Anda di halaman 1dari 40

MINGGU 11

MORFOLOGI

Morfologi berasal daripada bahasa Greek, iaitu : morf = bentuk logos = ilmu Ilmu yang mengkaji soal yang berhubung dengan : - selok belok bentuk kata - kemungkinan adanya perubahan golongan kata ( fungsi gramatik ) - kemungkinan perubahan makna kata akibat daripada perubahan bentuk kata ( fungsi semantik )

MORFOLOGI DAN LEKSIKOLOGI

Morfologi ( morphology) Mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata dan makna yang wujud akibat peristiwa gramatis. Contoh : Runcing (KA) Keruncingan (KN) Meruncingi (KKT) Meruncingkan (KKT)

Leksikologi ( lexicology )

Mengkaji dan menganalisis kosa kata serta makna dan evolusinya.

Contoh : Runcing : berhujung tajam Keruncingan : perihal runcing Meruncingi : meraut Meruncingkan : membuat jadi runcing

Contoh lain

Bermasak : yang sudah masak Bermasak-masak : sedang memasak lauk-pauk Bermasakan / bermasak-masakkan : sedang masak ( buah-buahan ) Memasak / mempermasakkan : mengolah makanan supaya masak Memasak-masak : membuat pelabagai kuih Masak-memasak : hal / urusan memasak makanan Memasakkan : memasak untuk orang lain atau menjadi masak Masakan : apa-apa yang dimasak Pemasak : orang yang memasak Pemasakan : hal memasak Semasak : selama masa yang perlu

MORFOLOGI DAN ETIMOLOGI

MORFOLOGI Menyelidik peristiwa / kejadian umum yang dapat dikatakan sebagai sistem bahasa. Contoh :

ETIMILOGI Mengkaji / menyelidik asal usul sesuatu kata secara khusus.

Contoh : kena-berkenan lupa-alpa lekuk-keluk cilik-kecil saya-sahaya psikologi wisma

melupakan-dilupakan melupai-dilupai memberi-diberi memberi-diberikan kata-mengatakan nyata-menyatakan

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS MORFOLOGI


Mengkaji morfem dan kata Contoh : Aminah akan mengadakan Perjalanan jauh. Aminah : satu morfem akan : satu morfem mengadakan : tiga morfem meNada kan perjalanan : dua morfem per.an jalan jauh : satu morfem

SINTAKSIS
Mengkaji frasa, klausa, ayat dan wacana. Contoh : Aminah akan mengadakan perjalanan jauh. Aminah : subjek akan mengadakan : predikat perjalanan jauh : frasa objek

Hubungan kata tidak dengan


adil mampu serasi cukup

unsur kean dengan tidak adil, tidak mampu, tidak serasi

MORFOLOGI

FOKUS KAJIAN

STRUKTUR KATA
Susunan bunyi ujaran / tulisan yang menjadi unit bahasa yang bermakna

BENTUK KATA
Rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau terbitan daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan

PENGGOLONGAN KATA
Penjenisan kata berasaskan persamaan bentuk / rupa dan fungsi / peranan dengan anggota lain dalam golongan yang sama
7

MORFEM

Unit tatabahasa / bentuk yang paling kecil Bentuk yang bermakna leksikal atau fungsian Tiada bentuk lain sebagai unsurnya

ditendang di + tendang ialah morfem kerana tiada lagi bentuk lain yang lebih kecil daripada bentuk di dan tendang

ALOMORF

baja

membaja

tadbir
meN + asas langgar had

mentadbir
mengasas melanggar mengehad

meN ialah morfem. Apabila meN ini hadir dengan bentuk lain ( morfem bebas), maka perubahan bentuk terjadi akibat kehadiran fonem awal yang dilekatinya.

Makna morfem ini tetap, walaupun bentuknya berubah, iaitu melakukan pekerjaan seperti makna kata dasar.

Oleh itu, bentuk me, men, mem, meng dan menge merupakan anggota meN. Anggota morfem seperti ini disebut alomorf, dan setiap unsur itu disebut morf.

Alomorf ( allomorph ) ialah kelainan yang tidak distingtif yang merupakan anggota daripada satu morfem.

Distingtif ialah sifat pembeda ciri sesuatu unit linguistik yang membedakan satu unit linguistik dengan unit linguistik yang lain.

10

CARA MENGENAL MORFEM

Morfem dapat dikenali melalui prinsip tertentu Salah satu prinsip yang popular ialah analisis konstituen terdekat, analisis unsur langsung atau IC ( Immediate Constituent ), iaitu :

Unsur yang secara langsung dapat membentuk suatu bentuk yang lebih besar

11

Caranya, mencari bentuk yang satu tingkat lebih kecil daripadabentuk yang dianalisis, berasaskan penggunaannya oleh penutur jati bahasa itu. Misalnya bentuk kepanasan. Berasaskan paradigma, kita dapat tentukan bahawa bentuk dasarnya ialah panas. Jika kita gunakan kaedah mencari, mungkin kita memperoleh bentuk satu tingkat lebih kecil, iaitu kepanas atau panasan.

