Anda di halaman 1dari 6

Soalan 2 CABARAN-CABARAN DALAM MENANGANI DAN MENGURUS PERPADUAN DI MALAYSIA Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada

lebih 200 kumpulan etnik. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Kadazan-Dusun, Iban dan lain-lain. Hubungan etnik di Malaysia telah melalui pelbagai liku peristiwa pasang surut, pahit dan manis. Oleh kerana wujudnya kepelbagaian agama, budaya dan bahasa dalam kalangan rakyat di negara ini, maka timbulah pelbagai cabaran yang melibatkan hubungan etnik. Proses mengenal pasti cabaran itu bukanlah perkara mudah. Hal ini kerana, banyak faktor yang perlu diambil kira berasaskan senario dan persekitaran geopolitik, ekonomi, dan perkembangan ideologi selari dengan kepesatan kemajuan ilmu dan teknologi semasa pada peringkat nasional mahupun global. Di samping itu, perhatian juga perlu diberikan kepada aspek latar sejarah, budaya, identiti, dan sistem kepercayaan serta ideologi yang sangat mempengaruhi cara hidup, cara berfikir dan cara bertindak manusia moden di alaf baharu ini. Beberapa cabaran dapat dirumuskan seperti berikut: Cabaran Dari Aspek Ekonomi Pada masa dahulu, penjajah British telah mengamalkan dasar Pecah dan Perintah. Dasar ini telah diamalkan untuk mengelakkan perpaduan antara pelbagai kaum yang dikhuatiri akan mengancam kedudukan British di negara ini. Ketiga-tiga golongan penduduk yang terbesar tinggal berasingan dan menjalankan pekerjaan yang berlainan. Orang-orang Melayu tinggal di luar Bandar dan perkampungan tradisional dan bekerja sebagai petani atau nelayan kecil. Etnik Cina menetap di kawasan Bandar serta menjalankan perniagaan dan perusahaan. Mereka memiliki ekuiti yang besar dalam ekonomi. Kaum India pula kebanyakannya tinggal di ladang-ladang sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Dasar ini telah berjaya direalisasikan bagi mewujudkan kelompok-kelompok etnik yang berdasarkan kegiatan ekonomi yang tinggal dalam kelompok masing-masing. Ketidakseimbangan ini secara langsung menyebabkan perhubungan antara kaum menjadi lebih terbatas.

Kaum bukan Bumiputera secara lantang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa yang diberikan orang Melayu Bumiputera dalam perlembagaan dan mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan dan tidak dilayan secara adil. Perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu telah mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969. Berikutan peristiwa pahit 13 Mei 1969, Mantan Perdana Menteri kita Tun Abdul Razak Dato Hussein telah memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru(DEB) pada 1971. Dua matlamat utama Dasar Ekonomi Baru ialah pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat Malaysia bertujuan menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan sektor ekonomi yang diceburi. Objektif utama pelancaran DEB adalah untuk memulihkan hubungan dan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum. Cabaran Dari Aspek Politik Fahaman politik setiap kaum berbeza. Bagi kaum Cina dan India hal-hal yang berlaku di negara asal mereka lebih penting daripada fahaman politik di Tanah Melayu. Setiap kaum sentiasa berusaha untuk memastikan pengekalan identiti, kaum, bahasa dan budaya masing-masing dengan menggunakan media dan saluran seperti pendidikan, program keagamaan, akhbar dan peraturan sosial. Pada tahun 1930, telah berlaku pergeseran antara orang Cina dengan Jepun di negara China. Ramai orang Cina di Tanah Melayu yang terdorong untuk kembali ke tanah air mereka bagi membantu sanak-saudara mereka. Apabila fahaman komunis menular di negara mereka, fahaman tersebut juga menular kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Orang India juga beranggapan India sebagai tanah air mereka dan berharap untuk kembali. Peristiwa yang berlaku di India dianggap lebih penting daripada apa yang terjadi di Tanah Melayu. Persatuan-persatuan India yang muncul lebih cepat seperti Persatuan India pada tahun 1937 yang memperjuangkan pekerja-pekerja India. Bagi orang Melayu, mereka sentiasa memastikan hak dan kepentingan mereka di tanah air terpelihara. Kurangnya penyatuan menyebabkan perjuangan orang Melayu hanya tertumpu pada kaum mereka sendiri. Fenomena ini tergambar sebagaimana yang diperjuangkan oleh orang melayu dalam majalah-majalah seperti Saudara, Pengasuh, Utusan Melayu, Warta Melaya, dan Majlis.

