Anda di halaman 1dari 22

Definisi jatidiri Malaysia

Ciri-ciri, gambaran atau keadaan khusus seseorang. Ia

juga boleh dianggap sebagai identiti bangsa, peribadi nasional, semangat kebangsaan, patriotisme dan kewarganegaraan: menunjukkan ketahanan dan kemurnian nilai sesuatu bangsa.

Sesuatu yang kita miliki bersama, yang mempunyai nilai

sendiri, dihayati secara kolektif dan dominan sifatnya yang dapat mencirikan rupa dan peribadi bangsa, sama ada tentang semangat, sikap dan pendirian, kepercayaan, tekad dan visi bangsa. bersifat dinamik dan struktural.

Mampu membina personaliti dan identiti kendiri yang

Islam Sebagai Agama Persekutuan Termaktub dalam Perlembagaan Malaysia bahawa agama persekutuan adalah agama Islam.
Agama-agama lain yang bebas dianuti tidaklah sama

kedudukannya.

Islam telah memberi kesan dan pengaruh yang mendalam

dalam pertumbuhan dan perkembangan kebudayaan Melayu.

Peranan Islam dalam masyarakat dan kebudayaan Malaysia

bukanlah hanya kesan yang sudah berlalu tetapi sedang dan terus memberi kesan yang berpengaruh.

Politik Melayu
Wajarkah pembinaan jatidiri meminggirkan

kedominanan kaum Melayu apabila penduduk kaum Cina merangkumi 26% dan kaum India 8%? dengan satu undi, maka jelas sekali majoriti yang ada adalah kaum Melayu dengan minoriti kaum-kaum lain. minoriti. Maksud persamaan di sini adalah persamaan satu undi, bukannya persamaan hak minoriti dengan majoriti.

Dalam negara demokrasi yang setiap rakyat setara

Dalam negara demokrasi, majoriti memerintah

Penguasaan ekonomi
Walaupun kaum Cina dianggap minoriti, tetapi dari

segi kekuatan ekonomi jelas sekali kedudukan kukuhnya berbanding dengan kaum lain.

Pembinaan jatidiri seharusnya menerima hakikat ini

kerana negara juga yang akan maju jika semangat patriotik semua rakyatnya sama-sama tinggi, samasama sedia berkorban demi kedaulatan negara.

Negara juga akan bertambah maju jika kemewahan

ekonomi tidak diwarisi oleh hanya sekelompok kecil penduduknya.

Etnik India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain


Semua kaum-kaum minoriti yang majoriti ini

memainkan peranan yang ketara dalam pembangunan negara, baik dalam perkhidmatan kerajaan ataupun swasta.
Penyertaan mereka sepenuhnya dalam setiap

program pembangunan akan menguntungkan semua pihak kerana kepelbagaian budaya yang dimilikinya.

Terbahagi kepada tiga faktor utama


i. Perbezaan dan pertentangan kepentingan di

antara etnik
ii. Perbezaan dan pertentangan nilai antara etnik

iii. Cabaran globalisasi

Perbezaan dan pertentangan kepentingan di antara etnik: Cabaran sosial 1. Pemisahan penempatan Pemisahan penempatan yang berlaku dalam masyarakat negara ini adalah akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British. British telah membawa masuk beramai-ramai imigran Cina dan India pada abad ke 19 untuk mengusahakan sektor perlombongan bijih timah dan perladangan getah. Implikasinya, penempatan masyarakat terpisah, majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar, kaum Cina di kawasan bandar, manakala orang India tinggal di estet.

2. Pengasingan Sistem Pendidikan

Setiap etnik mempunyai sistem pendidikan tersendiri. Pelajar Melayu akan belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula belajar di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka belajar di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Cina. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang berkesan untuk memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Namun, dari segi kurikulumnya adalah Justeru, program RIMUP boleh digunakan bagi mengeratkan lagi interaksi dan perpaduan antara etnik seawal usia pelajar.

3. Polarisasi Dalam Kalangan Pelajar


Bidang pendidikan merupakan mekanisme penting dalam pembentukan insan yang beretika, bermoral, bertoleransi, berbudaya ikram, penyayang dan sebagainya. Walaupun integrasi kaum pada peringkat pra sekolah khususnya Tadika Perpaduan adalah baik, tetapi keterasingan di peringkat sekolah rendah dan kerenggangan pada peringkat sekolah menengah serta IPTA/IPTS masih wujud. Ini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia.

