Anda di halaman 1dari 11

TAJUK KEPENTINGAN MENJAGA KUALITI UDARA

PENGENALAN
Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasankawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia, pelepasan asap kilang yang merbahaya dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, kesedaran perlu dipupuk di kalangan generasi baru terutama murid-murid sekolah untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar dengan beberapa langkah menjaga alam sekitar.

OBJEKTIF
1. Menimbulkan kesedaran murid tentang kepentingan menjaga kualiti udara 2. Mengkaji tentang punca kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon dan hujan asid 3. Mengkaji tentang cara untuk mengawal pencemaran

JADUAL/ DATA KAJIAN/ MAKLUMAT DALAM PELBAGAI BENTUK

PERBINCANGAN
KESAN RUMAH HIJAU,

Fenomena rumah hijau bukanlah satu fenomena asing di negara ini . Fenomena ini terjadi kesan daripada peningkatan suhu bumi yang tidak terkbihi tahap normal . Rumah hijau bolehlah didefinasikan sebagai rumah kaca yang diperbuat daripada plastic yang membolehkan penanaman yang terlindung dan terkawal . Haba dari cahaya matahari menembusi struktur luksinar akan memanaskan tumbuh tumbuhan dan tanah di dalamnya .Fenomena rumah hijau ini bukan sahaja mengancam kehidupan manusia sejagat malahan juga merosakkan tumbuh tumbuhan di muka bumi ini .

Antara faktor terjadinya fenomena rumah hijau adalah apabila komposisi gas gas seperti karbon dioksida , karbon monoksida , dan juga nitrogen dioksida melebihi tahap normal. Apabila suhu gas gas ini meningkat , molekul molekul yang mempunyai gas gas haba akan memerangkap haba lalu melambatkan proses pembebasan haba . Menurut APEC gas metana adalah seperti karbon dioksida

apabila terperangkap di dalam haba di lapisan atmosfera. Disamping itu , penebangan hutan secara tidak terkawal juga mampu memburukkan lagi fenomena rumah hijau ini . statistic menunjukkan pembersihan hutan telah menyebabkan pembebasan kira kira 25% karbon dioksida di atmosfera menerusi pembakaran dan penebangan pokok yang medi mana ia boleh membabitkan 34 juta hektar hutan setiap tahun. Kehilangan hutan tropika sekaligus menyebabkan pembebasan beratus juta tan karbon dioksida ke atmosfera setiap tahun. Hutan di kawasan yang beriklim sederhana turut mengalami kemusnahan di mana ia boleh menyerap sebanyak 2 billion tan karbon dioksida setiap tahun . Sebagai contohnya , kawasan Siberia telah kehilangan hampir 10 juta hektar hutan setahun akibat daripada aktiviti pembakaran hutan yang tidak terkawal ini .Pembangunan yang tidak dirancang turut menyumbang kepada permasalahan fenomena rumah hijau ini. Antara kesan daripadanya berlakunya fenomena rumah hijau ini adalah terjadinya pencairan ais di masa berlakunya perubahan ais di artik dan antartika. Secara keseluruhannya, benua ini mengandungi lautan artik, Greeanland, Pulau Baffin, Pulau Kecil Utara, dan bahagian Utara Eropah, Russia, Alaska, dan Kanada. Pada pertengahan musim sejuk, matahari tidak terbit sehingga suhu turun sehingga -50 darjah. Pada musim panas pula, kawasan lebih selatan menerima cahaya matahari 24 jam sehari lalu menyebabkan keadaan ais dan bahagian tanah atas mencair. Ini seterusnya mewujudkan pecahan bongkah ais yang hanyut ke bahagian utara yang lebih sejuk ke selatan. Kesan yang kedua adalah berlakunya penggurunan. Penggurunan bermaksud degradasi di tanah yang usang. Penggurunan berlaku apabila terjadinya pertambahan permintaan populasi dalam penanaman tumbuh tumbuhan dan penternakan haiwan . selain itu, penyalahgunaan tanah pada musim kemarau yang berterusan akan memburukkan lagi keadaan ini.

