Anda di halaman 1dari 4

BULETIN PERPUSTAKAAN JAS

Jawatankuasa Buletin
Penaung Puan Choong Mei Chun Penasihat Noor Shahniyati Ahmad Shukri Penggerak Utama Wan Azuan Shah Sakinah Deraman Rosfaruzzah Rosali Farah Nadiah

Isu: 7 / 2012

ISSN : 22320113

Terbitan : April 2012

Pada 27 Mac 2012 Perpustakaan JAS telah mengadakan Bengkel ILMU bagi penyelaras Perpustakaan Negeri JAS yang bertempat di Bilik Latihan ICT BTM Aras 3 JAS.Bengkel ini dianjurkan oleh Perpustakaan JAS ibu pejabat dengan kerjasama PARADIGM Bhd. Peserta bengkel ini melibatkan 20 orang termasuk Pegawai BTM yang terlibat dalam pengurusan sistem ILMU. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan baru kepada semua staf perpustakaan sama ada di Ibu Pejabat mahupun di Negeri. Selain itu, objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk: 1) Memberi pendedahan kepada semua peserta bengkel mengenai tatacara menggunakan sistem ILMU 2) Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan peserta mengenai proses kerja sistem ILMU di Perpustakaan dan 3) Melahirkan staf perpustakaan mahir dalam mengendalikan modul yang sedia ada dalam sistem ILMU.

Kandungan Isu :

Bengkel ILMU

Antara pemgisian bengkel ini adalah peserta didedahkan kepada modul : 1) 2) 3) 4) 5) IRS Info Track E-Satellite. Cataloging Circulation

Buku Pilihan

Tips Perpustakaan Terbaik Di Rumah Aktiviti Membaca Seawal Usia

Di akhir bengkel ini peserta secara keseluruhannya telah dapat menguasai modul ILMU dengan baik. Ini berdasarkan ujian yang diberi semasa bengkel tersebut dan dinilai oleh penceramah.

INFO : Teknik mem- 4 baca Berkesan Buku Terlaris di Malaysia Pesta Buku Antarabansa KL 2012 4

Page 2

BULETIN PERPUSTAKAAN JAS

Buku PIlihan
PENGARANG : W.Chan Kim, Renee Mauborgne T e r b i t a n : Harvard Business School PressBoston, Massachusetts 2005 Pengarang buku ini W Chan Kim merupakan penyandang bagi The Boston Consulting Group Bruce D Henderson Chair Professor dalam bidang strategi dan pengurusan antarabangsa. Beliau merupakan salah seorang profesor di University of Michigan Business School. Manakala pengarang bersama Renee Mourborgne pula merupakan salah seorang fellow yang juga merupakan professor dalam bidang strategi dan pengurusan di Perancis. Selain itu beliau juga merupakan salah seorang Fellow Forum Ekonomi Dunia. Buku ini menggariskan pendekatan yang sistematik untuk menjadikan iklim persaingan itu tidak lagi relevan. Pengarang memaparkan satu rangka kerja yang analitikal dan panduan untuk membina dan membentuk satu Strategi Lautan Biru yang luas merentasi pelbagai hos industri. Selain itu buku ini memaparkan enam prinsip utama yang diadaptasi di setiap organisasi dalam usaha merencanakan dengan cemerlang Strategi Lautan Biru ini. Disediakan Oleh : Rosfaruzzah Rosali

