Anda di halaman 1dari 1

Rosli Bin Kasmodin PPG Sains 3 2013 AKTIVITI 2 SOALAN 1 : Jelaskan mengapa anda memilih media-media tersebut untuk

digunakan dalam aktiviti P&P anda? Saya telah memilih media elektronik dan penggunaan Media 3D kerana media ini sangat sesuai bagi menjalankan aktiviti PDP di dalam makmal sains. Pada masa kini kebanyakan makmal sains memiliki kemudahan LCD Projektor dan ini sangat membantu dalam menjalankan proses PDP dengan penggunaan media ini. Modern, canggih dan sangat menarik adalah kata kunci mengapa media ini dipilih.

SOALAN 2 : Apakah kaedah yang anda gunakan untuk melaksanakan P&P dengan media tersebut?. Mengapa anda memilih kaedah tersebut? Kaedah yang saya gunakan adalah kaedah ASSURE . Ini adalah kerana kaedah ini sangat bersesuaian dengan situasi pelajar hari ini yang sangat menitikberatkan IMPAK dalam sesuatu proses PDP . Melalui analisis dan objektif yang jelas, prpses PDP akan dapat dijalankan dengan lebih berkesan , terancang dan mencapat matlamat objektifnya dan seterusnya memberikan impak yang sesuai selepas sesuatu proses PDP dijalankan. SOALAN 3 : Boleh anda fikirkan alternatif lain untuk menggantikan kaedah P&P yang telah anda laksanakan?. Beri alasan terhadap pilihan baru tersebut? Alternatif lain yang boleh digunakan bagi menggantikan kaedah PDP tersebut adalah Kaedah Kajian Lapangan iaitu menggunakan bahan maujud sebagai medium utama dalam menjalankan proses PDP tersebut. Ini adalah kerana dalam matapelajaran sains sekolah rendah , sesuatu yang bersifat maujud itu akan lebih mudah difahami serta memberi impak yang lebih nyata berbanding sesuatu yang disampaikan secara elektronik. Contohnya dalam mengajar tajuk Keperluan Asas Haiwan, penggunaan haiwan sebenar seperti anak ikan, berudu dan belalang adalah lebih berkesan dan menarik minat pelajar berbanding dengan penggunaan gambar. Bukankah masalah elektrikal juga perlu diambil kira sekiranya sesuatu media digunakan, bermakna kaedah Kajian Lapangan memang merupakan kaedah yang sangat sesuai sama ada dijadikan kaedah Plan A atau Plan B.

Disediakan oleh; Rosli Bin Kasmodin No K/P 730326-01-6067 No Matriks : 1CSN1106058 4 Februari 2013

EDU 3015 Teknologi Pengajaran

Page 1

Anda mungkin juga menyukai