Anda di halaman 1dari 20

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

TOPIK 1

FIZIK DAN PENGUKURAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN

Sinopsis Sains fizik adalah berasaskan beberapa prinsip dan melibatkan perkembangan konsep. Aplikasi prinsip-prinsip dan konsep-konsep biasanya melibatkan melibatkan satu atau lebih kuantiti-kuantiti fizik. Hampir seluruh dunia menggunakan sistem metrik dalam kehidupan harian. Satu adaptasi sistem metrik digunakan oleh untuk kegunaan sains, perdagangan dan komunikasi. Sistem ini dikenali sebagai sistem SI (System International) Hasil Pembelajaran 1. Menukarkan kuantiti fizik dari satu unit ke unit yang lain 2. Menulis kuantiti fizik yang sangat besar atau sangat kecil ke dalam bentuk piawai 3. Menulis kuantiti fizik kepada angka bererti yang sesuai 4. Menyatakan teknik-teknik pengukuran yang sesuai

Gambaran Keseluruhan Fizik pengukuran dalam kehidupan harian

Pertukaran unit

Bentuk piawai

Kejituan dan kepersisan

Angka bererti

Teknik-teknik pengukuran yang baik

Rajah 1.1 Gambaran Keseluruhan Isi kandungan

Isi Kandungan 1.1 Pertukaran Unit

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Seperti sistem nombor, sistem metrik adalah satu sistem perpuluhan. Imbuhan digunakan untuk menukar unit SI dalam kuasa sepuluh. Contohnya, satu persepuluh meter adalah satu desimeter, satu per seratus meter adalah sentimeter. Unit metrik untuk semua kuantiti menggunakan imbuhan yang sama. Contohnya, satu per seribu gram adalah satu miligram, dan satu ribu gram adalah satu kilogram. Oleh itu, untuk menggunakan unit-unit SI dengan berkesan, adalah penting untuk mengetahui maksud imbuhan-imbuhan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Jadual 1.1
Imbuhan Tera Giga Mega Kilo Desi Senti Mili Mikro Nano Piko Nilai 1 000 000 000 000 1 000 000 000 1 000 000 1 000 0.1 0.01 0.001 0.000 001 0.000 000 001 0.000 000 000 001 Bentuk Piawai 1012 10
9

Simbol T G M k d c m n p

106 103 10-1 10-2 10-3 10


-6

10-9 10-12

Melayari Internet (1 jam)

Melayari laman web berikut untuk mengumpul maklumat mengenai Unit SI dan sejarah perkembangan Unit SI. Sediakan satu rumusan terhadap kefahaman anda mengenai Unit SI dalam buku nota refleksi. http://www.bipm.org/en/si/ http://en.wikipedia.org/wiki/SI

Contoh:

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Apakah nilai yang sama dengan 500 milimeter dalam meter? Jawapan: Dari Jadual 1.1, kita lihat faktor pertukaran adalah 1 milimeter = 1 x 10-3 meter Maka, 500mm adalah (500 mm)

1 10 3 m = 500 x 10-3 m = 5 x 10-1 m. 1mm

Latihan

1. Tukarkan setiap pengukuran panjang yang diberi kepada nilai yang setara dalam meter. . a. 1.1 cm b. 56.2 pm c. 2.1 km d. 0.123 Mm 2. Tukarkan setiap pengukuran jisim berikut kepada nilai setara dalam kilogram a. 147 g b. 11 g c. 7.23 Mg d. 478 mg

1.2 Bentuk Piawai Kajian dalam sains biasanya melibatkan kuantiti-kuantiti yang sangat besar atau sangat kecil. Sebagai contoh, jisim bumi adalah lebih kurang 6 000 000 000 000 000 000 000 000 kilogram dan jisim elektron adalah 0.000 000 000 000 000 000 000 000 000 000 911 kilogram Kuantiti-kuantiti yang ditulis dalam bentuk ini mengambil ruang yang sangat besar dan sukar digunakan untuk pengiraan. Oleh itu, untuk memudahkan pengiraan dilakukan dengan nombor-nombor sebegini, kita tulisnya dalam bentuk yang lebih pendek dengan menggantikan nombor perpuluhan dengan nombor kuasa asas sepuluh. Bentuk piawai adalah M x 10n dengan 1 M 10 dan n adalah integer Dengan itu, jisim bumi boleh di tulis sebagai 6.0 x 1024 kg dan jisim elektron sebagai 9.11 x 1031 kg. Magnitud sesuatu kuantiti fizik biasanya dibundarkan kapada tiga atau empat angka bererti.

