Anda di halaman 1dari 10

Jenis dan prinsip pendekatan Induktif Deduktif Intergratif Elektif

Jenis dan prinsip strategi Pemusatn guru Pemusatan murid Berasaskan bahan Berasaskan tugasan / aktiviti

Kaedah dan teknik pengajaran Sumbangsaran Bercerita Perbincangan Demonstrasi

Tematik

Penyelesaian masalah (Theory of Contraints)

Apa yang dipelajari oleh murid-murid bukan bergantung kepada apa yang diajar, tetapi bagaimana mereka diajar. Oleh itu, perhatian yang rapi hendaklah diberi kepada kaedah yang dipilih untuk menyampaikan bahan pengajara... (Terjemahan) ~Saskatchewan Education, 1988:10~ Sepertimana yang kita sedia maklum, di Negara kita, matlamat pendidikan adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Manakala kurikulum bagi satu-satu matapelajaran adalah disediakan dan dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Oleh itu, guru adalah bertanggungjawab ke atas pengajaran masing-masing yang terdiri daripada beberapa langkah termasuk merancang, mengajar dan menilai. Selain itu, setiap guru juga perlu memberi pertimbangan yang rapi mengenai persekitaran pembelajaran. Terlebih dahulu, kita hendaklah mengenalpasti isi pengajaran yang hendak disampaikan berdasarkan kurikulum dan sukatan pelajaran matapelajaran berkenaan, kemudian memikirkan pendekatan, strategi, kaedah, yang sesuai dan selaras dengan keperluan, minat dan kebolehan murid-murid kelas tersebut.

Pendekatan Induktif Pendekatan ini membantu murid-murid kita membuktikan fakta, membentuk soalansoalan yang relevan, mengembangkan cara-cara unk mengemukakan soalan-soalan tersebut, dan memberi keterangan . selain itu, meraka juga diminta untuk membentuk dan menyokong hipotesis-hipotesis masing-masing. dedukti f PENDEKATAN eklektif tematik

induktif

integratif

Melalui pendekatan induktif,murid-murid akan melalui proses pemikiran yang memerlukan mereka bergerak daripada fakta khusus dan pemerhatian kepada kesimpulan.Untuk mencapai matlamat tadi, sebagai guru,kita hendaklah memilih peristiwa-peristiwa atau bahan-bahan yang sesuai bagi satu-satu pelajaran.Melalui pemerhatian secara peribadi dan pemerhatian rakan-rakan sebaya,murid-murid akan member gerakkbalas yang relevan serta membina pola yang bermakna.

Deduktif
Pendekatan deduktif membawa murid-murid kita bergerak daripada prinsip generalisasi kepada kejadian kejadian spesifik.Matlamat ini hanya akan tercapai apabila mereka diberi peluang untuk menguji dan mengaplikasi generalisasi tertentu,seterusnya meneroka hubungan antara elemen-elemen yang khusus. Integratif

Pendekatan integratif bertujuan untuk mewujudkan satu persekitaran pengajaran yang merangsangkan murid-murid kita untuk menggunakan kemahiran asas,memahami hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza,menghargai unsur kepelbagaian dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat yang sama.

Eklektik

Berdasarkan ketiga-tiga pendekatan di atas,agak ketara bahawa seelok-eloknya kita menggunakan gabungan pendekatan induktif,deduktif dan integratif dalam sesi pengajaran kita.Dengan itu,isi pelajaran yang diterima oleh murid-murid akan menjadi lebih bermakna kerana telah mengambilkira perbezaan individu dari segi minat,kebolehan ,pengalaman,pengetahuan sedia ada dan sebagainya.Gabungan pendekatan sedemikian dikatakan sebagai pendekatan eklektik.

Tematik

Pendekatan ini biasanya digunakan dalam kebanyakkan program pendidikan awal kanak-kanak .Secara ringkas,terlebih dahulu guru akan merujuk kepada tema yang terkandung dalam kurikulum mengikut minggu berkenaan.Tema ini disusun mengikut perkara atau isu yang biasa seperti keluarga saya , haiwan peliharaan dan lain-lain.Sebagai peringatan,adalah disyorkan agar pelbagai aktiviti yang spesifik yang dirancang dapat mencabar pemikiran kanak-kanak dan member peluang untuk membuat penerokaan yang bermakna tentang pelbagai budaya dalam masyarakat kita. Strategi

Sedarkah kita bahawa terdapat beberapa strategi yang boleh kita gunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Rajah dibawah menggambarkan empat jenis strategi yang biasa seperti pemusatan guru,pemusatan murid,berasaskan bahan dan berasaskan tugas/aktiviti. PEMUSATAN GURU STRATEGI BERASASKAN BAHAN Jenis-jenis Strategi BERASASKAN TUGAS / AKTIVITI PEMUSATAN MURID

