Anda di halaman 1dari 30

1.0 PENGENALAN Perkembangan manusia melibatkan perubahan.

Kebanyakan orang

menggunakan perkataan perkembangan untuk merujuk kepada perubahan yang berlaku secara kualitatif terhadap seseorang. Perkembangan kanak- kanak terbahagi kepada 6 domain utama iaitu fizikal, kognitif, bahasa, emosi, sosial dan moral. Setiap domain-domain ini tidak boleh berkembang secara sendirinya dan perlu dilatih, dididik agar dapat mempengaruhi perkembangan kanak-kanak secara positif. Bagi

memastikan setiap domain ini berkembang dengan baik, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhinya. Namun begitu faktor yang utama ialah baka dan diikuti dengan ibu bapa kerana mereka adalah orang yang paling rapat dengan kanak- kanak itu semenjak mereka lahir sebelum mereka melangkah ke dunia luar dan bertemu dengan lebih ramai orang. Dari aspek mengenai perkembangan kognitif kanak-kanak yang mana secara umumnya, akan berkembang dan berubah mengikut peringkat-peringkat perkembangan mental mereka. Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas dan imaginatif. Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget (1896) dalam Suppiah et al. (2008), perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku dalam tahap-tahap yang tertentu dan mengalami perubahan melalui equilibration

(penyeimbangan). Kanak-kanak akan menggunakan konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna seterusnya mereka mempunyai keupayaan untuk berinteraksi dengan pemikiran dan bertingkah laku untuk

mengembangkan pengalaman hidup. Dalam tugasan KKBI Perkembangan Kanak-Kanak ini, ia memerlukan guru pelatih untuk membuat pembacaan dan kajian pemerhatian perkembangan kognitif kanak-kanak. Tugasan ini adalah tugasan individu, guru pelatih perlu merangkumi beberapa perkara yang penting dalam keseluruhan tugasan ini iaitu konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak, faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan.
1

Tambahan pula, dalam perkembangan kognitif kanak-kanak guru pelatih harus membuat dua kajian pada setiap peringkat umur iaitu (peringkat 1: 7-8), (peringkat 2: 10-11 tahun). Jumlah kanak-kanak terlibat yang terlibat dalam dua ujian perkembangan kognitif kanak-kanak ialah serama enam orang. Selepas membuat kajian guru pelatih perlu membuat data dan kira bagi tiap-tiap ujian yang melalui pada setiap peringkat umur untuk mendapat rumusan bentuk perkembangan kognitif kanak-kanak. Setelah mendapat data maklumat kaitkan dapatan kajian dengan konsep dan prinsip perkembangan kognitif menurut Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Akhir sekali, guru pelatih perlu menghuraikan implikasi melalui kajian dan juga mencadangkan amalan guru di dalam bilik darjah dan juga proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0 KONSEP DAN PRINSIP-PRINSIP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK Setiap yang hidup mengalami perubahan mengikut proses pertumbuhan dan perkembangan. Pertumbuhan adalah perubahan yang bersifat kuantitatif iaitu sifat perubahan yang dapat di ukur sama ada mengikut peringkat dan ketentuan masa. Apabila ia bersifat kuantitatif, setiap perubahan seseorang dapat dilihat dengan nyata berdasarkan pengukuran yang dibuat ke atas seseorang ataupun sesuatu organisma. Pertumbuhan yang biasa sering berlaku, kecuali yang disebabkan oleh kanser, selalunya berhenti manakala sesuatu organism itu sampai ke peringkat matang atau dewasa dan selepas itu pertumbuhan tidak akan berlaku lagi. Perkembangan pula adalah perubahan yang bersifat kualitatif iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan sudah berlaku yang menunjukkan sifat berlainan daripada peringkat yang terdahulu. Berlainan dengan hal pertumbuhan di atas, perkembangan berlaku daripada peringkat permulaan

percambahan sehingga tamatnya hayat organisma. Hal ini bermakna, perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organism ke peringkat matang, tetapi perkembangan berterusan berlaku walaupun peringkat kematangan dilampaui. Tegasnya,

perkembangan sentiasa berlaku terus-menerus, dari awal sehingga akhir hayat sesuatu organisma. Proses pertumbuhan dan perkembangan bagi sesuatu organisma itu sudah sedia terancang dalam gen-gen yang diwarisi daripada keturunan yang terdahulu. Bagi sesuatu jenis organisma, sifat umum jenis itu iaitu phylogenetic adalah serupa. Gesell (1949) menyatakan, walaupun tidak ada dua individu yang benar-benar serupa, secara global semua kanak-kanak yang normal cenderung mengikut susunan pertumbuhan yang biasa dilalui oleh kanak-kanak. Menurut Crow dan Crow pula, perkembangan merupakan secara kualitatif serta cenderung ke arah yang lebih baik dari segi pemikiran, rohani, moral dan sosial. Contohnya, Ali seorang murid Tahun 3 tidak berupaya menyelasaikan masalah algebra. Apabila mencapai Tahun 4, Ali menunjukkan kebolehan menyelasaikan masalah

