Anda di halaman 1dari 5

Kring.....!!!!!! Kring........!!!!!!. Kring.........!!!!

Kedengaran bunyi loceng bergema di segenap kawasan Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar bagi menandakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan berlangsung sebentar lagi. Keheningan pada pagi yang indah itu terganggu dengan suara-suara sumbang murid-murid dari Kelas 5 Azam yang terdiri daripada 23 orang ahli. Pelbagai gelagat dapat diperhatikan di dalam kelas tersebut. Ada pelajar yang berbual, bermain, dan bergurau dengan rakan-rakan. Tidak kurang juga yang berteleku di atas meja. Tiba-tiba, kedengaran derap kasut di sepanjang koridor menghala ke kelas 5 Azam. Murid-murid kelas 5 Azam yang tadinya membuat bising, kelam kabut menuju ke tempat masing-masing apabila mendengar bunyi tersebut. Di hadapan pintu kelas, muncul seorang guru yang kecil molek berbaju biru berbunga kecil. Guru tadi terus menuju ke arah meja guru yang terletak di sudut hadapan kelas. Beberapa buah buku Bahasa Melayu dan beg tangan yang disandang segera diletakkan di atas meja tersebut. Bangun! Selamat pagi Cikgu Murni. Ketua kelas memberi arahan semua pelajar untuk bangun dan ucapan selamat diberikan. Murid-murid lain mengikutnya. Selamat pagi murid-murid. Sila duduk. ucap Cikgu Murni dalam senyuman yang lebar. Cikgu Murni memerhati ke semua murid-muridnya lalu bertanya, Cikgu rasa ada seorang lagi kan yang tak datang, siapa ya? tanya Cikgu Murni kepada ketua kelas. Siapa lagi cikgu yang terkenal datang lewat ke sekolah ini, Si Amirlah Cikgu, Ujar ketua kelas sambil diiyakan oleh beberapa orang murid lain. Tanpa berlengah, Cikgu Murni meneruskan sesi P&P subjek Bahasa Melayunya. Setelah 10 minit mengajar, dia terlibat kelibat seseorang yang sedang ditunggutunggunya. Amir telah masuk ke kelas mengikut pintu belakang secara diam-diam lalu duduk ditempatnya. Cikgu Murni mengeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat Amir ditambah pula dengan keadaan dengan pakaian yang terurus. Apalah nak jadi dengan kamu ni Amir. bicara hati kecil Cikgu Murni.

Fuhhh! Lega hati aku hari ni Cikgu Murni tak tanya aku sebab aku lewat hari ini. Aku dah tak ada alasan dah nak direka ni. Amir melepaskan nafas leganya tanpa menyedari bahawa Cikgu Murni sedang memerhatikannya. Tanpa rasa bersalah atas kelewatannya dan tanpa sebarang kata maaf, Amir segera mengeluarkan bukunya untuk menyalin maklumat yang terpapar pada papan hitam. Amir menyedari bahawasanya dia telah terlupa memasukkan semula kotak pensilnya semula ke dalam beg setelah adiknya meminta untuk menggunakannya malam semalam. Bak sini pensel kau. Kotak pensel aku tertinggal dekat rumah lah. Amir meminta daripada rakannya, Harun. Tak boleh lah. Ini pensel kesayangan aku. Lagipun aku hanya ada pensel ni je. Kotak pensel aku pon tertinggal dekat rumah juga. Harun memberikan alasan. Hei, kau nak bagi ke tak? Kalau kau tak bagi, aku tumbuk muka kau. Kau nak rasa penumbuk aku macam yang kau pernah rasa hari tu ke? Kau jangan main-main dengan aku. Bak sini cepat pensel kau. Amir memberi jelingan yang tajam kepada Harun sambil bercakap berbaur ugutan. Tak nak....aku tak nak dah makan penumbuk kau. Nah! ambil lah. Nanti aku pinjam pensel kawan lain. Dalam terpaksa, Harun memberi penselnya kepada Amir. Harun percaya Amir tidak main-main dengan ucapannya. Keadaan fizikal Amir yang lebih besar daripadanya menambah ketakutan Harun. Nah, kan bagus macam ni. Amir menerima pensel daripada Harun dengan senang hati. Sedang leka Amir menyalin tugasan yang diberikan gurunya pada papan hitam, Cikgu Murni menghampirinya. Amir, mana kerja rumah yang cikgu suruh kamu buat di rumah semalam. Cikgu nak semak. Kerja rumah ada kat rumah lah cikgu. Dah namanya kerja rumah, tempatnya di rumah lah, bukan di sekolah. Amir menjawab dengan selamba. Amir! Kamu jangan biadap dengan saya. Saya ni cikgu kamu, tolong hormat sikit.

