Anda di halaman 1dari 3

e didik.

co m

http://www.edidik.co m/?p=4208

Asri: Allah sudah digunakan Yahudi, Kristian sebelum kedatangan Nabi Muhammad
J.G, Clarence

Oleh Amin Iskandar, Penolong Pengarang Berita themalaysianinsider.com KUALA LUMPUR, 17 Jan Penganut agama Yahudi dan Kristian sudah menggunakan kalimah Allah jauh lebih lama sebelum kedatangan Nabi Muhammad kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Z ainul Abidin (gambar)dalam sebuah kuliah di kala isu ini masih lagi hangat diperdebatkan dan menjadi tajuk utama diseluruh negara. Penjelasan bekas Muf ti Perlis ini muncul selepas perdebatan mengenai penggunaan kalimah Allah ini timbul kembali akibat daripada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang menggesa kerajaan pusat membenarkan penggunaan perkataan Arab itu dalam kitab Injil berbahasa Melayu sempena perutusan Krismas pada 24 Disember lalu. Pertama, sebelum kita nak bincang Bible tak Bible ni, simple je. Bila orang Kristian ni pi kata, pi sebut Al- Masih anak Allah. Bila? Kelmarin dulu ka? Mula dengan geng Penang tu ka? Ataupun dah lama? Bila? Saya nak tanya, ada dak Yahudi dan Kristian di Madinah? Ada dak? Mereka hidup dak? Nabi benarkan tak mereka hidup? tanya beliau. Isa Al-Masih adalah nama Arab bagi Yesus Kristus yang Kristian percaya adalah satu aspek tuhan, tetapi masyarakat Islam di sini berhujah penggunaan perkataan Allah harus menjadi eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan bermaksud tuhan Islam. Mohd Asri turut berkongsi pengalamannya di negara Arab di mana kitab Injil sememangnya menggunakan kalimah Allah dan ini menurutnya sudah berlaku sebelum Muhammad mengajarkan Islam. Tuan-tuan kalau pergi ke negara Arab, tuan-tuan tengok Bible dia memang Allah. Bukan mula kelmarin dulu, sebelum nabi lagi. Kalau tuan-tuan jumpa Kristian Arab, Daud Ibrahim Sulaiman Alhamdulillah dia sebut, kata Mohd Asri dalam sebuah kuliah bertajuk Penggunaan Nama ALLAH Oleh Bukan Islam yang dimuatnaik dalam laman social YouTube Sabtu lalu. Menurut bekas Muf ti Perlis itu, kekeliruan berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak seharusnya berlaku jika setiap umat Islam jelas dengan kepercayaan mereka. Ok. Itu adalah realiti. Orang kata keliru. Yang keliru tu hak yang tidak jelas akidah ja. Takkan akidah taslis, trinity. Memang ada keliru. Bukan kata nama Allah dalam Bible nama nabi. Orang kata nabi takpa Allah yang tak buleh. Ai mempercayai para rasul rukun Iman jugak tau. Dak kami tak masuk Ha Itu hang punya masalah. Tapi nama mereka ada. Saya bukan bela mereka. Saya tak bela. Saya nak cerita itu adalah realiti Quran. Sebab itu Quran sebut, katanya lagi. Pensyarah Universiti Sains Malaysia itu menjelaskan, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Yahudi dan Kristian adalah di antara sebab mereka digelar Ahli Kitab di dalam Al-Quran.

