Anda di halaman 1dari 11

1.

5 The Sense of Hearing

Deria Pendengaran
1. Deria pendengaran (sense of hearing) adalah deria yang boleh mengesan sumber bunyi yang dihasilkan oleh objek bergetar. 2. Deria keseimbangan adalah deria yang bertanggungjawab untuk mengawal keseimbangan (equilibrium) apabila badan bergerak. 3. Telinga (ear) adalah organ pendengaran manusia. 4. Manusia mempunyai dua telinga yang terletak di sisi kepala.

1.5 The Sense Of Hearing

Struktur dan fungsi telinga manusia


1. Telinga terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam. 2. Telinga luar dan telinga tengah dipenuhi dengan udara, manakala telinga dalam dipenuhi dengan cecair.

Fungsi bahagian-bahagian telinga adalah seperti berikut:


Bahagian Telinga luar: Cuping telinga (Pinna) Struktur / Ciri-ciri Berbentuk corong dan terdiri daripada tulang rawan. Fungsi Mengumpul dan mengarahkan gelombang bunyi ke dalam telinga.

Salur telinga (Ear canal)

Tiub sempit yang menghala ke arah gegendang telinga.

Menghantar gelombang bunyi ke gegendang telinga.


Bergetar dan menghantar gelombang bunyi ke osikel.

Gegendang telinga Membran nipis yang (Eardrum) memisahkan bahagian telinga luar daripada telinga tengah.

Telinga tengah: Osikel (Ossicles)

Terdiri daripada tiga tulang kecil: Tukul (Hammer): Andas (Anvil): Rakap (Stirrup): Tiub sempit yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak. Membran nipis yang berbentuk bujur antara telinga tengah dan telinga dalam.

Mempertingkatkan getaran gelombang bunyi sebanyak 22 kali sebelum menghantar ke tingkap bujur. Mengimbangi tekanan udara di kedua-dua belah gegendang telinga. Menghantar getaran bunyi dari bahagian telinga tengah ke telinga dalam.

Tiub Eustachia (Eustachian tube) Tingkap bujur (Oval window)

Telinga dalam: Koklea (Cochlea)

Tiub bergelung yang penuh dengan cecair. Dinding dalamnya mempunyai hujung saraf yang sensitif terhadap getaran gelombang bunyi.

Mengubah getaran bunyi kepada impuls.

Salur separuh bulat Tiga saluran yang terletak (Semicircular canals) pada sudut kanan di antara satu sama lain. Mempunyai kantung kecil yang dipenuhi dengan cecair dan hujung saraf yang sensitif terhadap keseimbangan fizikal badan.

Mengimbangi kedudukan badan.

Saraf auditori (Auditory nerves)

Sekumpulan saraf yang menyambungkan sel-sel deria ke otak.

Menghantar impuls dari koklea ke otak untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

1. Tiub Eustachia dan salur separa bulat adalah bahagian telinga yang tidak terlibat dalam pendengaran. 2. Tiub Eustachia mengimbangi tekanan pada kedua-dua belah gegendang telinga. 3. Salur separuh bulat mengawal keseimbangan badan (body equilibrium). 4. Salur separuh bulat terdiri daripada tiga tiub yang diisi dengan sejenis cecair yang dipanggil 'endolymph'. 5. Pergerakan kepala akan mempengaruhi keadaan endolymph. 6. Pergerakan endolymph akan merangsang sel-sel deria untuk mengeluarkan impuls. 7. Impuls tersebut akan dihantar ke otak untuk mengesan kedudukan dan arah pergerakan kepala.

How do we hear?

Mekanisme pendengaran telinga


1. Bunyi dihantar dari satu kawasan ke kawasan lain dalam bentuk gelombang (waves). 2. Cuping telinga mengumpul gelombang bunyi dan mengarahkannya terus kepada salur telinga.

3. Salur telinga mengarahkan gelombang bunyi tersebut ke gegendang telinga.


4. Telinga bergetar apabila ia menerima gelombang bunyi. 5. Getaran gelombang bunyi digandakan/dipergiatkan/dipertingkatkan (intensified) sebanyak 22 kali oleh osikel. 6. Getaran yang dipertingkatkan itu kemudiannya dihantar ke koklea melalui tingkap bujur. 7. Getaran tingkap bujur menyebabkan endolymph dalam koklea untuk bergetar dan merangsang sel-sel saraf di dalam koklea. 8. Sel-sel saraf di dalam koklea mengubah getaran cecair kepada impuls. 9. Impuls dihantar dari koklea ke otak melalui saraf auditori untuk ditafsirkan sebagai bunyi.

Anda mungkin juga menyukai