Tips Perpustakaan Terbaik Di rumah


Bagi mereka mempunyai minat untuk mengadakan ruang perpustakaan di rumah, ini adalah tips yang sesuai untuk anda ikuti sebagai asas kepada minat membaca dalam keluarga. 1. Penyediaan tempat yang sesuai dan selesa untuk membaca serta bekerja di rumah penting supaya fungsinya dapat dimanfaatkan sepenuhnya. 2. Ruang atau sudut berkenaan boleh dipelbagaikan fungsinya bukan semata-mata untuk menelaah pelajaran, membaca buku atau majalah, tetapi sesuai dijadikan tempat menghayati muzik. 3. Pembentukan ruang atau sudut bacaan perlu mengambil kira beberapa perkara termasuk kesesuaiannya, perabot atau kelengkapan, aspek penataan cahaya dan keselesaan sepanjang masa.Biasanya reka bentuk ruang atau sudut bacaan membabitkan penjuru iaitu binaan khusus menghadap dinding atau almari. 4. Bilik tidur juga sesuai dijadikan ruang bacaan dengan mengubah suai kedudukan perabot untuk memberikan keselesaan atau laluan pergerakan lebih terancang. 5. Keselesaan antara elemen terpenting bagi mereka yang gemarkan ceruk atau sudut dinding sebagai ruang membaca. 6. Fikirkan kemasan lembut, redup dan mempunyai nilai estetika seperti gubahan bunga segar, haruman aromaterapi serta kusyen hiasan untuk mencipta ketenangan. 7. Dari segi pilihan perabot dan kelengkapan termasuk kerusi umpamanya, perlu difikirkan sama ada ia selesa atau sebaliknya kerana ia digunakan dalam tempoh yang lama. 8. Kehadiran beberapa aksesori hiasan seperti bantal hiasan kecil dan besar penting untuk anda yang membaca atau menyiapkan tugasan pejabat dalam keadaan duduk dan meniarap.Sementara itu, meja sisi juga penting sebagai tempat meletakkan secawan kopi atau menjadi tempat meletak buku sementara. 9. Aspek penataan cahaya tidak kurang penting kerana suasana terang perlu diwujudkan supaya suasana membaca dan menyiapkan tugasan lebih praktikal.Bagaimanapun, kurang pencahayaan boleh menyebabkan anda cenderung mengalami masalah penglihatan dan mengantuk kerana membaca buku dalam keadaan cahaya malap.

Isu: 7 / 2012

Page 3

Wujudkan Aktiviti Membaca Bersama Si Manja Seawal Usia


Ibu bapa mana yang tidak bimbang, apabila melihat anak kesayangan masih lagi gagap dalam pertuturan apatah lagi sukar untuk membaca. Sedangkan rakan seusia mereka sudah bijak mengeja dan petah berkata-kata. Keupayaan dan perkembangan kanak-kanak berbeza, walaupun mereka berada di peringkat usia yang sama. Sesetengah kanak-kanak mampu bertindak pantas dalam mengawal kebolehan mereka dan sesetengah juga terpaksa berhadapan dengan kesukaran bergantung kepada waktu dan pertumbuhan yang dilalui anak itu sendiri. Jadi, sebelum ibu bapa mengambil keputusan drastik untuk membantu perkembangan anak dalam membaca, mengeja ataupun bercakap, mereka haruslah terlebih dulu mengkaji keupayaan dan masalah yang dilalui si manja memandangkan di samping sekolah, rumah adalah tempat terbaik untuk anak belajar dan berkembang. Ibu bapa ibarat guru pertama dalam kehidupan anak yang sedang membesar. Di rumah, mereka mendengar dan melihat dan belajar untuk bertutur dan memberi tindakan terhadap setiap perkara yang berlaku kepada diri mereka. Maka lebih banyak bahasa yang digunakan, lebih cepat anak menyerap dan menggunakannya sebagai alat berkomunikasi. Sehubungan itu, seawal kanak-kanak, mereka belajar untuk menyebut perkataan pertama mereka, tindak balas yang diberikan secara tidak langsung mendidik mereka mengenai erti dan penggunaannya. Pada masa sama, perlahan-lahan mereka belajar menggunakan setiap perkataan dikembangkan menjadi perkataan hingga tahu bertutur secara sempurna. Ibu bapa perlu tahu bagaimana untuk menarik perhatian anak tatkala melakukan aktiviti bacaan bersama mereka. Lakukan dengan penuh berhemah dan tepat namun menerapkan elemen yang menyeronokkan sesi itu. Selain membaca buku berita dan kaedah komunikasi, teknik membaca boleh dimulakan dengan mempelajari huruf terutama anak yang berusia antara enam ke 12 tahun. Lakukannya dengan menggunakan gambar rajah dan ulangi mengikut minggu. Kaedah ini adalah antara cara terbaik untuk memori anak. Dalam mendidik minat anak untuk membaca, salah salah satu cara terbaik didik minat membaca dan biarkan mereka sendiri memilih bahan bacaan yang diingini. Bawa mereka ke perpustakaan mahupun kedai buku untuk melakukannya secara bebas. Buku yang menarik minat mereka akan memukau hasrat anak dalam meneruskan aktiviti itu. Akhir sekali, minta maklum balas anak anda. Penilaian dan perbincangan adalah sebahagian penting daripada pengalaman yang positif membaca buku. Tanya soalan seperti adakah mereka menggemari buku yang dibaca itu, mengapa, siapa watak kegemaran dan seiring dengannya. Jangan pula nanti anda yang terkejut jika mereka mahu baca semula buku yang sama sekali lagi. Ini bermakna anda melakukan tugas anda dengan baik dalam memupuk sikap membaca. Kesimpulannya, dalam mendidik anak, ibu bapa seharusnya tahu dan jangan terlalu menekan hanya kerana rasa tercabar melihat anak jiran boleh membaca dan bertutur lebih fasih dari anak anda. Dekati anak dan cuba mencari puncanya, jika ia tiada kaitan dengan masalah pembelajaran, lakukannya dengan tenang dan berperingkat dalam masa sama bekalkan kaedah yang menyeronokkan buat anakanak anda. Disediakan Oleh: Farah Nadiah

