Anda di halaman 1dari 8

PASUKAN BADAN BERUNIFORM/PERSATUAN/KELAB . SEKOLAH TINGGI KLUANG NO. PENDAFTARAN ........................................

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) PERSATUAN

Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) .............................................................. Sekolah Tinggi Kluang yang selepas ini disebut sebagai persatuan sahaja. NAMA DAN ALAMAT 1. 2. 3. Nama Persatuan : Alamat : ............................................. Sekolah Tinggi Kluang. Sekolah Tinggi Kluang, 429, Jalan Sekolah, 86000 Kluang, Johor.

Maka di dalam peraturan-peraturan ini melainkan maksud berkehendakkan makna lain maka tafsiran perkataan: (a) Ahli maknanya ahli Persatuan/Kelab ini; (b) (c) (d) Persatuan/Kelab ini maknanya Persatuan/Kelab .. Sekolah Tinggi Kluang Jawatankuasa maknanya badan pentadbir Persatuan/Kelab ini yang dibentuk menurut Undang-Undang Kecil ini; Pegawai maknanya seorang Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan sebarang anggota jawatankuasa dan sebarang orang yang dikuasakan di bawah undangundang kecil ini untuk memberi perintah dalam pentadbiran dan pengurusan Persatuan/Kelab ini; Guru Penasihat maknanya guru atau kakitangan yang dilantik atau diarahkan oleh Pengetua untuk mengawasi perjalanan Persatuan/Kelab ini; Pengetua maknanya Pengetua Sekolah Tinggi Kluang iaitu sekolah yang diperbadankan dan didaftarkan di bawah Akta Pelajaran 1961; Peraturan-peraturan maknanya peraturan-peraturan yang dibuat/dipinda oleh Jawatankuasa dari masa ke semasa bagi melaksanakan sebarang tujuan dan aktiviti.

(e) (f) (g)

4.

Perkataan-perkataan yang bererti tunggal atau jamak masing-masing hendaklah meliputi tunggal dan jamak dan perkataan yang bererti jenis laki-laki hendaklah meliputi jenis perempuan. MATLAMAT
Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

TUJUAN (1) Tujuan dan kegiatan kokurikulum adalah untuk menyemai, memupuk dan menanam perasaan kekitaan ataupun espirit de corps di antara pelajar-pelajar berbagai keturunan yang mempunyai latarbelakang dan cara hidup yang berlainan.

(2)

Ia juga melatih pelajar-pelajar supaya bersikap tanggungjawab, berdisiplin, berdikari dan kemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai. Persatuan/Kelab bertujuan untuk menambahkan minat dan kemahiran ahli-ahli dalam mata pelajaran yang berkenaan atau untuk menarik minat dan memberi ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang atau hobi yang tertentu. Memberi latihan asas kepimpinan dan pengalaman asas berpersatuan/kelab.

(3)

(4) (5)

. . (6)

. KEAHLIAN 5. Keahlian terbuka kepada semua pelajar-pelajar Sekolah Tinggi Kluang dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam Atas yang menandatangani permohonan untuk mendaftarkan diri kepada persatuan/kelab dan mereka diterima menjadi ahli kemudiannya menurut undang-undang kecil ini dari masa ke semasa. (a) (b) 7. (a) (b) 8. Permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat dalam borang rasmi persatuan/kelab dan dialamatkan kepada Setiausaha. Penerimaan sebagai ahli hendaklah dibuat oleh jawatankuasa yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan tanpa menyatakan sebab-sebabnya. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan wang sumbangan pendaftaran masuk sebanyak RM Wang sumbangan pendaftaran masuk tidak boleh ditarik balik tetapi akan dikembalikan jika permohonan ditolak oleh Jawatankuasa.

6.

