Anda di halaman 1dari 12

Latihan Tatabahasa 1 Set I

1. Hati Ani ___________menunggu keputusan peperiksaannya.Pertumbuhan padi di kawasan A.mendebarkan B.debarkan C.berdebaran D.berdebar

2. Kerian__________semata-mata kepada hujan. A.menggantung B.bergantung 3. Kami tidak__________sesiapa. A.memusuhi B.permusuhi C.bermusuh D.bermusuhan C.menggantungkan D.tergantung

4. Pakaian orang tua __________dan rambut panjang tidak berbela. A.berlindungan B.berkurung C.berselekoh D.berselekeh

5. Pingga yang sudah dibilas itu__________di tempat pinggan. A.ditangkupkan B.disangkutkan C.dicucikan D.diguling

6. Ayah membeli empat___________dawai untuk memagari kebun-kebun sayur. A.gelung B.keping C.rawan D.kerat

7. Setiap hari bapa membeli tiga____________akhbar. A.karangan B.buku C.buah D.naskhah

8. Ahmad membeli dua__________tebu kepada adiknya. A.potong B.ruas C.pucuk D.batang

9. Mesyuarat itu mula menjadi hangat bila___________di antara Ali dan Ramu berlaku. A.mulut gatal B.pembasuh mulut C.perang mulut D.jaga mulut

10. __________Puan Salmah yang berharga dua ribu ringgit itu telah dicuri semalam. A.Barang emas B.Buah tangan C.Bunga wang D.Wang pokok

11. Si Ali itu suka__________di hadapan tuannya dia baik dengan kita tetapi di belakang tuannya dia masam pula. A.bertentang muka B.memberi muka C.bermasam muka D.bermuka-muka

12. Mereka tidak dapat menentukan__________rancangan itu akan mendatangkan keuntungan. A.setelah B.supaya C.sama ada D.bila

13. Muthu memakai kelambu_________dia tidak digigit nyamuk. A.supaya B.kerana C.oleh D.sejak

14. Dia tidak kembali lagi__________dia berpindah dari sini. A.hingga B.apabila C.sejak D.sementara

15.Minah berasa__________apabila permohonannya ke universiti ditolak. A.hempas B.hampa C.hempar D.hambur

16. Panah itu mengenai sasarannya kerana pemanahitu___________. A.gagah B.mahir C.lancar D.perkasa

17.Walaupun dia sudah bersedih, dia masih__________menghadapi peperiksaan itu. A.gentar B.pakar C.lemah D.bodoh

18. Pada musim kemarau, daun-daun pokok getah akan__________. A.gugur B.jatuh C.timpa D.luruh

19. Encik Lim___________untuk membiayai pelajara anaknya di seberang laut. A.bantu-membantu B.berlumba-lumba C.lintang-pukang D.berhempas pulas

20. Pak Abu pndai membuat kerja___________barang-barang tembaga. A.susun-menyusun B.kira-mengira C.ukir-mengukir D.tembak-menembak

Latihan Tatabahasa 2 Set I


1. Bukan semua orang yang suka menceburkan diri dalam bidang__________. A.pengusaha B.mengusahakan C.perusahaan D.usahawan

2. Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung telah__________Pingat Hang Tuah kepada budak yang paling berani itu. A.menganugerahkan B.dianugerahkan C.menganugerahi D.penganugerahan

3. Guru besar itu berkata,"Berikan alasan-alasan yang munasabah untuk_______kebenaran awak." A.buktikan B.terbukti C.berbukti D.membuktikan

4. Setiap pagi kami__________surat khabar daripada Pak Abu. A.menyuruh B.melanjut C.menawan D.melanggan

5. Siti ___________oleh ibunya kerana gagal dalam peperiksaan akhir tahun. A.dimarahkan B.digerami C.dimarahi D.dikasihi

6. Di tepi jalan itu terdapat dua__________pasir. A.kumpulan B.puak C.timbun D.butir

7. Emak membeli se_________anggur di pasar malam. A.gugus B.biji C.longgok D.timbun

8. Se________rumah kedai baru telah didirikan di tanah yang luas itu. A.buah B.bentuk C.kumpulan D.deret

9. Akhirnya Cikgu Hamid telah_________bagaimana hendak menyelesaikan masalah matematik itu. A.membuka tembelang B.memberi jalan C.memberi muka D.membuat helah

