Anda di halaman 1dari 14

NABI S.A.

W CONTOH IKUTAN SEPANJANG ZAMAN

Sains dan Teknologi dari perspektif Islam


PENDAHULUAN Sains dan teknologi adalah ilmu yang berkembang seiring dengan pembangunan manusia. Ianya bermula sejak dari kehadiran manusia di burni Allah ini. Sains adalah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia memahami tabii alam, manakala teknologi adalah ilmu yang berhubung dengan bagaimana manusia menggunakan ilmu sains tersebut untuk membantu manusia membangun alam ini. Dengan demikian ilmu sains dan teknologi tidak dapat dipisahkan sebagaimana kita tidak dapat memisahkan antara ilmu dan amal. Asal usul kejadian dan tabii alam merupakan suatu perbincangan yang berterusan sepanjang zaman sama ada dari kalangan ahli sains dan juga agama dalam pelbagai disiplin ilmu. Perbincangan ini pernah menjadi konflik dan pertentangan antara golongan agama dengan golongan sains tabii terutamanya dalam konflik antara ahli sains Barat Moden dengan golongan gereja (Sayid Mujtaba dan Musawi Lari 1979). Pertentangan antara golongan gereja dan ahli sains Barat Moden ini akhirnya mengakibatkan Galileo dipenjara, walaupun sebelumnya beliau pernah dianugerah dengan pelbagai anugerah, termasuk menjadi tetamu kepada Pope sendiri (Bueche 1986 dan Garg 199()). Namun konflik seumpama ini tidak pernah berlaku di kalangan umat Islam secara serius. Namun demikian, wujud beberapa kekeliruan tentang tanggapan sains dan teknologi di kalangan umat Islam. Terdapat di kalangan mereka yang cuba melihat Al-Quran semata-mata daripada perspektif sains. Kita merasakan kekeliruan ini terjadi kerana wujudnya salah faham tentang falsafah dan konsep sains itu sendiri. Apatah lagi apabila sains dijadikan sebagai salah satu falsafah hidup yang

juga dikenali sebagai saintisme (Sulaiman Nordin 1992). Kekeliruan ini dapat dikurangkan sekiranya kita dapat ?mendamaikan? dan mensepadukan di antara dua disiplin ilmu tersebut. Sudah tentu dalam kehidupan seharian kedua-dua disiplin ilmu amat penting untuk difahami. Sehingga kini jawapan tepat tentang kejadian alam mengikut perspektif sains belum lagi ditemui, malah sains terus berkembang sewaktu ianya cuba menjawab fenornena kejadian alam ini. Namun demikian, ini tidak bererti yang sains tidak menyumbang apa-apa dalam menerangkan segala fenomena di alam ini. Polemik yang berterusan dalam menerangkan kejadian alam ini terus berlaku di kalangan ahli-ahli sains hingga kini. Nama-nama ahli sains Barat Moden seperti Darwin, Galileo, Newton, Faraday, Einstein dan terakhir ini Hawking sering disebut apabila membicarakan tentang kejadian alam. Hawking misalnya cuba melihat hubungan antara masa, ruang dan jirim dalam usaha menerangka.n asal-usul alam ini (Hawking 1988). Malah secara amnya hampir semua ahli sains asas tabii yang berorientasikan fizik, kimia, dan biologi mengasaskan kajian mereka berdasarkan kepada usaha untuk menerangkan asal-usul kejadian alam; sama ada menerangkan tentang teori alarn semesta, teori keatoman, teori gerakan jasad, termodinarnik, teori genetik atau sebagainya. Dalam Islam, perspektif alam adalah lebih luas bukan sekadar menerangkan tentang alam fizikal (kejasmanian) sahaja, malah menerangkan tentang alam lain yang tidak dapat diserap oleh pancaindera atau alat penderia yang lain. Kewujudan alam lain ini (terrnasuk alam ghaib) adalah di luar kemampuan manusia untuk memahami dan mengetahuinya, apatah lagi untuk menerangkan asal usul kejadiannya. Perspektif alam yang lebih luas ini akhirnya menuntut manusia menyembah Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya (taqwa). Lebih daripada itu Al-Qur'an mengajak manusia supaya dapat berfungsi sewajarnya di dunia ini. Dengan demikian, Al-Qur'an bukan sahaja mengajak manusia untuk memerhatikan segala fenomena yang membentuk alam semesta ini semuanya, malah mengajak kita berinteraksi sewajarnya dengan alam ini. Dengan demikian persoalan adab, akhlak, tanggungjawab, dan hal-hal yang berhubung dengan keimanan merupakan teras utama ajaran A1-Qur'an, disamping ilmu sains dan teknologi itu sendiri. Walaupun ilmuan Islam tidak menolak sains dan teknologi sebagai salah satu disiplin ilmu, namun isu yang dibangkitkan oleh golongan agamawan ke atas ilmu sains dan juga tanggapan ahli-ahli sains terhadap agama boleh menimbulkan konfliks yang boleh memundurkan umat Islam itu sendiri, dan juga kesan negatif kepada pembangunan negara. Kertas ini cuba membincangkan perspektif sains dan teknologi dalam memahami alam bukan sekadar untuk menerang kejadian alam, tetapi jauh dari itu agar ianya menjadi sumber utama kepada pembangunan ini keseluruhannya tanpa meninggalkan faham agama. Malah dari perspektif Islam agamalah pendorong utama kepada kemajuan sains dan teknologi dalam pembangunan tamadun manusia terulung. Pemahaman yang jelas tentang sains itu sendiri dan keterbatasannya dapat menginsafkan kita betapa ceteknya ilmu duniawi ini dalam menerangkan fenomena alam. Kita akur bahawa pendekatan sains dan AI-Qur'an dalam memahami fenomena alam adalah berbeza, namun kedua-dua saling diperlukan untuk kesejahteraan hidup manusia. Kertas ini juga cuba menghuraikan prospek, halatuju dan langkah-langkah yang seharusnya dilakukan untuk membangunkan sains, dalam perspektif Islam sebenarnya. SEJARAH SAINS ? Sains dan teknologi adalah ilmu yang seusia dengan manusia. Sejarah sains juga berkait rapat dengan sejarah manusia itu sendiri kerana manusialah satu-satunya makhluk yang dapat memahami tabii alam dan memanfaatkan alam ini. Peradaban manusia dibina di atas kefahaman