Ala cikgu ni. Nak bergurau pun tak boleh ke? Kerja rumah yang cikgu bagi semalam saya tak sempat buat lah. Balik nanti saya buat. Apa Amir? Kamu tak siapkan lagi kerja rumah yang saya bagi. K ali ni dah masuk kali ke-3 kamu tak siapkan kerja rumah. Kamu tengok kawan-kawan kamu yang lain. Semua boleh siapkan kerja saya, kenapa pula kamu tak dapat siapkan? Saya x nak dengar apa-apa alasan daripada kamu lagi. Tiap kali kamu buat salah, ada je alasan yang kamu nak bagi. Kali ini, saya tak nak dengar dah. Kalau ikutkan peraturan yang cikgu dah buat, kamu kena stay back sejam selepas sekolah untuk siapkan kerja sekolah kamu tu. Paham tak Amir? Ah! Bosan lah cikgu ni. Kerja asyik nak membebel je . Amir pantang ditegur Amir meninggikan suara terhadap gurunya. Dengan pensel yang masih berada ditangannya, Amir menconteng helaian kosong di dalam bukunya sehingga bukunya hampir terkoyak sebagai tanda melepaskan geramnya. Perbuatannya itu dilihat oleh Cikgu Murni. Cikgu Murni tidak menyangka pelajarnya itu boleh berbuat perkara sedemikian. Cikgu Murni berpaling ke arahnya lalu menjerkah Amir. Amir! Kamu memang dah melampau. Cikgu tak pernah ada anak murid perangai macam kamu ni! Selesai berbicara, satu tamparan kencang singgah di pipi Amir. Amir terkejut dengan perbuatan gurunya itu. Tambahan pula, semua rakan-rakannya melihat insiden tersebut. Untuk seketika, suasana kelas yang riuh rendah tadi bertukar menjadi sunyi sepi. Masing-masing terkejut melihat insiden itu. Mereka tidak menyangka Cikgu Murni yang terkenal dengan sikap lemah lembutnya boleh bertindak kasar terhadap muridnya. Dengan serta merta muka Amir bertukar menjadi merah. Wajah Amir jelas menunjukkan kebengisan. Keluar dengusan kasar dari mulut Amir. Lalu... Aaaaaaarrrrggghhhh! Cikgu tak guna! Amir meraung sekuat hatinya sambil menolak mejanya sehingga terbalik. Kemudian, Amir berlari keluar dari bilik darjah tanpa menoleh ke arah kelasnya lagi. Cikgu Murni tidak menghalang tindakan Amir yang keluar dari kelas. Cikgu Murni kelihatan masih terkejut dengan apa yang dilakukannya terhadap Amir.

Amir berlari dengan air mata bercucuran. Tempatnya yang ditujui tidak lain tidak bukan ialah tandas yang berada di belakang sekolah. Tandas tersebut dijadikan tempat lepak Amir sekiranya dia tidak menyiapkan kerja sekolahnya. Tandas tersebut jarang digunakan disebabkan lokasinya yang jauh dan tersorok. Murid-murid sekolah tersebut takut untuk masuk ke tandas itu berikutan cerita mistik yang diomong-omongkan. Sejurus masuk ke dalam tandas, Amir terus menuju ke salah satu pintu tandas yang ada di situ. Bukk!! Bukk!! Bukk!! Dengan sekuat hati, pintu tandas itu ditumbuk dan ditendang oleh Amir. Cikgu Murni bodoh! Cikgu Murni bodoh! Itulah perkataan yang tidak putus -putus keluar dari mulut Amir setiap kali menendang pintu tandas. Pintu inilah yang sering menjadi mangsa Amir melepaskan rasa amarahnya. Cikgu tu tak tahu ke yang aku ni gangster sekolah ni. Sanggu p dia malukan aku depan orang ramai. Mesti lepas ni kawan-kawan aku mesti gelakkan aku. Amir membebel sambil tidak berhenti-henti menumbuk pintu tandas tersebut. Hampir tercabut pintu tandas ditendang oleh Amir. Amir tidak mempedulikannya. Dia terus menerus menendang dan menumbuk pintu tandas sehingga puas. Akhirnya, Amir tersandar lesu akibat keletihan. Amir tidak segera kembali ke kelas. Dia berasa malu untuk berhadapan dengan rakan-rakannya. Amir duduk di dalam tandas tersebut sehari suntuk sehingga loceng balik dibunyikan. Apabila sudah memastikan semua orang sudah pulang ke rumah, barulah Amir beredar dari situ. Selepas kejadian itu, Amir terus tidak hadir ke sekolah selama seminggu. Salah seorang guru disiplin iaitu Encik Syukur telah ditugaskan untuk menyiasat sebab-sebab ketidakhadiran Amir ke sekolah dalam tempoh yang agak lama. Pada suatu petang, Encik Syukur memutuskan untuk pergi ke rumah Amir bagi bertanya khabar mengenainya. Amir mengalu-alukan kedatangan Encik Syukur ke rumahnya. Sebuah pertemuan telah berlangsung antara mereka berdua. Semasa pertemuan berlangsung, Amir menangis teresak-esak sambil bercerita, saya terpaksa menjaga adik-adik saya ketika mak keluar bekerja. Masa saya banyak dihabiskan untuk mengurus adik-adik saya yang masih kecil sehingga saya tidak sempat untuk mengurus diri saya sendiri. Saya bertanggungjawab untuk menjaga makan pakai

adik-adik semasa di rumah. Abang-abang saya suka buli saya. Dah la saya kena jaga adik-adik, mereka pula menambah kerja saya dengan menyuruh saya melakukan pelbagai kerja. Jadi, saya mana sempat nak siapkan kerja yang cikgu bagi. Mak selalunya keluar bekerja seawal 6 pagi dan pulang pada 10 malam. Ayah saya jarang pulang ke rumah. Masanya banyak dihabiskan di meja judi. Setiap kali ayah pulang, mesti berlaku bergaduhan antara mereka. Dekat sekolah pun, kawankawan tak ada nak bercakap dengan saya, saya sorang-sorang je Amir meluahkan perasaannya. Setelah mendengar cerita Amir, Encik Syukur bercakap pada dirinya, aku harus memberitahu Cikgu Murni tentang perkara yang sebenarnya.....

Anda mungkin juga menyukai