Anda di halaman 1dari 57

REKABENTUK PENGAJARAN

NOTA KULIAH TOPIK 2 EN ABDUL SHUKUR AHMED

KANDUNGAN
Pengertian Peranan Dan Kepentingan Model-Model Reka Bentuk Pengajaran Reka Bentuk Mesej

PERSOALAN?
Pernah dengar RP Untuk apa Bagaimana ADDIE ASSURE Anda adalah seorang guru satu matapelajaran di sebuahsekolah. Sebagai seorang guru anda memilih MODEL ASSUREuntuk merancang dan menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Mengapakah anda memilih MODEL ASSURE berbanding Model ADDIE sebagai rekabentuk pengajaran anda? Terangkan bagaimana Model ASSURE ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda?

Sebelum bermula
Topik ini berfokus kepada Bagaimana Rancangan Pengajaran Harian disediakan. Maka Fokuskan minda anda kepada Rancangan Pengajaran Harian yang akan anda sediakan. Fikirkan satu tajuk dari topi dalam subjek sekolah rendah yang akan anda ajar. Rancangan Pengajaran Harian anda sebenarnya berasal dari salah satu model yang akan dijelaskan dalam kuliah ini.

Manusia sentiasa berada dalam proses pembelajaran. Seseorang individu belajar untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran melalui pengalaman untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian. Menurut Sulaiman (2004), pembelajaran adalah proses dalaman yang dialami oleh pelajar melalui pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang diberikan dan membawa perubahan kognitif dan tingkah laku pelajar secara kekal.

1. PENGERTIAN
Reka Bentuk Pengajaran ialah satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran
RP proses yang berlaku dalam minda guru sebelum dibawa untuk dipraktiskan Apa itu prinsip umum pengajaran?

Satu proses yang bersistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan menilai pengajaran
(Dick & Reiser, 1989)

Mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran
(Richey, 1986)
Guru pelatih biasanya akan menghabiskan banyak masa untuk menyediakan RPH, BBM, soalan dan lain-lain sepanjang tempoh praktikum.

Atau kata lainnya


RP menetapkan apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar agar pembelajaran dapat berlaku.
Contoh: menyediakan satu perancangan yang sistematis, tersusun, jelas dengan bantuan alat yang sesuai bagi tempoh yang telah ditetapkan untuk sekumpulan pelajar yang telah dikenalpasti serta menilai hasil pengajaran bagi tajuk lompat keting-ting

3 peringkat
Penentuan objektif Perancangan pengajaran dan pembelajaran Penilaian pengajaran dan pembelajaran

EMPAT BIDANG RP
Yusup Hashim (1998) RP merupakan proses untuk menentukan ciri-ciri dan keperluan untuk pembelajaran: Reka bentuk sistem pengajaran
Prosedur untuk membina, melaksana dan menilai pengajaran

Reka bentuk strategi


Proses memilih, menyusun aktiviti p&p

Reka bentuk mesej


Merancang format penyampaian

Ciri-ciri pelajar
Melihat aspek latar belakang, pengalaman, kemahiran, sikap pelajar yang hendak diajar

Pengajaran yang dirancang dengan teliti dan lengkap membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif.
Pelajar akan merasa seronok, baru tahu oohh..macam nie lompot keting-ting bukan macam tulaahahahahaseronok bermain kejar-kejar secara keting-tingfuuhhh letih tapi bestcikgu nak sambung lagihah kalau pandai lompat ketinging nanti boleh jadi kijang..bukanlah boleh lompat kijangye keee, ok berbaris untuk balik ke kelas, terima kasih cikgu, cikgu bestlah.

Contoh lain: ajar bola baling, teknik untuk melantunkan bolasaat akhir dah ketandusan idea..hah gunakan belon, lantunkan ke rumput.pergi beli sebungkus belon, bawa ke kelas esok, minta pelajar darjah 3 tu tiup belon nie dululepas tu baru buat aktivitibukan lama 30 minit jeee

Cuba ceritakan kepada saya apa yang berlaku semasa sesi pengajaran guru ini.

