Anda di halaman 1dari 11

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, 35900 TANJONG MALIM, PERAK FAKULTI: PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL & EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS (KBC3023)

TAJUK TUGASAN: KAJIAN KES

OLEH: MALYANAH SHAMIMI BINTI MOHD NASIR D20091034763 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS (AT10) SEMESTER 3 SESI 2009/2010

PENSYARAH: DR. MD NASIR BIN MASRAN

1.0

PENGENALAN

Pelajar pintar cerdas dan berbakat merupakan individu yang memiliki potensi yang tinggi dalam pelbagai aspek perkembangan. Kanak-kanak pintar cerdas ini ialah kanak-kanak yang bijak dari segi intelek, kreatif dan kebolehan yang melebihi kanak-kanak biasa. Kanak-kanak ini juga boleh menjadi asset kepada Negara kita sekiranya potensi mereka dapat dikembangkan. Untuk mengembangkan potensi mereka, satu program khas diperlukan bagi kanakkanak ini. Oleh itu, kerajaan telah melancarkan satu program yang dinamakan sebagai Program PERMATApintar pada bulan Mac 2009. Ini membuktikan bahawa kerajaan telah menyedari betapa pentingnya kanak-kanak ini kepada pembangunan Negara. Kamus dewan mengistilahkan pintar cerdas sebagai cekap dan pandai, manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Lewis Terman (1916), pula memberi definisi pintar cerdas sebagai seseorang yang berkebolehan untuk berfikir secara abstrak. Stanford Binet (1916) mendefinisikan bahawa individu dalam memahami, membuat pertimbangan dan takulan dengan baik. Marland, pintar cerdas dan berbakat adalah mereka yang mempunyai kebolehan berkualiti yang menonjol di mana mereka berkemampuan untuk menunjukkan prestasi masing-masing. Kanak-kanak yang berkebolehan untuk menunjukkan prestasi yang tinggi ini adalah termasuk mereka yang menunjukkan pencapaian dalam mana-mana bidang sama ada satu atau dalam gabungan bidang-bidang seperti kebolehan intelektual umum, kebolehan bidang akademik tertentu, pemikiran kreatif, kebolehan kepimpinan, seni tampak dan persembahan serta kebolehan psikomotor. Berbakat pula, adalah kecenderungan atau kebolehan semula jadi yang unggul, yang berfaedah serta menguntungkan sesuatu usaha manusia. Kreatif ialah membuat keputusan dan penyelesaian masalah penting bagi memastikan kualiti menyeluruh. Selain itu, ciri-ciri kreatif ialah melahirkan idea yang baru bagi diri pembuat keputusan, cara yang baru atau berlainan dalam melakukan sesuatu, kaedah baru untuk menyelesaikan masalah, mencari kegunaan

baru untuk sesuatu, mempelajari pengertian baru atau maksud suatu tugasan dan menambahkan nilai kepada sesuatu. 2.0 DEFINISI

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pintar cerdas bermaksud sebagai cekap dan pandai. Manakala cerdas didefinisikan sebagai sempurna akal. Menurut Susan K. Golant di dalam bukunya The Joys and Challenges Of Raising a Gifted Childs berpendapat, kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan minat yang tinggi untuk belajar, curiga dan mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi kepada persekitaran serta berupaya menggabungkan beberapa maklumat dalam menghasilkannya. Berbakat pula, adalah kecenderungan atau kebolehan semula jadi yang unggul, yang berfaedah serta menguntungkan sesuatu usaha manusia. Kreatif ialah membuat keputusan dan penyelesaian masalah penting bagi memastikan kualiti menyeluruh. Kanak-kanak pintar cerdas juga memiliki perkembangan fizikal, sosial dan emosi yang berbeza daripada kanak-kanak biasa. Bee (1997) mengkategorikan perkembangan pelajar-pelajar pintar cerdas dan berbakat (PCB) sebagai perkembangan yang berbeza daripada biasa. Menurut Daniel Goleman (1995), emosi bermaksud setiap perbuatan atau pergolakan fikiran, perasaan dan nafsu. Manakala menurut Chaplin (1989), emosi adalah suatu keadaan yang terhasil dari organisme yang merangkumi perubahan-perubahan yang disedari, yang mempunyai sifat yang mendalam dari perubahan tingkahlaku. Manakala definisi fizikal menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula bermaksud tentang badan, jasmani dan kekuatan. Dari sudut terminologi psikologi, emosi ialah bahasa kepada keadaan dalaman seseorang dan biasanya bergantung kepada keadaan dalaman dan luaran seseorang individu. Perasaan sayang, benci, keberanian, takut, gembira dan sedih boleh diulas dalam terma psikologikal: perasaan ialah dunia di mana pemikiran dan fisiologi yang terjalin erat dan diri sendiri terasing dari dunia luar. Definisi sosial menurut Kamus Dewan Edisi Keempat pula bermaksud bersosial bergaul atau bercampur dengan masyarakat. Sosial merupakn hubngan manusia dan ahliahlinya. Sosial juga merujuk kepada ciri-ciri benda hidup. Ia juga merujuk kepada interksi antara benda hidup dengan benda hidup yang lain serta kebolehan mereka untuk wujud bersama dalam sesuatu persekitaran.