Beberapa langkah segera perlu difikirkan bagi mengatasi masalah ini dari terus berlanjutan. Antara langkah yang difikirkan sesuai bagi mengatasi permasalahan rumah hijau ini adalah dengan melaksanakan pertanian lestari. Langkah ini dilakukan bagi mengatasi pembebasan gas rumah hijau. Pertanian lestari ini banyak bergantung kepada bahan semulajadi menggunakan flora dan fauna yang terdapat dalam tanah. Pada tahun 1997, protocol Kyoto telah dirundingkan bertujuan untuk mendesak negara industri untuk mengambil langkah yang perlu bagi menguragkan pencemaran udara yang akan memburukkan lagi kesan rumah hijau ini. Masyarakat hari ini juga perlulah mengambil inisiatif untuk mengehadkan penggunaan bahan CFC atau Kloroflorokarbon buatan manusia yang digunakan dalam peralatan seperti peti sejuk dan bahan bahan pelarut. Penggunaan CFC secara tidak langsung

meningkatkan kadar penyingkiran ozon dan seterusnya menyebabkan suhu bumi meningkat. Secara kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam membanteras isu global yang kian meruncing ini bagi menghalang lebih ramai lagi nyawa manusia menjadi korban. Kita sudan tentulanh merasa jijik dan tidak selesa jika rumah kita berada dalam keadaan berasap dan berdebu. Konsep ini seharusnya diperkembangkan dengan menganggap bumi ini sebagai rumah kita. Diharapkan agar pihak pihak berwajib mengambil langkah yang sewajarnya bagi melindungi bumi ini dari terus menjadi mangsa kerakusan manusia yang tidak bertanggunjawab.

PENIPISAN LAPISAN OZON

Lapisan ozon didefinisikan sebagai lapisan berada di atmosfer pada ketinggian 19 - 48 km di atas permukaan bumi yang mengandungi molekul-molekul ozon. Lapisan ozon berfungsi melindungi bumi daripada sinaran ultraungu daripada matahari dan bertindak dengan cara menyerap dan membalikkan sinaran ultraungu yang berbahaya ke angkasa.Konsentrasi ozon di lapisan ini mencapai 10 ppm dan terbentuk akibat pengaruh sinar ultraviolet matahari terhadap molekul-molekul oksigen. Peristiwa ini telah terjadi sejak berjuta-juta tahun yang lalu, tetapi campuran molekul-molekul nitrogen yang muncul di atmosfer menjaga konsentrasi ozon relatif stabil.Selain itu,lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung. Sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu ramai orang merasa bimbang apabila terdapat laporan wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara dan kutub selatan.

Lapisan ozon akan menjadi semakin nipis sekiranya tindakan awal tidak diambil untuk menyelesaikan masalah ini.Penipisan lapisan ozon boleh disebabkan oleh beberapa faktor.Salah satu faktor yang menyebabkan penipisan lapisan ozon ialah

aktiviti yang dilakukan oleh manusia.Aktiviti manusia seperti pembakaran sampahsarap yang menghasilkan gas nitrogen dioksida,penggunaan peti sejuk,penggunaan pendingin udara dan lain-lain akan melepaskan gas klorofluorokarbon(CFC) secara tidak terkawal ke atas permukaan bumi. Apabila gas CFC dilepas ke atmosfer, zat yang mengandungi klorin ini akan dipecah oleh sinar matahari yang menyebabkan klorin dapat bereaksi dan menghancurkan molekul-molekul ozon. Setiap satu molekul CFC mampu menghancurkan hingga 100,000 molekul ozon.Selain itu,aktiviti pembalakan yang beterusan juga menyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara sehinggalah menyebabkan penipisan lapisan ozon.

Faktor yang seterusnya ialah peningkatan bilangan kenderaan bermotor di dunia ini. Pada zaman ini,setiap individu mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kenderaan sendiri.Oleh itu,bilangan kenderaan bermotor di dunia semakin melambung dari semasa ke semasa.Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di stratosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon akan menimbulkan banyak masalah terhadap golongan masyarakat dan juga bumi.Antara salah satu masalah ialah bertambahnya sinaran ultra ungu ke permukaan bumi.Pertambahan sinaran ultra ungu akan meningkatkan suhu bumi serta membawa penyakit seperti kanser kulit kepada masyarakat iaitu kulit semakin tebal dan pembentukan kedut serta keanjalan kulit dikurangkan.Selain itu,penipisan lapisan ozon juga membawa kesan terhadap hidupan akuatik. Ekosistem akuatik terjejas dengan peningkatan sinaran ultra ungu menganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton menyebabkan rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan.Dengan itu,species ikan akan semakin terpupus dari masa ke masa sekiranya masalah ini tidak dapat dibendungkan. Masalah ini agak serius terhadap bumi dan masyarakat.Oleh itu,pihak-pihak haruslah mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini supayanya tidak menjadi semakin serius.Langkah yang pertama ialah mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor.Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab,kita haruslah menyelesaikan masalah ini bersama-sama.Kita boleh menumpang kenderaan kawan atau jiran sekiranya ingin pergi ke destinasi yang sama seperti