Pada pandangan anda penting atau tidak RP kepada guru?

TIGA KATOGERI RP
Memandangkan RP ini Penting kepada guru maka boleh dibahagikan kepada 3 katogeri iaitu: RP sebagai satu proses
Menganalisis keperluan p&p dan matlamat pembelajaran Membina sistem penyampaian untuk capai matlamat Menyediakan bahan dan aktiviti p&p Melaksanakan perancangan p&p Membuat penilaian keatas pengajaran dan aktiviti pembelajaran

RP sebagai satu disiplin


Iaitu satu cabang ilmu pengetahuan berkaitan penyelidikan dan teori, strategi, proses perlaksanaan pengajaran

RP sebagai satu sains


Kaedah merancang, membentuk, melaksana, menilai, dan menyelenggarakan situasi yang menggalakkan pembelajaran

2. PERANAN DAN KEPENTINGAN RP


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mewujudkan pengajar yang kompiten Hasilkan pengajaran berkesan Bantu mewujudkan keyakinan & Kepercayaan Pengajaran lancar. mudah untuk di nilai. Meningkatkan pencapaian pelajar. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai. 9. Membantu dalam proses membuat keputusan. 10. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yg pelbagai. 11. Menjimatkan masa dan peruntukan yg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh

Selain mewujudkan pengajar yang kompeten, tumpuan utama RP ialah untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Pengajar yang kompitern akan jadi ikutan pelajar dan rakanrakan sekerja. Tempat rujukan dan tumpuan permasalah p&p. Doa pelajar dan rakan akan sampai kepada kamu. Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan.
melahirkan insan sempurna dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi.

3. MODEL-MODEL
Sebenarnya terdapat banyak Model Reka Bentuk Pengajaran.
Andrews dan Goodson (1980) telah mengkaji dan menganalisis 40 model reka bentuk pengajaran dan kebanyakan model-model RP yang digunakan sekarang mempunyai elemen yang sama. Gustafson (1981) juga telah membuat tinjauan tentang modelmodel reka bentuk pengajaran dan beliau dapati pada keseluruhannya tiap-tiap model itu hampir sama.

(Briggs, Gustafson dan Tillman, 1991).


Cuma yang berbeza ialah dari segi istilah yang digunakan, untuk siapa, bila dan cara model itu direka bentuk dan digunakan

Richey (1986) telah mengkaji pula kajian yang dibuat oleh Andrew dan Goodson dan telah memutuskan bahawa terdapat enam elemen asas dalam model reka bentuk pengajaran.

pula telah mengkaji semua modelmodel yang dinyatakan di sini dan membenarkan dapatan bahawa fokus anda kepada 6 elemen ini sahaja sudah cukup;
Shukur (2012)

Enam Elemen asas Model RP:


1. 2. 3. 4. Menentukan keperluan pelajar. Menentukan matlamat dan objektif. Membina prosedur penilaian. Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian. 5. Mencuba sistem pengajaran. 6. Menilai keseluruhan sistem.

Model-model RP yang paling banyak digunakan dan yang mempunyai hampir kesemua elemen RP yang tersebut di atas adalah: model Briggs (1977), model Gagne', Briggs dan Wager (1988, 1992), model ASSURE (1982, 1985, 1989, 1993, 1996), model Romizowski (1981, 1984, 1988), model Dick dan Carey (1978, 1985, 1990) dan model Dick dan Reiser (1989 ).

