Anda di halaman 1dari 19

1.

0 PENGENALAN

Alam kanak-kanak merupakan salah satu fasa yang perlu di lalui oleh setiap manusia.Alam kanak-kanak mengajar kita untuk mengenal dan meneroka alam sekeliling kita melalui pancaindera.Pada fasa ini juga perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mula berkembang. Perkembangan kanak-kanak pada masa ini perlu dipantau dan diperhatikan agar kanak-kanak mampu berkembang dengan sempurna.Perkembangan kanakkanak turut dipengaruhi oleh aktiviti permainan yang sering dimainkan. Minat kanakkanak untuk meneroka sesuatu yang baru akan mencetuskan pelbagai bentuk permainan. Kanak-kanak bebas memilih apa sahaja jenis permainan yang ingin dimainkan. Kebebasan mereka memilih permainan tidak boleh dihalang selagi permainan yang ingin dimain mampu mendatangkan manfaat terhadap perkembangan diri mereka.Perkembangan yang sihat mampu melahirkan kanak-kanak yang boleh berinteraksi dan berhadapan dengan pelbagai situasi pada suatu hari nanti. Persekitaran yang sihat mampu meransang perkembangan kanak-kanak.Alam pembelajaran kanak-kanak pada masa ini sangat mempengaruhi perkembangan mereka.Apa sahaja yang disentuh, dirasa dan dilakukan mampu memberi satu pembelajaran kepada kanak-kanak.

1.1 KONSEP ALAM BELAJAR Suasana pembelajaran bagi setiap kanak-kanak adalah berbeza.Sejak dari kecil sehingga kanak-kanak, mereka mengalami suasana pembelajaran yang berbeza dan berterusan samaada secara formal ataupun tidak formal.Suasana pembelajaran yang kondusif perlulah diwujudkan oleh seorang guru dalam memastikan ilmu yang disampaikan diterima dan boleh diolah dengan berkesan oleh setiap kanak-kanak. Suasana belajar atau alam belajar boleh ditakrifkan sebagai keadaan belajar yang dapat meransang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku.Perubahan tingkah laku kanak-kanak perlu dititikberatkan sejak mereka kecil lagi supaya mereka berupaya menjadi insan yang mampu berdikari suatu masa nanti. 1.1.1 ASPEK UTAMA ALAM BELAJAR A) ASPEK FIZIKAL Kanak-kanak memperoleh pengalaman pembelajaran mereka dari

persekitaran mereka sendiri. Kanak-kanak yang terdedah dengan persekitaran yang lengkap dengan prasarana dan infrastruktur akan mempengaruhi perkembangan mereka samada secara positif atau negatif. Melalui persekitaran fizikal yang dialami dan dilalui oleh kanak-kanak, mereka akan mula belajar berkawan, berfikir, membentuk dan mematuhi peraturan serta berkongsi alatan permainan. Persekitaran fizikal bilik darjah dan sekolah haruslah selamat, teratur dan lengkap dengan alatan dan peralatan yang sesuai untuk perkembangan kanak-kanak supaya kanak-kanak mampu berkembang dengan baik.Bilik darjah
2

yang tersusun, kemas dan mempunyai bahan pembelajaran yang sesuai mampu mengembangkan kreativiti pelajar. Cara penyusunan bilik darjah juga

memainkan peranan dalam mencerminkan gaya pengajaran seseorang guru.

Antara cara penyusunan bilik darjah menurut Choong (2008) ialah: i. Gaya auditorium iaitu gaya penyusunan tradisional di mana murid-murid duduk menghadap guru. ii. Gaya bersemuka iaitu gaya murid-murid duduk menghadap satu sama lain di dalam kumpulan seramai enam atau lapan orang. iii. Gaya Off-set memerlukan tiga atau empat orang murid-murid duduk pada meja tetapi tidak menghadap sesama mereka. iv. Gaya seminar iaitu kumpulan murid-murid yang terdiri daripada 10 atau lebih orang duduk dalam bulatan, segiempat sama atau berbentuk-U. v. Gaya Kluster terdiri daripada 4 hingga 8 orang murid duduk dalam kumpulan yang dekat dan rapat.