4. Kontrak Sosial
Kontrak Sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Namun isu ini sering kali timbul dan ditimbulkan oleh pihak tertentu yang boleh membawa kepada kerenggangan hubungan etnik di Malaysia. Antara isu yang sering kali dibangkitkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, isu kemasukkan pelajar ke IPTA dan pelbagai lagi (Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 20052010).

1. Perbezaan Pekerjaan
Ini ketara kelihatan apabila orang Melayu kebanyakannya terlibat

dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Orang Cina sejak zaman British ditempatkan di lombong dan kebanyakannya terlibat dalam bidang perniagaan. Manakala orang India bekerja sebagai penoreh getah di estet dan pekerja landasan keretapi. Perbezaan pekerjaan ini menghalang interaksi yang lebih kerap sebaliknya interaksi itu berlaku dalam kalangan etnik yang sama. Perkara ini akan menghasilkan semangat perkauman terus menebal.

2. Penguasaan Ekonomi
Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi

penguasaan ekonomi. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Orang Cina, mereka lebih menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan dan berteknologi moden. Impaknya, wujud jurang pendapatan yang ketara dan ketidakseimbangan pendapatan turut berlaku. Tiap-tiap etnik berusaha untuk mendapatkan hak dan keuntungan lebih besar daripada pertumbuhan ekonomi dan peluang ekonomi yang wujud. Perbezaan dan penguasaan ekonomi oleh sesuatu kaum dan wujudnya jurang pendapatan antara etnik merupakan cabaran yang sering membawa kepada ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk.

Perbezaan dan pertentangan kepentingan nilai antara etnik: Cabaran politik


Politik Perkauman
Politik perkauman boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambilkira kepentingan semua pihak. Tambahan pula, jika isu perkauman diperalatkan seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, ekonomi dan lain-lain untuk kepentingan sesuatu pihak untuk mendapat sokongan rakyat, ianya tidak menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

PERBEZAAN DAN PERTENTANGAN NILAI ANTARA ETNIK


Perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan lebih

ketara dalam masyarakat majmuk. Masing-masing kaum Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri. Ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar sekiranya fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat.

CABARAN GLOBALISASI
Proses globalisasi atau pembaratan corak hidup berasaskan

gagasan ekonomi dan politik barat sejagat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Semenjak orang barat memulakan era penjajahan mereka di Timur pada abad ke 15, mereka tidak berhenti untuk mendominasi masyarakat lain. Melalui penjajahan, mereka membawa pemikiran bahawa tamadun mereka lebih tinggi dan mengetengahkan bahawa bangsa lain kurang bertamadun. Di kala perkembangan pemikiran sosial dalam masyarakat mereka sendiri menolak perbuatan menjajah sesama manusia, maka berlaku era penjajahan negara-negara terjajah.

Barat membawa masuk pengaruh dari segi ideologi,

budaya hedonisme dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manausia. Melalui globalisasi juga mereka mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksploitasian sumber manusia dan bahan mentah. Malaysia tidak terkeluar daripada pengaruh ini kerana arus pembaratan dan globalisasi terlalu mendesak.

Jika diperhatikan secara mendalam, secara

tidak langsung, gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara halus ke dalam masyarakat. Globalisasi dalam bentuk yang terselindung dan tersirat adalah lanjutan daripada proses penjajahan budaya pada abad ke 19 dan berupaya melemahkan tradisi sendiri serta menjadi penghalang kepada pembinaan jati diri dan tamadun Malaysia.

Bentuk hubungan etnik mengalami turun naik (rujuk Rajah 1, ms 28) Sejarah konflik antara kaum

Iktibar Peristiwa 13 Mei 1969


Kerosakan harta benda dan nyawa Darurat dan perintah berkurung

Usaha-usaha yang diambil bagi mengukuhkan lagi hubungan etnik, perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Usaha-usaha yang telah diambil baik dari segi ekonomi, politik dan sosial ternyata berhasil membawa masyarakat kepada pemupukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi. Usaha-usaha ini pula diasaskan kepada penghayatan Islam, perkongsian kuasa, semangat toleransi yang tinggi, rela berkorban dan persefahaman yang utuh di kalangan masyarakat Malaysia

Anda mungkin juga menyukai