Anda di halaman 1dari 11

HIDROPONIK 1. Pendahuluan Hidroponik merujuk kepada proses penanaman tumbuh-tumbuhan tanpa tanah.

Istilah-istilah lain yang sering digunakan ialah kultur tanpa tanah dan juga kultur hidro (air). Istilah hidroponik berasal dari dua perkataan Greek iaitu `hudor' bererti air dan `ponos' bererti kerja. Bila disatukan ini bermakna `kerja air'; merujuk kepada penggunaan larutan baja untuk penanaman tanaman tanpa tanah. Bentuk ulung hidroponik ialah pendedahan akar tumbuhan secara terus kepada satu larutan nutrien. Pada masa ini terdapat berbagai kaedah atau sistem yang telah dicipta dan digunakan. Faktor umum dalam apa juga kaedah penanaman secara hidroponik ialah: i. penanaman tumbuh-tumbuhan menggunakan medium yang tidak mengandungi nutrien ii. pembekalan larutan nutrien yang mengandungi semua unsur yang diperlukan untuk tumbesaran yang memuaskan iii. bebas dari tanah. 2. Sejarah Perkembangan Hidroponik Dalam tahun 1699, John Woodward telah melakukan satu ujikaji saintifik terhadap pemakanan tumbuhan. Ia mendapati bahawa dengan mencampurkan sedikit tanah kepada air yang sedang digunakan untuk `menanam' tumbuh-tumbuhan, keadaan kesihatan tumbuh-tumbuhan tersebut menjadi lebih baik. Woodward kemudian menyimpulkan bahawa bekalan makanan yang diperolehi oleh tumbuhtumbuhan adalah dari tanah dan bukan dari air. Hasil kerja Woodward telah mendorong lebih banyak lagi kajian dijalankan berhubung dengan pemakanan tumbuhan. Namun begitu persoalan mengenai sumber pemakanan tumbuhan hanya dapat diselesaikan pada pertengahan abad kesembilan belas. Pada tahun 1860, Professor Julius von Sachs mencipta formula ulung untuk menyediakan larutan nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran tumbuhan dan seterusnya membuktikan bahawa dengan menggunakan larutan nutrien yang diciptanya, pertumbuhan dan tumbesaran tumbuhan dapat berlaku dengan jayanya. Sejak itu, telah banyak penemuan dan kejayaan yang dicapai dalam bidang pemakanan tumbuhan. Namun begitu, penanaman tumbuhan dengan menggunakan larutan nutrien hanya merupakan satu teknik yang digunakan oleh saintis di dalam makmal untuk membuat kajian tentang tumbuh-tumbuhan dan nutrien. Pada masa itu, tiada sesiapa yang menyedari tentang potensi penemuan-penemuan baru ini sehinggalah pada tahun 1925. Pada tahun berkenaan, Professor William F. Gerrick menggunakan teknik hidroponik di luar makmal. Hasil dari kajian-kajian yang telah dilakukan, Professor Gerrick dan R.J. Travernetti telah mengumumkan kejayaannya menanam tumbuhan tomato dalam air dan larutan nutrien pada tahun 1936. Kejayaan mereka ialah penanaman secara hidroponik satu tumbuhan tomato yang tinggi melebihi 7 meter dan menghasilkan 1 tan buah tomato pada keluasan tapak 9.2 m2. Sejak itu, penggunaan hidroponik berkembang lebih pesat. Penggunaan hidrponik secara komersial hanya bermula dalam zaman Perang Dunia Kedua. Dalam tahun-tahun 1940an (semasa Perang Dunia Kedua), kekurangan bekalan sayur-sayuran segar untuk anggota-anggota tentera yang sedang berperang telah mendorong pihak Tentera Udara Amerika mengusahakan unit hidroponik pertamanya di Pulau Ascension (di Lautan Atlantik). Sebanyak 40 tan sayur-sayuran segar telah dihasilkan dari sejumlah 25 batas bersaiz 1m x 122m dalam operasi tahun pertamanya. Kejayaan yang menggalakkan ini telah mendorong pihak Tentera Udara Amerika menubuhkan stesen hidroponik di beberapa tempat lain untuk membekalkan sayur-sayuran segar kepada tenteranya. Sejak itu perkembangan hidroponik menjadi semakin pesat. Penubuhan unit hidroponik komersial secara besar-besaran dibuat di serata dunia terutamanya di negara-negara yang keadaan semulajadinya kurang menggalakkan untuk penanaman secara geoponik (penanaman menggunakan tanah). 3. Kebaikan Penanaman Secara Hidroponik a. Hidroponik membolehkan penanaman tumbuhtumbuhan dilakukan dalam keadaan di mana penanaman secara biasa tidak sesuai atau tidak dapat dijalankan. Faktor kesuburan tanah tidak menjadi halangan. Sesuatu unit hidroponik boleh ditempatkan di mana-mana sahaja. Kawasan-kawasan yang berbatu, tanahnya tidak subur atau diturap serta di bumbung yang rata adalah beberapa contoh tapak di mana hidroponik boleh dijalankan. b. Penggunaan suatu unit kawasan lebih cekap dari segi pengeluaran hasil. Biasanya, jumlah pengeluaran hasil melebihi dari penanaman secara konvensional c. Input buruh adalah kecil dan kerja-kerja penanaman yang perlu dilakukan adalah ringan. Kerja-kerja membanting tulang seperti membajak, 1