B) ASPEK PSIKOSOSIAL Hubungan yang baik antara guru dengan murid dan murid dengan murid mampu mempertingkatkan perkembangan sosial kanak-kanak. yang berada dalam lingkungan persekitaran yang mesra, selamat mampu menjadikan kanakkanak berkeupayaan untuk belajar dengan lebih berkesan. Iklim bilik darjah yang sihat perlu mengutamakan hubungan sesama murid, murid dengan guru dan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni dalam setiap anggota kelas. Guru yang bijak memainkan peranan dan mampu berkomunikasi dan berinteraksi dengan kanak-kanak akan berupaya mewujudkan psikososial yang mampu membantu pembelajaran. Mengikut Hierarki keperluan Maslow, seseorang individu perlu
3

memenuhi keperluan fisiologi dan psikologi supaya individu bermotivasi untuk memperkembangkan potensi diri serta mencabar diri untuk melakukan yang terbaik.

PENYEMPURNAAN KENDIRI PENGHARGAAN KENDIRI KASIH SAYANG DAN PENERIMAAN

RASA SELAMAT

FISIOLOGI/HAYAT

Hierarki Keperluan Maslow

C) ASPEK KOMUNITI PEMBELAJARAN Komuniti pembelajaran bermaksud sekumpulan manusia yang saling berkongsi, bertindak secara koperatif dan kolaboratif, mempunyai matlamat yang dikongsi sama serta saling membantu dalam proses belajar. Komuniti pembelajaran yang saling berkerjasam aantara satu sama lain akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan menyeronokkan. Kanak-kanank yang berada dalam komunitipembelajaran yang seperti ini akan mampu mengasah bakat dan potensi diri, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa

berjaya serta belajar mengenal potensi rakan-rakan yang berada disekeliling mereka. Sekolah atau bilik darjah adalah salah satu contoh komuniti pembelajaran yang sering dilihat. Kanak-kanak berada dalam satu kelompok ataupun kumpulan dan melalui proses pengajaran dan pembelajaran bersamasama. Ahli komuniti perlu membantu ahli kumpulan, bergerak bersama dan memberi peluang kepada rakan kumpulan yang lain untuk memberikan pendapat dan berfikir secara aktif. Sesi pembelajaran dalam komuniti pembelajaran yang sihat akan dapat melahirkan insan yang seimbang secara menyeluruh dan menjadi anggota masyarakat yang positif pada suatu masa nanti.

1.2 KONSEP MAIN Menurut Fromberg, main boleh diertikan sebagai simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik, berperaturan dan berbentuk episodik. Kanak-kanak gemar mengaplikasikan konsep main dalam pembelajaran mereka.Pengalaman yang mereka perolehi semasa bermain mewujudkan kekuatan daya ingin tahu dalam diri mereka dan secara tidak langsung mereka berkeupayaan untuk belajar tentang dunia sekitar mereka.

Mengikut teori yang dinyakan oleh Carr, main adalah penting kepada kanakkanak kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik iaitu memberipeluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai contoh kanak-kanak yang berusia empat tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan mengalamipengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan permusuhan terhadapadik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat menyuarakan perasaan kecewa tersebut.

Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula, main memberi peluang kepadakanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat mengawal keadaan yang dikatakan dapatmembantu kanak-kanak untuk berurusan dengan realiti sebenar (Kraus, 1990)

1.3 KEPENTINGAN MAIN a) Perkembangan Fizikal Fizikal kanak-kanak perlu dikembangkan sejak mereka kecil lagi.Bermain dapat meningkatkan perkembangan psikomotor dan pergerakan asas kanak-kanak. Perkembangan psikomotor penting dalam memastikan motor halus dan motor kasar kanak-kanak dapat digunakan sepenuhnya dan berupaya menggunakan motor halus dan motor kasar mereka dengan sempurna. Aktiviti-aktiviti yang pelbagai sepeti menanam, menggali tanah, menguli, mewarna, melakar, mencantum dan berenang dapat menguatkan motor halus, motor kasar dan koordinasi mata-tangan kanak-kanak.A ktiviti-aktiviti ini juga dapat

mengeluarkan perasaan takut dan bimbang kepada peringkat sedar. Ini kerana, apabila bermain, kanak-kanak akan mencuba sesuatu yang baru dan akan cuba melaksanakan apa yang mereka ingin tahu.

b) Perkembangan Sosioemosi Melalui bermain, perkembangan sosioemosi kanak-kanak dapat

dipertingkatkan dan diperlembangkan. Menurut teori instinct(naluri), alam kanak-kanak merupakan tempoh persediaan diri untuk kea lam dewasa. Kanak-kanak akan bermain seperti pondok-pondok atau doktor-doktor dan mengmabil peranan sebagai seorang yang dewasa dan berkerjaya. Melalui pengalaman yang dilalui ini, kanak-kanak akan belajar peranan sebagai seorang dewasa. Selain itu, bermain juga akan membantu meningkatkan kemahiran sosial kanak-kanak dan menerapkan nilai-nlai positif dalam diri.

Kanak-kanak akan saling berkerjasama, tolong-menolong, menghormati antara satu sama lain serta berkomunikasi secara positif. Kanak-kanak turut mampu menghargai dan memelihara alam sekitar serta mengenal dan menghormati nilai sesuatu budaya.

c) Perkembangan Kognitif Perkembangan yang menyeluruh meliputi juga perkembangan

kognitif.Perkembangan kognitif dapat ditingkatkan dengan aktiviti permainan seperti permainan bahasa, dan dan puzzle. Melakonkan semula apa yang dibaca atau didengar mampu mempertingkatkan penguasaan bahasa dan kognitif. Perkembangan kognitif yang sihat akan menghasilkan kanak-kanak yang penuh dengan perasaan ingin tahu dan sentiasa ingin meneroka sesuatu yang dipelajari dengan lebih mendalam. Kanak-kanak juga akan berfikiran lebih kreatif dan inovatif apabila aktiviti bermain di aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4 CIRI-CIRI MAIN A) Penglibatan Aktif Kanak-kanak yang melibatkan diri secara aktif dalam bermain mampu mebina komunikasi yang baik antara rakan sepermainan.Mereka juga turut diterapkan dengan nilai-nilai murni secara tidak langsung.Proses bermain yang secara langsung akan membolehkan kanak-kanak mempelajari pelbagai aspek kemahiran dan pengetahuan yang penting dalam kehidupan mereka.
8

B) Motivasi Intrinsik Penglibatan kanak-kanak dalam bermain bukanlah untuk mendapatkan ganjaran, sebaliknya lebih kepada kecenderungan dan keseronokan bermain.

C) Bebas untuk memilih Kanak-kanak bebas memilih permainan yang ingin dimainkan olehnya kerana bermain menjadi alat atau wahana untuk belajar dan meneroka alam persekitaran mereka.

D) Menyeronokkan Bermain merupakan satu aktiviti menyeronokkan yang melibatkan fizikal dan emosi. Pembelajaran yang berkesan akan berlaku apabila emosi diransang dan teruja.

E) Proses Penyesuaian Proses bermaian akan membuatkan kanak-kanak belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran, peraturan, budaya, keperluan hidup dan peranan yang dijangkankan.

F) Penerokaan Kanak-kanak akan belajar sesuatu dari aktiviti permainan yang dimainkannya. Alatan dan bahan yang digunakan untu bermain akan membuatkan kanakkanak belajar melalui pancaindera mereka.

2.0 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF David Ausubel ialah seorang ahli psikologi Amerika yang telah