matematik yang melibatkan algebra. Dengan ini, jelas bahawa Ali telah mengalami perkembangan. Perkembangan bersifat berterusan, iaitu daripada lahir hinggalah mati. Ia juga dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Menurut Karl E. Garrison, perkembangan terhasil daripada tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dan pembelajaran. Semua perkembangan, sama ada berbentuk struktur, kemahiran satu siri tingkah laku ataupun keseluruhan sahsiah, adalah mengikut beberapa aturan semula jadi dan sifat-sifat sejagat. Secara ringkas, perkembangan boleh disifatkan sebagai pengaliran yang saling berkait antara perubahan kualitatif yang menuju ke arah tertentu dan yang dijangkakan. D.S. Wright dan Ann Taylor mentakrifkan perkembangan sebagai perubahan yang berlaku dalam warisan hayat (baka) dan organisasi kepada struktur organisma dalam keadaan yang saling berkait serta berhubung dengan pertambahan umur. Menurut Atan Long pula, perkembangan ialah perubahan kualitatif tetapi. Ia tidak dapat diuku secara kualitatif tetapi jelas dilihat perubahan telah berlaku kerana sifat baru berlainan daripada peringkat yang lebih awal. Tambahan lagi, perkembangan sentiasa berlaku secara berterusan dari permulaan percambahan hingga ke akhir hayat sesuatu organisma.

Ciri-ciri Perkembangan Antara ciri-ciri perkembangan yang penting adalah seperti berikut: 1. Ia merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. 2. Perubahan-perubahan ini adalah daripada segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Ringkas kata, perubahan itu bersifat kualitatif.

Proses pertumbuhan (Perubahan secara kuantiti) Jasmani : Tinggi, saiz, berat, bilangan

Proses perkembangan (Perubahan secara kualiti) Jasmani : gigi Bertambah anggota kemahiran menggunakan berjalan,

bertambah.

seperti

merangkak,

berlari dan melompat. Mental : Mental :

Berkembangnya keupayaan memikirkan Berkembangnya kemahiran menggunakan tentang banyak perkara. perkataan bahasa, angka, pemikiran,

penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Sosial : Sosial :

Mula berinteraksi dengan ahli-ahli di luar Menyedari perbezaan antara lelaki dan keluarga seperti jiran, rakan sebaya, guru perempuan serta peranannya, pentingnya dan sebagainya. disiplin kumpulan serta penyesuaian

dengan rakan sebaya. Emosi : Emosi : menguasai perasaan dan

Tumbuhnya perasaan suka, duka, marah, Berupaya sayang dan sebagainya.

mengawal perasaan ketika marah atau cemburu.

3. Perubahan-perubahan itu adalah dari segi fungsi. 4. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi. Contohnya, seseorang kanak-kanak kecil berupaya meniarap sebelum merangkak, duduk sebelum berdiri dan berjalan sebelum berlari. 5. Proses perkembangan berterusan sepanjang hayat seseorang individu. 6. Perubahan tingkah laku berlaku dalam keadaan yang berterusan dan menerusi peringkat-peringkat kematangan tertentu.
5

7. Peringkat-peringkat perkembangan membawa perubahan yang maju ke arah tertentu serta dijangkakan. 8. Perkembangan dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.

Proses pertumbuhan dan perkembangan berlaku dalam keadaan yang saling berkait dan meliputi perubahan dari segi bentuk tubuh dan tingkah laku. Perubahanperubahan tersebut melibatkan perubahan jasmani, emosi, mental, sosial dari segi kuantiti serta kualiti. Keselurauhan proses perubahan seperti yang dibincangkan disebut penyuburan. Oleh itu, proses penyuburan merangkumi pertumbuhan dan

perkembangan.

Prinsip-prinsip Perkembangan Terdapat lapan prinsip-prinsip perkembangan iaitu : 1) Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat ditelah sama ada pada peringkat sebelum lahir ataupun pada peringkat sudah lahir. Daripada beberapa bukti tentang perkembangan dan pertumbuhan yang berperaturan dan dapat ditelaah, baik di dalam peringkat belum lahir mahupun pada peringkat sudah lahir, telah terbukti adanya dua arah perkembangan: arah kepala ke kaki (cephalocaudal) dan arah tengah ke tepi (proximodistal). Mengikut arah kepala ke kaki, perkembangan bermula dari kepala dan bergerak ke arah kaki.Ini bermakna bahawa perubahan pada struktur dan juga fungsi berlaku di bahagian kepala terlebih dahulu, kemudian di bahagian badan dan penghabisan sekali di bahagian kaki.Kanak-kanak kecil biasanya berat kepala.Ini