mencangkul, membina batas, merumput, menyiram dan sebagainya tidak perlu dilakukan atau dapat dikurangkan ke tahap yang paling minima dalam penanaman secara hidroponik. d. Faktor-faktor yang mempengaruhi tumbesaran (seperti lembapan, nutrien yang seimbang dan mencukupi, ruang, pH dan sebagainya sentiasa dapat dikawal dengan mudah jika dibandingkan dengan penanaman secara biasa. Oleh itu, bekalan nutrien yang optima dan seimbang dengan keperluan tumbesaran sesuatu tumbuhan yang ditanam secara hidroponik sentiasa dapat dikawal. Tumbuhan juga tidak perlu bersaing untuk mendapatkan nutrien dan lembapan. e. Oleh kerana persekitaran pertumbuhan yang terbaik dapat disediakan dalam hidroponik, kadar tumbesaran tumbuhan akan menjadi lebih cepat. Ini seterusnya menyebabkan kualiti hasil seperti rasa dan tekstur dapat diperbaiki. Tumbuhan yang dapat tumbesar dengan cepat juga kurang diserang oleh perosak dan penyakit. Pengawalan terhadap perosak dan penyakit juga lebih mudah dilakukan. f. Kultur tanpa tanah dapat menghindarkan hasil tanaman dari pencemaran dan kekotoran yang berpunca dari tanah atau baja-baja organan terutamanya dari jenis najis haiwan. Serangan patogen (organisme penyebab penyakit) seperti bakteria, kulat dan cacing nematoda serta perosak yang dibawa oleh tanah juga dapat dielakkan. Pencemaran akibat daripada penggunaan racun juga dapat dielakkan kerana pengawalan perosak, penyakit dan rumpai dapat dilakukan dengan kaedahkaedah lain yang lebih selamat. Sayur-sayuran yang dihasilkan secara hidroponik adalah lebih bersih dan selamat dimakan. g. Penanaman secara biasa adakalanya terlalu bergantung atau sangat dipengaruhi oleh keadaan iklim seperti hujan. Melalui penanaman secara hidroponik, halangan-halangan yang disebabkan oleh faktor iklim dapat diatasi dengan lebih baik. Oleh itu, pengeluaran hasil sesuatu tanaman dapat dirancang dan dikawal dengan lebih berkesan. Jadi pengeluaran hasil boleh diselaraskan dengan keadaan permintaan dan harga pasaran. 4. Kelemahan Penanaman Secara Hidroponik a. Kos permulaan yang tinggi diperlukan berbanding dengan cara penanaman yang biasa. Pekebunpekebun kecil biasa tidak dapat menyediakan modal yang tinggi ini. b. Pengetahuan teknikal yang diperlukan juga agak mendalam terutamanya dari segi pengurusan nutrien. Sumber-sumber pengetahuan dan khidmat nasihat pakar-pakar dari segi teknikal kadangkala sukar diperolehi.