manusia tentang alam tabii. Dengan kata lain tiada satu tamadun yang dibangunkan tanda dibangunkan ilmu sains dan teknologi. Sepanjang sejarah manusia sudah banyak tamadun yang telah dibangunkan.Kronologi ketamadunan manusia sebagaimana yang dinyatakan oleh Canby (1980) telah menggariskan pencapaian ketamadunan manusia sepanjang zaman sehingga abad ke 16 seperti diringkaskan dalam Jadual 1. Jadual 1: Kronologi ketamadunan manusia. ? Tahun Pencapiaan Tamadun di Mesir/Afrika 10 000 Perkampungan awal di Jerico, Catal 1luvuk SM dan barangan Hassuna (6000 SM) 5000 SM 3000 SM 2500 SM 2000 SM 1500 SM 1000 SM 500 SM Samarra,Halaf,Ubaid di Mesopotamia ( 3000 SM ) Pembinaan Piramid 2686 - 2494 SM Perkuburan Raja Ur 2500 SM Pembentukan negara Assyria dan Babilon (1200 SM ) Dinasti Fir'un Pencapiaan tamadun di Timur auh Jomon di Jepun (10 000) SM Tembikar ? ? ?

Teknolologi besi Hittite - Tutanlchamun (1347 Dinasti Shang ?gangsa (1500 - gangsa (1500 - 1338 SM) - 1027 SM ) Permulaan agama Yahudi; Assyria dan Cyrus Dinasti Chow - Teknologi besi m embuka Parsi 550 S M; Apollo Kota Persepolis; Seleucus di Syria; Ptolemy di Mesir; Athen; Alexender Kematian Confusius (479 SIV2); Shi HuangTi;Pembinaan Tembok Besar 206 SM 220 M

0M

Nabi Isa a.s; 8GM Rom mengalahkan Athens; Buddhisme dan Toisme tersebar Bandar Pompii ditimbus lanar 79M 570 Kelahiran Muhamad s.a.w. Islam sehingga ke Rom, Parsi dan Pranchis Charlermagne Mamluk memerintah Mesir; Saljuk mengalahkan Byzantium Borobodor (80U M) Marco Polo tiba di China (1272 M; Cheng Ho (Zheng He) belayar ke barat ?

500 M

1000 M

1500 M Permulaan tamadun Barat ?

Berdasarkan kronologi tamadun manusia ini, nyatalah bahawa sejak manusia membangunkan tamadun mereka di dunia ini, dari `Hassuna Ware' di jericho, Catal Huyuk di Asia Barat (6,000 SM) dan zaman Jomon di Jepun (10,000 SM hingga sekarang, manusia telahpun membangunkan tamadun mereka berdasarkan kepada pemahaman mereka terhadap alam tabii. Pastinya yang

mendorong mereka untuk membangun tamadun itu adalah didasarkan kepada pegangan mereka kepada falsafah dan prinsip hidup tertentu (sama ada fahaman agama atau tradisi hidup). Sekiranya fahaman mereka terhadap tabii alam itu dijadikan sebagai ukuran pencapaian ilmu sains dan teknologi, maka kita dapat katakan bahawa ilmu sains dan teknologi adalah ilmu warisan manusia sejagat sepanjang zaman. Bagaimana mungkin Piramid, Tembok Besar Negeri China, Babilon, Kota Persepolis, Seleucus di Syria; Ptolemy di Mesir; Athen, Alexender, Bandar Pompii, Borobodor, dan tamadun Islam dapat dibangunkan tanpa pembangunan dalam bidang sains dan teknologi. Setiap tamadun ini mempunyai perspektif, falsafah dan prinsip yang berbeza dalam membangunkan tamadun mereka. Namun yang nyata pencapai ilmu sains dan teknologi mereka sudah maju sehingga mereka mampu untuk mencapai ke tahap tamadun tersebut, yang sebahagiannya tidak mungkin dapat dibangunkan dalam perspektif sekarang. PENGERTIAN SAINS Sains tulen dikenali juga sebagai sains tabii, sains yang membicarakan tentang alam tabii, sifat tabii alam, sama ada sifat objek itu sendiri atau sifat objek itu sewaktu berinteraksi dengan persekitarannya. Ilmu sains tulen ini tidak melibatkan hal-hal yang berhubung dengan persoalan nilai keinsanan manusia. Menurut Peter Medawar (1984), sains adalah ilmu yang teratur yang diambil daripada perkataan, ?sienz, cienz, cience, siens, syence, syense, scyence, scyense, scyens, scienc, sciens, scians? dengan kata dasarnya diambil daripada perkataan `scientia' yang bermaksud `knowledge' (ilmu).Tetapi tidak semua ilmu boleh dianggap ilmu sains. Yang dimaksudkan dengan ilmu sains adalah ?ilmu yang maklumatnya (hasil daripada pengumatan fenomena alam tabii) dijana dan dikembangkan secara bersistem dengan kaedah-kaedah tertentu berdasdarkan premsr tertentu oleh pencerapnya sehigga menumpukan pengetahuan yang boleh dipercayai,sama ada melalui ekperimen atau hujah mantik secara teori? ?Kebenaran yang ingin dicari dalam sains tulen bukanlah kebenaran untuk memenuhi kepuasasan beragama atan kepuasan rohani, sebaliknya kebenaran yang dapat dicapai dalam sains tulen adalah kebenaran mantik pemikiran akal yang berdasarkan kepada kebenaran pentaakulan.Kepada Medawar kebenaran sains merupakan kebenaran yang bersandarkan kepada gawang (gol) yang ingin dicapai oleh kerja yang dilakukan oleh ahli sains melalui apa yang disebut sebagai ?as imptot? yakni suatu kebenaran vang tidak konklusif, yang masih boleh dipertikai dan dikritik, tetapi diandaikan demikian. Sains hanya memberikan suatu arah ke mana kajian sains boleh dilakukan, tetapi tidak mempunyai matlamat akhir yang ingin dituju. Dengan demikian penerohaan, dan matlamat sains, akan beurbah, tidak mutlak. ?Hujah Medawar ini disokong pula oleh Fritjof Capra (1992) sewaktu berhujah dengan David Steidal-Rast dan Thomas Matus, yang menyebut bahawa teori sains yang dikemukakan oleh ahli sains juga tidak mutlak dan kekal, tetapi turut berubah apabila sesuatu penemuan baru ditemui kemudiannya. Contoh yang jelas diberikan oleh Capra adalah tentang teori yang berhubung dengan ?ether? yang satu ketika dianggap ada, tetapi kemudiannya terbatal apabila teori kenisbian dan kedualan atom ditemui. Malah sekarang inipun teori yang berhubung dengan angkutan elektron secara klasik tidak dapat digunakan untuk menerangkan proses angkutan elektron dalam sesuatu pepejal, apatah lagi bahan baru seperti superkonduktor. Dengan kata lain, teori sains tidak mutlak, tetapi berubah apabila masa beredar dan apabila penemuan-penemuan baru ditemui.

