Anda di halaman 1dari 2

Aidil Hafifi adalah seorang pekerja di sebuah syarikat penerbangan di Pulau Pinang.

Memandangkan dia tinggal di sebuah rumah sewa di Bukit Mertajam, dia akan berulang alik melalui Jambatan Pulau Pinang untuk pergi ke tempat kerjanya. Farhan adalah rakan serumah Aidil dan juga rakan sekerjanya. Farhan sering menyindir Aidil yang dia akan menjadi bujang terlajak sekiranya dia tidak berusaha untuk meluangkan sedikit masa untuk dirinya. Kehidupannya yang agak sibuk menyebabkan Aidil tidak mempunyai masa untuk bersama rakan-rakannya yang lain. Ibu dan ayah Aidil di kampung turut risau melihat keadaan anak bujang mereka ini. Aidil mempunyai 3 orang adik yang masih bersekolah dan dia mahu membantu ibu serta ayahnya untuk menanggung perbelanjaan persekolahan adik-adiknya. Ini lah alasan yang sering diberi oleh Aidil jika dia di tanya bilakah akan mendirikan rumah tangga. Kadangkala dia juga mengeluh kepada dirinya sendiri memandangkan umur yang semakin meningkat tetapi dia masih tidak mempunyai calon untuk dijadikan teman hidupnya kelak. Farhan ada membawa Aidil untuk mengenali beberapa orang kawan wanitanya tetapi belum ada yang berkenan di hati Aidil. Namun, satu peristiwa telah mengubah keseluruhan hidup Aidil tanpa disangka-sangka. Pada suatu hari, Aidil berhenti di Plaza Tol sebelum memasuki jambatan. Dia berhenti di kaunter tepi sekali untuk membayar tol berharga RM7.00. Apabila Aidil berhenti dan ingin membayar tol, dia tergamam apabila melihat seorang wanita yang sangat ayu menjaga kaunter tersebut. Matanya tidak berganjak melihat wajah wanita tersebut. Hatinya berdegup kencang dan seluruh badanya terkaku tatkala melihat wanita tersebut. Wanita tersebut memberi resit kepada Aidil tetapi Aidil masih tidak berganjak. Wanita itu tersenyum melihat Aidil dan menegur Aidil, Encik, resit saya dah beri, encik boleh teruskan perjalanan. Aidil terkejut dan lantas memanggil resit itu dan berlalu dalam keadaan yang segan silu. Farhan yang berada di sebelahnya tergelak melihat gelagat Aidil. Namun, Aidil masih tertanya-tanya siapakah gerangan wanita tersebut kerana selama dia melalui tol tersebut, dia tidak pernah terserempak dengan wanita tersebut. Tetapi, Aidil sempat melihat nama wanita yang tertera di kaunter tersebut iaitu Adriana. Sepanjang perjalanan mereka berdua ke tempat kerja, Aidil masih membayangkan wajah wanita tersebut dan pelbagai persoalan bermain di dalam fikirannya sehinggakan tidak menyedari yang Farhan bertanya kepadanya, Aidil, bukan main seronok lagi aku tengok kau usha awek tadi. Tetapi Aidil tidak menjawab apa-apa. Farhan menjerit kepada Aidil, Aidil, aku cakap dengan kau ni, kau dengar ke tak!. Aidil tersentak dan menjawab, Sorry, sorry. Aku terfikir benda lain tadi. Kau Tanya apa Farhan?. Mana lah nak dengar kalau hati dah dilamun cinta pandang pertama dengan awek tadi, aku kat sebelah ni pun ko dah tak nampak kan, jawan Farhan sambil tersenyum sinis. Aidil hanya mampu tersenyum dan membuka radio kerana malas untuk melayan kawan baiknya itu. Aidil menjalankan tugasnya di tempat kerja seperti biasa tetapi Farhan dapat memerhatikan sedikit kelainan pada Aidil. Aidil kelihatan sangat bersemangat semasa membuat kerja dan kadangkala dia tersenyum keseorangan, itu yang membuatkan Farhan berasa hairan dan ingin mengorek rahsia daripada Aidil. Semasa perjalanan pulang, Farhan bertanya kepada Aidil, Aidil, apasal aku tengok kau lain macam je satu hari ni. Tiba-tiba je tersenyum sorang-sorang. Tak nak cerita kat aku ke?. Mana ada, aku macam biasa je lah. Bila masa pulak aku tersenyum sorang-sorang, kau kowt yang berangan

lebih-lebih, jawab Aidil. Farhan tersenyum lebar dan menjawab, Tak payah lah kau nak tipu aku Aidil, aku bukan kenal kau sehari dua, dah bertahun-tahun aku kenal kau. Aku dah masak sangat dah ngan perangai kawan baik aku ni. Bangganya aku ada kawan baik macam kau ni, aku lapar ni Farhan, kau belanja aku makan, aku cerita kat kau ye, baru kawan baik namanya, Aidil menjawab sambil membodek kawan baiknya itu. Farhan mengangguk tanda setuju sambil tersenyum puas kerana berjaya mengorek rahsia daripada Aidil. Mereka berdua singgah di sebuah kedai makan dan memesan makanan masing-masing. Farhan tanpa membuang masa terus membuka mulut untuk mengetahui rahsia Aidil. Aidil, cepatlah cerita kat aku, kata Farhan. Macam ni, aku rasa aku macam suka lah kat perempuan yang jaga kaunter pagi tadi. Bila aku tengok muka dia je, ak rasa semacam da tau. Kalau lah aku dapat berkenalan dengan dia, jawab Aidil sambil tersenyum gembira. Aku dah agak dah, mesti ada kaitan dengan awek tadi. Apa lagi Aidil, aku tak pernah nampak kau betul-betul berminat kat perempuan, sekarang lah masanya untuk kau cuba tackle dia. Aku cabar kau ni Aidil, kalau kau dapat tackle dan kahwin dengan dia, aku akan tanggung makan minum kau selama seminggu, jawab Farhan. Aidil mengangguk tanda setuju sambil tersenyum lebar. Dia berasa sangat teruja dan tidak sabar untuk pergi ke kaunter yang sama di plaza tol tersebut untuk berjumpa dengan wanita idamannya. Keesokan harinya, Aidil memandu keretanya dan berhenti di kaunter yang sama dengan harapan dapat berjumpa dengan wanita idamannya, namun orang yang menjaga kaunter bukanlah wanita yang dinanti-nanti kan nya. Aidil berasa sangat sedih dan muram sepanjang perjalananya. Sungguhpun begitu, Aidil berasa semakin bersemangat untuk mencari dan mengenali wanita tersebut. Dia nekad di dalam dirinya untuk berjumpa dengan wanita tersebut dengan apa cara sekalipun. Pada suatu hari, Aidil dan Farhan bersiar-siar di tepi pantai di Batu Feringghi. Tanpa disangka-sangka, mereka telah terserempak dengan wanita idaman Aidil. Namun, kali ini terdapat 2 orang wanita yang mempunyai muka yang seiras. Adakah mereka kembar?Siapakah wanita yang dijumpainya di plaza tol?Pelbagai persoalan bermain di kotak fikiran Aidil dan dia menjadi keliru dengan apa yang terjadi. Melihat keadaan Aidil yang dalam kebingungan , Farhan datang untuk mengusiknya. Amboi, bukan main berseri aku tengok muka kawan baik aku ni jumpa puteri idaman hati.

Anda mungkin juga menyukai