c. Setengah-setengah bahan untuk membuat larutan nutrien agak sukar diperolehi terutamanya di kawasan yang jauh dari bandar-bandar besar. d. Bagi sistem hidroponik yang menggunakan pam untuk menggerakkan aliran larutan nutrien, gangguan bekalan elektrik atau kerosakan sistem pam yang melebihi had masa tertentu mungkin boleh mengakibatkan kematian keseluruhan tanaman yang diusahakan. e. Jenis-jenis tanaman yang boleh diusahakan secara hidroponik adalah agak terhad. Sayur-sayuran jenis berakar seperti lobak, bawang, keledek, keladi dan sebagainya kurang sesuai ditanam menggunakan sistem ini. 5. Kaedah-kaedah Hidroponik Terdapat berbagai kaedah yang digunakan dalam penanaman secara hidroponik. Kaedah-kaedah tersebut boleh digolongkan dalam salah satu dari tiga jenis kultur berikut: a. Kultur Air b. Kultur Agregat c. Aeroponiks (SILA RUJUK CONTOH DALAM RAJAH-RAJAH YANG DILAMPIRKAN DI MUKA SURAT 8-10) a. Kultur Air Dalam kultur air, akar tanaman sentiasa berada dalam air atau larutan nutrien. Pelbagai jenis bekas digunakan untuk menakung larutan nutrien. Contohcontoh bekas atau tangki yang sesuai termasuklah yang dibuat dari kaca, plastik, polisterin, konkrit dan gentian kaca dan paip PVC.Penggunaan tangki yang diperbuat dari logam adalah agak terhad kerana bahan logam boleh bertindakbalas dengan larutan nutrien. Tindakbalas ini mungkin mengakibatkan kesan toksik kepada tumbuhan. Tangki logam yang dilapisi dengan zink hendaklah dielakkan. Satu cara asas yang biasa dilihat di rumah ialah menanam tanaman hiasan dalam botol atau bekas yang mengandungi air. Beberapa kaedah kultur air yang dianggap praktis untuk dilaksanakan di sekolah-sekolah (sama ada dari segi kos, pembinaan, kesesuaian dan pengendaliannya) adalah seperti berikut: i. Kaedah Takungan Dalam kaedah ini, satu takungan digunakan untuk menyimpan larutan nutrien. Bahagian atasnya diletak dawai penyokong dan/atau polisterin yang dilubangkan pada jarak tertentu. Tanaman yang hendak ditanam diletakkan di dalam lubang 2