memperkenalkan Teori Pembelajaran Penerimaan. David Ausubel mengkaji tentang teori pembelajaran yang berkaitan dengan advance organizers. Advance organizers adalah sejenis persembahan visual dan grafik yang menunjukkan perhubungan fakta, istilah atau idea yang berkaitan dengan satu unit pembelajaran. David Ausubel juga telah mengklasifikasikanadvanve organizer sebagai kaedah deduktif di mana ia bermula dengan sesuatu yang umum kemudian berakhir dengan yang khusus. Justeru, advance organizer sangat berguna dalam proses pemindahan pengetahuan. Murid akan berpandukan kepada hukum-hukum yang berkaitan untuk memikirkan contoh-contoh yang spesifik. Advance organizer mempunyai dua jenis. Jenis yang pertama ialah Pengurusan awal Perbandingan ataupun komparatif.Pengurusan awal perbandingan ialah mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan isi pembelajaran yang akan dipelajari. Sebagai persediaan penerimaan maklumat baru, penyusunan semula maklumat awal akan berlaku dalam struktur kognitif. Jenis yang kedua pula ialah Pengurusan Awal Ekspositori.Maklumat awal perlu didedahkan dan

dipersembahkan terlebih dahulu agar pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada untuk memperolehi maklumat yang baru. Pembelajaran bermakna akan berlaku melalui dua proses iaitu derivative subsumption dan correlative subsumption. Derivative subsumption ialah

memerihalkan situasi pembelajaran di mana maklumat yang baru kita pelajari adalah satu konsep yang pernah kita pelajari.Correlative subsumption ialah
10

contohnya apabila kita memperkenalkan rumah igloo yang belum pernah mereka jumpa di Negara kita. Untuk memahami maklumat baru ini, murid tadi akan mengubahsuai konsep rumah untuk merangkumi kemungkinan rumah diperbuat daripada ais, bukan sahaja kayu atau simen. 2.1 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN PENERIMAAN DAVID AUSUBEL Dalam pendekatan ini guru perlu memberitahu objektif pembelajaran kepada para pelajar pada awal pengajaran.Selepas itu barulah mereka dibimbing supaya mengingati fakta dan ciri-ciri tertentu yang berkaitan bagi membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapat kesimpulan baru. Guru juga hendaklah menyusun maklumat yang disampaikan agar murid-murid berupaya mengaitkan konsep baru dengan konsep yang telah dipelajari.Sebagai contoh, dalam mengajar kefahaman, adalah disyorkan murid-murid dibekalkan dengan satu rajah sebelum merekamendengar petikan yang berkenaan. Guru seharusnya berperanan menjadi fasilitator atau pembimbing yang terbaik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dengan pelajar serta mampu memberi arahan dengan baik kepada para pelajar. Nada suara yang jelas dan tegas mampu mengawal keadaan dan menjadikan sesuatu eksperimen itu berjalan dengan lancar. Sesuatu aktiviti juga akan menjadi lebih terancang kerana fasilitator terbaik mampu menyediakan rancangan pengajaran serta bahan aktiviti dengan baik serta mampu menjadi pembimbing yang baik.

11

Guru seharusnya mengambil kira perbezaan individu yang terdapat dalam diri setiap pelajar. Contohnya, apabila seseorang pelajar itu memegang dan memanipulasi objek maujud, menyentuh objek yang hidup,mereka akan mampu memberikan idea yang berbeza. Selain daripada itu, contoh bagi ikonik, terdapat perbezaan individu dari segi pengiraan secara mental.Ini kerana pelajar tersebut mampu mewakilkan bahan secara grafik atau mental secara pelbagai. Di samping itu, tidak semua pelajar mampu mengaplikasikan simbolik dalam pembelajaran kerana ia merupakan kemahiran berfikir aras tinggi yang memerlukan pelajar menggunakan daya pemikiran ke tahap yang optimum. Selain itu, seseorang guru juga hendaklah mampu membekalkan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang berpadanan dan selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka.Ini dapat dibuktikan melalui teori kognitif Jean Piaget di mana setiap tahap umur pelajar mempunyai tahap kognitif yang berbeza. Tahap kognitif yang berbeza ini akan membantu guru menyediakan bahan pengajaran yang bersesuaian dan mampu meningkatkan tahap kognitif pelajar itu sendiri. Oleh itu, setiap guru perlulah menyedia dan merancang sesuatu bahan bantu mengajar serta mengaplikasi pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran.

