Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

ANJURAN:
UNIT BIMBINGAN Dengan kerjasama GURU KELAS TAHUN SATU GURU-GURU MATA PELAJARAN TAHUN SATU

Sasaran:
Murid-Murid Tahun 1, SK Salimpodon Darat, Pitas

Tarikh:
03 1 8 J A N U A R I 2 0 1 3

TEM PAT:
Bilik Darjah Tahun 1

1.0 PENGENALAN Program Transisi merupakan satu program yang telah dirangka dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. Program ini dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran secara formal. 2.0 Tema "Minda cerdas, Mata bercahaya 3.0 RASIONAL Secara keseluruhannya Program Transisi untuk membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di prasekolah ke pendidikan secara formal di Tahun Satu. 4.0 OBJEKTIF PROGRAM 3.1 Menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan kawankawan baru dalam masa yang singkat. 3.2 Meningkatkan minat dan semangat untuk datang ke sekolah dengan gembira dan tanpa banyak masalah. 3.3 Meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan main sambil belajar. 3.4 Membina dan meningkatkan potensi diri dan kemahiran mereka. 5.0 BUTIRAN PROGRAM 5.1 Nama Program 5.2 Tarikh / Hari 5.3 Tempat 5.4 Sasaran 5.5 Anjuran : Program Transisi Tahun Satu : 03-18 Januari 2013 / Khamis Jumaat : Bilik Darjah Tahun Satu : Semua murid Tahun Satu : Unit Bimbingan SK Salimpodon Darat

Dengan kerjasama: i) Guru kelas Tahun Satu ii) Guru-guru mata pelajaran Tahun Satu 6.0 AHLI JAWATANKUASA Rujuk Lampiran 1 7.0 JADUAL AKTIVITI TRANSISI Rujuk Lampiran 2 8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Rujuk Lampiran 3 9.0 PENUTUP Adalah diharapkan program yang bakal dilaksanakan ini akan dapat memberi kesan yang positif terhadap perkembangan diri murid-murid Tahun Satu. Di samping dapat memberi satu inovasi baru dalam aktiviti pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Semoga program ini berjalan dengan lancarnya dengan adanya kerjasama yang jitu daripada para pelaksana.

Disediakan oleh:

Disemak Oleh:

( LYSLY A. SUBIN ) Setiausaha Program Transisi Tahun Satu 2013

( JAMIL DAUT ) PK HEM SK Salimpodon Darat, Pitas

Diluluskan / Tidak Diluluskan Oleh:

( KINCHIN BOLUOT ) Guru Besar

SK Salimpodon Darat, Pitas sk: - fail sekolah - PPD Pitas

Anda mungkin juga menyukai