berkenaan. Sokongan kepada tanaman diberikan dengan menggunakan span, kapas, `rockwool' dan sebagainya. Kaedah ini hanya sesuai untuk unit yang kecil dan dengan jenis tanaman jangka pendek seperti sayuran daun. Larutan nutrien dalam kaedah ini tidak mengalir. Keadaan ini kurang memuaskan dari segi bekalan oksigen kepada akar. Untuk mengatasi kelemahan ini, pengudaraan secara buatan boleh dilakukan; atau larutan nutrien dialirkan. ii. Kaedah pengaliran nutrien Pada asasnya sistem ini adalah serupa dengan kultur cecair ringkas. Bezanya ialah larutan nutrien dialirkan dari tangki ke dalam bekas penanaman dengan menggunakan pam. Larutan yang berlebihan akan keluar melalui saluran paip dan terkumpul semula dalam tangki. iii. Kaedah graviti Dalam kaedah graviti ringkas bekas menanam dihubungkan dengan satu bekas larutan nutrien melalui hos. Untuk memberi larutan nutrien kepada tumbuhan, bekas larutan nutrien diletakkan lebih tinggi dari aras bekas menanam. Untuk mengumpuul semula larutan nutrien, bekas larutan nutrien diletakkan kembali pada kedudukan sebelumnya. Tindakan graviti menyebabkan larutan nutrien mengalir dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah. Satu kaedah lain ialah menggunakan palung bertingkat. Pam biasanya digunakan untuk memindahkan larutan nutrien dari tangki ke tempat penanaman yang teratas. Dalam sistem ini, paip-paip PVC sesuai digunakan sebagai bekas penanaman. iv. Kaedah NFT (Nutrien Film Technique) Kaedah ini menggunakan teknik pengaliran larutan nutrien yang tipis (tidak melebihi 2mm) dalam bekas penanaman. Biasanya, bahan yang digunakan untuk menyemai biji benih dan seterusnya menyokong tanaman adalah seperti span dan rockwool. v. Deep Culture Dalam kaedah ini, tanaman di tanam dalam sebuah bekas kecil dan sokongan diberikan dengan menggunakan kelikir, rockwool, pasir dan sebagainya. Bekas ini berserta akar tanaman ditenggelami oleh larutan nutrien yang mengalir. b. Kultur Agregat Kultur ini menggunakan bahan-bahan lengai sebagai medium penanaman. Bahan seperti pasir kelikir, vermikulit dan perlit adalah antara bahan yang biasa

digunakan dalam kaedah ini. Akar tanaman dibiarkan tumbesar dalam medium yang dibasahkan dengan larutan nutrien secara berkala. Sokongan kepada tanaman diberikan dengan baik oleh bahan medium. Berbanding dengan kultur air, kaedah ini tidak memerlukan pengudaraan secara buatan kerana rongga-rongga di antara butir-butir pasir akan dipenuhi oleh udara jika tidak dipenuhi oleh larutan nutrien. Larutan nutrien boleh dibekalkan dengan berbagai cara, seperti i. siraman ke permukaan medium Larutan nutrien disiram ke permukaan pasir dengan menggunakan penyiram atau sistem paip. Selepas itu, larutan tersebut dibiarkan mengalir keluar secara bebas. ii. pengairan secara graviti Larutan nutrien diletakkan dalam sebuah tangki yang berada di paras yang lebih tinggi dari bekas penanaman. Larutan mengalir ke permukaan medium melalui tindakan graviti. iii. pengairan secara titisan Kedudukan tangki adalah seperti pengairan secara graviti tetapi larutan dilepaskan dalam bentuk titisan iv. pengairan "sub-irrigation" Larutan nutrien disalurkan melalui paip berlubanglubang kecil yang terbenam di dalam medium (di dasar takung penanaman). Larutan akan meresap ke dalam ruang-ruang butiran pasir akibat dari tindakan kapilari. Selepas satu tempoh tertentu, larutan nutrien disalirkan kembali ke dalam tangki untuk digunakan semula. Kekerapan dan jangkamasa pengairan minimum bergantung kepada: - saiz partikel agregat - permukaan partikel agregat - jenis tanaman - keadaan cuaca - waktu pengairan yang

Kebanyakan tanaman memerlukan 5 hingga 6 kali pengairan sehari. c. Aeroponiks Dalam kaedah ini, tumbuh-tumbuhan disokong supaya hampir kesemua sistem akarnya terdedah di udara. Air dan nutrien diberikan kepada tumbuhan dalam bentuk semburan halus (atau kabus) larutan nutrien kepada sistem akar dengan kerap. Kaedah ini memerlukan pam dan alat pemasa. Ini akan meningkatkan kos pengendaliannya. 3