Seseorang yang permohonannnya ditolak oleh Jawatankuasa bolehlah merayu kepada Mesyuarat Agung yang akan datang dan jika dua pertiga daripada ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung itu bersetuju menerimanya maka hendaklah ianya diterima sebagai ahli, Keputusan Mesyuarat Agung itu muktamad. Tiap-tiap permohonan yang telah diterima menjadi ahli dengan sahnya dan setelah membayar wang sumbang-an pendaftaran masuk dan derma keahlian sebanyak RM.. se hendaklah disifatkan mempunyai segala hak-hak kewajipan dan tanggungan-tanggungan sebagai seorang ahli persatuan/kelab seperti termaktub dalam peraturan-peraturan ini. (1) Jika sebarang ahli melanggar mana-mana peruntukan di dalam peraturanperaturan ini atau melakukan apa-apa perbuatan yang menghalang perjalanan persatuan/kelab............... maka Jawatankuasa bolehlah menggantung keahlian ahli itu dan membuat laporan mengenainya kepada Mesyuarat Agung yang terawal diadakan selepas penggantungannya.Keahliannya

9.

10.

terlucut jika Mesyuarat Agung membuat keputusan demikian dengan undi dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir. (2) Sehingga perkara pemecatannya diputuskan oleh Mesyuarat Agung itu ahli yang berkenaan tidak mempunyai sebarang hak atau kewajipan sebagai ahli, melainkan hak menyuarakan hak keahliannya di dalam Mesyuarat Agung.

MESYUARAT-MESYUARAT AGUNG 11. 12. 13. 14. Kuasa yang tertinggi dalam persatuan/kelab ini ialah Mesyuarat Agung itu. Di dalam Mesyuarat Agung tiap-tiap ahli berhak menghadirinya. Tiap-tiap ahli hendaklah mempunyai satu undi. Mengundi dengan wakil (proxy) tidak dibenarkan. Mesyuarat Agung hendaklah terbahagi kepada dua jenis, iaitu Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas. Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun secepat mungkin selepas dan tidak lewat daripada tiga bulan selepas itu. (1) Mesyuarat Agung Khas boleh diadakan pada bila-bila masa atas panggilan Pengerusi Persatuan/Kelab ini, atau atas permintaan 2/3 dari Jawatankuasa atau atas permintaan bersurat yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya 1/5 daripada ahli-ahli. Permintaan yang demikian daripada ahli-ahli, dan Jawatankuasa hendaklah dialamatkan kepada Pengerusi. Di dalamnya hendaklah disebutkan dengan tepat akan perkara yang akan di mesyuaratkan itu. Notis bagi Mesyuarat Agung hendaklah diberi kepada ahli-ahli sekurangkurangnya 15 hari sebelum diadakan mesyuarat itu. Notis itu hendaklah menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat dan hendaklah satu salinanya dipertunjukkan kepada ramai di papan kenyataan dan satu salinan dihantar kepada Pengetua atau wakilnya. Korum yang dikehendaki bagi menjalankan pekerjaan di dalam sebarang Mesyuarat Agung itu hendaklah satu pertiga daripada jumlah ahli-ahli yang layak mengundi atau yang mana kurang atau jika hendak meminda undang-undang kecil, separuh daripada bilangan ahli-ahli yang hadir belum lagi cukup, maka mesyuarat itu jika dipanggil atas permintaan ahli-ahli hendaklah dibatalkan. Jika dipanggil dengan jalan lain maka hendaklah mesyuarat itu ditangguhkan pada suatu hari sekurang-kurangnya tujuh hari atau tidak lebih daripada empat belas hari akan datang, dan perkara yang hendak dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung yang ditangguhkan itu hendaklah sama dan tidak lain daripada perkara yang dicadangkan bagi mesyuarat yang pada tarikh yang asal itu. Di dalam mesyuarat yang demikian itu, keputusan-keputusan dengan dua pertiga untuk ahli-ahli hadir lagi layak mengundi hendaklah dipakai tidak kira korum yang dikehendaki dengan syarat bahawa, peraturan-peraturan tidak boleh dipinda kalau tidak hadir separuh bilangan ahli-ahli. Semua perbahasan hendaklah diputuskan dengan kelebihan undi ahli-ahli yang

15.