menunjukkan bahawa lebih banyak perkembangan telah berlaku di bahagian kepala jika dibandingkan dengan perkembangan di bahagian kaki.Keadaan ini

juga terdapat pada fungsi pergerakan. Manakala kanak-kanak itu ditiarapkan ia boleh mengangkat kepalanya sebelum ia boleh mengangkat dadanya. Mengikut perkembangan arah tengah ke tepi pula, perkembangan itu berlaku dari arah tengah badan menghala ke bahagian luar badan dan ke bahagian hujung anggota.Masa kanak-kanak di dalam kandungan, ketika bahagian kepala dan badannya sudah boleh dikatakan cukup terbentuk, bahagian anggota kaki dan tangan hanya merupakan puntung-puntung yang masih belum bertumbuh lagi.Dengan beransur-ansur, puntung tangan ini memanjang dan berkembang menjadi tangan dan jari.Dari segi fungsi juga kanak-kanak dapat menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum dapat menggunakan tangan dan jari.

Rajah: Arah pertumbuhan dan perkembangan

2) Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kita akan dapati semua kanak-kanak mengikut corak perkembangan yang sama iaitu daripada satu peringkat menuju ke satu peringkat selanjutnya. Contohnya seseorang kanak-kanak perlu berdiri terlebih dahulu sebelum ia dapat berjalan ataupun ia perlu tahu berjalan dahulu sebelum ia boleh berlari.
7

3) Perkembangan berlaku daripada keadaan yang menyeluruh kepada keadaan yang tertentu. Pada peringkat permulaan hidup, seseorang bayi hanya dapat menghasilkan gerak balas dengan cara yang menyeluruh terhadap sesuatu rangsangan kerana tulang dan ototnya belum matang. Contohnya apabila seorang bayi hendak mengambil sesuatu objek yang hampir dengannya, maka seluruh badannya bergerak bersama-sama dengan lengan dan tangan, sedangkan jari-jari kecilnya tidak dapat digunakannya. Apabila bayi itu bertambah besar, maka ia akan dapat menggunakan jari sahaja untuk mengambil sesuatu tanpa menggerakkan sebahagian besar anggota badannya yang lain. 4) Perkembangan bersifat berterusan. Perkembangan adalah secara berterusan iaitu semenjak pencambahan hingglah ke akhir hayat.Namun begitu hal ini berlaku pada kadar atau kecepatan yang berbeza-beza. Harus diingat juga perkembangan pada peringkat awal

mempengaruhi perkembangan pada peringkat yang seterusnya. Contohnya semasa ibu hamil, keadaan kesihatan dirinya dan janin akan menentukan sifat bayi yang akan dilahirkan nanti. 5) Perkembangan berlaku mengikut kecepatan yang berlainan. Walaupun perkembangan organisma bersifat berterusan tetapi perkembangan bahagian-bahagian organisma adalah tidak sama dari segi kecepatan. Begitu juga perkembangan kecerdasan untuk sampai ke peringkat kematangan juga berbeza dari segi umur antara seorang dengan seorang yang lain. 6) Perkembangan bahagian-bahagian anggota adalah saling berkait dan mempengaruhi keseluruhan organisma.

Perkembangan satu-satu anggota tidak dapat dipisahkan dengan perkembangan keseluruhan organisma kerana perkembangan satu-satu trait mempengaruhi satu dengan lain.

7) Corak perkembangan berbeza di antara satu dengan yang lain. Setiap orang mempunyai corak perkembangannya sendiri walaupun susunannya serupa dengan orang lain. Oleh itu tidak semua kanak-kanak sampai kepada titik perkembangan yang sama pada peringkat umur yang sama. Menurut Gesell (1949) tidak terdapat persamaan perkembangan bagi bayi-bayi yang baru lahir kerana sekurang-kurangnya sudah pasti terdapat sedikit perbezaan dalam proses perkembangan di antara mereka. 8) Perkembangan berlaku secara berperingkat-peringkat. Perkembangan hidup manusia adalah secara berperingkat-peringkat. Tiap-tiap peringkat dapat dibezakan dengan peringkat yang lain melalui sifat-sifat yang nyata bagi peringkat itu. Namun begitu tidak terdapat garis pembahagian yang nyata antara satu peringkat dengan satu peringkat yang lain. Secara amnya terdapat tujuh peringkat perkembangan manusia iaitu : Sebelum lahir (Masa Percambahan hingga lebih kurang 280 hari) Bayi lahir (Lahir-14 hari) Bayi (2 minggu 2 tahun) Kanak-kanak (2 tahun baligh) Dewasa Tua

