Anda di halaman 1dari 66

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM 3117

Isi Kandungan
Pengenalan ......................................................................................................... 3 Soalan Tugasan................................................................................................... 4 Tugasan 1 ............................................................................................................ 6 TEORI HURAIAN BAHASA DAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA ................. 6 Teori huraian bahasa ........................................................................................... 6 Teori Tatabahasa Tradisional. ............................................................................. 7 Teori Struktural .................................................................................................... 8 Teori Transformasi Generatif ............................................................................... 8 Teori Fungsional (Haliday) ................................................................................... 9 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA .................................................................... 10 Teori Behaviorisme ............................................................................................ 11 Teori Kognitif...................................................................................................... 12 Teori Mentalis .................................................................................................... 13 Kebaikan-kebaikan teori ini ialah: ...................................................................... 13 Teori Interaksionalis........................................................................................... 15 Tugasan 2 .......................................................................................................... 16 TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN .............................................. 22 TEKNIK LATIH TUBI ......................................................................................... 23 TEKNIK SIMULASI ............................................................................................ 23 TEKNIKSUMBANGSARAN ............................................................................... 24 TEKNIK BERCERITA ........................................................................................ 26 TEKNIK DRAMA ................................................................................................ 26 TEKNIK INKUIRI................................................................................................ 27 TEKNIK FORUM................................................................................................ 28 TEKNIK PERBAHASAN .................................................................................... 28 TEKNIK KUIZ..................................................................................................... 29 PENDEKATAN .................................................................................................. 31 KAEDAH ............................................................................................................ 32 Kaedah terus ..................................................................................................... 32 Kaedah linguistik................................................................................................ 33 Kaedah situasi ................................................................................................... 33

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM 3117

Kaedah Oral Aural ............................................................................................. 33 Kaedah bahasa komuniti ................................................................................... 34 Kaedah natural .................................................................................................. 34 Kaedah kod kognitif ........................................................................................... 34 Tugasan 3 .......................................................................................................... 37 Tugasan 4 .......................................................................................................... 43 Pengajaran Mikro............................................................................................... 44 REFLEKSI ......................................................................................................... 46 KOLABORASI.................................................................................................... 49 Bibliografi ........................................................................................................... 50 LAMPIRAN ........................................................................................................ 52

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM 3117

Pengenalan
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu.

Syukur kehedrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan BMM 3117 pada masa yang telah ditetapkan. Di sini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Pn Norhayati Binti Idris di atas bimbingan dan dorongan yang diberikan sepanjang berinteraksi di dalam kuliah. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam perbincangan untuk menyiapkan tugasan ini.

Di dalam tugasan ini, terdapat beberapa teori dalam bidang bahasa termasuklah teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahsa. Bagi saya, jika kita bergelar sebagai seorang pendidik adalah wajib mendalami teori bahasa ini agar dapat meleraikan permasalahan murid dalam pembelajaran bahasa di dalam bilik darjah.

Perancangan awal perlu dibuat sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran termasuklah penyediaan RPH. Penyediaan rancangan pengajaran harian membantu seseorang guru untuk lebih bersedia, memilih teknik dan kaedah serta pemilihan bahan bantu mengajar agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar

Akhir sekali, adalah menjadi harapan saya hasil daripada tugasan ini dapat memberi manfaat dan membantu guru-guru lain dalam berusaha untuk mengatasi masalah murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM 3117

Soalan Tugasan
Kefahaman terhadap teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa amat penting dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah. Pengurusan terhadap teori tersebut kan membantu guru menyesuaikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik bagi memastikan

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan pernyataan di atas anda dikehendaki :

i.

Memilih satu teknik, pendekatan atau kaedah pengajaran bahasa Melayu yang sesuai dijalankan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran, terutamanya dalam meningkatkan kemahiran bahasa murid. Analisa anda hendaklah berdasarkan pemerhatian dan temu bual dengan murid dan guru bahasa Melayu. Penjelasan hendaklah disokong oleh grafik yang sesuai.

ii.

Menyediakan

satu

Rancangan

Pengajaran

Harian

dengan

mengaplikasikan teknik/pendekatan/kaedah dan kemahiran bertambah nilai yang sesuai. iii. Mengaplikasikan teknik, pendekatan atau kaedah yang digunakan dalam bahagian (i) secara amali di bilik darjah. Sesi amali hendaklah disokong dengan bahan bantu yang sesuai dengan teknik, pendekatan tau kaedah yang digunakan. iv. Berkolaborasi dengan pensyarah rakan sebaya, guru sekolah, dan pihak lain yang berkaitan tugasan. Bukti kolaborasi hendaklah disokong dengan borang kolaborasi yang disediakan sendiri. v. Menyediakan penulisan refleksi tidak kurang 500 patah perkataan yang berkaitan tugasan dan amal yang dilaksanakan ( catatan refleksi ini perlu mengandungi butiran tentang perancangan awal, pelaksanaan, kekuatan dan kelemahan dan cadangan penambahbaikkan akan datang.

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM 3117

Arahan tugasan : a) Hasil tugasan ( termasuk tajuk, muka surat, lampiran dan bibliografi) hendaklan bercetak menggunakan kers putih bersaiz A4, font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris. b) Semua sumber bahan ,rujukan dan pautan internet haruslah dinyatakan daam bibliografi mengikut format APA. c) Rajah, jadual dan gmbar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai ( lampiran ). d) Bahagian kulit luar kerja kursus (warna kuning tua) dilengkapkan dengan maklumat berikut :

a. Nama pelajar b. No KP c. No Kad Matrik d. Kumpulan/unit e. Kod dan Mata Pelajaran f. Nama Pensyarah Pembimbing : Ustaz Mohd Hafidz Osman g. Tarikh Serahan

e) Tugas hendaklah dijilid dan kandungannya mengikut tertib yang berikut : soalan huraian, refleksi, jadual pelajsanaan tugasan, borang kolaborasi bibiografi dan lampiran (Bahan Rujukan )

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Tugasan 1

TEORI HURAIAN BAHASA DAN TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Teori huraian bahasa
Mengapa Teori Huraian Bahasa penting? Bagaimana Teori Huraian Bahasa ini dapat difahami? Apa hubungan teori ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah? Paling penting Teori Huraian Bahasa menghuraikan persepsi ahli bahasa mengenai konsep bahasa, sifat, bentuk dan tatacara bagaimana bahasa itu berkembang dalam kalangan masyarakat. Pemahaman guru bahasa mengenainya membolehkan seseorang guru bahasa memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran bahasa di sekolah.