Menurut Crump (2002) adalah sukar untuk membezakan antara sains dengan pengetahuan (knowledge) yang dalam bahasa Latinnya disebut scientia. Perkataan natuur membawa maksud pengetahuan yang berhubung dengan sifat tabii. Perkataan natuurkunde bermaksud Fizik yang dalam bahasa Greek disebut physis, yang maksudnya adalah tabii. Umumnya Crump (2002) mentakrifkan sains sebagai, Science is the aggregate of sys , tematzied and methodical knowledge corcerning nature, developed by speculation, observation and experiment, leading to objective laws governing phenomena and their explanatian yang dapat diterjemahkan sebagai, ?sains adalah penumpukan pengetahuan yang bersistem dan berkaedah mengenai alam tubii, yang dibangunkan secara spekulasi, pencerapan, dan eksperimen, yang menghasilkan hukum-bukum secara objektif mengenai fenomena alam dan penerapan mengenai fenomena tersebut? ? Bagi Shaharir Mohamad Zain seperti yang dinyatakan dalam bukunya Pengenalan Falsafah Sains (1987), takrif sains yang biasa didokongi oleh kebanyakan sarjana dapat dinyatakan sebagai, ?Sains berupa analis fenomenon secara sistematik, mantik dan objektif dengan kaedah khusus yang diperantikan untuk mewujudkan penumpukan pengetuhuan yang boleh dipercayai? ? 'I'akrifan ini memang mempunyai banyak kelemahannya, malah tidak lagi dianggap tepat. Kritikan kepada takrifan ini dibicarakan dengan panjang lebarnya dalam buku tersebut dan pengemaskiniannya dalam suntingan terbarunya (Shaharir, 1998). Secara amnya, dapat kita katakan bahawa sains tulen adalah ilmu sains yang berpaksikan kepada bagaimana manusia mampu untuk mencerap dan memerhati alam tabii yang berkelakuan mengikut fitrahnya. Hasil pencerapan secara sistematik ini kemudiannya dihujah dan dianalisis secara mantik dan objektif, dilakukan eksperimen dan perbandingan dengan andaian teorinya. Pengetahuan ini terus dipupuk dan dikembangkan kemudiannya untuk menambah khazanah keilmuan sains itu sendiri. Premis Sains Tabii Premis ilmu sains tabii, daripada segi matannya, telah dibicarakan oleh Shaharir (1989) yang, menunjukkan kekurangannya mengikut perspektif Islam, dan ini tidak diulangi perbincangannya di sini. Menurut Toby E. Huff (1995), falsafah sains tulen menghendaki tiga andaian asas. ? Pertama, ahli sains perlu yakin dan percaya bahawa alam tabii adalah dalam susunan yang rasional dan teratur. Ini bererti bahawa alam tabii adalah saling berhubung antara satu dengan lain (koherens), teratur, mengikut hukum tertentu, dan dalam domain yang boleh diramalkan. 'I'anpa anggapan dan keyakinan ini tabii alam tidak dapat difahami secara sains. ? Kedua, hujah sains mengandaikan manusia mampu untuk memberi alasan dan sebab musabab, dan mempunyai kemampuan aqal untuk memahami tabii alam. Namun demikian ahli sains juga memahami bahawa teori tertentu tentang sesuatu fenomenon sains tabii mungkin salah pada sesuatu ketika, dan dalam masa yang sama kita mungkin tidak dapat mengetahui segala-galanya tentang tabii sesuatu fenomenon. Tetapi ahli sains yakin bahawa akhirnya nanti manusia mampu juga memberikan alasannya menerusi penyiasatan mantik.

