Anda di halaman 1dari 3

2.

PENYATAAN PRAKTIKUM

a. SEBELUM BERLANGSUNGNYA PRAKTIKUM FASA 1

Program praktikum fasa 1 saya telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Jalan Raja Syed Alwi, 01000 Kangar, PERLIS. Praktikum ini akan mengambil masa selama 4 minggu iaitu bermula 1 April 2013 hingga 26 April 2013. Sebelum berlangsungnya praktikum ini, pelbagai perkara telah berada di dalam perancangan saya terutamanya dari segi teknik pengajaran dan pembelajaran untuk saya

melaksanakannya di sekolah kelak.

STRATEGI DAN MATLAMAT:

1. Kenal pasti fokus utama aktiviti tujuan aktiviti

Sebelum

memulakan

pengajaran,

beberapa

aktiviti

akan

dirancang

bagi

mengenalpasti keupayaan pelajar. Fokus utama dalam merancang aktiviti ialah melihat keupayaan pelajar, melihat kondisi dan suasana persekitaran sekolah, melihat cara pembelajaran dan pengajaran di sekolah, melihat keperluan prasana yang terdapat di sekolah. Jika sekiranya perancangan yang dibuat berada di tahap yang memuaskan, ianya akan memudahkan saya merancang aktiviti pembelajaran kepada pelajar. Namun begitu, dalam setiap pengajaran saya, apa yang ingin saya tekankan kepada pelajar adalah dari segi pencapaian hasil pembelajaran oleh pelajar itu sendiri. 2. Pengawalan Bilik Darjah

Dari segi pengawalan bilik darjah, apa yang ingin saya lakukan ialah memastikan pengawalan bilik darjah yang akan saya mengajar berada di tahap yang terkawal di mana saya akan memastikan semua pelajar bergiat aktif di dalam kelas dalam mempelajari sesuatu yang dipelajari. Selain itu, saya juga akan melaksanakan beberapa peraturan kelas bagi memudahkan saya mengawal kelas yang terlibat.

3. Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian

Dari segi penyediaan RPH pula, saya akan berusaha merancang untuk melakukan aktiviti yang menarik di dalam pengajaran saya. Saya juga ingin memastikan semua pelajar dapat melakukan aktiviti yang ingin saya lakukan kelak. Selain itu, saya juga akan cuba mencari bahan dan rujukan daripada pelbagai sumber dan pihak lain untuk memastikan rancangan pengajaran saya pada setiap hari adalah berada pada tahap yang memuaskan. Saya juga akan berusaha memastikan pengajaran saya di dalam kelas kelak adalah sama seperti yang dirancang di dalam buku rancangan pengajaran harian.

4. Tugasan dan latihan

Dari segi tugasan yang akan diberikan kepada pelajar, saya akan memastikan setiap pelajar akan menyiapkan tugasan yang akan saya berikan kepada mereka. jika mereka tidak dapat menyiapkannya, saya merancang untuk mengenakan hukuman yang bersesuaian kepada mereka agar mereka tersebut di waktu lain. tidak mengulangi kesalahan

5. Penerapan Nilai Murni

Dari segi penerapan nilai murni kepada pelajar, saya berharap saya dapat menerapkan beberapa nilai murni untuk diikuti oleh pelajar. Nilai murni tersebut akan saya terapkan di dalam pengajaran saya di dalam kelas. Apa yang saya harapkan, setiap pelajar mampu menaplikasikan nilai murni yang saya ajarkan pada setiap masa tidak kiralah sama ada di dalam kelas ataupun di luar waktu kelas.

6. Kemahiran penutup

Sebelum saya akan mengakhiri pengajaran, saya akan memastikan saya menggunakan teknik kemahiran penutup yang betul agar saya dapat mengetahui adakah setiap pelajar memahami apa yang telah saya ajarkan. Saya juga akan melakukan refleksi pengajaran dan membuat penambahbaikan jika sekiranya pengajaran saya masih terdapat sebarang kekurangan. Saya akan sentiasa melakukan soal jawab bersama pelajar bagi mendapatkan maklumat tentang pengajaran yang dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai