Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirahmanirahim

Yang Berusaha Tuan Hj. Mohd Safee bin Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek Yang Dihormati Encik Ngah bin Said, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Hasmadi bin Jusoh, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid dan Encik Ahmad Sabri bin Othman, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Guru-guru, dan murid-murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Segala puji-pujian kepada Tuhan semesta alam, selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah S.A.W dan para sahabat baginda. Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Kalungan Budi nan permai ini bagi meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah pada hari ini, 5hb Februari 2013 bersamaan dengan 24 Rabiulawal 1434 Hijrah. Sambutan Maulidur Rasul bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1434 Hijrah; Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Hasmadi bin Jusoh untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Hasmadi bin Jusoh. -Bacaan DoaAmin amin ya rabbal alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz Hasmadi bin Jusoh di atas bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian, Memulakan acara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn. Hj. Mohd Safee bin Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek bagi menyampaikan ucapan alu-aluan beliau. Ucapan GB

Ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Mohd Safee bin Ismail, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Gong Tok Nasek di atas ucapan sebentar tadi. Hadirin yang dihormati sekalian, Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan Bacaan Selawat oleh semua guru dan murid yang akan diketuai oleh Ustaz Mohd Sanusi bin Mohmed. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Mohd Sanusi ke pentas. Bacaan Selawat -

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Sanusi , guru-guru dan muridmurid atas Bacaan Selawat sebentar tadi.

Acara kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan acara perarakan oleh semua murid dari dewan ke padang sekolah dan semua murid akan berkumpul di Masjid Gong Tok Nasek. Kita mulai dengan murid-murid Tahun .

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Rasulullah dalam mengenangmu, kami susuri lembaran sirahmu, pahit getir perjuangmu membawa cahaya kebenaran, engkau taburkan pengorbananmu untuk umatmu yang tercinta, biar terpaksa tempuh derita cekalnya hatimu menempuh ranjaunya, tak terjangkau tinggi pekertimu,tidak tergambar indahnya akhlakmu, tidak terbalas segala jasamu, sesungguhnya engkau Rasul mulia.

Seterusnya,

Pengisian majlis ilmu ini diteruskan dengan ceramah Maulidur Rasul oleh Penceramah Jemputan, Yang dihormati, Al-fadhil Ustaz .. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Ceramah Maulidur Rasul -

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang diutarakan beliau sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz..

Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian, Siddiq, amanah ,tabliq, fatanah, Sifat terpuji junjungan rasulullah, Menjaga pekerti mengamalkan sunnah, Satu Malaysia Satu Ummah. Seterusnya, majlis kita diteruskan lagi dengan Persembahan Murid. Majlis mempersilakan Terima kasih diucapkan kepada

Hadirin yang dihormati sekalian,

Acara seterusnya ialah Penyampaian Hadiah kepada murid-murid yang telah berjaya melaksanakan tugasan yang cemerlang sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah pada tahun ini. Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, Majlis dengan ini menjemput . untuk mempersilakan dan mengiringi .. untuk menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Majlis kita sampai ke penghujungnya, pihak majlis mohon mengambil kesempatan waktu untuk merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan Majlis kita pada hari ini. Terima kasih sekalung budi. Majlis bersurai. Sekian, wassalamualakum wbt.

Anda mungkin juga menyukai