12

2.2 PENDEKATAN Pendekatan yang digunakan dalam teori kognitif ini adalah deduktif.Ini dapat dibuktikan apabila pendekatan ini membawa murid-murid bergerak daripada prinsip generalisasi atau umum kepada spesifik.Pendekatan deduktif merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang sudah diketahui umum. Selepas itu proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan di mana pelajar akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh yang sudah dibentangkan. Pendekatan ini turut digunakan apabila keutamaan pelajaran tertumpu kepada pemahaman konsep semata-mata dan bukannya kepada proses memperolehi konsep. Konsep advance organizer yang diperkenalkan oleh David Ausubel menekankan pendekatan deduktif ini.Pemerolehan ilmu bermula dari sesuatu yang khusus kepada sesuatu yang umum.Dalam satu sesi P&P, seorang guru ingin mengajar pelajar-pelajarnya tentang alam semesta. Guru akan mengajar apa yang ada di sekeliling terlebih dahulu sehingga pelajar faham. Kemudian, barulah guru meneruskan pengajaran tentang alam semesta dengan lebih mendalam seperti planet-planet yang terdapat di alam semesta.

13

2.3 STRATEGI Terdapat beberapa strategi yang digunakan dalam Teori Pembelajaran Kognitif.Yang pertama ialahberasaskan sumber atau bahan.Strategi ini lebih memberi penekanan kepada alat-alat bantu yang digunakan bagi memudahkan pelajar memahami pengajaran guru.Alat-alat Bantu ini terbahagi kepada dua iatu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran.Bahan pengajaran termasuklah semua bahan yang digunakan oleh guru manakala bahan pembelajaran merujuk kepada semua bahan yang disediakan untuk kegunaan pelajar.Kedua-dua jenis bahan tersebut digunakan semata-mata bagi memudahkan guru mengendalikan

pengajarannya dan membantu pembelajaran pelajar. Untuk mencapai objektif pembelajaran, guru perlulah menggunakan bahan pengajaran seperti buku, aplikasi computer, persembahan powerpoint untuk menarik minat pelajar. Bahan

pembelajaran seperti alat bantu mengajar dan helaian tambahan turut memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi yang kedua ialah pemusatan guru.Dalam strategi ini guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses pengajaran dijalankan. Pelajar bertindak sebagai penonton yang hanya mendengar sahaja penerangan guru.Oleh itu, hanya komunikasi sehala sahaja yang berlaku di mana pelajar mendengar sahaja penerangan yang diberikan oleh guru. Guru lebih banyak bercakap manakala pelajar hanya mendengar. Guru bertindak secara autokratik dan memberikan arahan kepada pelajar supaya dilaksanakan. Pelajar tidak diberi peluang menyumbangkan idea. Guru

14

amatmementingkan pencapaian objektif pengajaran dan tidak mengambil berat perkembangan emosi dan sahsiah pelajar.Pelajar sentiasa berada dalam keadaan tegang dan tiada hubungan positif di antara guru dan pelajar dapat diwujudkan. Proses pembelajaran seperti ini akan membuatkan pelajar hanya menumpukan pada pembelajaran sahaja. Pelajar hanya menerima arahan dan melaksanakan tugasan yang diberi pada masa yang ditetapkan dan mungkin pelajar tidak akan dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Strategi ini banyak menggunakan teknik hafalan dan pelajar perlu banyak mengingat daripada membuat interprestasi. Guru terlalu mementingkan pengajaran keseluruhan kelas dan tidak mengambil kira ciri-ciri perbezaan pelajar seperti kebolehan dan minat yang wujud. Akibatnya pelajar menjadi kurang kreatif dan tidak berinisiatif meneroka ilmu-ilmu baru.Walaubagaimanapun strategi ini mungkin sesuai digunakan dalam teknik bercerita di mana guru perlu mengawal sepenuhnya jalan cerita.Namun sekiranya tujuan guru bercerita adalah untuk membina pemikiran kreatif pelajar,maka pelajar perlu juga dilibatkan dalam sesi penceritaan tersebut.

15

3.0 BAGAIMANA

GURU

DAPAT

MEWUJUDKAN

PERSEKITARAN

PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF?

