Anda di halaman 1dari 3

PRAKTIKAL 4

Tujuan

Untuk menyiasat proses penurunan dan pengoksidaan untuk pemindahan elektron pada satu jarak.

Teori

Dalam sel redoks, dua elektrod disambungkan antara satu sama lain oleh wayar penyambung. Dua elektrod tersebut diletakkan dalam larutan yang mengandungi agen pengoksidaan dan agen penurunan. Asid sulfurik biasanya digunakan sebagai titian garam dengan fungsi untuk memisahkan agen pengoksidaan daripada agen penurunan. Antara contoh proses redoks ringkas yang melibatkan proses penurunan dan pengoksidaan ialah seperti pengoksidaan karbon untuk menghasilkan karbon dioksida dan penurunan karbon oleh hidrogen untuk menghasilkan metana. Istilah redoks (redox) datangnya daripada dua konsep iaitu penurunan (reduction) dan pengoksidaan (oxidation).

Pemindahan

elektron

berlaku

daripada

agen

penurunan

kepada

agen

pengoksidaan melalui wayar penyambung elketrik. Elektrod yang direndam dalam larutan agen penurunan yang mengalami pengoksidaan melalui kehilangan elektron bertindak sebagai terminal negatif. Elektron yang terhasil itu akan mengalir melalui wayar penyambung ke elektrod yang direndam dalam larutan agen pengoksidaan. Elektrod ini akan bertindak sebagai terminal positif.

Senarai bahan

2.0 mol dm-3 asid sulfurik cair 0.5 mol dm-3 larutan ferum(II) 0.2 moldm-3 larutan kalium manganat(VII) berasid 0.5 moldm-3 larutan kalium iodida, 0.2 moldm-3 kalium dikromat (VI) berasid 0.2 moldm-3 larutan kalium tiosianat 1 % larutan kanji

Senarai radas

Tiub - U Galvanometer Penyambung klip buaya Elektrod karbon Kaki retot dan pemegang Tabung uji Penitis dan penutup satu lubang Bikar Air suling

Prosedur

1. Tiub-U diletakkan pada pemegang kaki retot seperti dalam Rajah 1. 2. Asid sulfurik cair dimasukkan ke dalam tiub-U sehingga paras 6 cm dari mulut tiubU. 3. Larutan 0.5 mol dm-3 ferum(II) sulfat ditambah dengan berhati-hati dengan menggunakan penitis ke satu lengan tiub-U sehingga paras larutan ferum(II) sulfat mencapai 3 cm. 4. 0.2 mol dm-3 larutan kalium dikromat (VI) berasid ditambahkan ke lengan tiub-U yang satu lagi seperti dalam langkah 3. 5. Elektrod karbon diletakkan ke dalam setiap satu lengan tiub-U. 6. Elektrod disambungkan ke galvanometer seperti yang ditunjukkan di dalam Rajah 1. Elektrod yang bertindak sebagai terminal positif dan elektrod yang bertindak sebagai terminal negatif ditentukan dengan berasaskan pesongan jarum galvanometer. 7. Radas tersebut dibiarkan selama 30 minit, dan sebarang perubahan diperhatikan. 8. 1 cm3 larutan ferum(II) sulfat dikeluarkan daripada dari tiub-U dengan menggunakan penitis dan dimasukkan ke dalam tabung uji. Beberapa titis larutan 0.2 mol dm -3 kalium tiosianat ditambahkan ke dalam tabung uji tersebut. Pemerhatian direkodkan ke dalam Jadual 1. 9. Langkah 1 hingga 7 diulang dengan menggunakan larutan 0.5 mol dm-3 kalium iodida dan 0.2 mol dm-3 larutan kalium manganat (VII) berasid bagi menggantikan larutan ferum (II) sulfat dan larutan kalium dikromat(VI) berasid. 10. Langkah 8 diulang untuk menguji larutan kalium iodida dengan 1% larutan kanji. Hasil pemerhatian direkodkan dalam Jadual .

Anda mungkin juga menyukai