10. Rahim tidak digemari oleh kawan-kawannya kerana dia sangat suka________dengan mereka. A.mengangkat muka B.berbahasa pasar C.berbahasa kesat D.berbahasa ibunda

11. ________Samad apabila mendapati burung yang di dalam sangkarnya telah terlepas keluar. A.Tanda mata B.Air mata C.Buka mata D.Putih mata

12. Rahim tidak sihat_________dia gemuk. A.selagi B.meskipun C.lagipun D.kecuali

13. Abang massuk ke bilik__________berbaring di atas katil. A.lalu B.dan C.sambil D.supaya

14. Petani membuat empangan_________menahan air dari masuk ke sawahnya. A.kerana B.agar C.untuk D.lalu

15. Kami sungguh ________setelah mendengar cerita orang tua itu. A.azab B.nestapa C.radang D.sanjung

16. Isi buah mangga itu sungguh_________. A.lapuk B.reput C.rangup D.lunak

17. Dewan itu________dengan gelak ketawa para penonton. A.gamat B.sunyi C.penuh sesak D.padat

18. Orang-orang di pasar malam itu_________apabila pergaduhan itu berlaku. A.kacau B.mirip C.gempar D.riuh

19. Penghijrahan anak muda ke bandar menyebabkan kawasan pertanian di kampung menjadi ________. A.bukit bukau B.rumput-rumpai C.hutan rimba D.semak samun

20. Penyokong bola sepak Kedah_________kegembiraan apabila pasukan mereka berjaya ke pertandingan akhir Piala Malaysia. A.menjerit-jerit B.melonjak-lonjak C.menampar-nampar D.bertolak-tolakan

Latihan Tatabahasa 3 Set I


1. Bayi itu sedang belajar__________. A.dirangkak B.perangkak C.merangkak D.terangkak

2. Kereta api itu sudah___________lima belas minit yang lalu. A.ditolak B.bertolak C.menolak D.tertolak

3. Ibu________adik kerana nakal. A.memarahkan B.memarahi C.marah D.dimarahi

4. Adik leka memerhati kucing itu___________susu. A.mengcungkil B.menjilat C.menuang D.merasa

5. Pertandingan nyanyian itu telah________oleh Swee Lan. A.dimenangi B.dirampas C.diambil D.dikhuatiri

6. Di dalam bekas itu terdapat_________rantai tangan. A.serelung B.selembar C.seutas D.sehelai

7. Nelayan menangkap ikan di pinggir pantai dengan menggunakan__________jala. A.serawan B.sehelai C.sesisir D.seutas

8. Di dalam bilik tidur terdapat dua buah katil dan tiga_________tilam. A.ketul B.kaki C.bidang D.keping

9. Pencuri itu membuka________apabila dikejar oleh anjing yang garang itu. A.serkap jarang B.musuh dalam selimut C.langkah seribu D.kala bangkang

10. Cakap perlahan-lahan sedikit,nanti didengar oleh cikgu kita,cikgu kita itu__________. A.telinga nipis B.telinga lintah C.telinga kuali D.telinga gajah

11. Ah Chong selalu menang dalam apa-apa perbahasan kerana dia_____________. A.pekak badak B.lidah pendeta C.banyak lemah D.otak cair

12. Keris itu tersisip_________pinggangnya. A.dari B.pada C.dengan D.untuk

13. Setelah bersiap,Kim Seng__________Ahmad pun keluar dari rumah. A.bagi B.oleh C.serta D.akan

14. tabung dermasiswa itu ditubuhkan__________membantu pelajar-pelajar miskin. A.akan B.dengan C.oleh D.untuk