Teori Tranformasi Generatif

Teori Struktural

Teori Fungsional

Teori Huraian Bahasa


Rajah 1. Teori Huraian Bahasa

Teori Tatabahasa Tradisional.

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Teori Tatabahasa Tradisional.

Plato
Aristotle ( Bahasa Yunani) Panini Bahasa Sanskrit

Pendeta Zaba
Prof. Asmah Binti Hj. Omar

Ahli bahasa Arab al-Quran

Rajah 2. Ahli linguistik yang terlibat dalam teori ini

Teori tatabahasa tradisional merupakan Teori yang tertua yang menjalankan kajian bahasa terhadap bentuk-bentuk tulisan. Teori ini menyatakan bahawa

bahasa boleh berkembang. Selain itu, teori ini juga menyatakan setiap bahasa ada hubungan dengan bahasa induk. Maksudnya bahasa boleh dipengaruhi oleh bahasa induk atau lebih dikenali sebagai bahasa ibunda atau bahasa Natif.

Tatabahasa

yang

diutarakan

adalah

bersifat

sejagat

yang

berasaskan

tatabahasa Yunani dan

Latin ( Tulisan rumi). Penggolongan kata adalah

berdasarkan kepada makna perkataan dan logik. Bahasa merupakan cabang ilmu falsafah yang menyelidik tentang tabii alam dan persekitaran. Kajian bahasa bersifat deduktif iaitu mementingkan hukum-hukum sesuatu bahasa. Pengkaji juga menetapkan golongan kata kepada kata nama, kata sifat dan kata kerja. Ayat di definisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap.

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Teori Struktural
Teori ini lebih kepada kajian tentang fonem dan morfem serta kaitan antara fonem, morfem dan ayat. Bahasa digunakan sebagai alat pertuturan, bersistem, arbitrari dan untuk perhubungan. Ahli-ahli bahasa dalam teori ini banyak mengumpulkan bahan pertuturan dan mementingkan fakta-fakta yang boleh diperhatikan. Teori huraian bahasa ini adalah berdasarkan kepada konstituen terdekat.

Teori Transformasi Generatif


Teori transformasi generative diasaskan oleh Noam Chomsky. Teori ini juga dikenali sebagai teori Genetik kognitif. Teori genetik kognitif ini didasarkan pada satu hipotesis yang disebut hipotesis nurani. Hipotesis ini menyatakan bahawa otak manusia dipersiapkan secara genetik untuk berbahasa. Untuk itu otak manusia telah dilengkapi dengan struktur bahasa universal dan apa yang disebut (language acquistion device) LAD.

TEORI TRANSFORMASI GENERATIF


Alat dan kebolehan semulajadi Kanak-kanak meniru bahasa dan ayat yang di dengar melalui perbualan ibu bapa dan orang yang berada di sekeliling. untuk mempelajari dan memahami bahasa itu dinamakan language universals, yang terdapat pada semua manusia dan boleh digunakan untuk mempelajari semua bahasa di dunia. Kanak-kanak tidak dapat merumus tatabahasa tetapi dapat menggunakannya dengan betul Kebolehan kanak-kanak membentuk dan memnipulasi ayat-ayat yang dipelajari secara tidak formal.

Rajah 3. Teori Transformasi Generatif

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Selain itu, teori ini juga menegaskan bahawa bahasa ialah satu sistem mengenai rumus bahasa iaitu ayat mempunyai struktur dalaman dan luaran. Pengetahuan bahasa mula merupakan satu fenomena mental. Penutur dilahirkan dengan pengetahuan semula jadi berbahasa. Teori ini juga menyifatkan Bahasa adalah sejagat dan kreatif.

Teori Fungsional (Haliday)


Teori ini menegaskan bahasa mempunyai bahasa mempunyai fungsi untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi sesuatu objek. Maksudnya Struktur bahasa mengikut fungsi dan penggunaan dalam bahasa. Teori ini menekan kajian ke atas aspek perubahan bahasa ketika berkomunikasi. Kajian juga turut di dijalankan ketas fungsi sosial yang terdiri daripada tiga fungsi, iaitu fungsi idea, fungsi interpersonal dan fungsi tekstual. Fungsi sosial bahasa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sistem bahasa. Contohnya, Cikgu Wawa meminta murid-murid membuat ayat tanya yang bertujuan mendapatkan maklumat Bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik. Variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa dijadikan alat untuk berhubung. Jadi murid-murid harus

dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

TEORI PEMEROLEHAN BAHASA

Teori Behaviorisme

Teori Mentalis

Teori Pemerolehan Bahasa

Teori Kognitif

Teori Interaksionalisme

Rajah 4. Teori pemerolehan bahasa

Teori Behaviorisme yang dipelopori oleh Bloomfield menyatakan proses pembelajaran bahasa memerlukan penekanan kepada latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan. Manakala Teori Kognitif dikatakan bersifat mentalis kerana ia cuba menghubungkan realiti mental dengan laku bahasa yang sebenarnya. Teori Mentalis pula merujuk kepada pemerolehan bahasa yang mementingkan proses pemikiran. Teori Interaksionalis melihat aktiviti komunikasi semasa berinteraksi penting dalam mempengaruhi pemerolehan bahasa kanakkanak.