Oleh sebab bentuk ini tidak digunakan oleh penutur jati bahasa Melayu, maka bentuk ini sewajarnya ditolak. Bentuk yang lebih wajar ialah panas.

12

Cara pembentukannya dapat digambarkan seperti berikut :

ke

panas

an

kepanasan

Bentuk kepanasan mengandung dua morfem, iaitu ke.an dan panas men jalan kan

menjalankan

13

JENIS MORFEM
Morfem Bebas

Morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata, dan mempunyai makna yang tersendiri, serta berfungsi dalam ujaran. Bentuk ini tidak memerlukan kata lain. Contoh :
ikan, meja, baju, kertas, manusia, jalan Morfem Terikat Morfem yang tidak boleh berdiri sendiri sebagai kata, dan hanya wujud sebagai imbuhan yang digabungkan dengan morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh : ber + jalan = tulis + kan = ke + tulang + an = berjalan tuliskan ketulangan
14

Morfem Dasar
Morfem berfungsi sebagai dasar untuk membentuk morfem yang lebih besar, iaitu kata terbitan. Contoh: ber + buru = berburu buru ialah morfem dasar untuk kata berburu ke + adil + an = keadilan adil ialah morfem dasar untuk kata keadilan Morfem Kecuali Morfem yang kehadirannya tidak menjejaskan morfem dasar yang dilekatinya. Contoh: mem + berangkat + kan berangkat + kan berangkat Morfem mem dan kan ialah morfem kecuali
15

Morfem Wajib Morfem yang perlu dilekatkan morfem lain untuk membolehkannya berfungsi dalam ujaran. Contoh :

juang

daya juang berjuang memperjuangkan perjuangan


temu duga janji temu temu janji bertemu menemukan menemui kesejuk sejukan
16

temu

kesejukan

ke dan an tidak berfungsi jika salah satunya tiada

Morfem Tidak Wajib Morfem yang tanpa kehadirannya, morfem lain masih boleh berfungsi dalam ujaran. Contoh :

di

dimakan

Morfem Tertutup Morfem yang tidak menerima morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh : yang dan bahawa berkepemimpinan berkesudahan

17

Morfem Terbuka Morfem yang masih memungkinkan morfem lain untuk melekat pada morfem itu, dan dapat menerbitkan makna lain. Contoh :

kesudahan pemimpin banyak bersih indah Morfem Unik

> > > > > >

berkesudahan kepemimpinan kebanyakan kebersihan keindahan memperindah

Morfem yang kehadirannya terhad pada morfem tertentu sahaja. Contoh : kering kontang pucat lesi merah menjahang hitam legam Kontang, lesi, menjahang dan legam tidak dapat digabungkan dengan unsur lain.
18

Morfem Intonasi Pola intonasi yang membedakan pelbagai jenis ujaran. Contohnya intonasi menaik dalam ayat tanya tanpa kata tanya. Contoh :

Sudah bertunang ? Anda hendak makan ?


Morfem Terbahagi ke + ada + an mem + besar mem + besar + kan mem+ per + besar pe + pimpin ke + pe + pimpin + an meng + ubah ubah + kan me + tunjuk +kan > > > > > > > > > keadaan membesar membesarkan memperbesar pemimpin kepemimpinan mengubah mengubahkan menunjukkan
19

Morfem Kosong Morfem yang berubah fungsi tatabahasa dengan tidak mengubah bentuk. Contoh :

deer sheep saudara

deer = sheep = saudara

rusa kambing biri-biri

Deer dan sheep tunggal atau jamak sama sahaja. Begitu juga saudara yang bermaksud tunggal dengan saudara yang bermaksud jamak. Morfem Tunggal: morfem yang rediri daripada satu morfem. Contoh: duduk, bangun, makan, minum, jatuh Morfem Kompleks Morfem yang terdiri daripada dua morfem atau lebih. Contoh : temu duga, perjalanan, ketua polis negara
20

IMBUHAN

Unit/unsur tertentu (morfem terikat) yang ditambah/dilekatkan pada unsur/bentuk lain, sama ada bentuk dasar atau bentuk akar kata untuk mewujudkan satu kata lain, yang berfungsi dalam ujaran, serta mengakibatkan perubahan makna ketatabahasaan kata baharu yang terhasil itu. Jenis imbuhan dapat diasaskan kepada tiga kriteria, iaitu: posisi, keproduktifan, asal. Berasaskan posisi, imbuhan dapat dibahagikan kepada lima, iaitu : awalan, akhiran, sisipan, apitan, dan gabungan.