Musyrikin orang yang mensyirikkan Allah. Sebab apa dia syirik? Sebab dia kata di samping Allah beside Allah there is another god. Di samping Allah ada tuhan yang lain. Maka dia dinamakan dengan Musyrikin. Kalau dia tak percaya langsung Allah itu namanya Atheist, katanya lagi. Mohd Asri mengatakan, tidak ada masalah jika kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang menghalang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah bagi mengelakkan kekecohan tetapi jangan beri alasan Islam yang melarang penggunaan perkataan Arab tersebut. Siang hari matahari panas. Terang terik benderang dia suruh kita pasang lampu motor kita pasanglah. Pasal itu peraturan. Kereta kita beli 260 dia kata bahaya 110. Kita patuh 110 takpa lah. Walaupun kereta kita beli. Kerajaan memang ada hak. Orang tanya saya habis tu mana satu kita nak patuh? Banyak unif orm kita.. Topi Ada Allah Muhammad. Non Muslim pun pakai. Non Muslim pakai bertulis tu Non Muslim pakai. So kita kadang-kadang Habaq betui-betui Memang buleh dari segi Islam tapi di Malaysia keadaan tak mengizinkan. Toksah bagilah. Lepas tu arguelah di parlimen takpalah. Jangan pi kata, macam setengah orang kata tak buleh non Muslim masuk masjid. Depa pun hairan. Karpet dia pasang. Kubah dia pasang. Bumbung cat dia buat. Habis siap pasang .. Haram masuk Aaa? Jadi orang bukan Islam lagi peninglah dengan Islam, katanya lagi dengan menggunakan loghat Utara. Klip 14 minit telah menarik lebih 62,000 tontonan, 545 tanda suka dan 16 tidak suka dan dimuatnaik di YouTube pada 12 Januari oleh T V Sunnah, sebuah siaran mengenai program Islam. Bangsa dan agama adalah isu-isu yang tidak dapat dipisahkan di Malaysia, di mana orang Melayu yang membentuk 60 peratus daripada penduduk 28 juta ditakrif kan perlembagaan sebagai orang Islam, dan dengan itu adalah tertakluk kepada telunjuk Raja-Raja negeri yang merupakan pemimpin tertinggi Islam. Dalam kenyataan dari Majlis Agama Islam Selangor (Mais) pada 8 Januari lalu, Sultan Sharaf uddin Idris Shah terkejut dan kesal dengan tindakan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang meminta agar Putrajaya membenarkan kalimah Allah digunakan dalam semua Bible berbahasa Melayu baru-baru ini. DYMM Sultan Selangor telah membuat ketetapan dan menitahkan dengan tegas bahawa kalimah Allah yang merupakan kalimah suci khusus bagi umat Islam tidak boleh sama sekali digunakan di Negeri Selangor oleh mana-mana agama bukan Islam yang Iain sebagaimana yang telah dif atwa dan diwartakan pada 18 Februari 2010, kata Setiausaha MAIS Datuk Mohd Misri Idris. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, masyarakat Kristian dan Islam terlibat dalam perang mulut mengenai perkataan Allah, dengan kumpulan kedua berhujah penggunaannya perlu eksklusif kepada mereka atas alasan bahawa Islam adalah monoteistik dan perkataan Allah bermaksud tuhan kepada orang Islam. Penghantaran Alkitab, kitab Injil dalam bahasa Melayu kepada Bumiputera Kristian yang menggunakan Bahasa Melayu telah disekat atau dirampas di pelabuhan, sebelum kerajaan akhirnya tunduk kepada tekanan dan membebaskannya pada tahun 2011.

Art ikel Berkait an: Pilihan raya dan hart a awam


Oleh: Dr Mohd Asri Z ainul Abidin Apabila kita membaca Sirah Nabi SAW kita merasa betapa kita umat Islam khususnya kepimpinan negara-negara umat Islam amat jauh dari mengambil teladan dari sirah baginda ..

Pakar perundangan: Bukan Islam t ak t erikat t it ah Sult an dalam isu ..


Oleh Amin Iskandar, Debra Chong dan Leannza Chia, http://www.themalaysianinsider.com. KUALA LUMPUR, 10 Jan Titah Sultan Selangor mahupun f atwa larangan ke atas bukan Muslim daripada menggunakan kalimah Allah boleh dikuatkuasakan, kata ..

Art ikel Kesihat an: Perubat an t radisional rawat an Gurah mencuci suara
DALAM perubatan tradisional, ada beberapa kaedah pengubatan yang berupaya mengeluarkan toksin secara langsung daripada tubuh sekali gus membuatkan pesakit berasa lega. Antaranya rawatan bekam, resdung dan gurah. Mungkin ramai yang sudah ..

Mengapa Yahudi Bijak?


By: Dr stephen Carr leon Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, ..

Dilarang Menduduki UPSR Salah pelajar, bukan sekolah


KUALA LUMPUR - Siasatan Jabatan Pelajaran Selangor mendapati dakwaan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya (1) Bukit Beruntung, Rawang bahawa dia dilarang daripada menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) .. (Visited 9 times, 2 visits today)

Anda mungkin juga menyukai