3.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAKKANAK Pertumbuhan dan perkembangan benda-benda hidup adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran. Gregor Mandel telah melakukan beberapa kajian terhadap Sains Genetik ke atas tumbuh-tumbuhan dan mendapati kacang pis yang kecil telah mengeluarkan kacang pis yang kecil dan sebaliknya. Beliau berpendapat bahawa trait serta sifat sesuatu organisma dipengaruhi oleh gen dan ia boleh diturunkan dari satu generasi ke satu generasi lain. Hal ini melibatkan semua organisma termasuklah manusia.Walaubagaimanapun, pertumbuhan dan perkembangan seperti ini tidaklah semata-mata bergantung kepada gen tetapi faktor-faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi sesetengah ciri fizikal manusia. Faktor baka ialah warisan keturunan. J. A. Thomson menganggapnya sebagai

Baka

perhubungan genetik di antara generasi manusia.MengikutDerville(1979), baka ialah pewarisan biologi keseluruhan ciri mental dan fizikal daripada ibu bapa kepada anak. Ia merupakan ciri mental dan fizikal yang dapat diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Baka menentukan persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anak dan dalam kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga, terutama dari segi trait-trait fizikal dan mental. Oleh sebab itu, ibu bapa yang berbadan tinggi dan bijak berkemungkinan besar akan melahirkan anak yang berbadan tinggi dan cerdik. Individu berasal daripada cantuman dua sel gamet(pembiakan,iaitu satu daripada bapa(sperma) dan satu lagi daripada ibu(ovum). Hasil daripada percantuman ini menghasilkan anak-anak yang mempunyai beberapa ciri-ciri yang hampir serupa dengan ibu bapa mereka.Kajian mengenai baka merupakan kajian mengenai keturunan,perubahan dan perkembangan.Melalui kajian tentang baka ini dapat diketahui sifat-sifat keturunan yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang berikutnya.Hukum keturunan menyatakan bahawa anak-anak berkecenderungan menyerupai sifat salah seorang atau kedua-dua ibu bapa. Dalam kajian keturunan,
10

terdapat empat faktor kebakaan yang selalu diperkatakan, iaitu kromosom, gen , kelenjar, dan hormon. a) Kromosom Kromosom merupakan unit pewarisan yang diterima daripada ibu bapa dan yang disalurkan kepada kanak-kanak.Semua sel hidup biasanya mengandungi daya utama yang disebut sebagai protoplasma dan sel inilah yang menjadi asas fizikal sesuatu kehidupan. Setiap sel terdiri daripada sitoplasma dan nucleus.Nucleus sel mempunyai pelbagai struktur halus dan salah satu daripadanya ialah kromosom yang membawa bahan baka.Kromosom wujud secara berpasangan.Setiap pasangan itu mempunyai rupa bentuk yang seiras. Manusia mempunyai 23 pasangan (jumlah 46) kromosom dalam sel badannya. Setiap sperma dan ovum pula mempunyai 23 kromosom sahaja.Dalam masa persenyawaan berlaku, sperma bercantum dengan ovum untuk membentuk zigot.Pada waktu itu, bilangan kromosom dalam sel zigot menjadi 46. Jantina ditentukan melalui sepasang kromosom seks yang disebut X dan Y. lelaki menghasilkan 2 jenis sperma yang mengandungi kromosom X dan Y. perempuan hanya menghasilkan ovum yang mengandungi kromosom X sahaja. Apabila sperma x bercantum dengan ovum x, anak perempuan akan dihasilkan, sekiranya pula sperma y bercantum dengan ovum x, maka anak lelaki akan dihasilkan. Secara normal, apabila berlaku persenyawaan, seseorang individu akan memperoleh 23 kromosom daripada sperma bapa dan 23 kromosom daripada ovum ibu.

11

Rajah: Proses persenyawaan, percantuman dan pertukaran kromosom lelaki dan perempuan

b) Gen Tiap-tiap kromosom mengandungi unit pewarisan keturunan yang disebut gen. Bentuk gen begitu halus dan bilangannya lebih kurang 40000 dalam setiap kromosom manusia. Gen menjadi pembawa baka daripada keturunan yang terdahulu. Dari segi saintifik, gen merupakan segmen daripada asid

dioksiribonukleik (DNA) yang merupakan pembawa maklumat genetik. Semua DNA mempunyai komposisi yang sama iaitu gulabiasa (deoksiribosa), fostat, dan 4 asas bahan kimia adenine, guanine, timinadansitosin (A,G,T,C). Sama seperti kromosom, didapati gen juga berpasangan. Suatu gen diperoleh daripada kromosom sperma dan satu lagi daripada kromosom ovum. Oleh itu, seorang kanak-kanak menerima hanya separuh daripada jumlah gen bagi setiap ibu dan bapanya. Terdapat dua jenis gen iaitu, gen dominan dan gen resesif. Apabila kedua-dua ahli pasangan gen ialah dominan, maka bayi yang dilahirkan mewarisi trait-trait daripada gen-gen dominan. Apabila satu gen bersifat dominan dan satu lagi bersifat resesif, maka gen dominan sekali lagi menentukan bentuk trait. Hanya jika keduadua gen ibu bapa daripada jenis resesif maka bentuk resesif trait individu yang akan digambarkan. Contohnya, gen yang menentukan warna mata bertindak dalam pola dominan dan resesif.Warna biru bersifat resesif dan coklat bersifat dominan. Jadi seorang kanak-kanak yang mempunyai mata berwarna sudah pasti mempunyai ibu bapa yang bermata biru ataupun salah seorang daripada ibu dan bapanya memiliki mata berwarna biru dan seorang lagi berwarna coklat (dimana yang membawa gen
12

resesif adalah yang bermata biru). Seseorang kanak-kanak yang bermata coklat dikatakan tidak mempunyai ibu bapa yang bermata biru. Bapa Ibu Anak Mata coklat Mata biru Mata coklat Mata coklat Mata coklat/biru