Sebagai guru bahasa yang berkesan, anda perlu tahu bagaimana kanakkanak mempelajari bahasa. Anda perlu memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dengan tatacara kanak-kanak memperoleh dan mempelajari sesuai bahasa.

10

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Teori Behaviorisme
Teori Behaviorisme dipelopori oleh oleh Bloomfeild, Edward Sapir, Boas, Brooks, Ivan Pavlov( gunakan anjing sebagai subjek penyelidikan), dan Leonard Bloomfield. Kemudiannya dikembangkan oleh Watson, Skinner dan Thorndike. Proses pembelajaran bahasa menekan latihan dan pengulangan yang banyak untuk membentuk kebiasaan. Pembelajaran bahasa perlu pengukuhan dan pembetulan serta merta. Latih tubi amat digalakkan .Pengajaran bahasa mementingkan persekitaran termasuk guru, rakan serta suasana dalam bilik darjah. Pembelajaran telah berlaku melalui perubahan tingkah laku manusia. Pemerolehan sesuatu perlakuan terjadi melalui ulangan dan latih tubi. Semua bentuk pembelajaran tidak ada kaitan dengan keupayaan mental. Tingkah laku manusia adalah ditentukan oleh persekitaran dan pengalaman lampau mereka Dalam proses pembelajaran, aliran ini menekankan kepentingan rangsangan dan tindak balas. Penekanan kepada latihan yang berulang perlu diberikan perhatian. Dalam P&P bahasa, aliran ini satu latihan. Bahasa merupakan sesuatu yang hidup dan berubah, perlu dipelajari dalam suasan lisan. Latihan adalah perlu untuk membentuk kebiasaan dalam berbahasa Penggunaan bahan sokongan adalah penting untuk mendapatkan gerak balas yang sempurna.

Teori behaviorisme bersandarkan kepada perubahan tingkah laku (learning leads to a change in behaviour), iaitu pembelajaran menghasilkan perubahan tingkah laku. Dengan melakukan sesuatu secara berulang-ulang maka tingkah laku itu akan dikuasai secara automatik. Pavlov (1849 1936) yang menjalankan eksperimen menggunakan anjing, makanan dan loceng membuktikan bahawa apabila loceng dibunyikan, secara automatik anjing akan mengeluarkan air liur kerana makanan akan disajikan. Thorndike (18741949) pula mengemukakan Teori S-R atau Stimulus-Response Theory (teori pelaziman operan), yang mana

rangsangan terlazim menghasilkan respons terlazim. Misalnya, kucing yang lapar "belajar" membuka sangkarnya (respons terlazim) untuk mendapatkan makanan yang dihidang di luar sangkar (stimulus terlazim). Thorndike percaya bahawa hubungan neural terbentuk antara stimulus dengan respons apabila respons adalah positif, dan pembelajaran berlaku apabila hubungan itu membentuk corak tingkah

11

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

laku yang dikehendaki. Lanjutan daripada itu, Skinner (1904 1990) mengemukakan teori Contiguity of Feedback/Reinforcement, iaitu tingkah laku boleh dibentuk dengan memberi peneguhan secara positif atau negatif. Misalnya, pelajar diberi Ganjaran/pujian (peneguhan positif) apabila berjaya melakukan sesuatu seperti menghabiskan kerja rumah atau sebaliknya dihukum (peneguhan negatif) kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Teori ini tidak dapat menerangkan tentang proses pembelajaran dan proses pemikiran, ia hanya dapat menerangkan pembentukan tingkah laku melalui prosesrote-learning.

Teori Kognitif
Pengasas teori ini ialah Jean Piaget. Beliau dilahirkan di Nauchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896. Menurut beliau, proses pembelajaran merupakan proses mental (bukan mekanis semata-mata), melaluinya murid-murid menyerap pengetahuan sedia ada dalam otaknya dengan data-data yang diperoleh daripada alam sekitarnya. Pemerolehan bahasa berkait rapat dengan perkembangan deria motor dan seterusnya berkembang mengikut tahap perkembangan kognitif kanak-kanak. Dengan demikian, pengajaran bahasa semestinya mengambil kira tahap

perkembangan mental (kognitif) dan deria kanak-kanak.

Teori kognitif berfokus kepada proses di sebalik tingkah laku yang ditunjukkan. Perubahan tingkah laku yang di perhati dijadikan sebagai petunjuk kepada apa yang mungkin berlaku dalam minda pelajar. Teori ini menerangkan pembelajaran sebagai proses yang melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula struktur kognitif kepada bentuk yang bermakna dan mudah diingat oleh pelajar. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif

12

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

(working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM). Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.

Teori Mentalis
Dipelopori oleh Chomsky. Pemerolehan bahasa mementingkan proses pemikiran. Mengutamakan kemahiran membaca dan menulis. Pengajaran

tatabahasa diajar secara formal. Ahli psikologi yang turut berpegang pada teori ini termasuklah B.F Skinner, Pavlov, Hull dan Thorndike. Golongan mentalis berpendapat bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa haruslah menekankan latihan dan pengulangan yang banyak. Bagi meningkatkan kemahiran bahasa, satu bentuk latihan mekanisme bersistem perlu dilakukan. Teori ini juga mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah.

Kebaikan-kebaikan teori ini ialah:


a. Proses pemerolehan/penguasaan sesuatu bahasa adalah melalui latihan secara berulang-ulang. Oleh yang demikian proses pengajaran bahasa dapat dilakukan secara lebih bersistem.

13

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

b. Mementingkan persekitaran murid untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini termasuk perlakuan guru, kawan-kawan mereka sendiri serta suasana dalam bilik darjah. c. Menekankan aspek peneguhan. Ini bermakna murid akan dapat mempelajari sesuatu bahasa dengan adanya ganjaran dan peneguhan.