Pembahagian Model
Berdasarkan kajian keatas elemen-elemen yang dikemukakan oleh para pengkaji kesimpulan yang dibuat oleh Gustafon (1991) adalah sangat menarik, iaitu beliau telah membahagikan RP ini kepada 3 model.
Atau dengan kata lainnya model-model boleh di katogerikan kepada 3 perkara
Model Untuk sekolah Model Untuk produk Model Untuk sistem

Model berorentasikan sistem


Berorientasikan sistem
Berskala besar dan melibatkan perancangan jangka panjang- cth Dick & Carey (1979) bina program pengajian guru PJK sekolah rendah berijajah pertama
(Gustafon, 1991)

Model berorentasikan produk


Berorientasikan produk- cth Reigeluth (1990) bina kurikulum

Bersekala sederhana contoh pembinaan kurikulum PJK sekolah rendah

Model berorentasikan sekolah


Berorientasikan bilik darjah
Berskala kecil, bertumpu bagi satu masa pembelajaran- cth model ASSURE Belajar lompat keting-ting

MODEL BEROTENTASIKAN SEKOLAH


Ini menjadi fokus kita Guru tidak perlu merancang dan menggubal kurikulum tetapi perlu memilih bahan sumber yang sesuai untuk melaksanakan kurikulum tersebut.

Bila bermula
Semasa perang dunia ke 2. kumpulan psikologi mula membuat kajian- latihan perkhidmatan ketenteraan. Selepas perang digunakan untuk pendidikan Teori-teori
behaviorism,
Cognitivism Pavlov makanan, anjing dan loceng Skema struktur pengetahuan dalaman Model pemprosesan maklumat (STM & LTM) Pembinaan ilmu bukannya pemindahan ilmu CAI

Constructivsm

Model ADDIE
diasaskan oleh Rosset pada tahun 1987 dan sering menjadi asas kepada model rekabentuk berarahan yang lain. Merupakan proses generik yang perlu diubah suai sebelum dapat digunakan menjadi asas kepada semua model RP
Berarahan, contoh bagaimana hendak menerbangkan sebuah kapal terbang? Apa langkah-langkah sebelum, semasa dan selepas

Model ADDIE
mengandungi 5 langkah iaitu: A Analyse (Analisis) D Design (Reka bentuk) D Develop (Bina) I Implement (Laksana) E Evaluate (Nilai)

ADDIE
proses mendefinisikan bahan yang sepatutnya dipelajari Pada peringkat ini beberapa analisis akan dilakukan seperti analisis persekitaran pembelajaran, analisis pengguna dan menentukan matlamat pengajaran. Terdapat beberapa soalan yang boleh diajukan semasa proses analisis iaitu : Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya? Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud? Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran? Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?

Contoh
- Siapakah pengguna dan apakah sifat-sifatnya?
- Pelajar darjah 3, kecil, kurang stabil fizikal

- Menentukan sikap baru yang akan dipamerkan


- Melaksanakan lompat keting-ting dengan betul

- Apakah jenis halangan pembelajaran yang wujud?


- Susah kawal, ramai, suka bemain, tempat latihan tiada, tempoh pengajaran singkat

- Apakah pilihan bentuk penyampaian pembelajaran?


- Tunjuk cara amali, video, gambarajah kedudukan kaki , permainan bersyarat

- Apakah tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut?


- 2 hari

ADDIE
proses menentukan cara pembelajaran akan berlaku

Menyediakan Dokumentasi projek yang mengandungi reka bentuk berarahan, visual dan strategi rekabentuk Aplikasi strategi pengarahan bergantung kepada sikap yang dipamerkan oleh pengguna seperti kognitif, afektif dan psikomotor.
Sediakan set arahan kerja, langkah demi langkah sehingga aktiviti terakhir (psikomotor)

ADDIE
proses mengarang dan menghasilkan bahan pengajaran

Kerja- kerja pembangunan bahan bantu mengajar, contohnya projek mulimedia akan dilakukan mengikut spesifikasi keperluan yang dipersetujui. Setiap pembangunan dan bahan akan diuji agar ia konsisten dan dapat beroperasi dengan berkesan.
Menyediakan bahan yang berkenaan, warna, saiz, bunyi, kejelasan, sesuai; uji sesuai untuk paparan atau tidak

ADDIE
proses melaksanakan pengajaran dalam dunia sebenar

Prosedur perlaksanaan beserta bahan multimedia dan bahan pengajaran lainnya yang telah disiapkan akan digunakan (diuji ) kepada pengguna sebenar. Cuba mengenalpasti kesilapan dan kelemahan bahan yang digunakan begitu juga dengan langkah-langkah perlaksanaan. Sekiranya berlaku kesilapan, pembaikan akan dilakukan sebelum ia diguna semula dalam sesi lainnya.