Bermata coklat(kedua-dua gen coklat) Bermata biru(kedua-dua gen biru) Bermata coklat/biru(satu gen coklat dan satu gen biru) Ada juga beberapa pendapat yang menghubungkaitkan gen dengan

pembentukan jantina seseorang. Kromosom individu lelaki dan wanita adalah serupa kecuali pasangan ke-23 yang menentukan jantina seseorang yang membawa gen-gen yang berhubung dengan jantina. Seorang wanita biasanya mempunyai kedua-dua kromosom x dalam pasangan ke-23 bagi lelaki mempunyai kromosom x dan y.Penentuan jantina bayi ditentukan oleh kromosom jantina yang terkandung dalam sperma yang membiakkan telur. c) Kelenjar Terdapat enam kelenjar endoktrina. Kelenjar-kelenjar bekerja bersama-sama dan dikawal oleh pituitary. Kelenjar-kelenjar itu ialah : Tiroid(bahagian bawah leher) Peratiroid(di leher) Penkreas

13

Adrenal(atas ginjal) Pituitary(dasar otak) Jantina(zakar/ovary) Kelenjar-kelenjar mengeluarkan hormon untuk menggalakkan perkembangan

dan mengekalkan fungsi-fungsi badan untuk berinteraksi dengan persekitaran. Sementara itu kelenjar jantina berkembang pada masa seseorang mencapai peringkat baligh. d) Hormon Hormon ialah bahan kimia yang dikeluarkan oleh kelenjar-kelenjar dalam badan dan disalurkan oleh peredaran darah ke organ-organ lain untuk melicinkan perjalanan sistem lain dalam badan dan seterusnya melicinkan perkembangan badan. Antara hormon-hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar-kelenjar ialah:

Kelenjar-kelenjar utama dalam badan manusia Kelenjar Pituitari Hormon Hormone pertumbuhan Fungsi
-Mengawal pertumbuhan tulang -kekurangan kekerdilan -kelebihan: keraksasaan

Hormon pituitari lain

-mengawal perembesan hormone oleh kelenjar lain -mengawal penghasilan sperma -pembebasan ovum dan pengeluaran susu oleh kelenjar susu -mengawal keseimbangan air dalam badan dan

14

Kelenjar

Hormon

Fungsi
tekanan darah.

Tiroid

Tiroksin

-mengawal respirasi dan pembebasan tenaga daripada makanan. -kekurangan: pertumbuhan kanak-kanak terbantut dan mengalami kelembapan mental; orang dewasa menjadi gemuk dan kurang aktif serta menghidapi penyakit goiter. -kelebihan: kekurusan, terlalu aktif dan sukar bersikap tenang.

Adrenal

Adrenalin

-menyelaraskan keadaan kecemasan dan gerak balas lawan atau lari dengan meningkatkan tekanan darah dan mempercepatkan denyutan jantung serta menambahkan kadar penghasilan tenaga.

Pankreas

Insulin

-mengawal aras gula dalam darah dan penukaran glukosa berlebihan kepada glikogen. -kekurangan: kencingmanis(diabetea mellitus).

Ovari

Estrogen

-mengawal pertumbuhan dan perkembangan ciri seks


15

Kelenjar

Hormon

Fungsi
sekunder perempuan -mengawal atur kitar dan proses kehamilan

Testis

Testosteron

-mengawal pertumbuhan dan perkembangan seks sekunder lelaki

1) HormonTiroksin Dikeluarkan oleh kelenjar tiroid. Jika dikeluarkan berlebihan,seseorang akan berasa resah gelisah dan aktif. Manakala jika kekurangan hormon ini, menyebabkan seseorang itu berasa lemah,letih dan lesu. 2) Hormon Insulin Dikeluarkan oleh kelenjar pancreas.Kegunaan hormon ini adalah untuk mengawal kandungan gula dalam darah.Tugasnya membolehkan gula dalam darah ditukarkan menjadi tenaga.Jika kelenjar ini tidak berfungsi menyebabkan gula berlebihan dalam darah kerana tidak ditukarkan kepada tenaga. Implikasinya wujud penyakit kencing manis(diabetes) pada diri seseorang. 3) Hormon Adrenalin dan Noradrenalin Dikeluarkan oleh kelenjar adrenalin. Hormon ini akan keluar dan masuk ke dalam darah apabila seseorang itu dalam keadaan beremosi seperti marah, sayu dan sedih. Hormone ini akan menyebabkan jantung berdenyut dengan cepat. Hal ini boleh menaikkan tekanan darah,menyebabkan hati mengeluarkan simpanan gula dan memperbanyakkan gula dalam darah bagi menambah tenaga.Hormon ini juga menentukan fungsi penghadaman makanan. Hormon Noradrenalin pula berfungsi untuk mengembalikan keadaan beremosi kepada keadaan tenang dan