? Ketiga, falsafah sains tabii mengandaikan yang semua orang, lelaki dan wanita, dibenarkan menggunakan kuasa sebab-musabab (taakul) - menyoal segala-galanya tentang kebenaran sains yang didakwanya, termasuklah hal-hal yang berhubung dengan agama, politik, dan etika. Akhirnya, dengan alasan dan rasional vang diberikan, semua orang akan memberikan kesimpulan yang sama tentang apa yang dicerap atau diamatinya. Ketiga-tiga premis sains ini akan membenarkan semua orang bertanya dan mencabar tentang amalan tradisi yang didasarkan kepada penemuan sains, termasuklah mencabar tentang kesahihan hujah yang dikemukakan dalam kitab-kitab agama yang berwibawa termasuk Kitab Injil, Zabur dan Al-Qur'an sendiri. Hujah-hujah beginilah yang menyebabkan segolongan ahli sains terkemuka dipenjara dan dihukum oleh golongan gereja pada awal kebangkitan sains Barat Moden. Premis sains ini mungkin berbeza dengan premis ilmu yang lain seperti ilmu yang membicarakan tentang persoalan adab dan akhlak, sahsiah dan jatidiri insan, dan ilmu yang berhubung dengan keinsanan insan yang lainnya. Malangnya, sekiranya ilmu sains kemanusian juga dirujuk kepada hal-hal yang s aintifik sahaja, maka persoalan keinsanan itu sendiri disempit dan dibataskan kepada yang boleh `dimantikkan' semata-mata, sedangkan aspek pembangunan manusia merupakan aspek pembangunan keseluruhan potensi insan yang juga melibatkan hal-hal yang berhubung dengan perbangunan rohani, sahsiah, adab, akhlak dan perilaku diri insan yang tidak boleh dimantikkan. Pendekatan Al-Qur'an Al-Qur'an tidak menggunakan pendekatan yang digunakan oleh sains Barat, malah Al-Qur'an tidak memerlukan kepada kaedah sains Barat untuk menerangkan sesuatu. Dengan kata lain pendekatan Al-Qur'an jauh melebihi pendekatan yang berdasarkan kepada mantik dan objektif. Namun demikian, kerana Allah s.w.t menjadikan manusia sebagai khalifah yang tugas utamanya adalah untuk mengurus, mentadbir dan memakmurkan alam ini, maka allah membekalkan manusia dengan kemampuan untuk memahami tanda-tandaNya; mcngetahui tabii, perlakuan dan fenomena alam, sebagaimana FirmanNya, ?Sesungguhnya dalam penciptaan Iangit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal? (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): ?Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan Maha suci Engkau, maka, peliharalah kami dari siksa neraka?. Ali `Imran (3): 190-191 Walaupun pada sekali imbas ayat ini membicarakan tentang fenomena alam, sama seperti pendekatan sains tabii; tentang kejadian langit dan bumi dan kejadian silih bergantinya malam dan siang, namun dari perspektif Islam menurut Hamka (1984) dan Abdullah Yusof Ali (1978) ayat ini lebih menekankan kepada tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. dan konsep keimanan manusia kepada Tuhannya dan juga konsep tauhid. Dengan erti kata lain, apabila orang yang beriman meneroka A l-? Qur'an, dan dalam penerokaannya itu menggunakan kaedah pencerapan terhadap fenomena kejadian alam, disamping memperoleh maklumat tentang sifat tabii alam dan segala apa yang ada padanya (ilmu sains), manusia tersebut akan menambahkan keimanannya terhadap Allah s.w.t. Dalam ayat yang lain Allah swt berFirman,

`Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkun hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunun?g-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) dl antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang- binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagiMaha Pengampun? (Faathir 35 : 27&28) Dalam ayat ini Allah s.w.t. menerangkan bahawa golongan yang digelar ulama adalah golongan yang dapat memahami tabii alam dengan melihat dan mencerap bagaimana kejadian fenomena hujan yang menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai spesis. Begitu juga dengan melihat kejadian gunung-ganang yang berbeza yang memberikan hasil yang berbeza pula kepada manusia. Begitu juga dengan kejadian kehidupan binatang buas dan binatang yang dijadikan ternakan yang boleh diambil manfaat darinya. Begitu pula dengan kejadian manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang mempunyai pelbagai adat resam dan budaya. Pastinya seorang ulama bukan seorang pemerhati alam tabii dan alam manusia secara bebas, tetapi mereka adalah yang mempunyai ikatan rohani yang tinggi dengan tuhanNya. Di atas segala penciptaan yang dilihat dan cerapinya, la mempunyai pertautan hati yang tinggi dengan tuhanNya sehingga menimbulkan ketinggian iman dan rasa tanggungjawab terhadap makhluk dan tuhanNya. Menurut Syed Muhammad Naquib al-Attas (1987), ? Mengikut pandangan Islam, alam ini benda yang baru,daripada tiada kepada ada. ?Masa? wujud apabila alam ada. Mengikut pandangan aliran al-asya?ari dan aliran tasawwuf, kejadian alam dan segala fenomenanya amatlah berbeza daripada pandangan barat (Tasawwuf di sini mestilah difahami mengikut istilah Islam yang asal,bukan ?tasawwuf? pada zaman kini yang berselindung disebalik nama yang bermacam jenis ?tariqat? yang menyeleweng itu ; dan ini menjadi contoh betapa istilah Islam telah ternoda ). Mengikut aliran ini,kejadian alam ini terus menerus sentiasa bertanggungjawab kepada semua kejadian dahulu dan sekarang dan akan datang. Tuhan tidak berada di luar alam sebagai pemerhati ; tdak juga tuhan yang kini berehat seperti yang digambarkan di dalam falsafah Yunani dan Kristian itu serta yang mendomanisasi pemikiran ahliahli sains barat kini. Lagi pun alam dalam Islam bukan alam kejasmanian (fizis) sahaja,malah ada lagi alam-alam lain,umpamanya alam arwah, alam musyahadah dan alam rohani. Keadaan inilah yang memberikan landasan perbezaan besar antara falsafah sains barat dengan falsafah sains Islam. Mengikut pandangan Islam juga, atom itu bukan benda yang difahami oleh ahli falsafah Yunani dan diwarisi oleh ahli sains barat itu. Atom hanya berupa pendirian pergerakan yang ada hubungannya dengan kekuasaan Tuhan. Ini memberi implikasi yang besar kepada prinsip kebersebaban dalam Islam. Dalam Islam seseorang dianggap kufur jika seseorang itu beriktiqad prinsip kebersebaban itu WAJIB berlaku, umpamanya dengan beriktiqad ?api wajib membakar? kerana dalam hal api itu, misalnya, mengikut Surah al-Baqarah , Nabi Ibrahim tidak terbakar langsung apabila baginda dicampakkan ke dalam unggun api yang bergejolak. Prinsip kebersebaban Barat itu malah tercabar apabila seseorang mempertimbangkan keadaan penganut-penganut Hindu yang berjalan di atas api yang membara. Pendeknya, prinsip ini berlaku mengikut sunnah Allah sahaja. Allah sengaja menjadikan kebiasaan berlaku sebab-musabab kerana jika Allah tidak berbuat demikian, nescaya manusia menjadi kacau-bilau; manusia tidak mungkin mendapat sedikit pun daripada ilmuNya kerana segala yang dicerapi oleh manusia asyik bertukar sahaja!. Walau baigaimanapun allah seringkali menunjukkan kekuasaanNya yang luar biasa dengan menjadikan benda-benda yang tidak dapat difahami oleh manusia menerusi sebarang mekanisme sains, ayng merefutasikan prinsip