15. Rumah Pak Jamal telah________,orang kampung bergotong-royong membaikinya. A.lusuh B.busuk C.lapuk D.usang

16. Tayangan filem itu terpaksa dihentikan kerana_________elektrik terputus. A.bebahan B.bekalan C.aliran D.alur

17. Kamu jangan terlalu gelojoh,nanti mendatangkan___________. A.mudigah B.muhalil C.mudarat D.mubaligh

18. Emak_________telinga anak yang nakal itu dengan jarinya A.jentik B.pukul C.libas D.hentam

19. Untuk melekatkan papan gantung itu ke dinding kita perlukan sepasang____________. A.kekuda B.sesiku C.lelangit D.tetupai

20. Oleh kerana terlalu dimanjakan,Tom berani__________dengan ayahnya. A.bergurau senda B.maki hamun C.kumat-kamit D.sorak-sorai

Latihan Tatabahasa 4 Set I


1. Perbicaraan itu terpaksa ditangguhkan_______salah seorang daripada saksinya tidak hadir. A.walaupun B.atau C.kerana D.serta

2. Elleena terkejut______namanya diumumkan sebagai pemenang peraduan itu. A.kerana B.sebab C.apabila D.jika

3. Bidang kewartawanan di negara ini telah______oleh Abdul Rahim Kajai. A.mempelopori B.mempeloporkan C.pelopor D.dipelopori

4. Mangsa bot karam itu dijumpai_______di tepi pantai Mersing. A.mendampar B.terdampar C.didamparkan D.mendamparkan

5. Ghani______jalanya ke permukaan kolam itu untuk menangkap ikan sepat. A.membentangkan B.membukakan C.menebarkan D.menyibarkan

6. Pemandu bas itu_______oleh polis kerana membawa penumpang yang berlebihan. A.ditangkap B.disaman C.ditahan D.dituduh

7. Sementara menunggu pancingnya dimakan ikan,Azwan duduk di bawah______buluh sambil membaca buku cerita. A.sebatang B.seruas C.sepokok D.serumpun

8. Pak Mail menjual______tanah untuk menampung perbelanjaan anaknya di universiti. A.sekeping B.sebidang C.sehelai D.sebaris

9. Pemburu itu melepaskan dua______tembakan ke arah rusa itu. A.butir B.das C.pucuk D.laras

10. "Kami memerlukan_______kamu dalam hal ini," kata penghulu kepada Mamat.

A.buah mulut

B.buah tangan

C.buah fikiran

D.buah hati

11. Pakaian yang dijual di kedai itu cantik-cantik menyebabkan Fatimah menjadi_______. A.sakit mata B.rambang mata C.mata angin D.mata air

12. Ayahnya masih______sampai ke rumah walaupun hari telah larut malam. A.akan B.belum C.sudah D.telah

13. Sebelum menetap di kampung itu,Pak Uda______tinggal di Jawa selama 10 tahun. A.mesti B.akan C.belum D.pernah

14. Suasana di kampung itu menjadi______apabila ramai pemuda-pemudi berhijrah ke bandar. A.hiruk-pukuk B.huru-hara C.riuh-rendah D.sunyi-sepi

15. Sampah sarap dan______di sekeliling masjid itu telah dibersihkan oleh penduduk kampung. A.semak-samun B.tanah-tanih C.bukit-bukau D.hutan rimba

16. Budak-budak nakal itu lari______apabila dikejar oleh anjing Pak Cik Ng. A.huyung-hayang B.rebah-rempah C.kelam-kabut D.lintang-pukang

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul. 17. A."janganlah awak asyik termenung sahaja!"Kata Zetty kepada Akmar? B.janganlah awak asyik termenung sahaja,kata Zetty kepada Akmar. C."Janganlah awak asyik termenung sahaja,"kata Zetty kepada Akmar. D."Janganlah awak astik termenung sahaja,"Kata zetty kepada akmar. 18. A.Pengarah dan pengurus syarikat itu ada urusan penting di Luar Negeri? B.Pengarah dan pengurus syarikat itu ada urusan penting di luar negeri. C.Pengarah,dan pengurus syarikat itu,ada urusan penting di luar negeri! D.Pengarah dan Pengurus syarikat itu ada urusan penting,di luar negeri.