Pemusatan Guru

Strategi ini merangkumi pengajaran di mana peranan guru ialah untuk menyampaikan maklumat yang dipelajari oleh murid-murid.Sehubungan itu,maka terlebih dahulu,guru akan mengenalpasti hasil-hasil pembelajaran yang ingin dicapai,kemudian merancang cara bagaimana hendak melaksanakan isi pelajaran tersebut .Antara prinsip-prinsip strategi ini termasuk seperti di bawah : Sebagai pakar ilmu,guru mengarah proses pembelajaran dan berupaya mengawal hak murid-murid untuk menerima maklumat. Murid-murid diibaratkan sebagai bekas kosong di mana pembelajaran dilihat sebagai satu proses penambahan ilmu,kemahiran dan nilai. Pengajaran mengutamakan murid-murid yang sederhana pencapaian akademik Semua murid berkembang mengikut kadar yang sama. Pemusatan Murid

Strategi ini berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme di mana guru berperanan sebagai fasilitator yang membimbing murid-murid untuk membina dab seterusnya memperoleh kefahaman masing-masing mengenai isi pengajaran yang disampaikan. Murid-murid bukan bekas kosong.Sebaliknya mereka membawa bersama kerangka persepsi masing-masing ke dalam bilik darjah. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran tersendiri. Pembelajaran adalah satu proses aktif dan dinamik yang sentiasa mengalami perubahan demi kepentingan murid-murid. Murid-murid membina makna masing-masing melalui percakapan,pendengaran,penulisan,bacaan dan refleksi terhadap kandungan pelajaran yang disampaikan dan isu-isu serta keprihatinan yang timbul.

Berasaskan Bahan

Sedarkah bahawa guru mempunyai variasi media dan bahan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran .Antaranya termasuk bahan audio-vidual,buku dan bahan-bahan cetak dan sebgainya.Amat penting untuk kita ingat senarai bahan pengajaran.Mungkin kita ketahui contoh-contoh bahan pengajaran yang ingin dikongsikan bersama rakan rakan kita.

Berasaskan Tugasan / Aktiviti

Strategi berasaskan tugasan merujuk kepada prisip-prinsip yang disyorkan oleh Merrill.Sebagai langkah pertama,murid-murid diberi satu tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam situasi harian.Sebagai alternative,hasil pembelajaran atau maslah-masalah yang difikirkan dapat diselesaikan oleh mereka di akhir satu-satu urutan pembelajaran juga boleh diberi sebagai menggantikan masalah .

Dalam hal ini,harus kita ingat bahawa murid-murid seelok-eloknya dibawa secara ansur maju untuk melalui masalah-masalah yang mempunyai aras kesukaran secara meningkat.

Kaedah Dan Teknik

Perbincangan selanjutnya akan menarik perhatian kita kepada beberapa jenis kaedah dan teknik yang biasa digunakan oleh guru dalam bilik darjah.Kita perlu faham setiap kaedah dan teknik tersebut agar kita berasa yakin untuk menggunakannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kita kelak.Antaranya termasuk sumbangsaran,bercerita,perbincangan,demonstrasi dan penyelesaian masalah.

Sumbangsaran

Sumbangsaran adalah satu aktiviti yang dilaksanakan secara kumpulan besar atau kecil.Ia menggalakkkan murid-murid kita memberi tumpuan kepada satu tajuk pada masa serta menyumbangkan idea-idea mereka tanpa sebarang sekatan atau halangan. Sumbangsaran

Perbincanga n

KAEDAH / TEKNIK

Bercerita

Demonstrasi

Jenis-jenis Kaedah / Teknik Tujuan guru menggunakan sumbangsaran adalah seperti berikut: Menarik perhatian murid-murid terhadap satu topik yang khusus. Memberi peluang mereka menjana idea mengenai topik tersebut. Mengajar mereka menerima dan menghormati perbezaan individu. Menggalakkan mereka untuk bersedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan pandangan masing-masing. Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai. Bercerita Tahukah kita bahawa bercerita adalah satu kesenian lisan yang wujud sejak zaman purbakala?.Ia membuktikan kepada kita kuasa yang dipegang oleh bahasa dan perkataan dalam proses komunikasi.Pertama,ia mengembangkan kemahiran mendengar,meningkatkan ekspresi verbal,meningkatkan kefahaman ,mewujudkan imej mental dan memupuk penaakulan verbal.