Kesan daripada polisi yang dibawa oleh Inggeris sengaja memisahkan kaumkaum di Tanah Melayu menyebabkan perselisihan faham antara rakyat. Kita melihat sejarah pada 13 Mei 1969, di mana kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat akibat rusuhan kaum apabila kaum cina menentang soal bangsa melayu dengan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan hak kerakyatan bukan Melayu selepas Pilihanraya 10 Mei 1969 dijalankan. Perbalahan ini semakin rumit apabila dikatakan Melayu memandang negatif terhadap orang Cina kerana tidak mengenang budi terhadap kerakyatan yang diberikan. Ini dikuatkan lagi dengan fahaman komunis yang menular dalam masyarakat Cina. Dianggarkan pada peristiwa ini, seramai 196 mati, 449 cedera, 39 hilang dan 9143 ditahan. Ini membawa kepada cabaran kepada perpaduan dan integrasi pada masa itu. Pada zaman Perdana Menteri pertama Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah, masalah perkauman semakin parah apabila Singapura memasuki Malaysia yang ingin membawa konsep Malaysian Malaysia yang mahukan tiada kaum yang boleh mengaku asli daripada kaum lain. Ini menyebabkan orang Cina dan Melayu semakin renggang. Pada masa Tun Dr Mahathir Mohammad pula sejarah perpaduan rakyat menyaksikan peristiwa di mana UMNO dianggap sebagai pemerintah tidak sah disebabkan segelintir ahli UMNO yang tidak berpuas hati pada tahun 1988. Pada masa itu, Tun Abdullah Badawi membentuk Semangat 46 bagi kembalikan kegemilangan UMNO. Peristiwa sebegini mewujudkan jurang perpaduan dan integrasi nasional rakyat Malaysia. Cabaran Dari Aspek Pendidikan Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masih menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. British telah mengutamakan pelajaran bagi Melayu dan Inggeris. Manakala bagi orang Cina dan Tamil, pendidikan berkembang tanpa disokong oleh pihak British. Pendidikan Cina menggunakan bahasa pengantara cina, guru dan buku teks datang dari negara China. Bagi orang India pula bahasa pengantar yang digunakan adalah bahasa Tamil. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berlaku dalam kalangan etnik yang sama.

Sebenarnya, tujuan British adalah untuk mengekalkan Pecah dan Perintah yang diamalkan agar setiap golongan memberi kepentingan pendidikan kepada mereka. Pemisahan golongan berpelajaran Inggeris dan vernakular hanya untuk menjaga kepentingan ekonomi sahaja pada masa itu bukan bertujuan menyatupadukan rakyat. Perubahan sistem pendidikan akan membawa perpaduan dan integrasi nasional kepada rakyat walaupun memakan masa yang lama. Laporan Razak yang dibawa oleh Dato Abdul Razak bin Hussein yang berusaha agar sukatan pelajar an sekolah adalah sama. Ini bertujuan mewujudkan nilai-nilai intergrasi dikalangan kanak-kanak. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara disamping menjaga kebudayaan kaum lain. Idea ini mendapat tentangan orang Melayu dan orang bukan Melayu. Laporan Rahman Talib 1960 dibentuk bagi menyempurnakan lagi Laporan tersebut dan menghasilkan Akta Pelajaran 1961. Cabaran Dari Aspek Bahasa Bahasa adalah satu faktor yang penting dalam usaha memupuk perpaduan. Perhubungan tidak dapat dilakukan dengan berkesan tanpa penguasaan bahasa yang baik. Di Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa yang sudah dimaktubkan sebagai bahasa rasmi. Kedudukan dan taraf bahasa kebangsaan terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 dan Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961). Tetapi segelintir masyarakat di Malaysia tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan pandai. Hal ini menyebabkan komunikasi antara etnik lain tidak berjalan dengan lancar. Perpaduan juga diancam. Oleh kerana bahasa adalah satu alat penting yang berupaya memupuk perpaduan dan penyatuan, maka semua rakyat Malaysia perlu berupaya menguasainya dengan bukan sekadar untuk tujuan berkomunikasi semata-mata tetapi dijadikan sebagai lambang martabat dan keperibadian rakyat dan kedaulatan negara.