3.0

CIRI-CIRI FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS, BERBAKAT DAN KREATIF

Secara keseluruhannya perkembangan fizikal kanak-kanak pintar cerdas lebih baik daripada rakan sebaya. Mereka dikatakan mempunyai berat badan yang lebih tinggi semasa lahir jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa yang lain. Dari segi emosi pula, kanak-kanak ini memahami isu peringkat orang dewasa dan berasa bimbang seperti keamanan dunia, kebuluran dan pencemaran. Mereka juga sering menjadi tidak sabar dengan rakan yang lebih lambat, jangkaan tinggi pada orang lain. Kanak-kanak ini juga cepat menjadi marah apabila kawan tidak memahami maksudnya. Mereka ini merupakan seorang yang suka berdebat dengan orang dewasa dan selalu ada jawapannya yang sendiri. Mereka jenis yang suka menguji dan mencabar pengetahuan orang dewasa. Mereka juga senang dirangsangkan dan digambarkan oleh reaksi yang lebih kuat. Tambahan pula, mereka jenis yang senang dikejutkan. Selain itu, kebanyakan kanak-kanak ini sering mengalami mimpi seram pada peringkat kanak-kanak, akibat sifat sensitif dan daya imaginasi yang tinggi. Mereka mudah mengalami fobia kepada bencana, kegelapan, kematian, mimpi seram dan lain-lain pada zaman kanak-kanak. Mereka juga selalu bertanyakan soalan seperti apa yang berlaku selepas mati, bolehkah manusia tidak mati. Mereka ini selalu mentafsir dan mengandaikan maksud orang lain. Adakah dia suka kepada saya?, Adakah saya diterima baik oleh orang lain? Setiap apa berlaku yang berkaitan dengan diri kanak-kanak ini, selalu adanya kesimpulan atau andaian sendiri mengenai segala apa yang berlaku di sekeliling. Mereka cenderung mentafsir yang berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara yang sebenarnya perkara tersebut hanyalah perkara biasa. Selain daripada itu, mereka mempunyai reaksi yang melampau terhadap kejadian kejam, pembunuhan dan ketidakadilan. Contohnya, mereka akan menjadi beremosi apabila kucing di rumah mati ataupun berasa geram dengan kes penipuan serta menjadi gementar dan lemah apabila membaca penulisan Holocaust atau peperangan. Seolah-olah menderita seperti mangsa.