6. Sistem hidroponik Merujuk kepada cara larutan nutrien digunakan, terdapat dua sistem yang diamalkan. a. Sistem tertutup (Sistem kitar semula) Dalam sistem ini, larutan nutrien yang telah digunakan akan dikitar dan digunakan semula beberapa kali. Larutan nutrien boleh digunakan beberapa kali (seperti dalam teknik membanjir-danmenyalir) atau secara berterusan (seperti dalam teknik NFT). Sepuluh peratus pengeluaran hidroponik secara komersial serata dunia menggunakan kaedah ini. b. Sistem terbuka (Sistem tak-kitar semula) Sistem ini sering digunakan dalam kultur agregat. Larutan nutrien yang baru diberikan kepada tumbuhan untuk menggantikan larutan yang telah digunakan. Tiada larutan nutrien yang dikitar atau digunakan semula. Sembilan puluh peratus pengeluaran komersial dunia menggunakan kaedah ini. 7. Jenis medium dan kelebihannya Medium ialah bahan tertentu yang digunakan untuk memberi sokongan kepada pokok. Medium dari jenis pepejal biasanya lebih mudah dan murah untuk digunakan. Apakah kualiti bahan medium yang diperlukan? Bahan media yang dipilih hendaklah: a. dapat memberikan sokongan yang baik kepada pokok b. mempunyai kebolehan menyimpan lembapan dalam zon akar c. menyediakan saliran yang baik untuk menyalirkan larutan nutrien yang berlebihan d. longgar dan membekalkan rongga yang cukup untuk penembusan akar (di samping menyediakan saliran dan pengudaraan yang baik) e. mudah diperolehi dan harganya bersesuaian dengan kewangan yang ada f. lengai sepenuhnya (tidak bertindak balas, mengurai atau membekalkan sebarang nutrien dan tidak mengeluarkan bahan toksik) g. tidak mudah reput h. mudah dicuci atau dibasmi kuman i. tidak terlalu tajam (untuk mengelakkan akar dari cedera atau putus) Nota:

Berikut adalah beberapa jenis medium yang sesuai digunakan: a. Pasir Pasir mempunyai beberapa kelebihan jika digunakan sebagai medium. i. murah ii. mudah diperolehi iii. mudah dicuci dan dibasmi kuman iv. menyimpan lembapan dengan baik v. bersifat lengai (tidak bertindak balas secara kimia) Pemilihan jenis pasir yang sesuai adalah penting. Pasir yang halus biasanya mempunyai keupayaan untuk menyimpan lembapan dengan baik tetapi ianya tidak membenarkan saliran dan pengudaraan yang sempurna. Sebaliknya, pasir yang kasar sangat baik pengudaraan dan salirannya tetapi tidak berupaya menyimpan lembapan dengan baik. Pasir sungai adalah yang paling sesuai untuk digunakan. Sekiranya ia tidak diperolehi, campuran pasir halus dan kasar bolehlah digunakan. Satu kekurangan jika pasir digunakan sebagai medium ialah dalam cuaca yang panas, permukaannya akan cepat menjadi kering. Ini menyukarkan percambahan biji benih dan pertumbuhan anak benih di peringkat awal penanaman. Penggunaan pasir laut tidak digalakkan kerana kandungan garam yang tinggi dan serpihan cengkerang hidupan laut (yang tinggi kandungan kalsiumnya). b. Kelikir Medium ini murah, mudah dibasmi kuman dan tahan lama. Kelikir yang sesuai adalah bersaiz antara 3 hingga 10 mm garispusatnya. Walau bagaimanapun ianya lebih sesuai digunakan dalam unit komersial. Disebabkan oleh sifatnya yang kurang baik dari segi menyimpan lembapan, pengairan perlu dilakukan dengan lebih kerap. Ini memerlukan sistem pam yang lebih canggih serta automatik dan tangki yang lebih besar. Dengan itu, kos penyediaan unit hidroponik akan meningkat. Satu kelemahan lain ialah percambahan biji benih tidak boleh dilakukan secara terus dalam kelikir. Jadi kerja menyemai biji benih perlu dilakukan secara berasingan dan ini melibatkan tambahan dari segi kos. c. Vermikulit

Medium yang mengandungi bahan kalsium yang tinggi (seperti batu kapur) tidak sesuai digunakan kerana ia boleh meninggikan pH larutan nutrien.