kebersebaban. Umpamanya mukjizat yang berlaku kepada nabi-nabi yang wajib dipercayai, dan kisah-kisah aneh yang berlaku kepada wali-wali Allah dan kepada mereka yang menerima hidayah dan hikmah daripada Allah? ? Ternyata wajud perbezaan yang amat besar tentang kaedah, prinsip dan falsafah dalam menerangkan fenomena alam antara sarjana sains Barat dengan Islam. ASAS PEMBANGUNAN ILMU SAINS Apabila kita membicarakan tentang konsep kejadian alam menurut perspektif sains, maka kita tidak boleh lari daripada memperkatakan tentang bagaimana ahli sains mencerap fenomena alam dan mendapat maklumat dan makna daripada pemerhatiannya. Ini berbeza dengan perspektif dan pendekatan Islam. Secara ringkasnya, ilmu sains dibina berdasarkan kepada dua kaedah utama yan disebut sebagai, Kaedah Induksi Kaedah induksi adalah kaedah untuk mencapai sesuatu pengertian umum tentang sesuatu fenomena alam yang dicerap. Induksi dibina berdasarkan kepada pengalaman dan andaian khusus. Secara ringkas, proses induksi terdiri daripada tiga peringkat berikut,

menganggap semua fenomena ada hubungkait antara satu dengan yang lain. melakukan pencerapan, percubaan dan analisis sehingga dapat menghasilkan kesimpulan yang sama dan umum. dapat dibuktikan kesahihan kesimpulan yang dicapai.

Masalahnya, kaedah induksi mengandaikan pengguna kaedah ini tahu segala fakta yang berkaitan dengan fenomena tersebut dan hubungan fenomena ini dengan parameter luaran yang lain. Dengan demikian, ahli sains yang menganalisis menggunakan kaedah ini berkecenderungan untuk mempermudahkan hubungan sesuatu parameter dengan parameter yang lainnya. Pada hakikat sebenarnya, andaian mudah begini tidak terjadi. Ini pernah dijelaskan oleh Fritjof Capra melalui dialognya dengan "I'homas Matus dan David Steidl-Rust (1992) dalam bukunya Belonging to the Universe:New Thinking About God and Nature tentang teori kewujudan ether yang sekarang ini dinafikan adanya. Kaedah Deduksi Kaedah deduksi adalah suatu kaedah sains untuk menyimpulkan fenomena alam yang diambil daripada kesimpulan yang umum. Daripada kesimpulan yang umum ini dijangkakan sesuatu fenomena yang lain. Ianya menggunakan pendekatan yang selalu juga disebut sebagai logicalpositivism; pemikiran yang logik dan positif. Terdapat tiga konsep asas yang menjadi landasan kepada kaedah deduksi ini;

pengkelasan; yakni mengkelaskan sesuatu objek dalam set tertentu, perbandingan; cuba menghubungkan antara set kelas dan membandingkannya antara satu dengan lain kelas, dan pengkuantitian; mengkuantitatifkan segala fenomena yang dicerap. Fenomena alam ini cuba dikuantitatifkan melalui suatu rumusan matematik dan dinyatakan secara hukum

tertentu. Hubungan antara parameter dan fenomena yang dicerap, yang dinyatakan secara hubungan kuantitatif ini, kemudiannya dijangkakan untuk meramal fenomena yang lainnya. Kelemahan kaedah deduktif ini adalah tidak semua jangkaan itu mempunyai kekuatan dan boleh digunakan dalam semua fenomena. Misalnya fenomena gerakan galaksi dan cakarwala (relativiti) tidak boleh digunakan dalam fenomena gerakan alam biasa (klasik) dan alam zarah (kuantum). Menurut Syed Muhammad Naquib (1987) perolehan ilmu dalam Islam berdasarkan kepada tiga sumber berikut,

'Ainul yaqin - (panca indera yang waras) atau dikenali juga sebagai swapersepsi (selfperception - tanggapan diri). Khabar turun-temurun yang benar daripada orang-orang yang berwibawa. Ini terbahagi kepada dua iaitu nabi-nabi (al-culum naqliyah) yang wajib dipercayai dan daripada orang yang berilmu yang tidak boleh disangsikan. Nalaran atau takulan, iaitu berlandaskan kepada aqal yang rasional, menerusi kaedahkaedah sains yang diperakui pada sesuatu masa.

