Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PRAKTIKUM

Saya akan menjalani program praktikum Fasa 2 di SJK(T) Permatang Tinggi, Simpang
Ampat. Ini merupakan praktikum kedua saya. Saya mengalami sedikit masalah dari segi
kewangan dan penempatan kerana saya tidak mempunyai kenderaan sendiri. Jadi, saya
terpaksa menyewa rumah di sekitar kawasan sekolah dengan rakan-rakan saya sendiri. Saya
menganggap perkara ini sebagai satu peluang untuk saya menimba ilmu. Sudah pasti suasana
pengajaran dan pembelajaran akan berubah.
Selain itu, antara persediaan penting yang telah saya lakukan sebelum menjalankan
sesi praktikum yang kedua ini adalah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal.
Pengalaman mengajar yang lalu semasa PBS dan praktikum fasa 1 sedikit sebanyak
membantu saya dalam persediaan mental untuk menempuh kehidupan sebagai seorang guru
praktikum. Perasaan takut dan kekok bukan lagi masalah tapi keinginan untuk lebih mesra
dengan warga sekolah merupakan aspek yang ingin saya tekankan kelak. Saya juga berharap
sepanjang tempoh praktikum ini, saya akan dapat menjalinkan hubungan baik dengan seluruh
warga sekolah.
Untuk persediaan dari segi fizikal pula, saya perlulah bersedia untuk sentiasa konsisten
datang awal pada setiap hari sepanjang tempoh praktikum. Walaupun jarak antara sekolah dan
rumah sewa tidaklah agak jauh, tetapi saya akan pastikan kehadiran sepanjang tempoh
praktikum adalah konsisten awal.
Untuk praktikum kali ini juga, saya berharap agar dapat sentiasa mengemaskini portfolio
praktikum setiap minggu tanpa bertangguh. Perkara ini penting agar selepas tamat praktikum
kelak, beban tugasan praktikum tidaklah begitu banyak. Untuk buku persediaan mengajar pula,
dengan bimbingan yang jelas dari unit praktikum, saya kira tiada masalah dari segi kekeliruan
akan timbul dan saya berharap agar segala perancangan pengajaran yang telah saya rancang
akan datang dapat diterima oleh murid dan objektif pengajaran sepanjang tempoh praktikum ini
akan tercapai.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan
persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu akan dapat diterima oleh guru-
guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra
terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah.
Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan
sekolah. Hubungan profesional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah
dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Sebagai bakal guru, azam dan harapan
saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina dan meningkatkan jati diri seorang guru.
Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai
bidang berkaitan perguruan dan Bahasa Tamil serta Pendidikan Jasmani di sekolah khususnya.
Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya berharap akan dapat memahami dan mengenali
sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai
pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti.
Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat
dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai