Anda di halaman 1dari 1

MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH BADAN MANUSIA Jin boleh masuk kedalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara,

sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Sofiyyah binti Huyay r.a, bahawa Rasulullah pernah bersabda maksudnya: Sesungguhnya syaitan(jin) itu mampu bergerak dalam tubuh badan manusia melalui saluran-saluran darah. Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. Berdasarkan kepada hadis diatas jelaslah bahawa jin dapat masuk kedalam tubuh badan manusia dan terus sampai ke urat nadi dan darah manusia. CARA JIN MASUK KEDALAM TUBUH MANUSIA Jin boleh memasuki badan manusia samada dipinta sendiri oleh manusia atau tanpa disedari oleh manusia itu sendiri. Jin mendampingi dan memasuki tubuh manusia melalui salah satu cara berikut: 1. 2. 3. 4. Khadam Saka Sihir Amalan jampi serapah dan doa dan ayat-ayat tertentu

SERANGAN PENYAKIT ANGKARA JIN (MAKHLUK HALUS) a) Serangan jin dalam tubuh manusia: 1. Otak: Melalui jalan ini jin mampu menguasai mana-mana anggota manusia dimana pergerakan anggota tubuh berpunca daripada otak. 2. Sendi-sendi kaki dan tangan 3. Di mata kanan dan kiri: menyebabkan mata menjadi kabur dan mudah melihat perkara-perkara yang aneh. 4. Telinga kanan dan kiri: menyebabkan mangsa mendengar suara-suara aneh. 5. Berada di mulut 6. Ari-ari (bawah pusat): menyebabkan sakit dalam perut dan pelbagai penyakit yang tidak boleh dikesan oleh doktor. 7. Rahim: Merosakkan benih lelaki dan perempuan menyebabkan keguguran dan mandul b) Serangan jin dalam bentuk penyakit: 1. Kanser 2. Ketumbuhan 3. Stroke (Angin Ahmar)

Anda mungkin juga menyukai