Sumber ilmu sains barat yang berdasarkan kepada sama ada kaedah induksi atau deduksi, adalah berdasarkan kepada proses pencerapan, menganalisis melalui proses takulan (reasoning) tertentu dan kemudiannya cuba dilakukan kesimpulan terhadap pemerhatian tadi. Kesimpulan ini perlu seumum mungkin agar dapat diterima oleh semua orang di sebarang tempat. Sains barat tidak memperakui sumber intuisi atau ilham atau yang seumpama dengannya, kerana mereka faham intuisi itu datang dengan tiba-tiba dan dengan sekonyong-konyong , tidak semena-mena, tidak tahu bagaimana datangnya dan intuisi ini tidak pula memerlukan kepada pentahkikan awam, sedangkan bagi sains Barat pentahkikan awam inilah merupakan ciri sains yang terpenting. Seterusnya, Syed Muhammad A1-Naquib Al-Attas (1987) menambah, ?Sains Barat memperakui satu komponen aqal sahaja yang bertanggungjawab kepada penalaran atau taakulan, sedangkan sains Islam membahagikan aqal kepada dua; aqal juz'iyy (yang diterima umum) dan aqal kulliyy (yang mencirikan qalbu dan bertanggungjawab menerima hikmah dan intuisi Islam itu). Jelaslah betapa besarnya beza sumber-sumber ilmu sains secara Islam dengan sumber-sumber ilmu sains Barat. Inilah juga hal-hal yang merupakan landasan yang membezakan falsafah sains Islam dengan sains Barat. Tidak syak lagi, penghayatan sains Islam melahirkan sains yang amat berbeza dengan sains yang ada sekarang (sains Barat) bukan sahaja daripada segi falsafah, bahkan juga daripada segi arah perkembangannya untuk kesejahteraan umat manusia sejagat? Dengan perbezaan asas ilmu ini, penjelasan tentang fenomena alam dan kejadian alam itu sendiri adalah berbeza amtara perspektif Islam dan sains Barat moden kini. ISU SAINS DAN TEKNOLOGI - PENDEKATAN SARJANA ISLAM Oleh kerana sains Barat tidak dapat menerangkan segala fenomena alam, terutamanya hal-hal yang berhubung dengan kebahagian, adat resam dan juga tradisi manusia, maka ianya menjadi sasaran kritikan dalam usaha membangun manusia. Peter Medawar (1984) dan Capra (1983) adalah di antara tokoh yang sering mengkritik sains Barat. Di kalangan sarjana Islam kritikan banyak tertumpu kepada sejarah dan falsafah sains dalam gagasan pengislaman ilmu seperti yang diajukan oleh Nasr (1994) dan Shaharir (199z3).

Berdasarkan kepada premis sains tulen di atas, kita dapat memberikan beberapa kritikan terhadap pemikiran dan kaedah berfikir sains. Usaha untuk mensepadu atau mengislamkan ilmu sains perlulah dilihat dalam kontek; kritikan ini.

Konsep dan asas berfikir dalam pendekatan sains tidak mengambil kira persoalan nilai. Seseorang itu boleh memikirkan apa sahaja dan boleh menolak apa sahaja, sekiranya perkara itu boleh diterima daripada segi mantik dan atas alasan kesebaban semata-mata. Dengan demikian hal-hal yang berhubung dengan ketuhanan, agama, nilai, moral, akhlak dan sebagainya yang berhubung dengan rohani boleh sahaja diterima atau ditolak mengikut perspektif sendiri. Pegangan begini boleh menimbulkan kekeliruan dan pertentangan di dalam diri seseorang. Ini adalah kerana hal?-hal yang berhubung dengan baik dan buruk tentang sesuatu perkara adalah bersifat nisbi. Perkara-perkara ini mungkin baik untuk seseorang dan mungkin pula buruk untuk orang lain, mungkin baik untuk sesebuah masyarakat dan tidak diterima oleh masyarakat lain, atau sebaliknya. Dalam usaha untuk mensepadukan sains dengan pengajian Islam, menerapan nilai-?nilai murni Islam perlukan diperkenal dan dikukuhkan dalam pengajaran sains dan teknologi Mungkin ada yang mengatakan berfikiran mantik dan rasional sebenarnya adalah bebas nilai, kerana dengan tidak mengikat diri kita kepada sesuatu sistem nilai itulah kita boleh berfikir secara bebas dan terlepas daripada ikatan mana-mana fahaman yang bersifat nilai fahaman hidup, agama dan juga budaya. Dengan demikian kita boleh berfikir secara semesta tanpa perlu terikat dengan sebarang sistem nilai. Sebenarnya isu ini telahpun didebatkan oleh para ilmuan terdahulu dengan mendalam terutamanya dalam tahun 1970an, ekoran daripada teori paradigme Kuhn.

Salah satu contoh pendirian sarjana yang menentang konsep sains bebas nilai ialah kritikan Abdussalam kepada Syed Hossein Nasr dan Ziauddin Sardar dalam buku Islam and Science karangan Pervez Hoodbhoy (1992) yang sekaligus menyindir pejuang-pejuang sains Islam dengan katanya, ?Nasr (Syed Hossien Nasr) and Sardar (Ziauddin Sardar) are daing a great disservice to science in Muslim countries if they (are calling for u religiously and not culturally motiv , ated "Islamic science'; whatever that means. There is only one universal science, its problems and modalities are international and there is no such thing as Islamic science just as there is no Hindu Science,no Jewish science,no Confucian science,nor Christian science? ? yang dapat diterjemah sebagai berikut, ?Nasr (Syed Hossien Nasr) dan Sardar (Ziauddin Sardar) melakukan pengkhianatan kepada sains di negara-negara Islam jika mereka terus menyeru ?sains Islam? yang bermotivasikan budaya,atau apa saja maknanya. Hanya terdapat satu sains yang semesta sifatnya, masalah dan modusnya adalah antarabangsa dan tidak ada disebut sebagai sains Islam, sebagaimana tidak adanya sains Islam, sebagaimana tidak adanya sains Hindu ,sains Yahudi,sains Konfusius atau sains Kristian?. ??

