Anda di halaman 1dari 2

Institusi Pengajian Tinggi Swasta Penyumbang Kepada Sistem Pendidikan di Malaysia

Selaras dengan Dalam menjayakan aspirasi pendidikan negara menuju Wawasan 2010 pembabitan sektor swasta amat penting dilaksanakan. Kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan dalam memajukan sektor pendidikan negara bakal membuahkan hasil yang menguntungkan rakyat di negara ini. Kemunculan Kolej Sunway, Kolej Stamford dan sebagainya membuktikan komitmen pihak swasta untuk turut sama dalam bidang pendidikan di negara ini. Lantaran itu, pelbagai kebaikan atau manfaat timbul dari pembabitan serius pihak swasta dalam aspek pendidikan negara ini. Manfaat yang timbul ekoran pembabitan pihak swasta dalam sektor pendidikan ialah peluang untuk belajar kepada pelajar lebih terbuka dan meluas terutama pelajar yang gagal diterima masuk ke pusat pengajian tinggi kerajaan. Kewujudan kolej swasta seolah-olah memberikan pelajar, harapan kedua untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kursus yang mereka minati. Tahap kelulusan untuk memasuki kolej swasta juga bolehlah dianggap lebih rendah sedikit daripada pusat pengajian tinggi awam. Maka, kolej swasta mewujudkan lebih banyak peluang belajar kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk meneruskan pengajian mereka. Selain itu, kolej swasta ini juga mampu menawarkan pelbagai pilihan kursus yang mungkin sukar untuk ditawarkan oleh pihak universiti kerajaan pula. Kebanyakan kursus kolej swasta lebih tertumpu kepada keperluan perniagaan dan teknologi kerana itulah permintaan pelajar era moden ini. Penawaran kursus sebegini juga banyak berkait dengan usaha untuk meningkatkan kemahiran sumber manusia, selain membantu kerajaan untuk melahirkan pekerja yang produktif dan inovatif. Jelaslah, usaha pihak swasta ini memberikan satu pilihan yang begitu luas kepada pelajar untuk memilih kursus yang terbaik buat mereka. Tambahan pula, kolej swasta ini juga menyediakan tenaga pengajar yang berkaliber untuk mengajar golongan pelajar. Tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman ini, turut menganjurkan pelbagai seminar yang bermutu untuk di hadiri oleh pelajar-pelajar. Seminar ini boleh membantu pelajar dalam menyelesaikan kerja kursus mereka dengan lebih lancar. Oleh itu, kewujudan kolej swasta mampu menyediakan sekumpulan tenaga pengajar yang bertauliah. Bukan sahaja tenaga pengajar yang berpengalaman, kolej swasta juga mampu menyediakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Kemampuan kolej swasta untuk menyediakan peruntukan modal yang besar membolehkan kolej ini menyediakan satu suasana pembelajaran yang konduksif dan efektif. Sesungguhnya, kolej swasta mampu menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran yang memuaskan kepada semua pelajarnya.

Malahan, penubuhan kolej swasta boleh menjimatkan kos pengajian pelajar kita. Jika pelajar melanjutkan pelajaran di luar negara sudah pasti kos yuran pengajian lebih tinggi, dengan kadar pertukaran wang asing yang juga tinggi. Kolej swasta menawarkan satu peluang untuk belajar di negara sendiri, tetapi dengan jumlah kos yang jauh lebih murah berbanding dengan kolej luar negara Tegasnya, kewujudan kolej swasta memang membawa banyak kebaikan kepada pelajar di negara ini. Kerjasama antara kerajaan dan swasta dalam aspek pendidikan perlulah ditingkatkan supaya impaknya lebih besar dalam merealisasikan system pendidikan di Malaysia.Ilmu umpama obor yang menerangi jalan kerana ilmu mampu memberikan manusia satu panduan kehidupan yang hakiki.

Anda mungkin juga menyukai