Ini adalah sejenis mineral mika yang akan mengembang apabila dipanaskan pada suhu yang tinggi. (Kandungan kimianya adalah magnesiumaluminium-ferum silikat terhidrat). Sifat-sifat baik 4

vermikulit ialah ringan, tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia, tidak larut dalam air dan mampu menyerap air dengan banyak (kerana terdapat banyak liang-liang halus diantara lapisannya). Vermikulit juga dapat memegang nutrien dengan baik dan bebas dari kuman (kerana dipanaskan pada suhu yang tinggi semasa penyediaannya). Harga yang mahal, lapisan-lapisannya akan pecah (menyebabkan ianya tidak sesuai untuk digunakan dan perlu digantikan dengan yang baru selepas 2 hingga 4 tahun) serta sifatnya yang boleh membekalkan magnesium dan kalium menjadikannya agak kurang sesuai sebagai medium untuk hidroponik. d. Perlit Perlit adalah bahan bersilika berwarna putih-kelabu dan berasal dari bahan gunung berapi. Pemanasan bahan gunung berapi ini (pada suhu 760oC) menyebabkannya mengembang dan akibatnya terbentuklah rongga-rongga halus. Ianya adalah ringan dan mampu menyimpan air 3 hingga 4 kali dari beratnya. Dari segi pH, ia adalah agak neutral. Ia tidak membekalkan nutrien dan tidak dapat memegang nutrien. Harganya juga mahal. e. Habuk kayu Kadangkala habuk kayu juga digunakan sebagai medium. Di kawasan yang terdapat banyak industri perkayuan, ianya boleh diperolehi dengan banyak dan percuma. Ianya adalah bahan yang ringan. Oleh kerana ia mudah mereput dan menjadi padat, penggantian perlu dibuat setiap kali penanaman. Tidak semua jenis habuk kayu sesuai untuk hidroponik kerana setengah-setengah jenis kayu mengeluarkan bahan yang toksik (seperti getah, damar) kepada tumbuhan. f. Rockwool Ini adalah bahan yang berspan dan bergentian. Ianya terhasil dari proses peleburan bahan mineral tertentu di bawah suhu yang tinggi. Keupayaan menyimpan lembapan adalah baik. Bahan ini biasanya di sediakan dalam bentuk bungkah dan boleh dipotong dengan mudah mengikut bentuk dan saiz yang dikehendaki. Bahan ini digunakan dengan meluas dalam teknik NFT. Bahan ini membolehkan percambahan biji benih dilakukan dengan mudah. Selain daripada harganya yang mahal, rockwool biasanya dapat digunakan untuk sekali penanaman sahaja kerana ianya akan padat dengan akar selepas itu. 8. Larutan Nutrien Dalam keadaan tanpa tanah, semua nutrien yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan perlu

dibekalkan dalam bentuk larutan nutrien. Terdapat berbagai formulasi nutrien yang boleh digunakan. Tiada satu formula yang terbaik yang boleh digunakan dalam semua keadaan. Kepekatan dan kadar kandungan mineral yang terbaik adalah bergantung kepada: - jenis tanaman (contoh: salad perlukan lebih N berbanding dengan tomato) - peringkat pertumbuhan (contoh: peringkat pertumbuhan perlu banyak N dan peringkat pembungaan perlu banyak K) - kualiti air - iklim - musim (lebihkan N semasa musim panas dan lebihkan K semasa musim dingin) Sebarang formula boleh digunakan asalkan nutrien dapat dibekalkan dengan secukupnya. Bekalan nutrien yang kurang akan menyebabkan pertumbuhan tanaman terganggu. Bekalan yang berlebihan pula akan menyebabkan keracunan kepada tanaman. Komposisi unsur utama bagi suatu larutan nutrien hidroponik am adalah yang berikut:Nutrien Nitrogen Fosforus Kalium Magnesium Kalsium Sulfur Simbol Kimia N P K Mg Ca S Kandungan 100-300bsj 15 - 50 bsj 100 - 200 bsj 30 - 100bsj 100 - 200 bsj 30 l00bsj Western Australian

(Sumber:- Farmnote Department of Agriculture)

Unsur-unsur mikronutrien (ferum, manganum, boron, zinkum, kuprum & molibdenum diperlukan dalam kuantiti yang sangan kecil iaitu 5 bsj atau kurang. Catatan: bsj = = = = bahagian sejuta satu bahagian unsur dalam satu juta bahan yang lain 1 mg/l (1 miligram per liter) 1 g/l000 1 (1 gram per 1000 liter)

Contoh Pengiraan: Berapakah kuantiti baja kalsium nitrat diperlukan untuk mendapatkan 100 bsj kalsium? (Diberi: Formula kimia kalsium nitrat ialah Ca(NO 3)2.4H2O dan berat atom Ca = 40, N = 14, O = 16 dan H =1). Berdasarkan kepada formula kimia dan berat atom unsur-unsur yang terkandung dalam kalsium nitrat yang diberi, bilangan atom dan berat atom unsurunsur yang terkandung dalam satu molekul kalsium nitrat ialah: Bilangan atom Jumlah berat atom 5

Ca = N O = H =

1 = 10 8

1x40 2 l0x16 8x1

= 40 2x14 = 160 = 8

= 28

adalah 100% peratus tulen. Jika bahan kalsium nitrat yang digunakan tidak 100% peratus tulen, kuantiti bahan yang diperlukan adalah lebih banyak. Contohnya, jika bahan kalsium nitrat yang akan digunakan adalah 90% tulen, jumlah bahan yang diperlukan ialah: 100 x 590 = 656 mg kalsium nitrat 90 Jadi, 656 mg kalsium nitrat (90% tulen) yang dilarutkan dalam 1 liter air akan membekalkan 100 bsj Ca. Penyediaan Larutan Nutrien

------Berat molekul kalsium nitrat = 236 ------Kiraan ini menunjukkan bahawa 40 mg kalsium terkandung dalam 236 mg kalsium nitrat. Jadi, 100mg Ca didapati dari 236x100 mg kalsium nitrat 40 = 590mg kalsium nitrat Jika 590 mg kalsium nitrat dilarutkan di dalam 1 liter air, larutan yang terbentuk akan mengandungi kepekatan Ca sebanyak 100 bsj (100 mg/l). Kepekatan ini diperolehi jika bahan kalsium nitrat itu

Sekiranya penanaman kaedah hidroponik diusahakan secara besar-besaran, larutan stok dan larutan nutrien boleh disediakan sendiri dan ianya lebih ekonomik. Berikut adalah satu contoh formulasi larutan nutnien am dan cara-cara menyediakannya: =============================================================================== = Formulasi Stok A B1 No. Baja 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Nama Baja Kalsium nitrat Ferum EDTA Kalium nitrat Magnesium sulfat Monokalium fosfat Asid borik Kuprum sulfat Manganum sulfat Ammonium molibdat Zinkum sulfat Formula Kimia Ca(NO3)2.4H2O [CH2N(CH2COO)2] 2FeNa KNO3 MgSO4.7H2O KH2PO4 H3BO3 CuSO4.5H2O MnSO4.4H2O (NH4)6Mo7O24.4H2O ZnSO4.7H2O Unsur Dibekalkan Ca, N Fe K, N Mg, S K, P B Cu,S Mn, S N, Mo Zn, S Gram/l000 liter larutan 800 25 800 500 270 3 0.05 4 0.02 0.22