(2)

16.

(1) (2)

17.

(1)

(2)

hadir, jika undi sama banyak, maka usul itu hendaklah dikira salah. 18. Perkara-perkara yang di bawah ini hendaklah diputuskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan; (a) (b) (c) (d) menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu. menerima dan mengesahkan Laporan Perjalanan Persatuan/Kelab. menerima dan mengesahkan Penyata Kewangan. memilih Seorang Pengerusi Seorang Naib Pengerusi Seorang Naib Setiausaha Seorang Penolong Setiausaha Seorang Bendahari tidak lebihorang Jawatankuasa dua orang pemeriksa kira-kira.

PENGELOLAAN DAN PENTADBIRAN 19. (1) Pengelolaan hal ehwal persatuan/kelab ini hendaklah terserah kepada satu jawatankuasa yang mengandungi semua pegawai dalam perkara 18(d) kecuali pemeriksa kira-kira. Jawatankuasa hendaklah mengadakan mesyuaratnya dan membincangkan perkara-perkara yang berikut: (a) (b) (c) Membetulkan/mengesahkan minit mesyuarat yang lalu. Perkara-perkara berbangkit, Mengkaji atau membincang: (i) (ii) (d) Keputusan Mesyuarat Agung dan menentukan tindakan. Laporan pemeriksa kira-kira.

(2)

Membincang: (i) Laporan pengurusan; (ii) (iii) Permohonan menjadi ahli; Permohonan berhenti daripada menjadi ahli;

(e) (f) (g) (h)

Membentang dan meluluskan Akaun Kewangan bulanan; Mengkaji aktiviti-aktiviti persatuan/kelab yang lama dan yang sedang dilaksanakan. Mengkaji, membincang dan memutuskan mengenai projek-projek baru Hal-hal lain.

20.

Di dalam semua mesyuarat segala perbahasaan hendaklah diputuskan dengan undi yang lebih. Tiap-tiap ahli hanya berhak satu undi sahaja. Ahli yang hadir sahaja boleh mengundi. Seseorang tidak boleh mengundi dalam sebarang perkara yang ia sendiri mempunyai kepentingan. Jika undi sama banyak maka cadangan yang diusulkan hendaklah dikira kalah. Salinan-salinan semua minit mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung, notis memanggil mesyuarat-mesyuarat dan penyata kewangan hendaklah dihantar kepada Guru Penasihat Persatuan/Kelab dan Pengetua atau wakilnya. Jawatankuasa hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan berikut: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) (j) Melantik Naib Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari jika berlaku kekosongan. Menerima ahli baru; Mengadakan dengan benar dan betulnya, semua akaun wang yang diterima dan dibelanjakan. Membenarkan perbelanjaan-perbelanjaan dan menyemak serta mengawasi supaya semua akaun, buku daftar dan dokumen yang disimpan kemaskini. Membentangkan kepada Mesyuarat Agung Tahunan laporan perjalanan persatuan/kelab. Mengaturkan bagaimana menyimpan dengan selamatnya buku-buku dan suratsurat lain. Memanggil Mesyuarat-mesyuarat Agung mengikut peraturan-peraturan. Melantik anggota bagi memenuhi tempat-tempat kosong di dalam Ahli
Jawatankuasa.

21.

22.

