Tahukah anda yang proses ini boleh di percepatkan lagi dengan hacking windows registry. Sila ikuti langkah-langkahnya di bawah.
Langkah 1:
Klik logo Windows 7 dan taip "regedit" di dalam petak run command diikuti dengan butang enter. Langkah 2:
Di sini anda akan di paparkan dengan registry editor di mana anda boleh mengubah manamana kandungan di dalam registry ini. Sila lakukan dengan berhati-hati untuk mengelakkan sebarang kerosakan fail sistem. Dari sini klik ke HKEY_LOCAL_MACHINE - SYSTEM - CurrentControlSet - Control Klik folder Control dan anda akan dapati di sebelah kanan terdapat icon yang bertulis "WaitToKillServiceTimeOut" yang mempunyai nilai 12000 atau lebih mudah lagi 12 saat.
Langkah 3:
Double Klik ikon tadi dan anda akan dapati seperti gambar di bawah.
Ubah value data kepada nilai yang lebih rendah, contohnya 3000 yang bermaksud 3000 milisecond atau 3 saat.
Langkah 4:
Klik butang "OK" sesudah selesai. Hasil akan kelihatan sesudah anda restart semula komputer anda. P/S: Jika anda mendapati artikel ini menarik untuk di kongsi bersama rakan, klik butang twits (twitter) atau butang share (facebook) yang terletak di sebelah kanan artikel ini.
RUJUKAN : http://sukakomputer.mindster.net/component/content/article/34-windows-7/69mempercepatkan-shutdown-windows-7.html