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

1.3 Angka Bererti Oleh kerana kepekaan alat-alat pengukur adalah terhad, bilangan angka yang sah bagi mana-mana pengukuran adalah terhad. Angka yang sah ini di panggil angka bererti. Bilangan angka bererti dalam satu pengukuran boleh ditentukan dengan merujuk kepada pernyataan-pernyataan di bawah: 1. 2. 3. 4. Angka bukan kosong adalah sentiasa bererti. Semua kosong terakhir selepas titik perpuluhan adalah bererti. Kosong di antara dua angka bererti adalah sentiasa bererti. Kosong yang digunakan semata-mata untuk memberi ruang kepada titik perpuluhan adalah tidak bererti.

Berfikir (1 jam)

Bagaimanakah kamu melakukan hasiltambah, hasiltolak dan hasidarab terhadap nombor-nombor angka bererti? Rujuk kaedah matematik untuk melakukan operasi ini.

1.4 Kejituan dan kepersisan Kepersisan adalah darjah ketepatan bagi pengukuran satu kuantiti yang diulangi. Sebagai contoh, jika seorang pelajar menjalankan eksperimen untuk mengukur halaju cahaya, dia akan mengulanginya beberapa kali. Beberapa cubaan dilakukan dan menghasilkan nilai-nilai antara 3.000 x 108 m/s kepada 3.002 x 108 m/s di mana nilai puratanya adalah 3.001 x 108 m/s yang membuat kesimpulan bahawa halaju cahaya adalah 3.001 x 108 m/s. Daripada pengukuran pelajar ini, halaju cahaya adalah dalam julat 3.000 x 108 m/s kepada 3.002 x 108 m/s. Oleh yang demikian, kepersisan pengukuran adalah 0.001 x 108 m/s. Kepersisan alat pengukur adalah terhad kepada bacaan terkecil pada alat pengukur. Kejituan adalah sejauh manakah nilai yang diukur hampir kepada nilai sebenar. Dalam eksperimen mengukur halaju cahaya, kejituan adalah perbezaan antara nilai ukuran pelajar yang dinyatakan dalam kepersisan yang sama. Sebagai contoh, ukuran pelajar adalah 2.998 x 108 m/s dibandingkan 3.002 x 108 m/s nilai sebenar. Oleh itu, kejituan pengukuran adalah 0.003 x 108 m/s. Oleh itu, kejituan satu alat pengukur bergantung kepada bertapa baik nilai yang diukurnya dibandingkan dengan nilai piawai.

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 1.2 Alat-alat untuk mengukur panjang 1.5 Teknik-teknik pengukuran yang baik Dalam kajian fizik secara eksperimen, pengukuran yang jitu dan persis harus diberi keutamaan. Pertimbangan-pertimbangan berikut harus dititik beratkan: 1. Pemilihan alat pengukuran yang sesuai untuk satu pengukuran (a) Ralat 0.1 cm dalam pengukuran 100.0 cm adalah kurang serius berbanding dengan 0.1 cm dalam 10.0 cm. (b) Pengukuran kuantiti besar seperti panjang dawai tidak memerlukan alat yang peka manakala pengukuran yang kunatiti yang kecil seperti diameter dawai memerlukan alat yang peka. Pengukuran alat pengukuran yang tepat (a) Sentiasa mematuhi arahan penggendalian alat. (b) Sikap cermat dan berhati-hati ketika membuat pengukuran. (c) Memahami sebab pelbagai jenis ralat yang mungkin timbul.

2.

Perbincangan ( 1 jam)

Bincangkan alat-alat pengukur yang sesuai bagi mengukur kuantiti-kuantiti fizik berikut; panjang tali, ketebalan satu keping kertas, ketebalan cermin tingkap, ketebalan sebuah buku dan lebar meja

Rujukan

http://www.bipm.org/en/si/ http://en.wikipedia.org/wiki/SI
(Sistem Internaional)

TOPIK 2

GERAKAN DALAM ARAH MANA?