Mereka ini jenis yang suka dan cenderung bekerja kuat untuk merealisasikan idea yang menarik minat mereka. Mungkin mereka tidak tidur untuk menyiapkan kerja tertentu serta menjadi high atau terangsang dengan idea yang canggih. Mereka mempunyai sejenis bentuk sensitiviti intelektual yang tidak ada pada kanak-kanak lain. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai reaksi emosi yang lebih kuat. Ini mungkin menjadikan mereka lebih beremosi. Contohnya, mereka senang menjadi murung, menangis pada satu aspek tetapi juga senang berasa terangsang, terlampau gembira pada satu aspek yang lain. Dari segi perasan, contohnya menangis melihat kepada bunga yang layu semasa musim luruh. Sifat ini berkaitan dengan penghayatan dan ekspresi seni, sifat yang biasa pada penulis dan pelukis. Mereka juga akan terlibat secara emosi semasa menonton wayang gambar. Mereka mudah bersimpati dengan penderitaan orang lain. Contohnya menangis apabila menonton berita pada TV. Selain itu, mereka mempunyi sifat empati. Oleh tu, mereka dapat memahami dan menerangkan perasaan orang lain. Contohnya dengan mengaitkan pengalaman sendiri. Mereka juga boleh menganalisa perasaan orang lain serta sensitif kepada pemerhatian orang dewasa. Selain itu, mereka memerlukan rangsangan fizikal yang berlebihan. Sangat memahami perasaan dan isi hati orang lain, seolah-olah boleh membaca maksud dan isi hati orang lain. Ini mungkin menjadikan orang lain menjadi tidak selesa semasa bercakap dengan mereka. Mereka boleh menyebut perkataan pihak lain sebelum mereka sempat menyebutnya, dengan kata lain mereka boleh berfikir lebih cepat daripada orang itu sendiri. Sesungguhnya, mereka senang dilukai oleh komen orang lain. Benci kepada komen orang lain. Tambaha pula, mereka jenis yang kuat berdebat untuk mempertahankan hasil dirinya ataupun melarikan diri apabila dikomen. Emosi mereka senang terganggu oleh kejadian kecil tanpa disedarinya. Selain itu, mereka suka menyampaikan maksudnya dengan cara sindiran dan jenaka, cekap memainkan bahasa untuk menyampaikan maksudnya dengan cara tidak langsung dan mempunyai sikap sinis yang berbeza dengan kanak-kanak lain. Mereka juga senang menjadi bosan dan tidak melibatkan diri ataupun sebaliknya mengganggu orang lain. Mereka juga cept terasa geram ataupun sedih dengan sesuatu yang dianggap tidak adil, walaupun mungkin tidak mengena dengannya.

Dari segi sosial pula, kanak-kanak ini mendapati rakan sebaya mengecewakan, dan mereka lebih suka bergaul dengan kawan yang lebih tua daripada mereka ataupun menyorokkan diri semasa waktu rehat. Mereka lebih suka bersendirian, seperti membaca buku di perpustakaan semasa waktu rehat. Selain itu, mereka tidak suka kerja berkumpulan dan lebih suka bekerja bersendirian. Apabila ditugaskan bekerja dalam kumpulan, mereka mempunyai banyak alasan untuk mengelakkan kerja berkumpulan. Mereka tidaklah aktif atau vokal tetapi suka berfikir seorang diri. Mereka akan bercakap dan bertindak sebagai pemerhati yang pasif dalam kelompok. Contohnya menggunakan kata ganti diri ketiga semasa menyatakan kumpulan sendiri. Mereka tidak mengeluarkan idea semasa perbincangan, suka berlagak bodoh atau sikap dingin semasa ahli lain memberi idea. Mereka juga tidak membantah idea orang lain yang jelas tidak tepat. Justeru itu, mereka agak sukar difahami oleh kanak-kanak yang lain. Kanak-kanak jenis ini sering atau mudah berasa kecewa dengan masalah komunikasi mereka sendiri. Contohnya apa yang dicakapkannya selalu ditafsir lain oleh orang lain. Hal yang sebegini menjadikan mereka lebih suka membisu dan suka elakkan diri daripada menjelaskan maksud dirinya. 4.0 Nama Umur Alamat Jantina Bangsa Agama Status perkahwinan Pekerjaan Cita-cita BIODATA RINGKAS RESPONDEN : Ida (bukan nama sebenar) : 15 tahun : Kg. Kubang Kuau, Rantau Panjang, Kelantan : Perempuan : Melayu : Islam : Bujang : Pelajar : Doktor

Pencapaian akademik Institusi/ Sekolah Tadika Kemas, Rantau Bidang Peringkat Pencapaian -

