Anda di halaman 1dari 29

KAEDAH TUNJUK CARA Demonstrasi

Kumpulan : 1. Mohammad Azrie Aminullah 2. Junaidah Ramli

Kaedah Tunjuk Cara


Satu kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu kepada murid atau sekelompok murid. Ianya melibatkan guru menunjuk cara sesuatu proses, produk dengan langkah-langkah yang sistematik dan jelas.

Perlaksan aan
Penunjuk cara perlu membuat persediaan sebelum tunjuk cara, melakukannya dengan jelas dan teratur dan merumus/mengemas selepas tunjuk cara Penerangan harus spesifik dan mudah difahami. Mengadakan aktiviti pengukuhan atau latihan selepas tunjuk cara.

CIRI-CIRI KAEDAH TUNJUK AJAR


1.Melihat Kemahiran

4. Kaitan Teori dan Praktikal

CIRI-CIRI

2. Penglibatan Murid

3. Peluang untuk mendengar atau melihat

1. Melihat Kemahiran
Guru akan memperlihatkan sesuatu kemahiran kepada muridnya. Ini bermakna guru akan memberi penerangan atau penjelasan semasa aktiviti ditunjukkan. Dengan cara ini, murid akan lebih mudah memahami apa yang dipelajari kerana mereka tidak hanya mendengar sebaliknya mereka melalui atau melihat sendiri apa yang

2. Penglibatan Murid
Guru boleh melibatkan murid dalam aktiviti praktikal sesuatu pelajaran. Murid yang mempunyai kemahiran yang baik boleh dijadikan contoh kepada pelajar yang lain Disamping mendedahkan murid dengan realiti sebenar, bakat murid juga boleh dikesan dan diasah melalui aktiviti seperti ini

3. Peluang untuk mendengar atau melihat


Guru perlulah memastikan setiap muridnya tidak tercicir daripada mendengar atau melihat tunjuk cara tersebut. Seandainya bilangan murid adalah ramai dalam satu-satu masa, guru boleh membahagikan murid mengikut kumpulankumpulan kecil

4. Kaitan Teori dan Praktikal


Kaedah ini berkesan kerana murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari secara teori dan praktikal Langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh guru untuk melaksanakan kaedah tunjuk cara ini ialah pada peringkat awal, guru perlu menerangkan dan menunjukkan terlebih dahulu langkah, aktiviti atau

Kemudian murid perlu memusatkan sepenuh perhatian mereka terhadap apa yang guru perkatakan dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru. Pemusatan tumpuan ini adalah bertujuan supaya murid tidak tertinggal langkah dan penjelasan yang dibuat oleh guru bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ketika giliran murid membuat aktiviti

Selepas pemerhatian dilakukan, guru boleh meminta beberapa orang murid atau setiap murid untuk menunjukkan semula cara yang sudah dilakukan oleh guru sebentar tadi. Guru boleh menegur sertamerta jika terdapat sebarang kesalahan murid dalam melakukan aktiviti sekali gus menjadi tunjuk ajar kepada murid yang lain untuk tidak

Bagi aktiviti yang membolehkan kepelbagaian, murid boleh melakukan semula aktiviti sama ada seperti yang ditunjukkan oleh guru ataupun memilih untuk membuat sendiri berdasarkan pengetahuan sedia ada murid asalkan selari dengan objektif dan topik pengajaran

JENIS TUNJUK CARA


1. Model Hidup

2. Model Simbolik

3. Model Persepsi

MODEL HIDUP
Model yang sebenar digunakan untuk melakukan demo atau tunjuk cara Model hidup termasuklah tunjuk cara oleh guru atau murid yang telah menguasai kemahiran Model-model seperti ini akan

MODEL SIMBOLIK

Tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis, bergambar atau arahan guru.

MODEL PERSEPSI

Menunjukkan satu proses/aktiviti dengan bantuan peralatan seperti video atau slaid Kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan manakala yang tidak diingini diketepikan

KELEBIHAN
Memberi peluang kepada murid untuk benarbenar memahami apa yang hendak dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan. Membuat murid menguasai konsep dan prinsip dengan mudah Meningkatkan ingatan murid terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen

KELEBIHAN
Meningkatkan keyakinan murid untuk menjalankan sesuatu aktiviti Membolehkan murid mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah Memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid melalui penglihatan dan pendengaran

KELEMAHAN
Tidak sesuai untuk semua tajuk atau kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan moral.

KESIMPUL AN
Kaedah tunjuk cara adalah salah satu kaedah pengajaran yang membawa murid kepada realiti sebenar untuk merasai dan melalui apa yang dipelajari. Dan apa yang dilalui ini akan menjadi pengalaman yang begitu mendidik murid supaya mampu diaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam kehidupan

Cara-cara membuat kad ucapan Hari Ibu


Langkah-langkahnya. Menyediakan Bahan kertas warna saiz A4, gunting, gam ,warna pencil atau warna air dan gambar (gambar disediakan olah guru). Warnakan gambar dulu. Kemudian, guntingkan gambar. Lipat kertas Warna A4 kepada dua bahagian. Tampal gambar pada kad manila. Tampal di bahagian atas sebab bahagian bawa akan di letakkan ayat Selamat hari Ibu. Tampal pula ayat "Selamat hari Ibu". Warnakan ayat "selamat hari ibu". Tampal pula bahagian ucapan di dalam kad. Tuliskan ucapan anda pada ruangan ucapan. Selesai.

Anda mungkin juga menyukai