ADDIE
proses mengenal pasti impak pengajaran Fasa penilaian terbahagi dua iaitu formatif dan sumatif. Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang memerlukan maklumbalas pengguna seperti
isi kandungan, strategi dan elemen multimedia Caranya melalui kaedah temubual, soal selidik penyeliaan dan pengujian.

Model ASSURE
Model yang dibangunkan oleh Heinich dan rakan-rakannya (1982) bertujuan untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media. Dapat membantu guru merancang p&p dengan baik dan berkesan kerana model ini berasaskan bilik darjah

Model ASSURE mengandungi 6 langkah:


A : Analyse learner (analisis pelajar) S : State objective (nyatakan objektif) S : Select method, media & materials (pilih kaedah, media dan bahan) U : Utilise media & materials ( gunakan media dan bahan) R : Require learner participation (dorong penglibatan pelajar) E : Evaluate and revise (nilai dan semak)

ASSURE
A- Analyse learner (analisis pelajar)(1) Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomi (2) kopetensi khusus pringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik
Fokus sebenarnya buat kesimpulan untuk kelas secara keseluruhannya

Pada peringkat ini masalah pengajaran, objektif dan matlamat pengajaran perlu dijelaskan terlebih dahulu. Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan analisis seperti berikut:
Siapa kumpulan sasar? Apakah ciri-ciri mereka? Apakah hasil pembelajaran yang hendak dicapai? Berapa tempoh perlaksanaannya?

ASSURE
S- State Objective (nyatakan objekif)(1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid dpd P&P (2) fokus kpd pengetahuan, kemahiran dan sikap yg baru utk dipelajari.
Pengetahuan Kemahiran Sikap

Pada peringkat ini kita seharusnya menyatakan apakah objektif pembelajaran terhadap kumpulan sasar. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan capai.
Menyatakan 3 dari 5 langkah yang betul untuk lompat keting-ting. (pengetahuan) 18 dari 20 pelajar dapat melompat keting-ting sejauh 20 meter dalam masa 4 minit. (kemahiran) Pelajar tahu langkah-langkah untuk lompat keting-ting Pelajar boleh menjawab soalan yang dikemukakan

ASSURE
S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)-

Kaedah; perbincangan, kajian kes, kajiam makmal, kajian lapangan,tunjuk cara, tutorial, amali, simulasi, demonstrasi, latihan tubi, pembelajaran kendiri .
Kaedah dan strategi pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Strategi yang diamalkan pada masa kini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan kepada pelajar aktif.

Media; kreteria(1)sepadan dgn kurikulum (2) maklumat tpt/terkini (3) bahasa jelas (4) tarik minat/cetus motivasi (5)galak penglibatan pel ajar (6)kualiti teknikal (7) terbukti keberkesanan (8) ada panduan guna. Rek a bentuk

Bahan; ambil kira; Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. (1) objektif (2) pelajar (3) kos (4) kepakaran teknikal (5)peralatan (6)fasiliti (7)masa

ASSURE
U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); langkah (1)prebiu bahan (2) sediakan bahan (3) sediakan persekitaran (4)sediakan pelajar (5)Sediakan pengalaman pembelajaran.

Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahanbahan pelbagai bentuk dan media; cetak, komputer, video, gambar dan lain-lain. Boleh juga menggunakan bahan yang sedia ada tetapi perlu dipastikan bahan tersebut diubahsuai, ditambahbaik dan dibaik pulih sesuai dengan situasi semasa. Perlu diingat guru hendaklah menentu arah tuju pengajaran dan pembelajaran. Pada masa kini penggunaan bahan capaian seperti internet, e-learning, online learning, laman web dan sebagainya sudah menjadi kebiasaan.