Panjang, Kelantan Sekolah Kubang Kuau Kebangsaan UPSR 5A

Saya memilih responden kerana beliau mempunyai ciri-ciri dan penampilan yang menarik minat saya untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang responden dan kehidupannya. Saya memilih beliau kerana beliau seimbang dari semua bidang iaitu dalam bidang akademik, bidang sukan dan bidang kepimpinan. Beliau sering mendapat keputusan yang baik dalam kelas sama ada dalam setiap kuiz, latihan mahupun peperiksaan. Semua latihan yang diberikan dalam kelas dapat dijawab oleh beliau walaupun agak sukar. Beliau juga aktif dalam sukan badminton. Beliau pernah melibatkan diri dalam Larian Merentas Desa, Kelantan yang dianjurkan di peringkat Negeri. Beliau juga pernah menyertai larian merentas desa dan mendapat sijil kerana mendapat tempat antara 1 hingga 100. Tambahan pula, beliau juga mempunyai sifat kepimpinan. Beliau juga pernah menjadi AJK dalam sukan badminton kerana merupakan salah seorang ahli kelab badminton. 5.0 CIRI-CIRI FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI RESPONDEN

Ciri-ciri fizikal responden ialah 146 cm dan beratnya 40 kg. Responden mula berjalan pada umur satu tahun. Responden mula belejar bercakap seawal 9 bulan. Responden ini juga mempunyai fizikal yang agak kecil berbandin kanak-kanak normal. Responden ini juga membesar dengan agak lambat. Dari sudut perkembangan emosi pula, responden mula menunjukkan perasaannya pada umur 1 tahun seiring dengan perkembangan bahasanya. Pada masa itu, responden sudah pandai meunjukkan rasa marah, sedih, gembira dan sebagainya. Responden merupakan seorang yang pentingkan kesempurnaan. Apabila beliau tidak dapat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan, beliau sering mudah resah dan cepat berasa kecewa. Selain itu,

seandaianya beliau tidak mendapat markah ujian tinggi, beliau akan berasa sedih dan murung dengan tiba-tiba. Hal yang demikan juga boleh menyebabkan beliau menangis. Dari sudut perkembangan sosial pula responden mula bergaul dengan rakan sebayanya sejak dari kecil lagi serta mempunyai ramai kawan. Responden juga suka berkawan dengan orang yang lebih dewasa daripadanya. Oleh sebab diri responden seorang yang peramah, beliau disukai dan disenangi oleh rakan-rakannya. 6.0 STRATEGI DAN DAN PENDEKATAN

Strategi Jangka Pendek Saiz tubuh badan yang kecil Seperti yang kita tahu, fizikal badan kita agak penting terutamanya dalam aktiviti sukan dan lasak. Responden ini perlu mengikuti pyramid makanan bagi memastikan beliau membesar secara normal seperti remaja biasa. Beliau juga perlu mengikuti diet yang mengandungi banyak kalsium bagi menjana pertumbuhan tulang agar menjadi lebih tinggi dan membentuk tulang yang lebih kuat. Mudah berasa bosan Memang diakui kanak-kanak pintar cerdas ini kadang-kala bosan dengan sesuatu aktiviti yang bukan pada tahapnya. Guru perlu menyediakan pelbagai aktiviti menarik di dalam bilik darjah bagi mengelakkan murid-murid ini bosan. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan ict dalam pengajaran matematik dan sains serta sejarah kerana mata pelajaran ini memerlukan grafik dan sesuai sekali dengan fakta. Guru juga perlu elakkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang terikat dengan cara yang membosankan dan perlulah diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Pentingkan kesempurnaan Seperti yang kita sedia maklum, mementingkan kesempurnaan merupakan salah satu ciri-ciri untuk mengklasifikasikan seseorang itu termasuk dalam golongan pintar cerdas. Oleh yang demikian, masalah ini merupakan cabaran buat guru bagi memastikan kanak-kanak pintar cerdas yang mengalami masalah ini dapat diatasi. Justeru itu, sebagai guru perlulah memberi nasihat seperti memberitahu bahawa untuk berjaya, seseorang itu hendaklah berusaha dengan

