Anda di halaman 1dari 28

Kesedaran Kepelbagaian Kelompok di Malaysia

(kepercayaan, bahasa, adat resam, jantina)


Disediakan oleh (PISMP 5.13) : NUR SHERA NABILA BINTI ABDUL AZIZ NURUL RAIHANA BINTI KAMARULHISHAM NURUL WAHEEDA BINTI MOHD NOUZOR

KEPERCAYAAN
Definisi : Akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan sertai oleh perasaan pasti atau kepastian terhadap perkara yang berkenaan. Konteks psikologi : Kepercayaan adalah suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak (propositional attitude). Konteks agama : Kepercayaan adalah sebagai akidah ataupun iman. Melalui kepercayaan, dapat membentuk nilai yang akan menjadi amalan dalam kehidupan masyarakat.

Kamus Dewan (1994) : Kepercayaan merupakan keyakinan atau akuan mengenai kebenaran berlakunya sesuatu. Kepercayaan adalah sesuatu yang dipercayai dan diterima secara turun-temurun. Dalam konteks bilik darjah, murid dapat mengetahui dan memahami kepelbagaian kepercayaan masyarakat Malaysia (masyarakat Melayu, Cina dan India serta lain-lain). Tujuan pendedahan kepelbagaian kepercayaan kepada murid : Tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Tujuan kepercayaan dilaksanakan :


1) Pantang larang 2) Tunjuk ajar 3) Nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan harian mereka 4) Mendidik tetapi disampaikan dengan cara halus supaya tidak menyinggung perasaan seseorang yang ditegur dapat memperkayakan adat dalam masyarakat

Masyarakat Melayu
Pawang & Mantera Kepercayaan kepada pawang dalam apa jua jenis situasi seperti waktuwaktu kecemasan dan sebagainya. Biasanya kepercayaan ini diamalkan di kawasan-kawasan kampong dan pedalaman. Medium yang digunakan ialah mantera atau jampi serapah. Mantera diambil daripada perkataan Sanskrit mantra atau manir yang merujuk kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda. Mantera ialah suatu jampi atau seruan yang dipengaruhi atau dikawal oleh kuasa ghaib (pembacanya boleh mengawal seseorang atau alam semulajadi) bagi memenuhi tuntutan penuturnya.

Melarang anak duduk diatas bantal Larangan ini diamalkan kerana dipercayai boleh mendapat bisul sekiranya duduk diatas bantal. Tujuan larangan : 1) Hendak menjaga bantal daripada pecah atau terkoyak 2) Menghormati dan memelihara tempat letak kepala kerana adalah tidak sopan tempat letak kepala dilakukan sedemikian (duduk di atas bantal).

Larangan menjahit diwaktu senja Tujuan larangan : Mengelakkan mata daripada buta dan rabun Sebenarnya, adalah untuk menjaga kesihatan mata anak supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan. Kebaikan larangan : Anak-anak tahu membezakan masa yang sesuai untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

Larangan bersiul atau menyanyi di dapur Seseorang anak gadis yang menyanyi ketika masak dikatakan akan mendapat suami tua. Tujuan larangan : 1) Mengelakkan berlaku sebarang kecelakaan atau kemalangan semasa kerja di dapur dan mesti dibuat dengan sempurna (tidak lalai atau alpa). 2) Dapat menjadikan hasil masakan bertambah baik dan segala kekurangan dari segi rasa dan mutu masakan boleh diperbaiki dan dapat diatasi.

Masyarakat Cina
Kepercayaan kepada semangat yang kekuatan luar biasa Masyarakat Cina turut percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang kekuatannya luar biasa. Beberapa semangat itu berada dan hidup di dalam fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung serta fenomena-fenomena alam lainnya. Fenomena ini diklasifikasikan kepada Yang dan Yin. Yang : Prinsip kepada dasar untuk laki-laki, matahari, arah selatan, panasnya cahaya (siang) dan segala yang termasuk keaktifan. Yin : Suatu prinsip seperti wanita, bulan, arah utara, dingin, gelap (malam) dan segala bersifat pasif.