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Sinopsis Gerakan objek boleh digambarkan melalui. Sesiapa juga boleh menggambarkan gerakan menggunakan perkataan untuk memerihalkan gerakan misalnya jarak dan laju. Dalam fizik, kita juga menggunakan perkataan baru seperti sesaran, halaju dan pecutan untuk mewakili gerakan. Perbezaan antara dua kategori perkataan-perkataan ini adalah dari segi kuantitinya, iaitu samada ia adalah kuantiti vektor atau kuantiti skalar. Hasil Pembelajaran

1.

Menyatakan cara mewakilkan kuantiti vektor

2. Melakukan hasil tambah dan hasil tolak vektor menggunakan kaedah grafik 3. Menyatakan halaju relatif 4. Menyatakan komponen-komponen vektor
5. Melakukan hasil tambah vektor secara algebra Gambaran Keseluruhan
Gerakan

Vektor

Skalar

Hasil tambah dan hasil tolak vektor

Komponen (Leraian vektor)

Grafik

Algebra

Halaju relatif

Rajah 2.1 Gambaran keseluruhan isi kandungan

Isi kandungan 2.1 Mewakilkan kuantiti vektor

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Satu kuantiti vektor diwakili oleh satu garis yang mempunyai anak panah dihujungnya. Panjang garis dilukis mengikut skala untuk mewakili magnitud kuantiti tersebut. Arah anak panah menunjukkan arah kuantiti tersebut. Selain mewakilkan vektor secara grafik, kita juga boleh mencari hasil tambah dua vektor secara grafik. Vektor diwakilkan dengan huruf-huruf A, B dan sebagainya.

2.2 Hasil tambah vektor Hasil tambah vektor dalam satu dimensi Jika seorang kanak-kanak bergerak 200 m ke timur, dan seterusnya 400 m ke timur, jumlah sesarannya dicari dengan menambahkan dua vektor tersebut. A dan B dilukis mengikut skala seperti ditunjukkan dalam Rajah 13.2(a). Oleh itu magnitud paduan daya, R = A + B atau, R = 200m + 400m =600 m, dan arah paduan daya adalah ke timur. Oleh itu paduan daya, A dan B adalah 600m ke timur. Perhatikan rajah (b) dan (c). Fikirkan bagaimana kamu boleh memperoleh paduan daya secara grafik bagi rajah-rajah tersebut.

Rajah 2.2

Hasil tambah vektor dalam dua dimensi

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

lukis segiempat selari

A B
Paduan vektor

Rajah 2.2 Rujukan http://phet.colorado.edu/sims/vector-addition/vectoraddition_en.html 2.3 Hasil tolak vektor dalam satu dimensi Untuk mencari hasil tolak dua vektor, kamu hanya perlu mencari hasil tambah dua vektor yang bertentangan arah (Rajah 2.2c). A + (-B) = R 2.4 Halaju relatif : beberapa aplikasi Kadang kala objek bergerak dalam medium yang bergerak relatif kepada pemerhati. Satu kapal terbang yang bergerak pada satu arah akan mengalami perubahan arah dan halaju.

Halaju kapal terbang + halaju angin = Halaju paduan Halaju relatif = 100 km/j + 25 km/j = 125 km/j Apakah halaja relatif kapal terbang ini pada arah-arah angin di bawah? 25 km/j ke arah utara? 25 km/j ke arah barat ?

Bacaan Sila rujuk lama web berikut untuk melihat beberapa aplikasi vektor untuk mencari halaju relatif 2.5 Komponen-komponen vektor http://physics.bu.edu/~duffy/java/RelV2.html 8

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Komponen vektor bermaksud bahagian-bahagian dalam vektor. Dalam kebanyakan situasi, komponen vektor yang penting adalah komponen-x dan komponen-y.

F = 316N

35

Rajah 2.3 Warna merah pada Rajah 2.3 menunjukkan komponen-x vektor F, dan warna hitam menunjukkan komponen-y bagi vektor F. 2.6 Melakukan hasil tambah vektor secara algebra Hasil tambah dua boleh dilakukan dengan menggunakan trigonometri, yang mengaitkan sudut dalam segi tiga dengan sisi-sisi segi tiga. Dua kaedah matematik yang digunakan adalah:

Contoh:

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Cari hasil tambah vektor bagi dua vektor di bawah

Jawapan: Langkah 1 : Melengkapkan segi tiga bersudut tepat

Langkah 2: Menggunakan teorem Pythagoras untuk mencari magnitud vektor paduan.