bersungguh-sungguh untuk mendapat pulangan yang lumayan. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya tidak mendapat keputusan yang baik sekiranya hanya belajar sambil lewa. Strategi Jangka Panjang Mengadakan kem cuti sekolah Untuk mengadakan kem ini, ianya memerlukan sokongan dari banyak pihak terutamanya sokongan daripada ibu bapa. Selain itu, diri pelajar itu sendiri. Tanpa komitmen dari diri pelajr, maka kem ini tidak dapat dijalankan. Terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru untuk pelajar ini. Antaranya adalah dengan menyediakan beberapa sesi yang berkait rapat dengan diri responden bagi mengenalpasti masalah. Guru juga boleh mengadakan sesi selami hati. Oleh itu, guru dapat mengenali dengan lebih terperinci perihal yang berkaitan dengan diri responden. Seterusnya, mengadakan aktiviti yang boleh menjana idea dan menjana pemikiran kreatif responden seperti aktiviti membina dan mencipta sesuatu yang kreatif dengan menggunakan bahan-bahan yang telah disediakan. Selain itu, guru juga boleh mengisi kem tersebut dengan mengadakan ceramah berkaitan dengan kesempurnaan. Dengan itu, responden dapat menerima bahawa di dunia ini tidak semua yang sempurna. Dalam program ini juga boleh disertakan sesi soal jawab supaya responden berpuas hati dan mengambil pengajaran dari ceramah tersebut. Dengan itu, program ini diharapkan dapat memberi impak dan memberi kesn jangka panjaang keada diri responden. Selain itu, dengan adanya program ini, ianya dapat memberi pendedahan awal kepada guru bagi mengadakan program kepada pelajar. Guru juga dapat mencipta dan memikirkan idea-idea baru bagi memperkukuhkan lagi strategi untuk pelajar supaya kekal dalam masa yang agak panjang.

7.0

PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, disini dapat disimpulkan bahawa individu pintar cerdas memerlukan sokongan dan dorongan yang berterusan agar bakat yang dimiliki itu tidaklah menjadi sia-sia dan hanya hanyut ditelan zaman. Bakat yang dimiliki perlu diperkembangkan dan diasah supaya lebih menonjol di mata masyarakat dan di mata dunia. Dengan itu, kita dapat sama-sama merasa kebaikannya. Bagi mengembangkan bakat yang terpendam, individu pintar cerdas memerlukan sokongan dari banyak pihak. Antaranya adalah sokongan dari guru, ibu bapa, rakan-rakan dan masyarakat. Oleh itu, semua pihak perlu mengetahui tentang individu pintar cerdas.

RUJUKAN Susan Winebrenner Foreword by Sylvia Rimm, Ph.D (2001), Teaching gifted kids in the regular classroom : strategies and techniquesb every teacher can use to meet the academic needs of the Gifted and Talented. Jamilah K.A. Mohamed.(2006). Anak Kita Memang Pintar Cerdas Panduan Membina Potensi Diri Anak-Anak. PTS Millennia Sdn. Bhd: Selangor Howard Garner (1983). Frames of mind

Standford Binet (1916). Murid-murid pintar cerdas Diperoleh pada Mac 3, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/17245483/muridpintar-cerdas Lewis Terman (1916). Murid-murid pintar cerdas Diperoleh pada Mac 3, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/17245483/muridpintar-cerdas Piaget (1950). Murid-murid pintar cerdas Diperoleh pada Mac 3, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/17245483/muridpintar-cerdas Marland (1972). Murid-murid pintar cerdas Diperoleh pada Mac 3, 2010 daripada http://www.scribd.com/doc/17245483/muridpintar-cerdas Definition Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada http://www.wordiq.com/definition/ Emotion Psychology social Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Social
Individu Pintar Cerdas dan Masalah Mereka Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada http://www.freewebs.com/truesenfa/bab1.htm

14/10. Pintar Cerdas Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada http://www.spe-ed.net/ld-pintarCerdas.php

Anda mungkin juga menyukai