Kelemahan teori ini iaitu:

a. Pembelajaran hanya berlaku apabila murid menerima rangsangan dari luar, contohnya dalam bentuk penggunaan bahan bantu mengajar. Ini bermakna dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menghasilkan bahan-bahan bantu bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. b. Pembelajaran bahasa diperoleh melalui ganjaran dan hukuman. Ini bermakna guru mesti bersama murid sepanjang pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu pembelajaran bahasa sukar dijalankan dengan menggunakan kaedah pembelajaran secara kendiri. c. Pembelajaran ini kurang menekankan aspek pembelajaran secara kendiri kerana ia lebih menekankan kepada aspek pengukuhan, iaitu guru membimbing murid dalam proses pembelajaran mereka. Ini bermakna murid mengharapkan bantuan daripada guru untuk belajar.

Pengaplikasian teori dalam kelas bacaan

Dalam kelas bacaan, guru boleh mengaplikasikan teori ini melalui latihan secara berulang-ulang. Ini bermakna apabila mengajar kemahiran menyebut suku kata contohnya KV + KVK (LUSUH dan lain-lain), guru akan meminta pelajar mengulangi sebutan bagi suku kata tersebut beberapa kali mengikut sebutan yang betul seperti yang diajar. Berkemungkinan kekerapan pengulangan itu bergantung kepada penguasaan pelajar tersebut. Sekiranya budak itu cepat belajar,

pengulangan adalah sedikit tetapi jika sebaliknya, pengulangan adalah agak lama sesuai dengan kemahiran pelajar. Setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata, guru akan diperkenalkan dengan perkataan-perkataan yang terbina daripada suku kata tadi. Seterusnya pelajar diminta memberikan contoh perkataan yang

14

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

terbina daripada suku kata tersebut. Proses ini adalah berulang kali sehingga penguasaan terhadap kemahiran berlaku.

Teori Interaksionalis
Teori Interaksionalis ini di pelopori oleh Halliday. Teori ini lebih mementingkan aktiviti komunikasi. Pemerolehan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Melalui interaksi kanak-kanak menguasai bahasa. Seseorang menghasilkan bahasa apabila memerlukannya. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif & proses interaksi bahasa. Melalui interaksi terhasil ayat penyata & ayat perintah. Melibatkan apa sahaja yang bersangkut paut dengan cara hidup satu kumpulan manusia atau masyarakat. Manusia dapat bertindak balas secara peka terhadap pengalaman. Dengan ini mereka dapat memperkembangkan kepercayaan mereka terhadap dunia di sekeliling mereka. Kanak-kanak yang dilahirkan adalah bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Mereka tidak dapat

memperkembangkan. Dalam konteks pengajaran, aliran ini berpendapat sekolah ialah satu kumpulan sosial dan pelajar harus mengembangkan kapasiti sosial mereka semaksima mungkin. Dalam proses pembelajaran, pelajar harus dapat belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar, yang memberi peluang mereka berinteraksi, kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, bertanggungjawab dan penuh keyakinan diri. Perilaku manusia tidak ditentukan oleh kuasa dalaman dan mereka bebas untuk membuat pilihan. Pengaruh persekitaran tidak berupaya untuk mempengaruhi mereka. Manusia saling memerlukan pengaruh antara satu dengan lain.

15

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Tugasan 2
Memilih satu teknik, pendekatan atau kaedah pengajaran bahasa Melayu yang sesuai dijalankan dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran, terutamanya dalam meningkatkan kemahiran bahasa murid. Analisa anda hendaklah berdasarkan pemerhatian dan temu bual dengan murid dan guru bahasa Melayu. Penjelasan hendaklah disokong oleh grafik yang sesuai.

16

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan yang berikut: Kognitif Tingkah laku sosial / perkembangan sosial Penguasaan bahasa lisan/pertuturan Penguasaan membaca Kemahiran perkembangan (developmental skills) Kemahiran matematik

CIRI-CIRI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN

Terdapat banyak ciri-ciri kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Antara ciri-ciri yang mungkin dapat menolong pakar-pakar diagnostik dan guru-guru dalam mengenal pasti dan mengajar kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran:

Ciri-ciri fizikal

Bentuk badan dan koordinasi motor kanak-kanak ini tidak banyak berbeza dengan kanakkanak normal. Walau bagaimanapun kanak-kanak yang mempunyai rendah keupayaan mental yang disebabkan oleh faktorfaktor organik adalah lebih kecil bentuk badan berbanding dengan kanak-kanak biasa.

Ciri-ciri intelek

Terdapat kelewatan dalam perkembangan kematangan dan fungsi-fungsi intelek yang tertentu yang diperlukan dalam perkembangan di sekolah. Sebagai contohnya, mereka mempunyai rendah daya ingatan, kebolehan dalam bidang pengamatan pembinaan konsep dan kebolehan berbentuk kreatif. Kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran tidak sama dengan kanak-kanak biasa. Contohnya, mereka hanya dapat mempelajari apa yang dipelajari apa yang

17

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

dipelajari oleh kanak-kanak biasa berumur 6 tahun pada peringkat umur 8 tahun atau lebih.

Ciri-ciri sosial dan peribadi

Mempunyai bidang perhatian yang singkat atau kurang tumpuan terhadap sesuatu. Mudah kecewa disebabkan pengalaman kegagalan yang berulang-ulang hasil daripada pengharapan masyarakat supaya mereka berfungsi sesuai dengan umur kronologi mereka. Sikap dan nilai mereka tidak selaras dengan tingkah laku kanak-kanak biasa. Minat mereka adalah selaras dengan kanak-kanak yang mempunyai mental yang sama dengan mereka.

RASIONAL

Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran berupaya untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mereka secara menyeluruh. Hanya sekadar mereka kurang bertindak balas kepada strategi pengajaran dan pembelajaran biasa. Oleh itu satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar, bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.