Langkah 3: Menggunakan trigometri untuk mencari sudut arah vektor paduan,

Rujukan: http://physicslearningsite.com/vectors.html (hasil tambah dan hasil tolak vektor) http://id.mind.net/~zona/mstm/physics/mechanics/vectors/findingComponents/findingCo mponents.htm (komponen vektor) http://www.glenbrook.k12.il.us/gbssci/Phys/Class/vectors/u3l1f.html http://physics.bu.edu/~duffy/java/RelV2.html (halaju relatif)

TOPIK3

GERAKAN DALAM SATU DIMENSI 10

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Gerakan adalah perubahan kedudukan sesuatu jasad mengikut masa dibandingkan dengan persekitarannya. Gerakan dalam satu dimensi adalah gerakan dalam satu laluan yang lurus. Terdapat pelbagai jenis daya yang bertindak ke atas satu jasad bergerak, samada memecut, menyahpecut atau kekal pegun. Dalam bahagian ini, anda akan mempelajari jenis-jenis daya yang bertindak dalam ke atas suatu objek dan melukis daya-daya tersebut dalam satu rajah jasad bebas.

Hasil Pembelajaran

1. Menerangkan daya-daya berikut; geseran, normal, tegangan, julangan dan berat


dan membincangkan tindakan daya-daya dalam konteks yang berlainan 2. Membina rajah jasad bebas dalam pelbagai konteks; halaju seragam, memecut, jatuh bebas dan sebagainya

Gambaran Keseluruhan
Gerakan dalam satu dimensi Daya Rajah bebas jasad

Daya geseran
Daya tegangan Daya normal Daya julangan Daya graviti

Isi kandungan

11

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

3.1 Jenis-jenis Daya Daya adalah tolakan atau tarikan ke atas suatu objek yang mengakibatkan interaksi objek ini dengan objek yang satu lagi. Bila interaksi ini berkurangan, objek ini tidak lagi merasai daya. Daya hanya wujud hasil daripada interaksi. Daya diukur dalam unit SI Newton. Satu Newton adalah bersamaan dengan 1kgms-2. Daya adalah satu kuantiti vektor. Ia mempunyai kedua-dua magnitud dan arah. Beberapa daya antara objek yang akan dibincangkan adalah: Jenis-jenis daya Daya geseran Daya graviti (berat) Daya normal Daya tegangan Daya Julangan

Daya geseran Daya geseran adalah daya yang dikenakan oleh satu permukaan apabila satu cuba bergerak melaluinya. Ia biasanya bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah gerakan. Terdapat dua jenis daya geseran iaitu daya geseran statik dan daya geseran menggelongsor. Geseran dihasilkan oleh dua permukaan ditekankan bersama, menyebabkan daya tarikan molekul antara molekul dari permukaan berbeza. Geseran bergantung kepada jenis permukaan dan sekuat mana bahan ditekan. Geseran maksimum boleh dikira menggunakan rumus berikut:

Fgeseran x Fnormal di mana = koefisien geseran

Daya graviti Graviti adalah satu daya yang menarik objek-objek ke bawah ke arah bumi. Objek yang jatuh ke bumi tanpa pengaruh daya-daya luar (seperti rintangan udara) dikatakan sebagai jatuh bebas. Objek yang jatuh bebas akan mengalami pecutan yang dikenali sebagai pecutan graviti. Berat adalah daya tarikan bumi terhadap objek itu. Jika jisim objek adalah m, pecutan graviti adalah g, maka Berat = mg. Daya normal

12

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Daya normal adalah daya sokongan pada objek apabila ia bersentuh dangan satu permukaan. Sebagai contoh, jika satu buku terletak di atas meja, permukaan mengenakan satu daya ke atas untuk menyokong berat buku itu (Rajah 3.1a). Ia juga boleh wujud secara mengufuk antara dua objek yang bersentuh. Misalnya, seorang yang bersandar pada suatu dinding akan mengenakan satu daya ufuk ke atas dinding. Maka dinding akan mengenakan satu daya normal ufuk ke atasnya (Rajah 3.1b).