Melantik Ahli Jawatankuasa Kecil bagi menjalankan dengan sempurnanya persatuan/kelab. Amnya menjalankan lain-lain perkara bagi menjayakan tujuan-tujuan persatuan/kelab ini. Pengerusi Persatuan/Kelab hendaklah mempengerusikan semua mesyuaratmesyuarat persatuan/kelab. Jika Pengerusi tidak hadir maka mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh Naib Pengerusi. Jika kedua-duanya tidak hadir maka mesyuarat itu hendaklah memilih daripada ahli-ahli yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu. Pengerusi hendaklah berkuasa dan berkewajipan untuk: (a) (b) Mempengerusikan semua mesyuarat persatuan/kelab; Menandatangani minit-minit mesyuarat yang disahkan dan bersama Setiausaha menandatangai sebagai pengesahan cabutan-cabutan dan salinan-salinan dan rekod-rekod persatuan/kelab. Memanggil sendiri atau melalui Setiausaha mesyuarat-mesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan/Kelab; Mengarah juruodit dalam supaya mengodit akaun persatuan/kelab ini;

23.

(1)

(2)

(c) (d)

(e) 24.

Menyelia secara am pentadbiran hal ehwal persatuan/kelab ini.

Tanggungjawab Bendahari hendaklah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh Persatuan/Kelab ini. Menyimpan semua wang yang diterima oleh Persatuan/Kelab ini dalam masa 24 jam dari penerimaannya. Menyimpan wang tunai dalam tangan pada bila-bila masa untuk perbelanjaan runcit tidak lebih dari.. Menyediakan semua resit, baucer dan surat yang dikehendaki oleh persatuan/kelab; Menyimpan dengan sempurna dan kemaskini akaun Persatuan/Kelab supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan; Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Persatuan/Kelab dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang berkenaan.

25.

Maka hendaklah Setiausaha itu menjalankan kewajipan-kewajipan seperti; (a) (b) (c) Menyimpan dengan betul dan sempurna buku yang ditentukan dan surat-surat lain; Menandatangani surat-surat bagi pihak persatuan/kelab ini dan menjalankan kerja surat-menyurat; Memanggil dan menghadiri Mesyuarat-mesyuarat Agung dan Mesyuaratmesyuarat Ahli Jawatankuasa Persatuan/Kelab mengikut Undang-undang Kecil Persatuan/Kelab ini; Mencatat butir-butir mesyuarat-mesyuarat itu dan menandatangi butir-butir itu; Menyediakan Laporan Tahunan Persatuan/Kelab untuk pertimbangan sebelum dibentangkan di Mesyuarat Agung; Mengesahkan bersama Pengerusi salinan-salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku Persatuan/Kelab; Menjalankan kewajipan-kewajipan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa atau Pengerusi ke atasnya dari masa ke semasa.

(d) (e) (f) (g) 26.

Dua orang Pemeriksa Kira-kira (Odit Dalam) hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung untuk memeriksa akaun-akaun Persatuan/Kelab sekurang-kurangnya sekali sebulan. Mereka hendaklah memeriksa buku-buku dan akaun-akaun Persatuan/Kelab dan melaporkan hasil pemeriksaan mereka itu secara bertulis dalam buku yang disediakan khas bagi maksud itu. Mereka adalah juga dikehendaki memberi laporan kepada Mesyuarat Agung. Akaun Persatuan/Kelab hendaklah diselenggarakan oleh Pengerusi, Bendahari dan Setiausaha. Buku-buku dan rekod-rekod yang di bawah ini hendaklah disimpan; (a) Daftar ahli yang menunjukkan nama, no. kad pengenalan, alamat ahli, tarikh

27. 28.

menjadi ahli dan tarikh berhenti. (b) (c) (d) (e) (f) (g) 29. Daftar Yuran Buku Wang Tunai Buku Resit Daftar Barangan (harta) Buku-buku minit mesyuarat dan Lain-lain rekod-rekod dan daftar-daftar sebagaimana yang diperlukan.

Sebarang pertikaian mengenai dengan pekerjaan Persatuan/Kelab ini hendaklah ditunjukkan kepada Pengetua atau wakilnya. Rujukan demikian tidak boleh dibuat melalui Pengamal Undang-Undang tanpa kebenaran Pengetua. Persatuan/Kelab ini hanya boleh dibubarkan dengan Pengetua.

30.

... Pengerusi

Setiausaha

. Guru Penasihat

Anda mungkin juga menyukai