21

Awalan ialah imbuhan yang diletakkan di awal kata akar atau kata dasar untuk membentuk kata.

ber + tambah ter + senyum mem + bantu pe + laksana per + sada

> > > > >

bertambah tersenyum membantu pelaksana persada

Akhiran ialah imbuhan yang diletakkan di akhir kata akar atau kata dasar untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh : lari + an gemar + i sejuk + kan butir + an awas + i mandi + kan > > > > > > larian gemari sejukkan butiran awasi mandikan

22

Sisipan ialah imbuhan yang diletakkan di tengah kata akar atau kata dasar ( morfem dasar yang dimulai konsonan ) untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :

er + gigi em + guruh el + gegar in + sambung

> > > >

gerigi gemuruh gelegar berkesinambungan

Apitan ialah imbuhan yang terdiri daripada gabungan serentak awalan dan akhiran untuk mengiringi kata akar atau kata dasar ( pengimbuhan serentak ) untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh :

ke + aib + an pe + laksana + an me + tunjuk + kan me + wujud + kan ke + silap + an

> > > > >

keaiban pelaksanaan menunjukkan mewujudkan kesilapan

23

Gabungan ialah imbuhan yang terdiri daripada dua atau lebih imbuhan yang tidak perlu hadir serentak untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. Contoh:

mem + per + lebar mem + per + indah di + per + luas

> > >

memperlebar memperindah diperluas

Berasaskan keproduktifan, imbuhan dilihat dari sudut produktif dan nonproduktif. Imbuhan produktif ialah imbuhan yang mempunyai keupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain untuk membentuk kata yang berfungsi dalam ujaran. meN me + ledak > meledak, men + ternak > menternak mem + bawa > membawa, meng + galas > menggalas, menge + ram > mengeram di + jual > dijual, di + guna + kan > digunakan. lapis + an > lapisan, suku + an > sukuan.
24

di an

Imbuhan nonproduktif ialah imbuhan yang tidak berkeupayaan untuk dilekatkan pada morfem lain. Contoh : el + tunjuk > telunjuk, em + gilang > gemilang, er + gigi > gerigi Berdasarkan asalnya, imbuhan dapat dibahagikan kepada dua, iaitu imbuhan asli dan imbuhan pinjaman. Imbuhan asli ( jati ) ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa ibunda penutur. Contoh dalam bahasa Melayu ialah :

ber + rantai me + nanti ter + cinta per + tapa pe + laris di + sunting hangat + kan akhir + i ed + gebuk ke + gelap + an

> > > > > > > > > >

berantai menanti tercinta pertapa pelaris disunting hangatkan akhiri gedebuk kegelapan
25

Imbuhan asing ialah imbuhan yang belum berupaya keluar daripada lingkungan bahasa imbuhan itu. Contoh :

hadir + in > hadirin, hadir + at > hadirat, muslim + in > muslimin, muslim + at > muslimat, ustaz + ah > ustazah Imbuhan serapan ialah imbuhan yang berasal daripada bahasa lain ( yang bukan bahasa penutur ) tetapi imbuhan ini sudah dianggap sebati dengan bahasa penutur, iaitu imbuhan ini sudah berupaya keluar daripada lingkungan bahasa asal. budaya + wan seni + man karya + wan seni + wati harta + wan derma + wan > > > > > > budayawan seniman karyawan seniwati hartawan dermawan
26

KATA Kata mempunyai ciri yang berikut:

Satuan bebas yang paling kecil Dua satuan bebas, iaitu satuan fonologi dan satuan gramatis Mempunyai makna lengkap Dapat berdiri sendiri dalam ayat Satuan fonologi bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa suku kata, dan suku kata itu sendiri terdiri daripada satu atau beberapa fonem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh :
ber + ma + lam ber ma lam bermalam > > > > > 3 suku kata 3 fonem /b/, /e/, /r/ 2 fonem /m/, /a/ 3 fonem /i/, /a/, /m/ 8 fonem
27

Satuan gramatis bermaksud kata terdiri daripada satu atau beberapa morfem yang wujud sebagai unsur atau konstituen dalam ayat. Contoh :

bermalam kemalaman berkepemimpinan

> > >

2 morfem ber + malam 2 morfem kean + malam 4 morfem ber, ke.an, pe + pimpin

Satuan fonologi dan satuan gramatis ini menunjukkan bahawa definisi kata berdasarkan kriteria : - makna - fonologi ( tanda sebagai gabungan arbitrari antara representasi fonologi yang utuh dan distingtif dengan makna ) - fungsi sebagai unsur minimum yang bebas
28