B2

Cara Penyediaan Larutan Stok A Baja 1 Ca(NO3)2 - 800g Baja 2 Ferum EDTA - 25g Campurkan air hingga menjadi 10 liter larutan Larutan Stok B1 Baja 3 KNO3 - 800g Baja 4 MgSO4.7H2O - 500g Baja 5 KH2PO4 - 270g Campurkan air hingga menjadi 5 liter larutan Larutan Stok B Larutan Stok B2 Baja 6 H3BO3 - 3.0g Baja 7 CuSO4.5H2O - 0.05g Baja 8 MnSO4.4H2O - 4.0g Baja 9 Amm. molibdat - 0.02g Baja 10 ZnSO4.7H2O - 0.22g Campurkan air hingga menjadi 2 liter larutan Semua 200 ml

Campurkan air hingga menjadi 10 liter larutan

Ambil 0.5 liter

Ambil 0.5 liter

Campurkan air hingga menjadi 50 liter larutan nutrien Kesemua larutan stok boleh digunakan untuk menghasilkan 1000 liter larutan nutrien. Pengurusan Larutan Nutrien Konduktiviti elektrik digunakan sebagai petunjuk kepada kepekatan nutrien yang terlarut dalam sesuatu larutan. Cara yang biasa untuk mengukurnya ialah Kejayaan penanaman secara hidropomk bergantung dengan menggunakan meter konduktiviti elektrik kepada pengurusan larutan nutrien. Tiga aspek (EC meter). Unit yang digunakan ialah miliSiemen penting ialah mengawal pH, suhu dan konduktiviti per centimeter (mS/cm) atau mikroSiemen per elektrik larutan tersebut. centimeter (S/cm). Bacaan ini tidak menunjukkan kepekatan setiap komponen nutrien secara individu. Nilai pH yang paling sesuai bagi sesuatu larutan Satu cara lain untuk menyatakan kepekatan larutan nutrien ialah di antara 5.5 hingga 6.5. Rajah 1 nutrien ialah bahagian sejuta (bsj). menunjukkan kesan pH terhadap ketersediaan unsurunsur nutrien. Bacaan pH dan KE hendaklah diambil setiap 2 hari. Jika pH melebihi paras 7.5, tumbuhan sukar memperolehi unsur Fe, Mn, Cu, Zn dan B. Jika paras Catatan: 700 bsj = 1 mS/cm pH kurang dan 6.0, fosforus, kalsium dan magnesium sukar diperolehi oleh tumbuhan. Kepekatan larutan nutrien yang sesuai untuk kebanyakan tumbuh-tumbuhan ialah di antara 1.5 Suhu larutan nutrien yang sesuai adalah antara 20C mS/cm hingga 2.5 mS/cm (1050 hingga 1750 bsj). hingga 22C. Suhu mempengaruhi kelarutan nutrien. Pada tahap kepekatan ini, tekanan osmotik yang Suhu yang terkeluar dari renj ini menyebabkan wujud akan memudahkan proses penyerapan nutrien. unsur-unsur mikro menjadi kurang larut.

Rajah 1: Kesan pH terhadap Ketersediaan Nutrien Kultur Air

Kultur Agregat

Kaedah Titisan/Fertigasi 9

10

Aeroponiks

Rujukan: Carruthers, S. (1993). Hydroponic Gardening, Lothian Pub. Co., Port Melbourne, Australia. Handreck, K. dan Black, N.(1991). Growing Media For Ornamental Plants & Turf, New South Wales University Press, Kensington, Australia,. Harris, D. (1977). Hydroponics - Growing Plants Without Soil, Sphere Books Ltd., England. NSW Agriculture & Fisheries Agfacts, (1991). Hydroponics - Growing Plants Without Soil, 2nd. Ed., Australia.

11

Anda mungkin juga menyukai