Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU (FASA 1) PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH KOHOT 2 Pada 23 November 2010

(Selasa), mesyuarat pertama telah diadakan bagi membincangkan mengenai perjalanan BIG yang telah ditetapkan pada 9 hingga 11 Disember 2010. membuat pemilihan Dalam mesyuarat ini, kami telah memilih En. Ahmad Kami juga Perincian AJK bagi memastikan kelancaran program. Suhaimi bin Termizi sebagai pengerusi program BIG fasa 1 ini.

mengenai tugas setiap jawatankasa dibuat dan semua ahli jawatankuasa berpuas hati dengan tugas yang diberikan dan sedaya upaya akan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Saya telah diberi kepecayaan menjadi ketua AJK Tugas-Tugas Khas dan Cenderahati bersama Rohaiza binti Rapiyee.Tugas kami meliputi penyediaan cenderahati kepada pensyarah yang terlibat di samping menjadi juruacara dalam aktiviti sepanjang program berlangsung. Semasa pengerusi membentangkan keseluruhan tentatif program, tidak dinafikan setiap seorang daripada kami agak ragu-ragu dengan kemampuan sendiri kerana faktor usia memandangkan hampir sebahagaian aktiviti melibatkan aktiviti fizikal. Namun, slogan yang menjadi pegangan kami bersama iaitu; Together We Are Unstoppable, No Pain No Gain telah menguatkan semangat kami untuk mencabar diri sendiri dan melihat hasilnya pada akhir program nanti.

24 November 2010 (Rabu) Dalam mesyuarat kali kedua ini, pengerusi BIG iaitu Encik Ahamd Suhaimi memperincikan lagi taklimat mengenai perjalanan program yang akan dijalankan sepanjang 3 hari tersebut serta memaklumkan perubahan terkini. Lagi sekali, pelbagai reaksi yang telah diberikan setelah mengetahui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan terutamanya mengenai aktiviti berkayak dalam jarak melebihi 16km.

Anda mungkin juga menyukai