Anda di halaman 1dari 2

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI, Para pendidik sememangnya mempunyai peranan yang cukup banyak khususnya dalam

memastikan kejayaan anak-anak didik mereka.Pada umumnya kejayaan para guru ini diukur oleh masyarakat berdasarkan kejayaan para pelajar mereka.Walau pun kita tahu bahawa peranan ibu bapa juga tidak kurang pentingnya dalam menentukan kejayaan seseorang pelajar. Berikut ini diperturunkan beberapa peranan yang seharusnya dimainkan oleh seseorang pendidik dalam memastikan kejayaan akademik para pelajar mereka. 1.MENGAJAR MELALUI PROSES PEMBELAJARAN TERANCANG Setiap pendidik atau guru mempunyai jadual mengajar masing-masing.Oleh kerana para guru digaji untuk itu maka adalah satu perkara yang tidak wajar kalau ada guru yang dengan sengaja tidak menunaikan tanggungjawab tersebut... 2.MEMBIMBING CARA BELAJAR BERKESAN = STUDY HARD & STUDY SMART Bagi guru - guru yang berkemahiran tentang cara - cara pembelajaran yang berkesan apa salahnya diajarkan kepada anak didik mereka.Hal ini tentunya akan memperbaiki mutu proses pembelajaran para pelajar. 3.MEMBIMBING TEKNIK MENJAWAB DALAM PEPERIKSAAN Dalam konteks ini para pendidik boleh memberikan para pelajar kemahiran berkaitan. Semoga dengan adanya kemahiran tersebut para pelajar kita tidak akan teraba-raba khususnya dalam menjawab peperiksaan dengan teknik yang tepat dan memenuhi format yang sepetutnya. 4.MEMBERIKAN ANALISIS SOALAN TAHUN - TAHUN LEPAS DAN SOALAN RAMALAN. Tentunya bagi guru-guru yang dedikasi dalam tugasnya sanggup bersusah payah membuat analisis soalan tahun - tahun lepas dan juga soalan ramalan untuk menjadi panduan kepada para pelajar mereka. 5.MENASIHATI DAN MEMOTIVASIKAN SEMANGAT BELAJAR PARA PELAJAR Dalam kehidupan moden yang penuh cabaran ini banyak perkara yang menyebabkan para pelajar lalai dalam memberikan perhatian sepenuhnnya kepada proses pembelajaran mereka. Alangkah baiknya para pendidik menganggap para pelajar mereka seperti anak mereka sendiri dan senentiasa memberikan nasihat dan motivasi agar mereka lebih fokus dan prihatin terhadap pembelajaran anak-anak mereka. 6.MENCIPTA HUBUNGAN BAIK DENGAN ANAK DIDIK MEREKA Kewujudan hubungan yang baik antara pendidik dengan anak didiknya boleh menjadi faktor penentu berkaitan danan keberkesanan proses pengajaran guru

dan pembelajaran pelajar.Para pendidik kemungkinan boleh lebih fleksibel dan mempelbagaikan jenis hubungan denegn para pelajar mereka sebagi kawan,sebagai murid atau pelajar,sebagai ibubapa,sebagai fasilatator dan sebagainya.Hubungan guru denagn pelajar yang bermasalah tentunya akan mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran yang diajar... 7.MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG BAIK Seorang guru yang prihatin dan peka kepada proses pembelajaran para pelajarnya kan senentiasa cuba mewujudkan suasana yang kondusif agar proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dan diterima baik oleh para pelajar. 8.MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN IBUBAPA PELAJAR Seorang guru yang bertanggungjawab dan dedikasi dalam tugas mereka seharusnya mempunyai hubungan baik dengan ibubapa para pelajar agar saling dapat bertukar maklumat dan berkongsi idea untuk membimbing para pelajar kearah pencapaian akademik yang cemerlang. 9.MEMBERIKAN LATIHAN, KERJA SEKOLAH,LATIH TUBI DAN SEBAGAINYA. Perkara ini penting bagi melihat keberkesanan proses pengajaran mereka dan meneliti perkara yang para pelajarnya tidak tahu atau tidak faham.Hal ini boleh menjadi panduan untuk memperbaiki dan menambah nilai dan data pengajaran mereka. 10.MEMBENTUK SASIAH DAN DISIPLIN PARA PELAJAR Umum mengetahui kecemerlangan akademik para pelajar berkait rapat dengan prestasi didiplin mereka. Oleh itu ada baiknya para guru berkerjasama dengan ibu bapa dalam membentuk sasiah dan disiplin para pelajar agar masalah disiplin seseorang pelajar tidak menjejaskan prestasi akademiknya. ...Wahai para pendidik keikhlasan dan dedikasi dalam menjalankan tugas amat dituntut dalam menjamin kecemerlangan akademik para pelajar agar cemerlang sesuai dengan usaha KPM mencapai...PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA...DENGAN MINDA KELAS PERTAMA.... SELAMAT MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB...SEMOGA MENJADI IBADAH

Anda mungkin juga menyukai