MATLAMAT

Kurikulum kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah bertujuan melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran yang tertentu bagi membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini membantu mereka mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.

18

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

OBJEKTIF

Setiap orang kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untuk membolehkan mereka: Menguasai kemahiran komunikasi Menguasai kemahiran bergaul Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling Menjaga kesihatan dan keselamatan diri Menguruskan hal-hal kehidupan seharian Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif serta intelek

SASARAN

Murid-murid terencat akal ringan yang: Telah disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak yang bertauliah Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain Tiada kecacatan fizikal yang teruk Tiada mengalami masalah sikap/tingkah aku luar biasa seperti hyperaktif (sukar dikawal), ganas atau mental yang teruk Tiada mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan, jantung dan lain-lain. (percubaan selama 3 bulan diberikan kepada murid-murid baru) Terencat akal Diskalkulia, Disgraphia, Disleksia Autisme Bermasalah komunikasi Sukakan rutin Berada di dunia sendiri

19

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Ekolalia Cederakan diri sendiri Kompulsif tanpa tahu kesan Tidak suka bergaul Tidak ada tentangan mata Kerencatan bahasa Masalah kefahaman Tidak suka disentuh Bermasalah interaksi sosial Pergerakan berulang-ulang Palsi Serebrum Kecacatan anggota tangan, kaki dan tubuh badan Masalah pergerakan Masalah postur Kekejangan Pergerakan tidak terkawal Masalah imbangan badan Masalah komunikasi Masalah motor halus/kasar Masalah tulisan Masalah perkembangan motor halus/kasar Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa Kecelaruan pertuturan Kecelaruan bahasa Kecelaruan suara Masalah artikulasi Masalah kelancaran Sindrome Down Gangguan Penumpuan ADHD Lambat menyiapkan tugasan Mudah terganggu Masalah kosentrasi

20

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Masalah mengurus tugasan Cepat lupa Impulsif Membuat tugasan lain tanpa menyiapkan tugasan terdahulu Memerlukan pengawasan yang lebih Masalah menunggu giliran Hiper Aktif Tidak boleh duduk diam Impulsif Tumpuan perhatian singkat Suka ganggu orang lain Bermasalah Pembelajaran Pintar cerdas dan Berbakat Keupayaan umum yang istimewa Kebolehan aptitud, bakat dan kreativiti yang tinggi Bermotivasi tinggi untuk belajar dan berjaya IQ tinggi Mudah memahami pengajaran dan pembelajaran Menguasai hanya satu atau sesuatu kemahiran dengan mudah dan berkesan

Kesimpulannya setiap orang kanak-kanak perlu diberi peluang dan bimbingan dengan sebaiknya untuk membolehkan mereka dan mengurangkan jurang yang begitu ketara dalam penerimaan pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab bagi guru untuk menyediakan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran yang memuatkan teknik, pendekatan atau kaedah pengajaran yang dapat membantu murid bermasalah pembelajaran. Berikut adalah di antara teknik, pendekatan dan kaedah yang sering digunakan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

21

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DEFINISI Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Menarik Minat murid

Mengekalkan perhatian

Membangkitkan ras ingin tahu

Rajah 5. Tujuan Teknik

22

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN BAHASA

TEKNIK LATIH TUBI


Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di samping menjamin pengekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Ia boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataanperkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan teknik ini ialah ianya menghadkan kebebasan berfikir dan

menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar di galakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabung jalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran

23

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MAIN PERANAN


Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, di mana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membaca atau di perlihatkan melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

TEKNIKSUMBANGSARAN
Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Teknik ini boleh dikenali sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai

24

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini di interprestasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu:

a. Merangsang interaksi verbal pelajar b. Menambah kefasihan dan keyakinan c. Menyediakan konteks pembelajaran d. Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan e. Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan TEKNIK SOAL JAWAB

Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukakan memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar.

Tujuan utama teknik soal jawab ialah : a. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid b. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. c. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar. d. Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

25

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

TEKNIK BERCERITA
Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis di kalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting, ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

a. Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. b. Sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. c. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. d. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. e. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid, sekurangsekurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. f. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. g. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA
Teknik ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya.Pelajar

26

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar di samping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

TEKNIK INKUIRI

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspekaspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi di kalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri ialah : a. Proses mengenali masalah b. Mengkaji ramalan c. Mengumpul maklumat d. Menganalisis e. Membuat rumusan

TEKNIK PERBINCANGAN

Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluarkan dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

27

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan pelajar dibawa penyeliaan dan kawalan seorang guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubahubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. TEKNIK FORUM Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, ia dijalankan secara formal.

TEKNIK FORUM
Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

TEKNIK PERBAHASAN
Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. Antara manfaat teknik ini ialah :

a. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan b. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan

28

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

teratur c. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. d. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. e. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. f. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. g. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepad perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.

TEKNIK KUIZ
Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C). Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolahsekolah Melayu. Tujuannya ialah : a. Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. b. Pelajar dapat mengulang kaji sambil bergembira. c. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-teki. d. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. e. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.

Terdapat dua bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : a. Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. b. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

29

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Berdasarkan kepada temu bual daripada guru-guru bahasa Melayu yang mengajar di sekolah saya berkenaan murid yang bermasalah pembelajaran, kebanyakan teknik yang digunakan ialah teknik latih tubi dan teknik bermain sambil belajar. Walau bagaimanapun, perancangan pengajaran dan pembelajaran Kebaikannya adalah kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

a. Sebutan (accent) menyebut patah-patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi. b. Tatabahasa Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek. c. Perbendaharaan kata Memperluas dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. d. Kefasihan (fluency) Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. e. Kefahaman Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

30

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

PENDEKATAN
Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.