stabil.Kelenjar jantina lelaki mengeluarkan hormon androgen manakala kelenjar

16

jantina perempuan mengeluarkan hormone estrogen.Hormon jantina dalam darah mengakibatkan wujudnya sifat-sifat kelakian dan kewanitaan. Faktor Persekitaran

Persekitaran pula dipengaruhi oleh pengalaman luar yang dilalui oleh seseorang individu tersebut. Ia merangkumi pengalaman sebelum dan selepas lahir. Pengalaman sebelum lahir ialah semasa dalam kandungan dari segi pemakanan dan kesihatan ibu, gaya hidup ibu misalnya sama ada ibunya merokok semasa hamil, rawatan yang diterima ibu, usia dan keadaan emosi ibu. Pengalaman selepas lahir pula ialah seperti pemakanan, sosioekonomi dan tahap pendidikan keluarga, rakan sebaya, sekolah, masyarakat, tempat ibadat, media dan persekitaran dunia. Semua faktor ini mempengaruhi perkembangan individu. Institusi keluarga merupakan pengaruh utama terhadap perkembangan manusia. Unsur-unsur institusi keluarga yang pengaruhi perkembangan individu ialah suasana rumah, makanan, asuhan dan status sosio-ekonomi keluarga. Secara umumnya, kita mengetahui bahawa perbezaan suasana rumah, makanan, asuhan dan sosio-ekonomi keluarga melahirkan perbezaan individu mengikut perbezaan kadar perkembangannya. Misalnya kanak-kanak dilahirkan dalam sebuah rumah yang mesra dan penuh dengan kasih sayang akan mengalami perkembangan emosi yang sihat. Makanan berzat dan seimbang akan membantu kanak-kanak memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Kanak-kanak diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami perkembangan potensi, tingkah laku dan emosi dengan sempurna. Selain itu, status sosio-ekonomi keluarga yang baik atau tinggi akan membantu perkembangan intelek dan fizikal kanak-kanak ke tahap optimum kerana keluarga ini berupaya memberi makanan yang cukup berzat dan seimbang serta kemudahan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. Pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan
17

rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Tambahan lagi, masyarakat merupakan alam kehidupan manusia. Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza mempengaruhi perkembangan kanakkanak dalam aspek sosio-emosi, personaliti dan mental. Misalnya perbezaan nilai hidup membentuk perbezaan falsafah hidup di kalangan individu. Perbezaan kebudayaan dan agama melahirkan perbezaan cara hidupserta tingkah laku manusia. Selain itu, masyarakat yang sihat akan mempengaruhi anggotanya dengan membentuk sikap yang sihat seperti bertanggungjawab, rajin berusaha,bermoral, beretika serta kuat beragama dengan nilai kerohanian yang sempurna. Masyarakat yang menitikberatkan kebendaan akan mempengaruhi sikap manusia yang mementingkan diri sendiri dan bersikap materialistik, serta mengabaikan nilai kerohanian dan nilai kejiwaan. Kebudayaan masyarakat yang menitikberatkan kepada keagamaan akan melahirkan individu yang beriman. Perkembangan individu pula dipengaruhi oleh pendedahannya kepada sumber teknologi yang terdapat di alam kehidupannya. Sumber teknologi ini merujuk kepada maklumat-maklumat yang diperolehi daripada bahan-bahan bacaan seperti

suratkhabar, majalah, iklan, filem, radio, televisyen dan komputer. Seperti yang kita ketahui bahawa pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya. Sebaliknya, kanakkanak yang didedahkan kepada sumber teknologi yang berunsur keganasan, kezaliman, akan membentuk sikap yang negatif dan personaliti yang tidak diingini. Akhir sekali, guru dan sekolah merupakan pengaruh yang paling penting dalam perkembangan pelajar dari segi fizikal, intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang bersifat penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran-pembelajaran dalam bilik darjahakan melahirkan pelajar yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran negara. Iklim sekolah yang kondusif serta dilengkapi dengan kemudahan pengajaran-pembelajaran akan

membantu perkembangan kognitif, efektif dan psikomotor pelajar. Guru dan sekolah
18

merupakan

agen

perubahan

dan

bersama-sama

diberi

tugas

untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu, demi mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi danjasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Tugas murni ini telah dimaktubkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diisytiharkan pada tahun 1988.