19. A."Apa khabar mak cik?"tanya Nina kepada Mak Cik Sarah. B.Apa khabar mak cik. Tanya Nina kepada Mak Cik Sarah. C."Apa khabar Mak Cik?"Tanya Nina kepada Mak Cik Sarah?. D."Apa khabar mak cik."tanya Nina kepada Mak Cik Sarah! Pilih soalan yang paling sesuai untuk ayat yang bergaris. 20. Mereka pergi ke bandar untuk membeli buku latihan. A.Bilakah mereka pergi ke bandar? B.Siapakah yang pergi ke bandar? C.Ke bandar manakah mereka pergi? D.Apakah tujuan mereka pergi ke bandar?

Latihan Tatabahasa 5 Set I


1. Pemidato yang_____itu sedang membalas hujah pihak lawan. A.lincah B.laju C.petah D.rancak

2. Kok Keong memotong kek berbentuk______itu sempena hari jadinya. A.lurus B.bulat C.keras D.sempit

3. ______Foo Seng di majlis perkahwinan Chew Man telah mengeratkan persahabatan mereka semula. A.Kemasukan B.Ketibaan C.Kepergian D.Kehadiran

4. Goh Seng_____kaki sejauh empat kilometer untuk sampai ke rumah pak ciknya yang terletak di kawasan pedalaman. A.berjalan B.perjalanan C.menjalankan D.terjalan

5. Semua pelajar yang akan mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur dikehendaki______di pekarangan sekolah. A.himpunan B.berhimpun C.menghimpun D.terhimpun

6. Linda ditugaskan oleh ibunya______jambangan bunga yang ditempah oleh pelanggan mereka. A.penghantaran B.dihantar C.hantaran Dmenghantar

7. Anggota polis yang mengadakan sekatan jalan raya itu______semua kenderaan yang ditahan. A.memeriksa B.menyelidik C.mengkaji D.menyemak

8. "Nampaknya cuaca hari ini sungguh panas," kata Tai Ling______mengelap peluh di dahinya. A.kerana B.sementara C.sambil D.tetapi

9. Puan Josey menanam pelbagai jenis pokok bunga di halaman rumahnya______kelihatan menarik. A.jikalau B.supaya C.setelah D.lalu

10. _____berada di kampung nelayan itu,fikiran Mei Ling menjadi tenteram. A.Walaupun B.Sementara C.Kerana D.Semenjak

11. Ramlah menerima hadiah itu______perasaan terharu. A.dengan B.demi C.untuk D.hingga

12. Encik Lim dan isterinya sungguh gembira kerana mendapat______anak kembar. A.seorang B.sekawan C.sepasang D.sekumpulan

13. Di tengah-tengah bandar itu terdapat_______bukit yang mempunyai banyak kesan sejarah. A.sebuah B.sebidang C.sebiji D.sekeping

14. Ketika bertemu dengan orang tua itu,Devi tidak bercakap walaupun______perkataan. A.serangkap B.seuntai C.sepatah D.sebutir

15. Sikap Azmir yang suka______selepas melakukan sesuatu pekerjaan selalu ditegur oleh emaknya. A.kena tangan B.lepas tangan C.panjang tangan D.cepat tangan

16. Semua cendera mata yang ada di kedai itu dijual dengan______. A.harga diri B.harga pokok C.naik harga D.harga mati

17. Pada cuti semester yang akan datang,ayah akan membawa saya pergi_____ke Pulau Langkawi. A.makan gaji B.makan angin C.makan angkat D.makan nasihat

18. Adalah lebih mudah belajar memandu di jalan raya yang lurus daripada yang_____. A.lintang-pukang B.kucar-kacir C.simpang-siur D.bengkang-bengkok

19. Setelah bekerja keras mengusahakan tanaman kelapa sawit itu,kini keluarga Pak Talib hidup______.

A.bolak-balik

B.pindah-randah

C.senang-lenang D.serba-serbi

20. Semua bayi yang menyertai peraduan bayi sihat itu______dan kesihatan riang serta cergas. A.comel-comel B.molek-molek C.ayu-ayu D.kacak-kacak

Anda mungkin juga menyukai