sekolah,tempat kerja dan lain-lain lagi.Dengan itu,bilangan kenderaan akan dapat dikurangkan dan seterusnya gas karbon dioksida juga dapat dikurangkan dengan semata-matanya. Bukan itu saja,pihak sekolah juga boleh mengadakan ceramah di sekolah untuk menerangkan kesan-kesan penipisan lapisan ozon terhadap kita.Melalui ceramah,pelajar-pelajar akan dapat memahami apakah aktiviti yang mereka lakukan dapat mendorong kepada penipisan lapisan ozon dan selepas itu pelajar akan sedar supaya tidak lagi membuat demikian pada masa yang akan datang.Dengan itu pelajar-pelajar juga akan menghalang ahli keluarga daripada melakukan sesuatu yang boleh menipiskan lapisan ozon seperti aktiviti pembakaran. Kesimpulannya,penipisan lapisan ozon akan mendatangkan banyak keburukan kepada semua masyarakat dan bumi.Oleh itu,semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi masalah ini seperti kata pepatahsediakan payung sebelum hujankerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan.Kita mestilah menangani masalah ini terlebih dahulu sebelumnya menjadi lebih serius sehingganya tidak dapat dipulih semula.

HUJAN ASID

Konsep Hujan asid ialah hujan yang mempunyai nilai pH kurang daripada 5 yang mengandungi gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida yang terlepas di udara bercampur dengan air hujan untuk membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fosil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fosil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.

Faktor Kejadian hujan asid boleh berpunca daripada aktiviti manusia ataupun berlaku secara semulajadi. Melalui kegiatan manusia, kegiatan industri yang dilakukan menghasilkan sulfur dioksida dan nitrogen melalui pembakaran bahan api fosil di kilang-kilang dan pembakaran arang batu bermutu rendah menyebabkan pembebasan gas sulfur dioksida yang banyak ke atmosfera. Kedua, proses peleburan biji timah yang banyak akan membebaskan gas sulfur dioksida terutamanya peleburan timah kuprum.Ketiga, kegiatan pertanian juga punca berlakunya hujan asid iaitu melalui penggunaan baja nitrogen yang akan menghasilkan gas nitrogen. Manakala pembakaran terbuka yang dilakukan oleh petani-petani untuk membakar plastik baja dan sisa kayu akan membebaskan sulfur dioksida. Di samping itu, binatang ternakan seprti lembu akan membebaskan gas metana dan oksida nitrus melalui pereputan najisnya dan akan menghasilkan hujan asid nitrik. Keempat, aktiviti sistem pangangkutan juga merupakan salah satu penyumbang berlakunya hujan asid melalui pembebasan asap ekzos pada suhu tinggi di silinder kereta menyebabkan pembebasan gas nitrogen dioksida dan nitrik oksida. Hujan asid juga berlaku secara semulajadi. Pertama melalui letupan gunung berapi yang membebaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon monoksida. Kedua, penguraian bahan organik melalui aktiviti bakteria dalam tanah menukarkan nitrat kepada nitrat dan menghasilkan gas nitrogen semasa hujan kilat. Selain itu, penguraian bahan organik dan najis haiwan oleh bakteria anaerobik mengakibatkan penurunan sulfur seperti desulfovibrio di mana ianya menukarkan sulfat kepada nitrogen sulfida. Ketiga, kebakaran hutan secara semuladi akibat cuaca terlalu panas iaitu kejadian el-nino mengakibatkan gas-gas pencemar seperti gas nitrogen terbebas. Kesan Hujan asid mendatangkan pelbagai kemudaratan terhadap beberapa aspek tertentu iaitu dari aspek kesihatan, kesuburan tanah dan tumbuhan, ekosistem akuatik dan bangunan serta peralatan bangunan. Dari segi kesihatan, ia memudaratkan golongan tidak kira tua mahu pun muda terhadap penyakit asma.Bagi kanak-kanak pula fenomena ini boleh menyebabkan batuk, alergi dan selsema. Gas sulfur dioksida pula adalah merupakan agen kepada beberapa penyakit seperti sakit dada, tulang, batuk, sakit kerongkong, barah kolon dan barah payu dara. Selain itu ia menyebabkan berlakunya penyakit kulit, keroskan tisu badan manusia yang menggunakan bekalan air dari sungai, tasik dan empangan yang terdedah kepada hujan asid.

Selain itu hujan asid juga memberi kesan terhadap tanah dan tumbuhan. Hujan ini menyebabkan kemusanahan hutan kerana terkena hujan asid. Contohnya di Czechslosvakia, 70% daripada hutannya musnah diseababkan hujan asid ini. Hujan asid menyebabkan kandungan asid dan alkali menjadi tidak seimbang dan mempengaruhi keseimbangan dan kestabilan tanah. Nilai pH yang kurang daripada 6 akan menyebabkan organik tanah mati, maka tanah ini menjadi tidak subur dengan ketiadaan nutrien di dalamnya. Kesannya ia akan menjejaskan produktiviti pertanian khususnya pengeluaran hasil tanaman makanan.Hujan asid yang terkena pada daun pokok akan memusnahkan fungsi daun. Ini kerana bahagian daun yang terkena hujan asid ini tidak dapat melakukan proses fotosintesis dengan sempurna.Kesannya pokok akan layu dan mati. Di Jerman, fenomena hujan asid berupaya menggugurkan daun-daun pokok meninggalkan dahan dan ranting. Fenomena ini dinamakan sebagai hutan berangka.Kesan lain ialah pokok akan mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah dan mengurangkan kesuburan tanah. Ekosistem akuatik juga terganggu disebabkan oleh hujan asid ini. Tumbuhan dalam tasik dan hidupan plankton termusnah akibat penurunan nilai pH air tasik. Ini akan mengganggu kelancaran pembiakan ikan dan amfibia.Manakala ikan dan udang secara tidak langsung merupakan ancaman kepada manusia di mana kandunagan raksa dan asid sulfurik yang tinggi meresap masuk ke dalam kulit haiwan. Apabila manusia memakan haiwan ini akan menyebabkan penyakit barah kolon. Air sungai dan laut yang menjadi berasid pada pH 5 akan membunuh hidupan akuatik dan memutuskan rantaian makanan. Contohnya di Tasik Minnesota di mana hujan asid ini telah memusnahkan 140 buah tasik situ.

Di bandar, hujan asid yang turun akan memberi kesan kepada bangunan dan peralatan bangunan. Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid, ini akan mempercepatkan kadar hakisan dan pengaratan barangan besi. Selain itu, ia akan melunturkan cat kereta dan membocorkan bumbung-bumbung zink. Manakala batuan dan binaan bangunan menjadi lemah dan rapuh serta mempercepatkan hakisan bangunan.

Langkah mengurangkan kejadian hujan asid


Bagi menangani masalah hujan asid yang kian melanda dunia, sejajar dengan perkembangan sains dan teknologi, beberapa langkah selamat boleh dijalankan. Antaranya ialah pertama, tasik yang tercemar boleh dipulih melalui liming di mana batu kapur merupakan bahan utama dan diletakkan ke dalam air tasik yang berasid untuk dineutralkan contohnya di West Wales, Canada yang telah dijalankan proses membaikpulih tasik-tasik yang telah tercemar dengan pHnya ialah antara 5.5 hingga 7.0 .

Kedua, kilang-kilang patut mengehadkan pelepasan gas pencemar udara ke atmosfera dengan menggunakan bahan api yang rendah kandungan sulfur dan secara tidak langsung boleh mengurangkan gas sulfur dioksida. Selain itu, pemasangan scrubbers di cerobong asap di kilang-kilang patut dilakukan untuk menapis gas sulfur dioksida. Ketiga, menggalakkan pemasangan pengubah bermangkin pada enjin kenderan, ini dapat mengurangkan gas nitrogen oksida sebanyak 90% di mana gas pencemar dapat diubah sebelum dilepaskan ke atmosfera. Ini bertujuan untuk mengurangkan gas karbon monoksida dan nitrogen oksida asap ekzos. Dari segi perundangan, boleh ditingkatkan lagi mengenai pengawalan pencemaran alam sekitar.

KESIMPULAN

SUMBER RUJUKAN

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kesan_rumah_hijau http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_udara http://pencemaran-pencemaran.blogspot.com/2010/08/pencemaran-udara.html http://sosialalamsekitar.blogspot.com/2010/08/penipisan-lapisan-ozon-lapisanozon.html http://geografialamsekitar.blogspot.com/2010/07/hujan-asid.html http://ohalamsekitar.blogspot.com/2010/08/fenomena-rumah-hijau-bukanlahsatu.html

Anda mungkin juga menyukai