Etnosentrisme Etnosentrisme merujuk kepada sikap dan kepercayaan bahawa budaya dan nilai etnik sendiri lebih baik, tinggi dan mulia daripada budaya dan nilai etnik lain. Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi apabila sikap ini diterjemahkan dalam bentuk melihat nilai dan budaya etnik lain lebih hina dan rendah. Sikap ini perlu dijauhi kerana membawa kesan negatif terhadap konteks masyarakat berbilang kaum. Seseorang perlu melihat kelainan nilai dan budaya secara positif dengan menerima kelainan itu seadanya dan tidak membuat perbandingan yang tidak wajar. Inilah antara cabaran besar masyarakat Malaysia, iaitu untuk mengikis sikap dan pemikiran yang bersifat etnosentrisme dan menggantikannya dengan sikap dan pemikiran yang lebih positif yakni menerima bentuk-bentuk perbezaan dari segi nilai dan amalan kaum lain secara harmoni. Diskriminasi Dalam konteks hubungan kaum, diskriminasi boleh difahami sebagai lanjutan daripada sikap prasangka terhadap kaum yang lain. Tindakan diskriminasi ini boleh berlaku apabila sikap prasangka itu diterjemahkan kepada bentuk tindak tanduk tertentu dengan menafikan hak dan keadilan kepada sesuatu kaum. Dalam negara berbilang kaum seperti Malaysia, sesuatu tindakan yang boleh mengarah kepada diskriminasi akan memberikan kesan negative dan boleh mencetuskan keadaan yang tidak harmoni. Prejudis Elemen yang boleh mencetuskan keadaan tidak tenteram dalam hubungan kaum ialah prejudis. Konflik boleh timbul dengan adanya sikap prejudis yang boleh membangkitkan perasaan tidak puas hati antara satu etnik dengan etnik yang lain. Pandangan dan maklumat yang salah mengenai sesuatu etnik lain adalah antara faktor utama yang boleh menimbulkan prejudis. Maklumat ini diwariskan kepada generasi akan datanng secara turun-temurun dan akhirnya menanamkan suatu sikap benci dan saling tidak mempercayai antara satu dengan yang lain.

Ekstremisme Dalam konteks hubungan kaum, ekstremisme atau sikap melampau ini perlu dijauhi. Hal ini kerana, ketegangan amat mudah berlaku antara kaum berlainan sekiranya sebelah pihak telah mendapat pihak yang sebelah lagi melakukan perbuatan yang melampau. Pengalaman beberapa tragedi hubungan kaum di Malaysia memperlihatkan dengan jelas bahawa kejadian tersebut berlaku hasil daripada tindakan melampau. Misalnya,, tragedi 13 Mei 1969 tercetus kerana adanya tindakan melampau satu pihak terhadap pihak lain. Ekstremisme tidak harus ada kompromi bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Persepsi Persepsi adalah tanggapan. Persepsi yang salah terhadap sesuatu etnik yang lain boleh memberikan kesan atau memudaratkan keharmonian. Masyarakat yang bersifat plurality seperti Malaysia perlu mengelakkan daripada wujudnya persepsi yang serong terhadap kaum lain. Hal ini dapat mengelakkan daripada berlakunya salah faham antara satu etnik dengan etnik yang lain yang boleh mencetuskan pelbagai masalah.

Anda mungkin juga menyukai