Menghujah pendapat Abdussalam di atas, Nasr (1994) menyatakan sekiranya sains tulen tabii bebas nilai, semesta sifatnya dan tidak didominasi oleh apa-apa fahaman budaya atau sistem nilai, sudah pastilah ahli-ahli sains Barat dan para pemikir mereka tidak meninggalkan agama mereka walaupun mereka mendalami ilmu sains tulen tersebut. Nilai apakah yang memisahkan diri mereka daripada nilai agama mereka sendiri, walaupun pada hahikatnya mereka masih mengaku beragama kristian? Dalam hal yang sama pemikiran sains, yang berteraskan kepada mantik dan rasional sebenarnya tidak terlepas daripada sistem nilai. Nilai yang mendominasi seseorang itulah yang menjadikan mereka itu berfikiran kritis, positif dan objektif .

Tidak dinafikan, dalam Islam fikiran mantik dan juga rasional amat digalakkan, malah umat Islam adalah umat yang amat rasional cara berfikir dan bertindaknya sehingga kita diseru supaya menyeru kepada kebenaran dengan cara yang baik, dengan penuh hikmat dan dengan penuh fakta dan maklumat yang benar, apatah lagi apabila mereka berhujah dengan kalangan yang tidak percayakan tuhan atau yang mempunyai fahaman yang berbeza dengan mereka, namun Faktor utama dalam penjanaan pemikirannya bukan semata-mata hal-hal yang berhubung dengan mantik sahaja,tetapi sebaliknya usaha untuk mencari kebenaran, dan dalam usaha untuk menegakkan ke adilan dengan penuh adab dan akhlak yang mulia kerana memenuhi tuntutan Islam itu sendiri. Pemikiran mantik dan rasional bukanlah matlamat terakhir, tetapi hanyalah wahana untuk mencapai matlamat terakhir, yakni mencari kebenaran dan menegakkan keadilan tanpa mengabaikan aspek keinsanan manusia. Proses mencari kebenaran dan menegakkan keadilan ini adalah berterusan. Dalam pemikiran sains Barat, ilmu tidak mempunyai hirarki. Kehebatan ilmu bergantung kepada bagaimana seseorang itu boleh berhujah secara mantik dengan memberikan alasan-alasan mengikut pemikiran seseorang. Dalam Islam ilmu mempunyai hierarki atau martabat yang tersendiri yang banyak diperkatakan dari zaman ke zaman (lihat buku Osman Bakar (1992) misalnya). Ada yang disebut sebagai ilmu 'am dan ilmu kifayah; ada pula yang menyebut ilmu kekal dan ilmu yang berubah; dan ada pula yang menyebut ilmu naqli dan ilmu aqli. Dalam setiap kategori ilmu tersebut ada pula tingkatannya yang bersesuaian pula dengan kemampuan dia untuk memahaminya. Oleh kerana pemikiran adalah wahana untuk mendapatkan ilmu, maka berfikir itu sendiri mernpunyai hierarki. Hierarki tertinggi dalam berfikir adalah berfikir untuk mencari kebenaran dengan harapan untuk menegakan keadilan, di samping usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dalam tradisi Barat, hierarki ilmu tidak ada. Ilmu dalam kaedah penukiran Barat bergantung kepada keupayaan dan kemampuan penyiasatan. Dalam Islam terdapat banyak perkara asas yang tidak perlu kepada berfikir secara mantik dan rasional seperti yang diajukan oleh sarjana Barat, tetapi perlu dipercayai dengan sungguh-sungguh tanpa wujud sedikitpun rasa ragu. Hal-hal yang berhubung dengan keimanan misalnya; percaya kepada Allah, malaikat, para rasul, semua kitab yang diwahyukan, percaya kepada ketentuan yang telah ditakdirkan Allah s.w.t. dan juga hari akhirat, semuanya tidak boleh difikirkan berdasarkan kepada premis logik, mantik dan juga rasional. Walhal perkara yang berhubung dengan keimanan ini merupakan asas kepada pegangan agama Islam itu sendiri. Begitu juga dengan hal-hal yang berhubung dengan sistem nilai, adab, akhlak dan budaya mungkin tidak semuanya boleh didasarkan kepada pemikiran mantik. Namun demikian, seseorang itu akan merasai kelazatan keimanan berdasarkan kepada keyakinan diri yang sungguh-sungguh kepada falsafah keimanan tersebut.

Antara punca penyakit sosial dalam masyarakat terutamanya di Barat yang kemudiannya menjangkiti masyarakat Timur adalah disebabkan sistem berfikir dan ilmu yang berasaskan kepada mantik dan rasional dan menolak perkara-perkara di luar daripada skop pemikiran ini. Contohnya perkahwinan yang hanya didasarkan kepada pemikiran mantik semata-mata; apa ertinya perkahwinan kalau keluarga itu semata-mata merupakan perkongsian hidup antara dua insan berlainan jenis bukankah kalau semata-mata hanya proses tanggungjawab kepada keluarga, orang yang tidak beragama pun mempunyai tanggungjawab yang sama? Pemikiran seperti inilah yang merosak dan meruntuhkan sesebuah rumahtangga, dan mengizinkan perkahwinan antara sesama ahli dalam sesuatu keluarga dan juga perkahwinan sesama jenis jantina seperti yang juga dibangkitkan oleh Straughan dan Wilson (1983). Fahaman dan pengertian 'kebahagiaan' yang merujuk kepada kebahagian rohani tidah dibicarakan, sebab tidak dapat dianalisis dan disintesiskan

secara sains, apatah lagi parameter yang merujuk kepada kebahagiaan adalah parameter ruhani yang tidak dapat dianalisis dan disintesis melalui parameter lahiriah. Untuk mensepadukan pemikiran mantik dan rasional dengan sistem nilai, malah untuk menjana pemikiran sains itu sendiri, pemikir tersebut tidak boleh membebaskan dirinya daripada sistem nilai. Dalam Islam, pemikiran Islam bererti apa yang difikirkan tidak boleh terkeluar daripada tuntutan dan ruang lingkup agama Islam itu sendiri; akidah, syariat, adab dan akhlak (sistem nilai) Islam. Misalnya, atas nama pemikiran kreatif atau kritis, kita tidak boleh mengadakan skema berfikir untuk mencuri, menghasut, memfitnah, menginaya orang lain atau menjatuhkan maruah diri, keluarga, negara dan jatidiri. Dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Walaupun matlamatnya mungkin baik, tetapi cara berfikir dan bertindaknya tidak betul, tidak dibolehkan.

