Anda di halaman 1dari 11

1.0 1.

PENGENALAN TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

TEORI BELAJAR BEHAVIORISTIK TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

TEORI BELAJAR HUMANIS

TEORI BELAJAR KOGNITIF

TEORI BELAJAR KONSTRUKTIVISME

Pada asasnya, terdapat 4 mazhab utama di dalam teori-teori pembelajaran, iaitu : i) Mazhab Behavarious Tokoh-tokoh terkenal dalam mazhab ini terdiri daripada Pavlov, E.L. Thorndike dan B.F, Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teori dan implikasi pembelajaran kepada guru. Mereke berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Mereka menekankan bahawa perkaitan gerak balas individu dengan ransangan adalah suatu proses pembelajaran.Teori ini juga dikenali sebagai teori Rangsangan- Gerak balas. ii) Mazhab Kognitif Ahli-ahli psikologi kognitif menumpukan kajian kepada pelbagai jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut peringkat umur dan kebolehan pelajar. Oleh itu, teori-teori pembelajaran di bawah mazhab kognitif adalah ditumpukan kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah

penyelesaian masalah, penemuan, kategori pembelajaran dan resepsi.

iii) Mazhab Humanis Mengikut ahli psikologi humanis, fitrah manusia pada dasarnya mulia dan baik. Individu akan membesar dengan baik sekiranya persekitaran dalam kehidupan mereka adalah sesuai dan baik. Mengikut mazhab ini, pembelajaran manusia bergantung pada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan bahawa setiap individu mempunyai cara belajar yang berlainan dan berbeza. Teori pembelajaran Carl Rogers menyarankan beberapa ciri yang utama, antaranya: i. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui komunikasi. ii. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. iii. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain. iv. Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. v. Pengalaman setiap individu adalah fenomena- logikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu itu sendiri. iv) Teori Konstruktivisme Konsep konstruktivisme telah digunakan dalam bidang psikologi, falsafah, teknologi, pengajaran, sains, matematik dan pendidikan moral. Tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan kepada teori konstruktivisme termasuk Piaget (dari perspektif kognitif dan perkembangan ) Bruner, Vygotsky, Dewey (1933), Goodman (1984) dan Gibson (1977). Teori pembelajaran konstruktivisme menekankan pembinaan pengetahuan oleh pelajar. Pelajar dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan yang sedia ada dalam dirinya. Pelajar akan mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada. Perspektif konstruktivisme menitikberatkan pengalaman

pendidikan yang boleh membantu kanak-kanak membina ilmu pengetahuan dan bukannya penyiaran pengetahuan.

1.2

PENGGUNAAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya

boleh diklasifikasikan kepada dua kategori, iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat- alat ujikaji dan komputer.

1.2.1

KRITERIA - KRITERIA DALAM PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Untuk memilih alat bantu mengajar yang baik dan berkesan, guru haruslah mematuhi kriteria- kriteria berikut : Alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar harus mengandungi idea- idea dan reka bentuk yang asli dan tersendiri. Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid- murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Alat bantu mengajar harus disediakan dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Alat bantu mengajar harus disediakan dalam saiz yang berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Sumber pengajaran & pembelajaran haruslah mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi.

1.2.2

CARA- CARA MENGGUNAKAN SUMBER DENGAN BERKESAN

Berikut ialah beberapa garis panduan menggunakan alat bantu mengajar untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar seperti carta haruslah digantung di suatu tempat yang sesuai supaya semau murid oleh melihatnya dengan mudah. Sebelum alat bantu mengajar diedarkan kepada murid- murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisplin dan mengikut masa yang ditetapkan. Tunjukkan alat bantu mengajar kepada murid- murid hanya pada ketika yang perlu. Guru harus membimbing murid- murid membincang fakta- fakta penting yang terkandung dalam alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar yang telah selesai digunakan haruslah dikumpul balik dan disimpan dengan baik di tempat yang sesuai. Alat bantu mengajar hanya digunakan untuk membantu guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan ia tidak boleh menggantikan tempat guru.

1.2.3

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERDASARKAN BAHAN

Bahan-bahan hendaklah dipilih berdasarkan kepada objektif yang ditentukan terlebih dahulu. Sekiranya buku teks digunakan sebagai bahan pelajaran, kandungan hendaklah di baca oleh guru terlebih dahulu supaya mengenal pasti kelemahan dalam kandungannya, kemudian mengubahsuai bahan mengikut objektif dan topik pelajaran yang akan diajarkan.

Proses penggunaan bahan pelajaran dalam bilik darjah hendaklah dirancang mengikut langkah-langkah pelajaran yang akan disampaikan. Aktiviti menilai keberkesanan pengunaan bahan-bahan pelajaran hendaklah diadakan.

2.0 HUBUNGKAIT

TEORI-TEORI

PEMBELAJARAN

DENGAN

PENGGUNAAN

SUMBER-SUMBER DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Gagne: Bahan bercetak. Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975) memperkenalkan sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teori, semua rangsangan dari

persekitaran luar akan diterima oleh sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Gagne

memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan sumber pelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Bahan-bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.

Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar. Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Hal ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek. Contoh bahan tidak

bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan raya. Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan. Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan Eksperimen Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip

konstruktivisme). Dalam mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai pemproses, pemikir dan pencipta informasi. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu meliputi tiga proses kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan. Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber utama pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Melalui sumber-sumber tersebut, murid akan memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran kerana aktviti seperti eksperimen melibatkan penglibatan langsung murid-murid dan akan mendedahkan mereka kepada pengalaman-pengalaman yang baru. Murid-murid belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna. Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang demikian, penggunaan peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat yang mudah kepada peringkat yang rumit. Bandura: Relia dan Model Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura, pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung, mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut. Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan positif.

Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan pemikiran. Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas. Implikasinya, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role model yang boleh dicontohi oleh murid.

Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid. Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial dengan rakan sebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan sistem lingkungan budaya murid membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif. Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada murid-murid.

Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa yang diajar. Bahan pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna, penggerak pelbagai deira, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong pengajaran terancang.

3.0

KEPENTINGAN DAN TUJUAN SUMBER P&P DALAM BIDANG PENGAJIAN SOSIAL

Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dalam bidang pengajian sosial ialah: KEMAHIRAN BERFIKIR Kemahiran ini sangat diperlukan untuk murid-murid melakukan analisis, mencari maklumat, banding beza, pengkelasan, menjana idea, membuat inferens serta mengumpul maklumat dan lain-lain semasa penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan sumber P&P dapat membantu murid-murid untuk menajamkan lagi kemahiran berfikir mereka. Perasaan ingin tahu akan mula wujud dan murid-murid akan melibatkan secara aktif dalam proses P&P. Ini kerana terdapat sumber P&P yang memerlukan murid-murid untuk membuat analisis dan seterusnya melakukan pengkelasan di mana semua ini memerlukan kemahiran berfikir yang baik.

KESERONOKAN DALAM PEMBELAJARAN Keseronokan dalam pembelajaran boleh dicipta oleh guru untuk mengekalkan perhatian murid-murid supaya mereka mendapat isi pelajaran yang hendak

disampaikan. Dengan mengaitkan pengalaman sedia ada pelajar dengan aktiviti pembelajaran akan memudahkan lagi P&P dan pelajar akan lebih berminat untuk melibatkan diri. Contohnya penggunaan bahan realia akan meransang minat murid

kerana murid didedahkan dengan pengetahuan yang baru dan tidak biasa diketahui. Sentuhan dan pengamatan kepada bahan memberi peluang kepada pelajar untuk merasai dan melihat dengan lebih dekat kepada bahan tersebut.

PENINGKATAN DAYA INGATAN Daya ingatan murid-murid boleh ditingkatkan dengan guru memberikan maklumat baru melalui penggunaan sumber P&P yang sesuai. Penambahan sebarang maklumat yang baru akan menyebabkan peningkatan daya ingatan mereka kepada sesuatu perkara. Dibuktikan melalui teori konstruktivisme yang disokong oleh Von

Glassefel, Piaget dan Vygotsky di mana mereka menyatakan Ilmu pengetahuan terbina hasil penglibatan aktif individu yang menghubungkait maklumat baru dengan pengalaman sedia ada.

MENARIK DAN MENGEKAL MINAT DAN TUMPUAN MELALUI PELBAGAI MEDIA Cara yang paling berkesan untuk membantu murid memahami persekitaran semulajadi serta persekitaran sosial mereka adalah dengan memberi mereka pengalaman sebenar atau yang hampir sebenar untuk dilihat dengan teliti yang kemudiannya menghasilkan soalan untuk dikaji. Pengguanaan pelbagai sumber media seperti tayangan video,bahan bercetak, bahan tiga dimensi dan sebagainya akan mengekalkan tumpuan murid dan meransang pengetahuan ingin tahu murid yang seterusnya akan mewujudkan minat murid yang kemudiannya akan mengekalkan lagi tumpuan murid kepada pembelajaran sesuatu tajuk. PENINGKATAN KREATIVITI Guru boleh menggunakan bahan teknologi maklumat, contohnya tayangan video untuk memberi pendedahan kepada murid-murid .Kemudian melalui penggunaan bahan maujud guru boleh menguji daya kreativi murid-murid dengan mengadakan aktiviti melukis poster. Daya kreativiti murid-murid boleh dikesan melalui idea-idea yang dicurahkan ke atas kertas lukisan mereka.

MEMBERI PELUANG UNTUK MAIN PERANAN DAN SIMULASI Guru boleh menggunakan teknik main peranan dan simulasi dalam pengajaran. Murid akan berpeluang mengaplikasikan situasi sebenar dalam pembelajaran mereka dan seterusnya maklumat yang ingin disampaikan lebih mudah difahami. Teknik

simulasi dan main peranan akan melibatkan semua pelajar secara aktif. Seperti yang ditekankan dalam teori Bandura pembelajaran berlaku melalui pemerhatian dan peniruan. Melalui pemerhatian dan peniruan akan berlakunya pembelajaran melalui teladan dan akan memotovasikan pelajar.

4.0

PENGURUSAN GRAFIK LANGKAH-LANGKAH MEMBINA BAHAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI BAGI SESUATU TOPIK DALAM PENGAJIAN SOSIAL. Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan

pembelajaran dalam Pengajian Sosial perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut:

Anda mungkin juga menyukai