendapatkan pola-pola tertentu dalam mendeskripsiakn pemindahan signal yang berlaku. Garfik signal akustik ini mampu dilihat. Signal akustik ini dinamakan sebagai osilogram yang mengandungi fitur-fitur prosidi seperti kelangsingan,

kelantangan dan kepanjangan. Signal ini juga boleh dianalisis menggunakan program Praat bagi mendapatkan bacaan parameter Fo iaitu kependekan yang merujuk kepada fundamental frekuensi yang dipresepsikan oleh pendengar sebagai kelangsingan, intensiti iaitu kelantangan suara dan durasinya.

Fonetik Artikulatori Fonetik artikulatori merujuk kepada kajian yang mengelaskan cara-cara sesuatu bunyi dilafazkan . pendeskripsian ini melibatkan daerah dan organ artikulasi yang berfungsi melafazkan bunyi-bunyi dalam bahasa. Daerah artikulasi ialah bahagian saluran suara yang tidak bergerak tetapi disentuh oleh organ artikulasi sewaktu berlakunya sesuatu sebutan manakala organ artikulasi pula ialah organ ujaran dalam saluaran suara yang terlibat dalam pengeluaran Alat artikulasi terbahagi kepada dua bahagian, iaitu artikulator dan daerah artikulasi. Artikulator adalah bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah rongga mulut. Daerah artikulasi termasuklah gigi atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut. Bahagian alat pertuturan ini terletak di atas rongga mulut yang tidak boleh digerakgerakkan dan hanya dapat didekati atau disentuh dalam proses pengeluaran bunyibunyi bahasa. Perbezaan daerah dan organ dalam proses menghasilkan bunyi-bunyi bahasa inilah yang menimbulkan penamaan bunyi-bunyi sperti letusan bibir tak bersuara dan bersuara, getaran gusi dan lain-lain.

1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. Gigi bawah 5. Gusi 6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Lidah 10. Epiglotis 11. Pita suara 12. Rongga tekak 13. Rongga hidung 14. Rongga mulut 15. Tenggorok Fonetik auditori Fonetik ini adalah kajian mengenai sebutan bunyi yang didengar. Proses yang terlibat dinamakan sebagai merekod, yang melibatkan pendengar. Penutur mengintegrasikan makalumat yang hendak disampaikan ke dalam bentuk kod-kod tertentu seperti bunyi, kata dan ayat. Manakala pendengar pula mentafsirkan maklumat ini dalam otak bagi menjadikannya sesuatu yang bermaknadalam komunikasi yang berlangsung.

Kajian ini berkaitan dengan kerangka psikologi, iaitu kajian persepsi respons kepada bunyi tuturan seperti yang direfleksikan oleh pendengar. Pandangan pendengar kepada ujaran yang terlafaz melibatkan unsur kelangsingan, kelantangan dan kepanjangan yang secarasendirinya mempunyai makna emosi tertentu. Makan emosi ini mreupakan satu kod yang ditentukan oleh anggota masyarakat penutur sesuatu bahasa. Untuk mendapatkan makna emosi ini kajian perlu dilakukan dengan kaedah soal selidik yang dinamakan ujian persepsi. Kajian ini dilakukan ke atas penutur bahasa yang data bunyinya dianalisis bagi menjamin ketepatan keputusan ujian tersebut.

Anda mungkin juga menyukai