Bagi seorang pemikir Islam, ia tidak boleh memisahkan dirinya daripada alat-alat yang membolehkannya berfikir, kerana akal tidak boleh dipisahkan daripada rahsia yang terkandung dalam wahyu Allah s.w.t. Untuk memahami wahyu Allah s.w.t. dan seterusnya untuk melaksanakan perintah Allah yang terkandung dalam wahyu tersebut, manusia mesti menggunakan akalnya yang mantik dan rasional itu, dan mengambil iktibar yang terdapat dalam tanda-tanda Allah (ayatullah) tersebut. Dengan demikian, seorang Muslim perlu menerima hakikat sebab-musabab, mantik dan rasional sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengenal dan memahami alam ini. Namun demikian dalam usahanya untuk memahami alam melalui fikiran mantik ini, beliau sedar bahawa hakikat tentang sesuatu itu hanya Allah sahaja Yang Maha tahu. Misalnya hakikat peristiwa lsra? dan Mikraj Rasulullah s.a.w., Nabi Ibrahim a.s. tidak terbakar dalam api yang bergejolak, Nabi Musa a.s. membelah Laut Merah dengan tongkat baginda dan sebagainya tidak mungkin dapat kita fahami semata-mata berdasarkan kepada pemikiran sains yang mantik. Dengan demikian pemikir Islam mestilah boleh membezakan di antara sebab?musabab sebenar (tertahkikkan) sesuatu Fenomenon, dengan fenomena yang kelihatannya berlaku berdasarkan pemikiran rnantik. Kaedah sains sebenarnya adalah terbatas; terbatas kepada pemikiran semasa lokasi dan juga suasana bagaimana pemikiran tersebut dijanakan. Contohnya pemikiran yang menghasilkan beberapa teori dalam sains; pemikiran Newton yang digunakan untuk menerangkan gerakan jasad klasik tidak boleh digunakan untuk menerangkan gerakan elektron dalam pepejal, kerana pemikiran sains kini mengatakan elektron terkuantum, begitu juga tentang teori pemikiran kenisbian Einstein, tidak boleh digunakan untuk menerangkan gerakan zarah-zarah seni Keterbatasan pemikiran ini adalah akibat daripada andaian asas yang dibuat dalam menerangkan sesuatu Fenomenon sains Keterbatasan pemikiran ini membuktikan terbatasnya akal kita untuk memikirkan sesuatu dalam ruang pemikiran tertentu. Kaedah sains yang didasarkan kepada pemikiran rasional dan mantik sekalipun tidak boleh dipisahkan daripada falsafah dan tanggapan yang mendominasi pernikir tersebut. Dengan berpegang kepada sesuatu falsafah tertentu, pemikir akan memikirkan sesuatu berdasarkan mantik dan rasional dalam ruang lingkup falsafah tertentu, walaupun kadangkala terjadi ketika pemikir tidak tahu Falsafah apa yang dihayatinya.

Ini adalah beberapa ulasan yang dapat kita rumuskan tentang ilmu sains dalam perspektif barat. Untuk mensepadukan antara sains dengan pengajian Islam, supaya pemik:iran saintifik sebagai asas untuk meneroka khazanah yang terkandung di dalam alam ciptaan Allah s.w.t.dapat dimanfaatkan sepenuhnya, dan dalam masa yang sama nilai-nilai agama itu dapat dihayati sepenuhnya untuk menjadikan manusia itu sebagai khalifah Allah, beberapa konsep asas perlu difahami. Konsep tersebut termasuklah,

Konsep agama sebagai ad-din. Konsep manusia sebagai insan.

Konsep ilmu (ilm) yang termasuk di dalamnya konsep ma?rifah. Konsep kebijaksanaan atau hikmah dalam proses amal. Konsep headilan (?adl) Konsep 'amal dalam usaha untuk menabur bakti dan menjalankan fungsinya sebagai khalifah Konsep adab dan akhlak.

?Konsep di atas t idak dapat dibincangkan secara terperinci dalam kertas kerja yang terbatas ini. Pastinya dalam lslam konsep di atas adalah berbeza dengan konsep yang difahami dalarn pemikiran dan tamadun barat. Dengan pemahaman tentang konsep ini . adalah diharapkan agar pengetahuan sains dan teknologi dapat dibangunkan sebagai fungsinya yang sebenar untuk memahami tabii alam dan mengambil manfaat daripadanya, bukan sebagai satu-satunya ilmu yang mendominasi dan mewarnai disiplin ilmu lain, apatah lagi menjadikannya sebagai saintisme (fahaman hidup yang segala-galanya perlu dilihat dari kaca mata sains). Dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai insan dapat dilaksanakan agar kesejahteraan menyeluruh dapat dinikmati Oleh semua makluk di alam ini. KESIMPULAN ? Kesimpulannya, kita dapat mengatakan bahawa ilmu, pemikiran dan usaha untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan tidak dapat dipisahkan. Ketiga-tiga unsur ini perlu dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan pembangunan dan keterampilan keinsanan diri,masyarakat dan negara Kegiatan berfikir yang melibatkan semua aspek keinsanan juga sewajarnya menjadi sebati dan darah daging dalam kehidupan seseorang manusia, demikian sehingga ia akan merasa kelazatan berfiki yang kemudiannya meningkatkan kelazatan bermakrifah pada diri seseorang insan

Anda mungkin juga menyukai