Anda di halaman 1dari 3

Konda Kondi

Peralatan
Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada: Dua batang kayu kecil berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Cara Bermain
Permainan Pertama 1. Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, 2. setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Peserta yang menyambut kayu tidak boleh bergerak apabila mereka memegang kayu kecil mereka. 3. Pemain yang menguiskan kayu akan lari ulang alik pada jarak yang ditetapkan (7m-10m). Jika dia gagal sampai ke tempat asal maka dia akan dikira mati.setiap satu larian ulang alik memberi satu markah. 4. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. 5. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. 6. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati.

7. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu pemain masih boleh mengabiskan larian dia. Permainan Kedua 1. Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. 2. Pengiraan markah mengikut permainan satu. Permainan Ketiga 1. Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. 2. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. 3. Pengiraan markah mengikut permainan satu. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

Undang-Undang Permainan
1. Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira mati. 2. Jika pemain dalam kumpulan B berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua pemain dalam kumpulan A dikira mati dan kumpulan B akan memulakan permainan pula. 3. Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek dikira mati dan terpaksa memberhentikan permainan, pemain lain dari kumpulan yang sama, pemain yang seterusnya pula akan meneruskan permainan.

Borang Pemarkahan KUMPULAN PEMAIN 1 2 3 4 5 JUMLAH

A
Markah

B
Markah

Anda mungkin juga menyukai