Anda di halaman 1dari 2

Keranamu Malaysia Buruh, nelayan dan juga petani Gaya hidup kini dah berubah Anak-anak terasuh mindanya

Lahir generasi bijak pandai Pakar IT, pakar ekonomi Jaguh sukan dan juga jutawan Berkereta jenama negara Megah menyusur di jalan raya Alam cyber teknologi terkini Kejayaan semakin hampiri Biar di kota ataupun desa Kita semua pasti merasa bangga Keranamu kami mendakap tuah Keranamu kami bangsa berjaya Keranamu kami hidup selesa Limpah budi kemakmuran negara Keranamu kami bebas merdeka Keranamu nyawa dipertaruhkan Keranamu rela kami berjuang Demi bangsa kedaulatan Negara

Jalur Gemilang Merahmu bara semangat waja Putihmu bersih budi pekerti Kuning berdaulat payung negara Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan Lautan luas telah kau redah Membawa semangat jiwa merdeka Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya Semua negeri dalam Malaysia Satu suara satu semangat Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu Jalur gemilang... kami semua bersatu Perpaduan ketaatan Amalan murni rakyat Malaysia Jalur gemilang... megah kami terasa Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan Merah putih biru kuning Jalur semangat kami semua

Berkibarlah Berkibarlah Berkibarlah

Jalur gemilang

31 Ogos

Malaysia Berjaya
Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Merdeka ! Merdeka ! Tetaplah merdeka Ia pasti menjadi sejarah

Malaysia kita sudah berjaya Aman makmur bahagia Malaysia abadi selamanya Berjaya dan berjaya Berbagai kaum sudah berikrar Menuju cita-cita Satu bangsa satu negara Malaysia berjaya Dari Perlis sampailah ke Sabah Kita sudah merdeka Negara makmur rakyat mewah Kita sudah berjaya Dengan semboyan kita berjaya Menuju di angkasa Satu bangsa satu negara Malaysia berjaya

Tanggal 31 Bulan lapan lima puluh tujuh Hari yang mulia Hari bahagia Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara Ramai-ramai menyambut hari merdeka Merdeka ! Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh Hari mulia negaraku merdeka

Anda mungkin juga menyukai