Pokok kata bermaksud satuan yang tidak dapat berdiri dalam ujaran biasa, dan secara gramatis tidak bersifat bebas. Satuan ini tidak termasuk dalam golongan imbuhan kerana satuan ini mempunyai sifat tersendiri, dan dapat dijadikan bentuk dasar. Contoh :

temu juang tawa ambil main jabat baca sandar alir

> > > > > > > > >

bertemu pejuang, berjuang ketawa ambilan, mengambil bermain, mainan jabatan, pejabat membaca, bacaan penyandar, bersandar aliran

29

Berikut ialah contoh kata satuan bebas :

kertas, baju, mentah, nasi, jagung, kenegaraan, warganegara, tanggungjawab, tamadun, ketidakadilan, kebahagiaan, kesedihan, kesepakatan, berdarmawisata, sabun, dirgahayu, kesinambungan,

toksid, abstrak, tekal, lestari, matra, citra, matahari, bulan,bintang,


dewa, raja, menteri, sultan, sabut, indah, cantik, menawan, buku, almari, berkelah, menghadap, bertanya, pintu, belakang, hadapan, pagar, rumah, batu, anjung, bumbung, tangga, kereta api, alat tulis

30

Berikut ialah contoh kata yang bukan satuan bebas, tetapi bersifat satuan bebas. Oleh itu, dianggap satuan bebas :

dari, daripada, sangat, amat, paling, nian, begitu, kepada, kerana oleh, sebagainya, juga, sungguhpun, sekalipun, namun, pada, paling, walau, bagaimana, dapat, boleh, ialah, adalah, maka, al-kisah, memang, biar, jika, jikalau

Berikut ialah contoh dua satuan bebas : jatuh hati, masuk hantu, rampas kuasa, tumbuk rusuk, luar musim, racun serangga, luar negara, rumah sakit, rumah putih

31

BENTUK KATA
Dari segi bentuknya, kata dapat dibahagikan kepada empat iaitu:

kata dasar kata berimbuhan kata berulang kata majmuk Kata dasar ialah kata akar yang menjadi dasar kepada sesuatu kata. Kata dasar mungkin berupa : kata, pokok kata, frasa, kata + kata kata + pokok kata, pokok kata + pokok kata
32

Contoh bentuk kata dasar :

Bentuk akar / dasar pakai sudah oleh tua pakaian kesudahan peroleh ketua ke tepi anak tiri

Bentuk dasar berpakaian berkesudahan pemerolehan pengetua mengetepikan dianaktirikan

33

Kata berimbuhan ialah kata yang mengalami perubahan

bentuk akibat kehadiran imbuhan pada awal, tengah, atau akhir sama ada secara gabungan atau apitan. Contoh :

me + tarik el + getar masak + kan ke + asli + an Masak + an

> > > > >

menarik geletar masakkan keaslian masakan

34

AKAR

pertapaan

KATA DASAR YANG MENERIMA IMBUHAN

TUNGGAL

daratan pengeposan keberkesanan keberuntungan berdaya serap keibubapaan ketidaksempurnaan ketidakmampuan

TERBITAN

MAJMUK RANGKAI KATA

35

KATA GANDA

Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang diulang atau digandakan sebahagian atau seluruhnya Berdasarkan ini, kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu :

Kata ganda seluruh ( pengulangan dwilingga ). Contoh :

pohon-pohon kuda-kuda kejadian-kejadian kegiatan-kegiatan fikiran-fikiran mata-mata rama-rama

36

Kata ganda separa ( pengulangan dwipurwa ) Contoh :

tangga tamu luhur tirah

tetangga tetamu leluhur tetirah

Kata ganda berirama. Contoh : gerak-gerik sayur-mayur batu-batan lauk-pauk


37

Kata ganda berimbuhan ( pengulangan dwilingga berimbuhan ). Contoh :

bermanja-manja tarik-menarik tali-temali melihat-lihat

38

MORFOFONEMIK

Kajian tentang peristiwa perubahan fonem akibat pertemuan morfem dengan morfem yang menghasilkan kata, dan kata dengan kata yang menghasilkan frasa. Morfofonemik dapat dibahagikan kepada dua, iaitu :

morfofonemik kata morfofonemik frasa


Morfofonemik kata ialah perubahan fonem akibat pertemuan morfem yang mewujudkan kata. Contoh : me + tari me + tulis me + sayang me + suci = = = = menari menulis menyayang menyuci
39

Morfofonemik frasa ialah perubahan fonem akibat satu

kata yang diikuti kata lain yang mewujudkan frasa. Contoh :

putito mohutodu putitaa mohutodu

= = =

telur busuk telur busuk

40

Anda mungkin juga menyukai