(a) Rajah 3.1 Daya tegangan

(b)

Daya tegangan adalah daya yang dipindahkan melalui tali, benang, kabel atau wayar yang ditarik dengan tegang pada daya yang dikenakan pada kedua-dua hujungnya. Daya Julangan Daya julangan adalah daya yang menolak objek ke atas dan menyebabkan ia kelihatan kehilangan berat dalam bendalir (cecair atau gas). Ia juga boleh menyebabkan kapal terbang bergerak melalui udara. 3.2 Membina rajah jasad bebas yang melibatkan daya-daya diatas dalam pelbagai konteks Rajah jasad bebas adalah rajah-rajah yang digunakan untuk menunjukkan magnitud relatif dan arah semua daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek dalam suatu situasi. Rajah haruslah mengandungi komponen-komponen berikut: (1) Anak panah: saiz anak panah mewakili magnitud daya arah anak panah mewakili arah daya (2) Label daya yang bertindak: daya dilabel untuk mewakili jenis daya (contoh, Ffric = daya geseran, Fgrav = daya graviti, Fnorm = daya normal, Ftens = daya tegangan) (3) Objek diwakili dengan titik atau kotak, dan daya-daya dilukis daripada pusat titik atau kotak itu

13

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Sebagai contoh:
Fnorm : daya normal Fap : daya aplikasi Ffric atau Fgeseran : daya geseran Fgrav : daya graviti

Contoh-contoh: Sebuah buku berada di atas permukaan meja

Seorang budak perempuan duduk di atas buaian

Sabuah buku ditolak ke kanan di atas meja supaya ia bergerak dengan pecutan

Sebuah kereta yang bergerak kekanan atas permukaan jalan yang kasar sedang dinyahpecut

14

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Latihan

Lukis rajah jasad bebas bagi situasi-situasi di bawah: (a) Seorang budak sedang duduk di atas kerusi (b) Sebiji telur sedang jatuh ke lantai (c) Sebuah baldi berisi penuh dengan air ditarik keluar daripada perigi (d) Sebuah budak mengayuh basikal dengan laju yang bertambah

Bacaan

Sila rujuk lama web berikut untuk melihat beberapa cara pergerakan boleh diperihalkan http://www.physicsclassroom.com/Class/1DKin/ Sila rujuk lama web berikut untuk melihat beberapa jenis daya dan aplikasinya di http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/Class/newtlaws/u2l2a.html http://www.zephyrus.co.uk/forcetypes.html

3.3 Rujukan http://www.physicsclassroom.com/Class/1DKin/ http://www.glenbrook.k12.il.us/GBSSCI/PHYS/Class/newtlaws/u2l2a.html http://www.zephyrus.co.uk/forcetypes.html

TOPIK 4

GERAKAN DALAM DUA DIMENSI

Sinopsis

15

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Gerakan adalah sesuatu yang biasa anda dapat perhatikan dalam kehidupan seharian. Ia dihasilkan apabila daya dikenakan kepada suatu objek. Biasanya daya dalam suatu hala tertentu misalnya ufuk akan menghasilkan suatu gerakan dalam arah ufuk juga. Ia dinamakan sebagai gerakan dalam satu dimensi. Jika satu lagi daya yang sama tetapi bertentangan arah dengan daya ufuk tadi dikenakan pada objek, dua daya itu dikatakan dalam keadaan seimbang. Dengan itu tiada gerakan akan dihasilkan. Daya dalam dua arah berlainan dan tidak seimbang menghasilkan gerakan dalam dua dimensi. Suatu objek yang terletak pada suatu satah condong akan mengalami beberapa daya yang berlainan untuk menghasilkan gerakan dua dimensi. Dalam topik ini, anda akan didedahkan kepada konsep keseimbangan antara daya bagi daya dalam dua dimensi dan aplikasinya dalam satah condong. Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan syarat untuk keseimbangan untuk objek dikenakan daya-daya 2. Mengenalpasti daya yang dapat mewujudkan keseimbangan dalam situasi yang melibatkan tiga daya 3. Menghurai gerakan objek pada suatu satah condong Gambaran Keseluruhan

Gerakan dalam Dua Dimensi

Keadaan Keseimbangan antara daya-daya

Daya Penyeimbang

Gerakan pada suatu Satah Condong

Rajah 4.1 Gambaran keseluruhan Isi Kandungan

Isi kandungan 4.1 Keadaan Keseimbangan dan Daya Penyeimbang Suatu objek adalah dalam keadaan keseimbangan apabila daya bersih yang bertindak ke atasnya adalah sifar. Dalam keadaan seimbang, objek akan menjadi pegun atau bergerak dengan halaju seragam. Keadaan keseimbangan juga akan berlaku apabila daya paduan untuk tiga atau lebih daya yang bertindak ke atas suatu objek adalah sifar.