Pendekatan Dalam Bahasa Melayu


Pendekatan induktif
Pendekatan eklektik

Pendekatan deduktif
Pendekatan oral

Pendekatan komunikatif

Rajah 6. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

31

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

KAEDAH
Kaedah pengajaran ialah satu perancangan atau prosedur bagi

melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas, dan sistematik. Kaedah merupakan langkah-langkah pengajaran yang tersusun rapi dan berkesinambungan yang harus diikuti dengan sesuai bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Kaedah natural

Kaedah tatabahasa terjemahan

Kaedah terus

Kaedah ajuk hafaz

Kaedah linguistik

Kaedah kod kognitif

Kaedah situasional

Kaedah bahasa komuniti

Kaedah oral Aural

Rajah 7. Kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

Kaedah terus
Kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Kaedah ini disampaikan berdasarkan kepada empat perkara asas iaitu Perhubungan secara langsung antara perkataan engan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.

32

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalansoalan yang telah dirancang

Mengutamakan bahasa lisan ,tidak mempelajarai undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajarai, mengutamakan sebutan yang betul ulangan dan pengukuhan terus.

Kaedah Semula jadi


Kaedah ini hampir sama dengan kaedh terus. Pengajarn dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gmbr. Prkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-pekataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan.

Kaedah linguistik
Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan induktif.

Kaedah situasi
Kaedah ini mementingkan latihan penyebutan, ulangkaji, struktur baru, perbendaharaan kata, latihan lisan dan membaca bahan yang melibatkan struktur baru / latihan bertulis.

Kaedah Oral Aural


Kaedah ini lebih kepada aktiviti mendengar dan tutur. Kaedah ini membolehkan murid-murid memperkembangkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

33

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Kaedah bahasa komuniti


Pengajaran pembelajaran bahasa merupakan satu kesinambungan yang bermula pada peringkat pelahiran, peringkat pelajar boleh berdikari, peringkat pelajar boleh ditegur dan dikritik dan peringkat terakhir pelajar menguasai gaya, linguistik mampu berinteraksi dan berkomunikasi menggunakan bahasa gramatis.

Kaedah natural
Kamarudin Hj. Husin(1997) memberi pandangan bahawa kaedah natural merupakan salah satu kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kaedah natural ini menekankan kepada penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif melalui penguasaan berperingkat.

Kaedah kod kognitif


kaedah ini boleh digunakan untuk berfikir dan mempunyai peraturanperaturan tatabahasa nyata dari segi psikologi. Melalui kaedah ini, manusia mempunyai kecekapan untuk berbahas. Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid-murid memahami rumus-rumus tatabahasa

34

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Perkaitan di antara teknik, pendekatan dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran.

35

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

36

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Tugasan 3
Menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian dengan mengaplikasikan teknik/pendekatan/kaedah dan kemahiran bertambah nilai yang sesuai.

37

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Tahun Tarikh Masa Bilangan Murid Tajuk

: 2 Ikhlas ( murid bermasalah pembelajaran ) : 16.17.2011 : 10.45 11.45 pagi (1 jam) : 20 0rang : Benda

1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa , iaitu abjad, Fokus utama suku kata ,perkataan, frasa dan ayat dengan betul 1.2.4 Mendengar , memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vocal berganding, digraf, konsonan bergabung dengan sebutan yang betul 2.2 Membaca dan memahami perkataan frasa , dan ayat daripada Fokus sampingan pelbagai sumber dan sebutan yang betul. 2.2.1 Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua

atau tiga suku kata, diftong, vocal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Pada akhir pelajaran ini, murid-murid akan dapat : i) Membina enam perkataan mengandungi dua suku kata dengan betul. ii) Objektif iii) Mengeja enam perkataan mengandungi dua suku kata dengan betul. Membaca enam perkataan mengandungi dua suku kata dengan betul. iv) Menulis enam perkataan mengandungi dua suku kata dengan betul. i. ii. Pengisian kurikulum iii. Ilmu : Pendidikan moral Nilai : kerjasama KBT : Kemahiran mendengar Menjana idea

38

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Sistem bahasa

Tatabahasa : kata nama am Bahan Bantu Mengajar : Kad perkataan, kertas manila, bola, lidi, lada ,

Media/BBM sudu, batu, paku, kad gambar, kain/sapu tangan, lembaran kerja.

39

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Langkah/ masa

Isi pelajaran

Aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran.

Catatan

Teka objek

Murid dipanggil seramai 6 BBM orang dan ditutup matanya . Mereka dikehendaki meneka objek yang diberi secara Benda maujud. a. Sudu b. Batu c. Paku d. topi e. Lada f. Bola

a. Sudu b. Batu c. Paku d. topi Set induksi (5 minit) e. Lada f. Bola

bergilir-gilir . Murid lain menyatakan betul atau salah . Guru memperkenalkan tajuk hari ini . (Kata nama am benda. )

Sistem bahasa -Kata nama

KBT -Menjana idea Kefahaman

Murid menampal suku kata perkataan yang disebut oleh BBM murid dalam set induksi tadi. Guru membimbing murid Kad suku kata Kad perkataan

a) Sudu b) Batu Langkah 1 ( 10 minit ) c) Paku d) topi e) Lada f) Bola

untuk menyebut perkataan mengikut suku kata. Sistem bahasa

Murid mengeja suku kata dan -Kata nama am membaca berulang kali . perkataan Teknik latih tubi

Langkah 2 ( 15 minit ) Cari Pasangan

Guru memanggil 10 orang BBM murid. 5 orang daripadanya Kad gambar akan diberikan kad gambar Kad perkataan dan 5 orang lagi akan Hadiah

40

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Langkah/ masa

Isi pelajaran

Aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran. diberikan kad perkataan.

Catatan

Murid-murid ini dikehendaki Nilai mencari pasangan gambar Kerjasama dan perkataan yang betul.