Kedua,setelah selesainya satu-satu pengalaman bercerita yang dikongsi secara terbuka,murid-murid yang mempunyai kelemahan semantik akan berupaya melibatkan diri dalam aktiviti pemetaan semantik yang membawa kepada penambahbaikan kebolehan mendefinisi,mengkategori dan mengaitkan perkataan. Ketiga,murid-murid berpeluang untuk meningkatkan kemahiran menggunakan kamus.Bagaimana caranya?Minta mereka mencari kemudian mendefinisikan perkataan-perkataan tersebut, seterusnya menjana satu senarai sinonim(bersamaan erti) dan antonym(berlawanan erti).Dengan ini,mereka dapat memupuk kemahiran meta-linguistik di samping meluaskan kosa kata mereka untuk merangkumi sinonim,antonim,homonim dan sebagainya.

Perbincangan Marilah kita kaji salah satu teknik yang biasa digunakan iaitu perbincangan.Bilakah kita akan gunakan teknik tersebut dalam bilik darjah?Biasanya apabila satu masalah atau isu tidak memerlukan satu respon yang spesifik ataupun yang memerlukan murid-murid menemui jawapan yang dikehendaki. Akan tetapi,harus kita ingat bahawa perbincangan hendaklah berasaskan bahan pengajaran yang biasa murid-murid dan berakhir dengan konsensus,penyelesaian,penjelasan tentang celik akal yang diperoleh atau satu ringkasan. Tujuan mengadakan perbincangan dalam sesi pengajaran ialah: Membantu murid-murid memahami dunia ini. Merangsangkan pemikiran,keterangan ,refleksi dan mengingat kembali. Memberi peluang mereka untuk menjelaskan dan meluaskan idea masingmasing serta rakan-rakan sebaya. Menggalakkan interaksi dan perbualan secara kumpulan.

Demonstrasi Demonstrasi sebenarnya merupakan penghubung antara ketahui tentang dan berupaya untuk melakukan.Demonstrasi merujuk kepada aktiviti yang menunjukkan murid-murid kita bagaimana. Sedarkah kita bahawa sebahagian besar pembelajaran berlaku melalui pemerhatian.Apabila murid-murid kita diberi peluang untuk melihat,memahami apa yang sedang berlaku dan mendengar keterangan guru mengenai apa yang sedang dilakukan,proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. Demonstrasi sesuai digunakan dalam bilik darjah?Ia dikatakan sesuai apabila muridmurid dikehendaki mempelajari mengenai kemahiran dan proses.Contohnya:guru matapelajaran sains yang mengajar tentang kemahiran proses sains,guru teknologi maklumat mengajar mengenai proses menggunakan satu-satu perisian komputer dan sebagainya.

Refleksi Sepertimana yang dinyatakan di atas,sebagai seorang guru,saya berperanan sebagai pembimbing di sisi murid-murid.Ini bermakna saya akan member sokongan psikologi dan bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran ke arah kendiri yang kreatif dan berdikari.Untuk itu,saya akan mengenalpasti matlamat mendefinisikan halatuju bagi murid-murid dan membimbing perkembangan mereka ke arah mencapai matlamat tersebut. Di samping bertanggungjawab ke atas domain kognitif murid-murid,saya juga ingin membina kemahiran social mereka dan juga menerapakan nilai moral,etika dan patriotism yang baik dalam kalangan mereka. Oleh itu, saya perlu mengkaji amalan pengajaran saya.Pentaksiran secara reflektif tentang penggunaan strategi,kaedah dan kemahiran yang seringkali digunakan sedikit sebanyak akan meluaskan serta mendalami himpunan pendekatan pengajaran yang sedia ada. Jika saya berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran saya mengenai pelbagai pendekatan pengajaran,secara tidak langsung saya akan dapat meningkatkan kemahiran perguruan amnya dan kemahiran pedagogi khasnya.Peningkatan sedemikian ini akan membawa kepada keberkesanan pengajaran. Kerja khusus ini menjadi sebagai rujukan dan garis panduan untuk saya memilih strategi,kaedah ,kemahiran dan aktiviti pengajaran murid-murid saya bagi satu-satu unit pengajaran.Saya dapat menentukan pendekatan yang saya gunakan untuk mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.Selain itu,saya juga dapat memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk merekabentuk persekitaran pembelajaran serta saya dapat menyatakan secara khusus jenis aktiviti yang akan dilibatkan oleh saya dan anak murid saya. ANNAJOTHI A/P DHRMALINGAM 810909026066,RBT 2.

BIODATA

NAMA :ANNAJOTHI A/P DHRMALINGAM NO.I/C :810909-02-6064 NO.MATRIK :1CRT1106003 UNIT : REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (RBT2) PPG AMBILAN : 6 JUN 2011 NAMA SEKOLAH : SJKT KULAI BESAR, 81000 KULAI,JOHOR. PENGALAMAN MENGAJAR : 7 TAHUN ALAMAT TEMPAT TINGGAL : 415,JALAN GEMILANG 10, TAMAN GEMILANG, 81000 KULAI,JOHOR. NO. TELEFON : 012-5146350

Anda mungkin juga menyukai