ASSURE
R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar);
latihan, kuiz, projek

Pada fasa ini, pengelibatan pelajar adalah penting. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini pelajar terlibat dalam kerja kumpulan, berbincang dan memberi idea, pelajar membuat simulasi dan juga membuat beberapa aktiviti seperti membuat kajian kes.

ASSURE
E-Evaluate and revise (nilai dan semak) (1)nilai pencapaian pelajar (2)pembelajaran yang di terhasil (3)media/kaedah (4)penggunaan guru (5) penggunaan murid.

Penilaian formatif memberi maklum balas semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Maklum balas ini dapat digunakan untuk membetulkan atau menambahbaikan proses dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan tadi di masa hadapan.
Kadang-kadang perancangan pengajaran dan pembelajaran kelihatan cantik dan sempurna tetapi gagal apabila dilaksanakan.

Jueteru itu adala penting untuk guru untuk mencuba perancangan pengajaran ke atas sekumpulan kecil pelajar untuk mendapat maklum balas keberkesanan perancangan tersebut.

Penilaian sumatif ialah penilaian pada kursus unit atau peringkat pembelajaran yang memberikan maklum balas tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh. Datayang dikutip memberikan maklumat tentang pencapaian objektif yang ditetapkan. Oleh itu model ASSURE amat menekankan penilaian formatif dan juga sumatif.

MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992)


Tentukan matlamat pengajaran Laksanakan analisis pengajaran Kenal pasti ciri-ciri pelajar Bentuk objektif pengajaran pembelajaran Pilih kaedah pengajaran Sediakan bahan pengajaran Rancang dan laksanakan penilaian formatif Rancang dan laksanakan penilaian sumatif

4. Rekabentuk Mesej
Apa yang anda bayangkan dengan mesej? Seperti sms,mms, e-mail? Mesej ialah suatu perkara atau ilmu atau maklumat yang ada dalam pengetahuan kamu yang hendak kamu sampaikan kepada orang lain menggunakan suatu medium (alat) atau media penyampaian yang sesuai agar maklumat itu boleh sampai kepada penerima mengikut tempoh masa dan jarak yang betul dengan tidak ada gangguan yang akan menyebabkan berlakunya salah tafsir ke atas mesej atau maklumat yang disampaikan itu. Fokuskan minda anda mesej ialah media

Torkelson (1972) membahagikan media kepada 3 komponen : Mesej ialah isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan Bentuk mesej ialah cara maklumat disimpan dalam bentuk sebenar, abstrak, simbol, visual, gambaran,dan bahasa. Saluran mesej merupakan alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej dalam bentuk elektrik, mekanikal dan digital

Heinech et al (2002) media sebagai alat yg membantu proses komunikasi. Reiser dan Gagne (1983) media sebagai sebarang cara fizikal yg memungkinkan mesej disampaikan.

Pemilihan media (alat) yang paling sesuai dengan pengalaman pelajar dapat mempercepatkan dan memudahkan penyampaian mesej. Bahan cetak, video, audio, bahasa dan suara guru
Nyatakan 5 contoh media elektronik yang sesuai untuk menyalurkan maklumat kepada pelajar

4. Gagne dan Briggs (1974) 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media : Perkataan / struktur bahasa Bentuk bunyi bukan bahasa Perkataan bercetak Gambar statik Gambar bergerak Sampel sebenar

ISL
Membuat rujukan di Pusat Sumber mengenai topik Peranan dan kepentingan Model-model reka bentuk pengajaran seperti ADDIE dan ASSURE.

Tutorial
Minggu: 3 Masa: 1 Jam

Sekian Terima Kasih


Sila buat ulangkaji, bacaan tambahan dan beri tumpuan penuh untuk memahami topik ini

Anda mungkin juga menyukai