4.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF JEAN PIAGET Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat

perkembangankognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya, kanakkanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Untuk menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses ini, Piaget memperkenalkan 4 konsep utama: Skema (Schema) Penyerapan (Assimilation) Pengubahsuaian (Accomodation) Keseimbangan (Equilibrium) Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah kabinet yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Apabila seorang bayi dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperoleh semakin meningkat dan skema itu semakin diperhalusi. Skema adalah proses mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Apabila seorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu ialah
19

menghisap susu dan menggenggam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulutnya akan dihisap seperti puting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap. Asimilasi merupakan proses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumatmakluma baru atau pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada,iaitu penyerapan (fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif. Akomodasi atau penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of schema). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan diserap ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak atau diubah atau diubahsuai. Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubahsuai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalamanpengalamanbaru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu. Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan dan pengubahsuaian. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
20

Dari kajian dan pemerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat ini sebagai peringkat sensori motor, pra operasi, operasi konkrit dan operasi formal. A. Peringkat Sensori Motor (0 2 tahun) Dalam peringkat ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya

untukmemahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam

persekitarannya.Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambing yang mudah. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. B. Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun) Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep.Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah bolehbertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitifnya kian menjadi meningkat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Mereka mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh mengelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep keabadian bilangan. C. Peringkat Operasi Konkrit (7 12 tahun) Kanak-kanak mula memperoleh konsep transformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja.Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini,
21

kebanyakan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung. D. Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun) Remaja telah boleh berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teorem atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalisasi daripada aktiviti-aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu konsep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah harian.

22

5.0

KAJIAN PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK

DATA PERKEMBANGAN KOGNITIF Untuk mengkaji perkembangan kognitif kanak-kanak, kami telah menjalankan 3 eksperimen yang berlainan yang menggunakan alatan yang berbeza mengikut Teori Perkembangan Kognititif Jean Piaget. i) Eksperimen Pertama

GELAS 1 RAJAH 1

GELAS 2

Isi kuantiti air yang sama pada gelas 1 dan gelas 2. Tanya samada kuantiti air adalah sama atau tidak.

GELAS 1

GELAS 3

RAJAH 2

23

Tuangkan air pada gelas 2 ke dalam gelas 3 (lebih baik jika dituang oleh murid sendiri). Tanyakan kuantiti air yang manakah lebih tinggi atau kedua-duanya adalah sama. Tanya kenapa? PERINGKAT 1: 7-8 TAHUN MURID MURID 1 MURID 2 MURID 3 JAWAPAN RAJAH 1 BETUL SALAH / / / JAWAPAN RAJAH 2 BETUL SALAH / / /

PERINGKAT 2: 10-11 TAHUN MURID MURID 1 MURID 2 MURID 3 JAWAPAN RAJAH 1 BETUL SALAH / / / JAWAPAN RAJAH 2 BETUL SALAH / / /

Berikut menunjukkan butiran-butiran mengenai cara eksperimen pertama telah di jalankan. Dalam eksperimen ini, kami mengajukan soalan yang sama kepada 3 orang murid mengikut dua peringkat umur iaitu 7-8 tahun dan 10-11 tahun. Data-data yang kami perolehi telah kami perincikan dalam bentuk jadual. Mengikut keputusan yang telah kami perolehi, sememangnya tahap perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza pada setiap peringkat umur. Untuk peringkat 7-8 tahun, mereka juga mengalami masalah iaitu tidak memahami soalan dan prosesproses yang dilakukan. Namun, ada juga diantara mereka yang menjawab dengan betul kerana diberikan masa yang lama untuk berfikir. Peringkat umur yang seterusnya ialah 10-11 tahun, kebanyakan mereka telah berjaya menjawab soalan yang diajukan dengan betul. Ini disebabkan mereka berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit.

24

i)

Eksperimen Kedua

KERTAS 1

KERTAS 2 Rajah 1 Bentukkan satu garis lurus dan tanyakan yang mana satu panjang atau kedua- duanya sama panjang.

KERTAS 1

KERTAS 3 Rajah 2 Jadikan kertas 2 kepada kertas 3 seperti di dalam rajah 2. Lengkungkan kertas 2 (panjang yang sama) dan tanyakan yang mana satu panjang atau kedua-duanya sama panjang. Tanyakan kenapa.

