Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN TIMBUA,

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH,

89300 RANAU.

E-Mail : xba5444@gmail.com HP GB 0135481199

Rujukan : Xba5444/200-1/01/06
Tarikh : 6.07. 2020

Kepada,
Encik Majus Munsing
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah
89300 RANAU

U/P
Encik Saflie Sapin,
Pegawai Unit Pembangunan Daerah Ranau,
Pejabat Pendidikan Daerah Ranau,
89300 Ranau, Sabah

Tuan,

PERMOHONAN UBAHSUAI KELAS ALTERNATIF TAHUN 3 DAN 4 KEPADA BILIK BILIK KHAS
DAN PERMOHONAN KELAS BAHARU

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Dengan penuh rasa hormat, kami mengemukakan permohonan ini kepada Pihak Tuan agar
dapat dipertimbangkan. Pihak sekolah memohan agar ubahsuai kelas alternetif tahun 3 dan 4 dapat
dilaksanakan dan diselengara menjadi makmal,pusat sumber, bilik J-Qaf dan bilik pjk & muzik. Kelas
baharu juga harap dapat diberikan kepada kami.

03. Untuk makluman pihak Tuan kelas alternatif yang ingin dijadikan bilik-bilik khas ini pada
mulanya merupakan bangunan solar yang telah diubahsuai menjadi kelas. Keadaan yang tidak
kondusif iaitu berhadapan dengan bahang panas kerana bumbung yang tidak bersiling dan air yang
selalu masuk ke dalam kelas ini menjadikan PdP tidak sesuai di bangunan ini. Kami berharap agar
ubahsuai bangunan ini mendapat sedikit membantu memperbaiki bangunan ini. Kami pihak sekolah
juga memohon agar kelas baharu dapat diberikan.

04. Bersama surat ini dilampirkan bersama gambar-gambar kelas alternatif 3 dan 4 tersebut dan
pelan gambar untuk permohonan kawasan kelas baharu kami.

05. Besarlah harapan kami agar pihak Tuan dapat meluluskan permohonan ini, kami dahului
dengan ucapan ribuan Terima Kasih atas keprihatinan pihak Tuan.

Sekian dan Terima Kasih

SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH

(MASNI BINTI SULAIMAN)


Guru Besar
Sk. Timbua, Ranau

s.k. Fail

Anda mungkin juga menyukai