Murid-murid mengeja (dengan pasangan gambarnya dan

lain

akan KBT guru) mendengar arahan. dan telah

membaca Kemahiran

bimbingan perkataan yang

terhasil dengan betul itu. Siapa Cepat Aktiviti ini akan diulangi oleh murid-murid yang lain pula. Guru mengagihkan murid BBM akan Kad manila Kad gambar Kad perkataan

kepada 4 kumpulan Setiap kumpulan

dibekalkan dengan sehelai kad manila, kad gambar dan kad suku kata. Murid memadankan Langkah 3 ( 15 minit ) menampalkan

dikehendaki Nilai dan Kerjasama suku kata

yang membentuk perkataan KBT pada gambarnya yang betul Kemahiran mendengar arahan di atas kad manila. Kumpulan paling cepat siap dan betul padanannya akan dikira sebagai pemenang dan mendapat hadiah.

41

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Langkah/ masa

Isi pelajaran

Aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran.

Catatan

Guru mengedarkan lembaran BBM kerja . -Lembaran kerja melengkapkan

Mari Menulis Langkah 4 ( 10 minit )

Murid

perkataan dengan suku kata yang diberi berpandukan

gambar .

Rumusan Bina ayat mudah.

Guru menunjukkan gambar BBM dan membimbing murid Kad gambar. KBT Kemahiran menjana idea.

membina ayat. Penutup ( 5 minit ) Guru mengaitkan rumusan pelajaran hari ini dengan

memberitahu tajuk yang akan di pelajari esok adalah

membina ayat pendek.

42

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Tugasan 4
Mengaplikasikan teknik, pendekatan atau kaedah yang digunakan dalam tugasan 1 secara amali di bilik darjah. Sesi amali hendaklah disokong dengan bahan bantu yang sesuai dengan teknik, pendekatan tau kaedah yang digunakan.

43

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Pengajaran Mikro

Rancangan pengajaran dalam set induksi

44

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Pengajaran dan pembelajaran dalam langkah 1 ( Aplikasi teknik latih tubi )

45

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

REFLEKSI
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatu

Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNya saya dapat menyiapkan tugasan BMM 3117 seperti mana yang dikehendaki oleh pensyarah pembimbing dalam semester ini. Sebagai seorang guru, saya tidak terlepas daripada bebanan tugas saya ketika berada di sekolah. Faktor kekangan masa adalah salah satu cabaran saya dalam menyiapkan tugasan ini. Bahan-bahan rujukan seperti bukubuku yang berkaitan tentang teori-teori yang terkandung dalam bidang bahasa amat sukar diperolehi sama ada di sekolah atau di perpustakaan daerah tempat saya bertugas. Tambahan pula, saya bukan seorang guru berlatar belakangkan ilmiah dalam bidang bahasa kerana saya adalah seorang guru sains di sekolah.

Walau bagaimanapun, perbincangan dan dorongan daripada pensyarah BMM 3117 iaitu Pn Norhayati Binti Idris membantu saya dalam usaha untuk menyiapkan tugasan ini. Kolaborasi dengan rakan-rakan, ketua Panitia Bahasa Melayu dan pihak pentadbiran sekolah saya SK Taman Tawau sekurang-kurangnya memberi idea dan pandangan dalam tugasan ini. Disamping itu, sepanjang proses menyiapkan tugasan ini ianya banyak memberikan tambahan ilmiah dalam bidang Bahasa Melayu kepada diri saya agar diri saya lebih lengkap dan menjadi seorang guru yang serba boleh pada masa akan datang. Kanak-kanak bermasalah dalam pembelajaran adalah merupakan kanakkanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan dan mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam kebolehan-kebolehan seperti dari aspek Kognitif, Tingkah laku sosial atau perkembangan sosial, Penguasaan bahasa lisan/pertuturan, Penguasaan membaca, Kemahiran perkembangan (developmental skills) dan kemahiran Matematik.

Justeru itu, pelajar-pelajar yang mengalami masalah pembelajaran di dalam sesebuah sekolah tidak seharusnya dicicirkan. Sebaliknya, kita sebagai warga pendidik haruslah memainkan peranan yang lebih efektif dalam menangani masalah pembelajaran anak murid. Oleh yang demikian, perancangan awal untuk persediaan

46

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

mengajar perlu dibuat agar objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Dalam bidang bahasa, terdapat dua teori iaitu teori huraian bahasa dan teori pemerolehan bahasa. Pendekatan kepada teori bahasa akan dapat membantu guru dalam usaha melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Sasaran pelajar yang mengalami masalah dalam pembelajaran bahasa perlu ada dan harus dikaji dari aspek kognitif dan tahap kecerdasan pelajar. Secara langsung akan membantu guru dalam pemilihan teknik pengajaran dan pembelajaran. Di sini, saya memilih teknik latih tubih dan teknik permainan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana bagi saya teknik ini adalah lebih efektif kepada sasaran murid bermasalah di dalam darjah dua sesuai dengan tahap kecerdasan murid dan tahap perkembangan kanak-kanak. Latihan yang berulangulang membantu murid menguasai dan memperkukuhkan lagi kelemahan murid. Dalam peringkat perkembangan kanak-kanak dalam darjah dua juga sesuai menggunakan teknik belajar sambil bermain untuk menarik minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Semasa dalam pengajaran makro terdapat beberapa kelemahan yang paling ketara termasuklah penggunaan bahasa Inggeris di dalam pengajaran. Contoh perkataan bahasa Inggeris yang sering terungkap ialah seperti perkataan sorry dan okay. Penggunaan BBM seperti kad suku kata, kad perkataan dan kad gambar yang menggunakan gam pita perlu digantikan dengan kad yang menggunakan magnet. Penggunaan kad BBM menggunakan gam pita membuang masa sedikit dan ianya mengganggu kelancaran proses pengajaran. Secara langsung penumpuan murid akan beralih dan terus bermain dengan rakan sebelah.