Masyarakat India
Dewa-dewi, unsur alam dan unsur jahat Kepercayaan masyarakat India pula dikaitkan dewa-dewi, unsur alam dan unsur jahat seperti hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negative. Sesiapa yang melanggar kepercayaan biasanya dikatakan akan menerima nasib buruk atau kesan negatif. Contohnya, perbuatan bersiul pada waktu malam akan mengundang ular masuk ke dalam rumah. Bagi yang makan di tempat gelap, mereka ditakutkan dengan cerita bahawa makanan mereka dikongsi dengan hantu, roh atau penunggu. Manakala, pensel yang diasah pada kedua-dua belah maka ibu dan bapa keluarga berkenaan akan sentiasa bergaduh.

Animisme Kepercayaan Animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh adalah kepercayaan mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitive purba kala. Mempercayai bahawa setiap benda di bumi mesti dihormati agar semangat tersebut tidak menganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat dan roh jahat dan juga dalam kehidupan seharian mereka. Semangat ini juga dikenali dengan pelbagai nama antaranya jin, mambang, roh, datuk, tuan dan penunggu

Lain-lain (masyarakat petani)


Semangat padi Merupakan suatu kepercayaan kuno yang diwarisi dari zaman animisme. Mereka percaya bahawa setiap benda mempunyai semangat yang mengawalnya. Kepercayaan ini terdapat meluas dalam kalangan kebudayaan masyarakat menanam padi secara turun-temurun. Kepercayaan ini kian hakis akibat daripada pendalaman akidah Islam dan perkembangan teknologi. Kini, kepercayaan ini semakin pudar dan hanya diamalkan oleh golongan tua sahaja.

BAHASA
Definisi : Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang menggunakan bunyi atau simbol dengan pengertian yang tidak harus digunakan sewenang-wenangnya tetapi mempunyai struktur. Bahasa juga merupakan alat menyalurkan idea. Melalui bahasa kita dapat membentuk identity kelompok dan penyatuan dalam masyarakat. Cole (1998) : Bahasa merupakan satu set simbol-simbol dan aturcaraaturcara yang disusun bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks. Bahasa dikatakan bersifat dinamik kerana bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa.

Lingustik bahasa : Merujuk kajian tentang bahasa yang meliputi kajian tentang bunyi hingga kepada analisis bentuk pertuturan (sintaksis) dan tulisan. Edward Sapir : Apabila dikaitkan dengan masyarakat pengguna, bidang ini dikaitkan juga dengan kebolehan manusia untuk berhubung atau melahirkan perasaan dan fikiran. Ferdinand de Saussure : Jika dikaitkan dengan konsep bahasa sebagai alat perhubungan, lingustik mengkaji struktur bahasa, kerana struktur bahasa yang betul sahaja melahirkan fikiran yang betul. Bahasa juga mengalami perubahan. Perubahan berlaku kerana penyesuaian yang berlaku dalam organisasi sosial dan pola-pola peranan sosial dalam sesuatu masyarakat.

Faktor perubahan bahasa :


1) 2) 3) 4) 5) 6) 7) 8) 9) 10) 11) 12) 13) 14) 15) 16) 17) Pertembungan budaya dan masyarakat Penjajahan Peperangan Perpindahan Perubahan populasi Kelas sosial Etnik Umur Jantina Pekerjaan Penemuan baru (kaedah, benda-benda & peralatan) Pendidikan Perdagangan Agama Status ekonomi Penghijrahan Lain-lain

Proses perubahan bahasa yang sering diperhatikan dalam masyarakat di negara kita :
1) 2) 3) 4)
5) 6) 7) 8) 9)

Perubahan bunyi : [pinam] (Kuno) kepada [pinang] Perubahan fonem : [vuat] (Kuno) kepada [buat] Perubahan morfem : [nivunuh] kepada [dibunuh] Penggantian kata : [warsa] (Kuno) kepada [tahun], [siasah] kepada [politik] Asimilasi : [organisasi] kepada [organization] Haplologi : [bagi itu] (asal) kepada [begitu] (baru) Penggemblengan : [kugiran] daripada [kumpulan gitar rancak] Lewah pembetulan : [tuladan] (kata asal) kepada [teladan] Hanyutan fonetik : [dua halapan] kepada [delapan] kepada [lapan]

10) Perubahan makna : *khalwat+ (asal Arab) : menyendiri untuk beribadat kepada berdua-duaan membuat maksiat. 11) Penyempitan makna : [tuan] (dulu) untuk perempuan dan lelaki seperti Tuan Ali, Tuan Puteri kepada kini untuk lelaki sahaja dan lain-lain. 12) Perubahan makna kepada daerah kelmarin dan lain-lain 13) Kata slanga [tuang] untuk [ponteng]

Bahasa dikatakan menjadi alat komunikasi untuk manusia bekerjasama, melestarikan kebudayaan dan penerusan pemikiran. Terdapat pelbagai lagi taksiran bahasa yang diberikan oleh pelbagai pengkaji sebelum ini. Antara pendapat taksiran bahasa : (a) Nababan : Bahasa ialah sistem oerisyaratan (semiotik) yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan antara unsur-unsur itu. Dengan kata lain, bahasa terbuka untuk penafsiran = fonologi + morfologi + sintaksis. (b) Chomsky : Bahasa adalah kebolehan inat (semulajadi) penutur asli untuk membentuk ayat yang gramatis sebagai ujaran sebenar pada waktu tertentu. (c) De Saussure : Bahasa adalah pola-pola umum dalam prtuturan sesuatu komuniti bahasa. (d) Edward Sapir : Bahasa adalah system manusiawi yang instingtif (yakni arbitrari) untuk menyampaikan perasaan dan fikiran melalui alat system simbol yang dikeluarkan secara voluntari.

Fungsi bahasa
Memenuhi pelbagai tujuan untuk menggambarkan suasana

Menyampaikan maklumat antara penutur dan pendengar (fungsi komunikatif), supaya pendengar menyambut (fungsi apelatif), untuk menyatakan perasaan (fungsi akspresif) atau menaakul kebijaksanaan (fungsi kognitif)

Golongan penutur bahasa :


Orang Melayu bahasa Melayu Orang India bahasa Tamil (diambil dari Negara Tamil Nadu) Orang Cina Bergantung kepada kumpulan penutur (mengikut negeri) 1) Pulau Pinang & Melaka Hokkien 2) Kuala Lumpur, Seremban & Ipoh Kantonis & Hakka 3) Malaysia Timur Hakka & Mandarin 4) Sibu Foochow 5) Sandakan bahasa Kantonis 6) Selatan Semenanjung Malaysia terutama Johor bahasa Mandarin (paling ramai ditutur oleh orang Cina, kesan media berbahasa Mandarin dari Singapura serta penggunaan bahasa ini dalam pendidikan formal) telah menyisihkan dialek-dialek Cina seperti Teochew & Kantonis.

ADAT RESAM
Suatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh measyarakat Merupakan amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat

Sesuatu perkara yang diwarisi sejak turuntemurun

Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza

Contoh adat resam yang masih diamalkan:

Melayu

Melenggang perut Meminang dan bertunang Bersunat Bercukur jambul

Cina India

Kelahiran Mencukur rambut

Sewaktu mengandung (memakai gelang Suulkaappu) Semasa bersalin

JANTINA
Menurut Butler dan Manning (1998), the term gender describes masculinity and feminity-the thoughts, feelings, and behavior that identify one as either male or female

Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat perbezaan yang ketara antara mereka.

Faktor jantina mempengaruhi pembentukan iklim di dalam bilik darjah. Apatah lagi jika terdapat perbezaan jantina dengan kaum yang berlainan

LELAKI: Fitrahnya bersikap lebih keras dan agresif

PEREMPUAN : Lebih cepat matang Lemah lembut, sopan santun

Guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina. Jantina mempengaruhi pembentukan iklim di dalam bilik darjah. Pemilihan aktiviti yang bersesuaian akan menentukan motivasi murid ketika menjalani proses pembelajaran mereka. Seorang guru harus mempertimbangkan faktor jantina semasa penyediaan rancangan mengajar agar aktiviti yang ingin dilakukan adalah bersesuaian dengan perbezaan jantina di dalam kelas.

Bergaul lebih tertib

Bertanggungjawab

Menghormati perbezaan yang wujud dari segi jantina

Meluaskan lagi ruang persefahaman dan toleransi.

SEKIAN

Sesi Kuiz RSN =)

Anda mungkin juga menyukai