Papan Kenyataan Bakul Sampah

Papan Putih

Almari Buku

Pintu Utama Tingkap

Meja belajar
Tingkap Tingkap

Meja belajar

Tingkap

Tingkap

Meja belajar

Tingkap

Komputer

A Flm a a i l r i Tempat Penyimpanan Bahan Bantu Mengajar TV/ Radio

Ruang Pengurusan

Ruang Bahasa Melayu

Ruang Matematik

Contoh susun atur bilik darjah yang kondusif

16

a) Perancangan yang teliti. Guru yang bijak perlu memastikan rancangan pengajaran dirancang dengan teliti. Perancangan yang teliti akan menarik minat pelajar untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh guru sekaligus menepati kecerdasan pelbagai dan potensi murid yang berbeza-beza. Aktiviti-aktiviti yang disediakan perlu bersesuaian dengan potensi setiap murid yang terdapat di dalam kelas.Sebagai contoh, apabila guru hendak mengaplikasikan konsep main dalam subjek matematik, guru perlu merancang aktiviti yang sesuai dan menepati perkembangan potensi murid di dalam kelas. Aktiviti main yang sesuai dengan perkembangan potensi murid akan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif melalui minat murid terhadap aktiviti yang dijalankan. Murid akan berasa selesa untuk menjalankan aktiviti pembelajaran setiap kali rancangan pembelajaran di atur dengan teliti dan tersusun.

b) Menyediakan aktiviti yang mendorong penglibatan murid Kanak-kanak sentiasa ingin meneroka sesuatu yang baru dan pada masa ini mereka mempunyai kekuatan perasaan ingin tahu yang tinggi. Murid akan mudah berasa bosan apabila aktiviti pembelajaran mendatar dan tidak mampu untuk menarik minat mereka. Untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif, guru perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang mampu mendorong penglibatan murid secara aktif.Permainan batu seremban contohnya mampu melatih murid untuk belajar mengira dengan lebih cekap.Aktiviti belajar sambil bermain mampu menarik minat murid kerana kanak-kanak memang

17

gemar bermain.Aktiviti bermain bukan sahaja ampu menarik minat murid. Malah dengan sendirinya kanak-kanak akan melibatkan diri. Penglibatan murid yang aktif mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

c) Suasana kelas yang memudahkan interaksi guru dengan murid Guru memainkan peranan penting dalam mewujudkan suasana

pembelajaran yang kondusif. Suasana dan susun atur kelas yang kemas dan tersusun akan memudahkan guru berinteraksi dengan murid. Sudut bercerita boleh diwujudkan di dalam kelas sebagai tempat berkumpul dan bercerita.Selain mendengar guru bercerita, murid juga boleh menunjukkan bakat yang ada dalam diri untuk bercerita, bersyair atapun berlakon di sudut bercerita yang disediakan.Suasana kelas yang ceria dan mempunyai bahan pengajaran dan pembelajaran boleh membantu murid-murid berinteraksi secara mudah dengan guru.

d) Memantau perlakuan dan aktivti murid secara berterusan Kanak-kanak kadangkala memang sukar dikawal.Sebagai seorang guru, kita haruslah bijak dalam memastikan setiap murid sentiasa mematuhi peraturan yang di tetapkan.Setiap aktiviti yang dilakukan di dalam kelas perlu dipantau.Ini bertujuan untuk memastikan setiap murid menjalankan aktiviti yang dirancang. Bermain dalam proses pembelajaran memerlukan guru memberi lebih perhatian terhadap setiap pergerakan murid. Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan dengan perhatian guru dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang.

18

BIBLIOGRAFI
BUKU Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed, Abdul Ghani Abdullah, 2007. Guru Sebagai Pemimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional. Boon Pong Ying, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, 2009. Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Choong Lean Keow, 2009. Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. INTERNET http://www.scribd.com/doc/17097218/-Murid-Dan-Alam-Belajar http://www.scribd.com/doc/23145677/KUMPULAN-1-Konsep-Dan-Kepentingan-Main http://www.scribd.com/doc/6242419/Teori-Pembelajaran http://mabjip.blogspot.com/2009/06/konsep-main.html

19

Anda mungkin juga menyukai