Kekuatan dalam pengajaran makro saya ialah semasa peringkat set induksi dapat menarik perhatian semua murid dalam aktiviti teka benda. Dalam aktiviti ini, ianya dapat mencetus idea murid untuk lebih bersedia meneruskan sesi pembelajaran seterusnya. Penggunaan teknik latih tubih yang melibatkan pengulangan mampu menambahkan kefahaman murid dan sekali gus dapat memperkukuh lagi kelemahan murid secara beransur-ansur.

47

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Secara keseluruhannya, murid tidak seharusnya dihukum di atas masalah pembelajaran yang wujud di dalam bilik darjah. Sebaliknya, guru sebagai warga pendidik perlu mengkaji, merancang dan mengatasi masalah murid agar dapat membawa perubahan demi melahirkan anak bangsa yang cemerlang dan bakal menjadi peneraju pada masa akan datang.

Kesimpulan, saya amat bersyukur kerana dengan adanya tugasan BMM 3117 di atas bimbingan pensyarah Pn Norhayati Binti Idris banyak ilmu baru yang saya temui dan pelajari. Ini menggalakkan diri saya untuk berusaha dengan lebih gigih untuk mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berilmu dan seimbang dalam rohani, jasmani, mental dan Intelek sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara. Insya Allah..

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

.. Mohammad Azrie Bin Aminullah PGSR-PSV 2009

48

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

KOLABORASI
Nama NoMykad Program Semester : Mohammad Azrie Aminullah : 760320-12-5745 : PGSR-PSV KOHORT 2 : 4 (2011)

BMM 3117 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA Melayu SEKOLAH RENDAH BIL 1 TARIKH 5 Ogos 2011 PERKARA - Mendapat tugasan daripada Pn Noryati CATATAN T/T

20 Ogos 2011

- Berbincang bersama guru Bahasa Melayu SK Taman Tawau - Mula bergerak untuk mencari bahan i tugasan

Tawau

25 Ogos 2011

- PKG Tawau -Internet.

8 Sept 2011 - Draf Tugasan

Edit bahan

15 sept. 2011 20 Sept. 2011

- Melakukan tugasan - Pemantau pengajaran guru BM SK Taman Tawau - Pemurnian tugasan

Perlaksanaan individu Perlaksanaan individu

49

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Bibliografi
Mok Soon Sang,(2002) Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.

Poh Swee Hiang (2000) KBKK: Kemahiran Berfikir Secara Kritis, P. Jaya, Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Mok Soon Sang,(2000) Ilmu Pendidikan untuk KPLI Semester 1 & 2,Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.

Atan Long(1978) Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur : DBP

Mok Soon Sang,(2001)Psikologi Pendidikan Semester 1,Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.

Murugiah V,(1996)Psikologi

Pendidikan 1untuk KPLI Semester 1 & 2 ,Kumpulan

Budiman Sdn Bhd, Subang Jaya.

Syed Ismail Syed Mustafa , Ahmad Sukri Miskon (2010) Guru dan cabaran semasa, Penerbit Multimedia Sdn, Bhd, Selangor

Abdullah Hassan (2008) Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah, PTS Profesional, KuaMla lumpur.

Habibah Bt mohd. Samin,Hasnah Bt A Revisi Bahasa Melayu akademik untuk PPISMP, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, kuaa Lumpur.

Mok Soon Sang (2010) Psikologi pendidikan, Penerbit Multimedia, Selangor.

Mok Soon Sang (2001) Pendidikan di Malaysia untuk diploma perguruan semester 2, Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Perak.

50

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Norly Bt. Jamil (2011) Siri Panduan Buku Perkembangan Awal Kanak-kanak, Mari Bercerita Bersama Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn Bhd, Selangor.

Norly Bt. Jamil, Azilah Alias, Loy Chee Luen , Mazlina Che Mustafa(2011) Siri Panduan Buku Perkembangan Awal Kanak-kanak Reka Cerita Bersama Kanakkanak, Gerak Ilmu Sdn Bhd, Selangor.

Loy Chee Luen (2011) Siri Panduan Buku Perkembangan Awal Kanak-kanak Aktiviti Bersama Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn Bhd, Selangor.

Mazlina Che Mustafa (2011) Siri Panduan Buku Perkembangan Awal Kanak-kanak Pemerolehan Bahasa Bersama Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn Bhd, Selangor.

Norly Bt. Jamil, Azilah Alias, Loy Chee Luen , Mazlina Che Mustafa(2011) Siri Panduan Buku Perkembangan Awal Kanak-kanak Mari belajar bercerita , Gerak Ilmu Sdn Bhd, Selangor.

Azilah Alias (2011) Siri Panduan Buku Perkembangan Awal Kanak-kanak , Permainan untuk kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn Bhd, Selangor.

Kamarudin Jeon (2011) Sistem Bahasa Xplor, Info Didik,Selangor.

Ashraf (2007) Petunjuk Tatabahasa , Sasbadi, Pealing Jaya.

Noor Aina Dani ( 2007) Siri Perantara bahasa dan Sastera Penghantar Psikolinguistik, Sasbadi, Petaling Jaya.

Awang Sariyan (2007) Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran Linguistik, Sasbadi, Petaling jaya.

dalam

51

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

LAMPIRAN

Lampiran

52

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Lampiran 1 ( langkah 1 ) Menamakan benda Sudu, Batu Paku, topi, Lada, Bola

53

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Lampiran 2 (Langkah 2) Suku kata (Sudu, Batu Paku, topi, Lada, Bola )

54

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

55

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Lampiran 3 (Langkah 3)
Cari pasangan

56

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

57

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

58

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

59

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

60

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Lampiran 4 ( langkah 4)

61

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

62

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

63

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Lampiran 5 ( lembaran kerja )


Nama : Kelas : Tuliskan suku kata dan perkataan berdasarkan gambar.

ba du

bo ku

su la

la pi

to tu

pa da

64

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

Lampiran 6 ( penutup ) Bina ayat pendek berdasarkan gambar.

65

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah RendahArahan tugasan :

BMM 3117

66

Anda mungkin juga menyukai