16

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 4.1(a) menunjukkan tiga daya yang bertindak ke atas suatu objek berbentuk titik. Apakah paduan daya A, B dan C yang bertindak pada objek tersebut? Rajah 4.1(b) menunjukkan hasil tambah tiga daya A, B dan C. Perhatikan bahawa ketiga-tiga daya itu membentuk satu segitiga tertutup. Ini bermakna tiada daya bersih ke atas objek tersebut, jadi hasil tambah ketiga-tiga daya itu adalah sifar. Objek itu adalah dalam keadaan keseimbangan.

(a)

(b)

Rajah 4.1 Objek adalah dalam keadaan seimbang jika kesemua daya yang bertindak ke atasnya mempunyai paduan atau hasil tambah sama dengan sifar. (Punca: Physics: Principles and Problem) Katakan terdapat dua daya, L dan M,(Rajah 4.2(a)) bertindak ke atas sesuatu objek dan hasil tambah dua daya bukan sifar. Bagaimanakah anda mencari satu daya apabila ditambah kepada dua daya tersebut suapaya menghasilkan suatu daya paduan yang sifar? Daya tersebut dikenali sebagai daya penyeimbang (equilibrant). Untuk mencari daya keseimbangan, anda perlu mencari hasil tambah dua daya L dan M dahulu. Hasil tambah dua daya atau paduan dua daya, R,(Rajah 4.2(b)) adalah satu daya yang mempunyai kesan serupa dengan gabungan dua daya L dan M. Daya penyeimbang adalah daya yang mempunyai magnitud yang sama tetapi dengan arah bertentangan dengan R.(Rajah 4.2 (c))

(a)

(b)

17

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

(c) Rajah 4.2 Daya penyeimbang mempunyai magnitud yang sama dengan daya paduan tetapi bertindak pada arah yang bertentangan.

Latihan

Layari internet untuk mencuba soalan berkaitan dengan daya Keseimbangan. Berikut adalah suatu sumber web yang anda boleh membuat latihan secara interaktif dalam topik daya keseimbangan http://glencoe.mcgrawhill.com/sites/0078807220/student_view0/chapter5/interactive_tutor.html

4.3 Gerakan Pada Suatu Satah Condong Semua objek pada permukaan bumi mengalami satu daya tarikan graviti yang menghala ke pusat bumi. Bagi suatu objek yang berada pada lereng bukit, apakah daya-daya lain yang bertindak ke atasnya selain daya graviti, W,? Rajah 4.3 menunjukkan daya yang bertindak ke atas objek itu.

Figure 4.3 Manufactured materials (Source: http://google.images.com) Dalam rajah di atas, N adalah daya normal yang bertindak secara serenjang kepada satah lereng bukit dan F adalah daya geseran yang bertindak secara selari dengan satah lereng bukit. Arah tindakan daya geseran F adalah berlawanan dengan arah gerakan objek. Apabila objek itu adalah dalam keadaan pegun, daya-daya yang bertindak pada objek itu adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.4.

18

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

Rajah 4.4 Untuk memudahkan kajian gerakan objek pada satah lereng, satu sistem koordinat yang bersesuaian untuk arah gerakan digunakan. Komponen daya paksi-x selari dengan satah lereng bukit dan komponen daya pada paksi-y adalah serenjang dengan satah lereng. Dalam sistem koordinat ini, daya normal dan daya geseran tidak perlu ditukar manakala daya tarikan graviti perlu dileraikan kepada dua komponen daya, satu mengikut paksi-x dan satu lagi mengikut paksi-y

Fikir

Layari laman web berikut yang menunjukkan satu animasi yang berkaitan dengan daya yang bertindak ke atas seorang pemain ski http://glencoe.com/sec/science/physics/ppp_09/animation/Chapter %205/Motion%20Along%20an%20Inclined%20Plane.swf Cuba kaji dengan teliti tayangan berkenaan dan bina sebuah gambarajah untuk menyatakan daya yang bertindak pada seorang

19

SCE3105 Fizik dalam Konteks Hidupan Harian

yang sedang bergerak turun suatu satah condong seperti dalam pemainan gelongsor.

Rujukan http://glencoe.mcgraw-hill.com/sites/0078807220/student_view0/chapter5/ (daya dalam dua dimensi) Zitzewitz,P.W.(2002) Physics: Principles and Problems. Ohio: Glencoe/McGraw-Hill.

20

Anda mungkin juga menyukai