Anda di halaman 1dari 2

ELEMEN KE 9 DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

RAKYAT MALAYSIA YANG BERTANGGUNGJAWAB

Bertanggungjawab membawa maksud sebarang kesan dan akibat hasil dari tindakbalas kita terletak di bahu kita. Ini menyatakan bahawa rakyat yang lahir di Malaysia mestilah mempunyai sikap bertanggungjawa segala yang apa yang membawa dilaksanakan kesan atau adalah dikerjakan.Sebarang tindakan.perlakuan

dipertanggungjawabkan terhadapnya. Apabila dikatakan bahawa rakyat yang bertanggungjawab, maka kita sebagai rakyat yang lahir dan membesar di Malaysia mestilah mempunyai cri-ciri rakyat yang bertanggungjawab.Kita perlu ada satu kesedaran bahawa tugas dan tanggungjawab kita sebagai rakyat adalah satu amanah yang perlu kita jalankan dengan baik.Ini bererti sekiranya kita bertugas sebagai pegawai kerajaan ataupun swasta, kita perlu jalankan tugas dan pekerjaan kita dengan bertanggungjawab.Kita perlu patuhi ketertiban semasa menjalankan tugas dengan menepati masa,menjalankan tugas yang diberikan tanpa sikap malas serta tidak membuangkan masa tanpa sebarang aktiviti yang berfaedah.Kita perlu sedar bahawa tugas yang diamanahkan kepada kita perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin tanpa memberikan bebanan serta masalah kepada orang lain. Dengan adanya kesedaran itu maka kita jalankan tugas dan tanggungjawab kita dengan sempurna tanpa menunjukkan sikap lepas tangan .Keja yang dilakasanakan itu perlulah atas kerelaan sendiri dan bukan dipaksa .Ini kerana sesuatu pekerjaan yang dilaksanakan dengan hati yang rela akan memberikan impak yang positif.Maka kerja ataupun tugas tersebut akan kita laksanakan dengan sempurna. Semasa kita menjalankan tugas, kita perlulah bersih ,cekap dan amanah. Ini bermaksud kita tidak boleh sama sekali melakukan perbuatan-perbuatan yang mengugat tanggungjawab kita dalam melaksanakan tugas.Setiap tugas yang dilaksakan itu perlulah bersih, tanpa berlakukanya penyelewengan.Kita perlulah

sentiasa menjalankan tugas kita dengan cekap , dan mempunyai sikap ingin menguasai kemahiran kemahiran yang dapat membantu meningkatkan kecekapan tugas kita. Dengan meningkatkan kemahiran yang bersesuai , maka kita dapat meningkatkan daya pengeluaran mengikut profesional masing-masing. Sebagai rakyat kita juga mesti dan wajib mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan, dan perlu mengelakkan diri dari terjebak dengan aktiviti yang melanggar undang-undang. Dengan mematuhi undang-undang peraturan Negara , maka kita dapat mengelakkan diri daripada terjebak masalah yang sesius yang boleh mengundang ketidaktenteraman Negara. Kita juga perlu berusaha memajukan diri,keluarga , masyarakat ,agama,bangsa dan negara, dari tahap yang rendah,sederhana ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai rakyat Malaysia, kita tidak berpeluk tubuh tanpa berusaha untuk memajukan diri.Ini kerana kita hanya akan mendapat hasil yang lumayan sekiranya kita berusaha untuk memajukan diri kita.Apabila kita telah mencapai satu status yang baik, kita perlulah berusaha pula untuk meningkatkan keluarga ke tahap yang lebih baik. Seterusnya kita bertanggungjawab meningkatkan kemajuan masyarakat setempat kita kerana ini akan membantu meningkatkan kemajuan dan kejayaan agama dan Bangka kita. Kesimpulanya , ternyatalah bahawa sikap bertanggungjawab ini sangat penting kepada kita sebagai rakyat Malaysia untuk membawa Negara kita mencapai Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai