Anda di halaman 1dari 1

Gambus ialah sejenis alat muzik tradisional dari Timur Tengah.

Alat muzik ini


mempunyai 12 tali tangsi manakala badannya membujur bulat seakan-akan
labu air dengan belakangnya yang melengkung. Lehernya ialah
persambungan dari badannya. Cara memainkan gambus ini sama seperti
bermain gitar. Gambus digunakan semasa persembahan Ghazal atau tarian
Zapin.

Erh-Hu adalah alatan bertali jenis lute dibuat dalam tiga saiz; kecil, sedang
dan besar. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga
digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Erh-Hu didirikan
tegap pada riba pemain semasa di main. Tali digesek dengan sebalah tangan
manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan
berbagai pic, lantai dan digesek seperti cello.

Dholak ataupun dholaki yang seperti berbentuk tong ini ialah sebuah alat
muzik klasikal India Utara (Hindustan). Ia dimain dengan menggunakan
tangan dan mudah dipikul oleh pemainnya. Bunyi yang dihasilkan oleh
dholak berasal daripada hasil pukulan tangan keatas permukaan yang
diperbuat daripada kulit haiwan. Dholak biasanya digunakan dalam
penghasilan rentak untuk lagu-lagu filem dan sebagainya.

Sape adalah sejenis alat muzik tradisional yang berbentuk gitar yang
berasal dari Sarawak dan Kalimantan iaitu tengah Kepulauan Borneo. Alat
muzik ini sering digunakan oleh kaum etnik Kenyah, Kayan, Iban, Dayak dan
Kelabit. Alat muzik ini diperbuat dari kayu lembut seperti Meranti.Alat muzik
ini dapat mengalunkan irama yang mengasyikkan sesuai dengan latar
belakang hutan tropika di Borneo. Sape digunakan untuk hiburan dan
kegiatan sosial seperti iringan untuk tarian tradisional etnik Kepulauan
Borneo seperti Ngajat dan Datun Julud .

Anda mungkin juga menyukai