Anda di halaman 1dari 1

TEKS DOA

LAMPIRAN 3

Bismillahirahmanirrahim. Alhamdulillah hirabbil al amin. Wa salatuwasala muala asyrafil anbiya iwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Kami bersyukur kepada-Mu atas keizinan-Mu maka kami telah dapat menyempurnakan Program Lawatan Ilmiah tahun 2012 di Majlis Sukan Negeri Sarawak. Kami berhimpun pada saat ini kerana-Mu untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu. Ya Allah , Ya Azizi Ya Sattar Ya Faalullima yurid , Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami, majlis sukan dan institut yang kami cintai ini akan menjadi institusi pendidikan yang cemerlang, terbilang , disegani, dihormati, dan bakal melahirkan individu individu serta pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat. Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwalikram , Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan. Wasalallahu ala saidina muhammad waala alihi wasahbihi wasallam . walhamdulillahirabbil al amin.

Anda mungkin juga menyukai