25

PERINGKAT 1: 7-8 TAHUN JAWAPAN RAJAH 1 BETUL / / / / / SALAH JAWAPAN RAJAH 2 BETUL SALAH /

MURID MURID 1 MURID 2 MURID 3

PERINGKAT 2: 10- 11 TAHUN JAWAPAN RAJAH 1 BETUL / / / SALAH JAWAPAN RAJAH 2 BETUL / / / SALAH

MURID MURID 1 MURID 2 MURID 3

Berikut adalah butiran mengenai cara-cara eksperimen kedua telah dijalankan. Eksperimen ini memerlukan kami menggunakan kertas. 3 orang murid bagi dua peringkat umur telah kami kaji dalam eksperimen ini. Murid yang berumur dalam lingkungan 7-8 tahun kebanyakannya masih tidak dapat memahami perubahan proses-proses yang ditunjukkan. Teori Piaget mengatakan kanak-kanak pada tahap umur ini sepatutnya sudah boleh memahami proses transformasi, keterbalikan dan menaakul. Peringkat umur 10-11 tahun, murid-murid sudah dapat menjawab soalan dengan betul dan proses yang ditunjukkan tidak perlu diulang berkali-kali. Menurut Teori Piaget, sepatutnya dapat mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contohnya, warna, saiz dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sistem pemikiran kanak-kanak pada peringkat umur ini masih terikat dengan situasi fizikal dimana pelajar boleh menyusun, mengelas, manipulasi dalam situasi yang berbentuk konkrit.
26

iii)

Eksperimen Ketiga

10

20

sen

sen
Rajah 1

Tanyakan nilai yang mana satu lebih besar.

20

RM 1
Rajah 2

sen

PERINGKAT 1: 7-8 TAHUN JAWAPAN RAJAH 1 BETUL SALAH / / / / / JAWAPAN RAJAH 2 BETUL SALAH /

MURID MURID 1 MURID 2 MURID 3

27

PERINGKAT 2: 10- 11 TAHUN JAWAPAN RAJAH 1 BETUL / / / SALAH JAWAPAN RAJAH 2 BETUL / / / SALAH

MURID MURID 1 MURID 2 MURID 3

Berikut

menunjukkan

prosedur-prosedur

eksperimen

ketiga

dijalankan.

Eksperimen ini menggunakan alatan seperti duit syiling dan duit kertas. Ujian ini telah dijalankan kepada 3 orang murid bagi setiap dua peringkat umur. Menurut data yang telah kami perolehi, murid yang berada pada peringkat umur 7-8 tahun, salah seorang daripada murid yang ditanya telah dapat menjawab dengan betul. Ini adalah kerana dalam teori piaget, kanak-kanak dalam lingkungan umur ini perlu menguasai 3 prinsip asas iaitu prinsip identiti, prinsip compensation (ganti rugi) dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak pada peringkat umur 10-11 tahun pula telah dapat menjawab soalan dengan tepat. Mereka telah memahami proses menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun seperti A<B<C disamping dapat menguasai kemahiran pemuliharaan dan pengelasan. Ini bermaksud mereka telah mencapai satu peringkat pemikiran logik menurut Teori Piaget.

28

6.0 PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN TIGA KANAK-KANAK BERUSIA 7-8 TAHUN DENGAN KANAK-KANAK BERUSIA 10-11 TAHUN DARI SUDUT PERKEMBANGAN KOGNITIF.

KANAK-KANAK BERUSIA 7-8 TAHUN

KANAK-KANAK BERUSIA 10-11 TAHUN

Kanak-kanak walaupun sudah mampu menaakul sendiri tetapi masih mengambil masa yang panjang untuk berfikir dan biasanya akan berlaku kesalahan pada sesuatu jawapan.

Kebanyakan

mereka

telah

berjaya

menjawab soalan yang diajukan dengan betul dan cepat. Ini disebabkan mereka berkebolehan berfikir secara logik

walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit.

Mengalami memahami

masalah soalan,

iaitu tidak

tidak Murid-murid

dapat

menjawab

soalan

dapat dengan betul dan proses yang ditunjukkan

membezakan jumlah dan saiz dan tidak perlu diulang berkali-kali. Menurut proses-proses yang dilakukan. Teori Piaget, sepatutnya dapat

mengklasifikasikan objek ke dalam set atau kumpulan berdasarkan sesuatu ciri. Contohnya, warna, saiz dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sistem pemikiran kanak-kanak pada peringkat umur ini masih terikat dengan situasi fizikal dimana pelajar boleh menyusun, mengelas,

manipulasi dalam situasi yang berbentuk konkrit. Dari aspek pengajaran dan Teruskan penggunaan bahan bantu

pembelajaran,kanak-kanak memerlukan mengajar konkrit terutama untuk bahan bantu mengajar yang konkrit mempelajari sesuatu pelajaran yang baru.
29

atau maujud seperti batu, guli dan Penggunaan bahan boleh daripada batang aiskrim. persekitaran murid dan mengaitkannya dengan pengalaman sedia ada. Arahan yang diberikan haruslah Arahan ringkas dan tersusun serta mudah

pendek, ringkas, mudah difahami dan difahami. disertai dengan contoh. Pembelajaran memerlukan bimbingan Murid mula belajar secara kendiri, soalanyang tinggi daripada guru. soalan berbentuk penyelesaian masalah, analisis logik dan bersistematik.

30

Anda mungkin juga menyukai