Buku-buku Terlaris daripada Penulis Tempatan

Isu: 7 / 2012

Page 4

1) Biografi Agung Rasulullah Sallallahu Alayhi Wasallam 2) Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

[INFO] : Lima langkah sesi bacaan lebih menarik dan berkesan

1. Membaca bahan bacaan dengan kuat. Membaca dengan nada yang kuat adalah cara efektif untuk mengesan perkembangan kanak-kanak berbanding dilakukan secara senyap. Ia juga antara cara untuk membina perbendaharaan kata, kemahiran perhatian dan kefahaman serta keyakinan kanak-kanak, 3) Jadi 'Cool + Positif: Psiko- 2. Sentiasa membawa buku bersama. logi Suka-Suka (Kompilasi Lakukan aktiviti membaca tiap kali mempunyai masa lapang. Sama ada sedang Ruangan Psikologi Majalah menunggu bas atau menantikan hidangan yang dipesan di restoran kegemaran Remaja) anak anda. 4) Antara Dosa Paling Dibenci 3. Hidupkan penceritaan. Jadikan penceritaan kepada realiti. Jika anak-anak anda didedahkan dengan Allah Yang Dilakukan Oleh bahan bacaan yang berkaitan dengan haiwan atau lain-lain supaya dapat melihat Wanita dan mengalami pengalaman yang sebenarnya. 4. Jadi rakan pembaca anak anda. 5) Kisah 25 Nabi-Nabi Luangkan masa bersama. Cari waktu yang tepat untuk duduk di sisinya dan 6) Indahnya Hidup Bersyariat membiarkan mereka melakukan pembacaan sambil anda mentelaah buku kegemaran anda. (Panduan Fardu Ain Lengkap 5. Jadikan buku sebagai bahan asas. Bergambar) Sentiasa kemaskini senarai bahan bacaan anda dan juga anak-anak anda. 7) 400 Kesalahan dalam Solat Pastikan mereka sentiasa didedahkan dengan bahan bacaan yang menarik dan segar.
8) Aku Terima Nikahnya: Titipan Erti Sebenar Perkahwinan Medan Memberi yang Paling Mulia (Kompilasi BestSeller 3 dalam 1) (Kemudi Rumah Tangga) 9) Ubat,Doa & Penyembuhan Serta Khasiat Surah Al-Quran + Cd 10)Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul

Anda mungkin juga menyukai