Anda di halaman 1dari 26

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN BERDASARKAN MODEL ASSURE

Tarikh Kelas Tempoh Masa Bilangan Pelajar Mata Pelajaran Tema Tajuk Pengetahuan sedia ada pelajar

: : : : : : : : :

18 April 2011 2 Bestari 90 minit (1 jam 30 minit) 7.50 9.20 pagi 30 orang Bahasa Melayu Makanan untuk kesihatan Makanan seimbang - Pelajar-pelajar telah mengetahui pelbagai jenis makanan.

Objektif pengajaran

Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat: Menyanyikan lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan menggunakan ayat yang betul Mengkelaskan makanan dan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul

mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda Menggunting dan menampal gambar-gambar dijadikan buku skrap. Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 bagi setiap pengkelasan makanan dengan betul. Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. makanan dengan baik untuk

Isi Pelajaran Fokus utama 2.1 Bercerita dengan menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. Aras 1 i. Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.

Fokus sampingan 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan majmuk. Aras 1 i. Menulis dan membina perkataan dan ayat tunggal dengan cara yang betul dan tulisan cantik.

Nilai-nilai murni

Bekerjasama , menjaga kebersihan dan bertanggungjawab

Alat bantu mengajar

Lembaran kerja, slaid power point, CD ROM, bahan-bahan maujud, seni kata lagu

Bahan rujukan

Buku teks Bahasa Melayu Tahun 2, Buku aktiviti Bahasa Melayu Tahun 2, Buku kerja Bahasa Melayu Tahun 2.

Langkah keselamatan

Berhati-hati ketika menggunakan gunting.

Induksi Set

Guru memainkan lagu Makan yang dipopularkan oleh Jalil Hamid. Guru bersoal jawab dengan murid bagi mendekatkan pemahaman murid dengan tajuk pembelajaran yang diajar.

Langkah Penyampaian: Langkah Isi pelajaran Kaedah penyampaian Catatan

Set Induksi 7 minit

1.Nyanyian lagu Makan Senikata lagu Makan CD ROM lagu Makan 2.Soal jawab antara guru dan pelajar.

1.Guru memperdengarkan lagu dan memperlihatkan senikata bertajuk Makan dipopularkan oleh Jalil Hamid melalui CD.

Strategi P &P Kaedah: Perbincangan

Teknik : 2. Pelajar mendengar lagu sambil menyanyi bersama-sama guru serta memegang senikata yang diberi. Kecerdasan pelbagai 3.Guru dan murid bersoal jawab tentang makanan yang terdapat di dalam lagu yang telah diperdengarkan . Penggunaan media: -CD ROM Contoh soalan: A.Apakah cerita yang disampaikan dalam lagu ini? B.Sebutkan contoh-contoh makanan yang dipaparkan melalui tayangan CD. C.Apakah gambaran yang ditunjukkan melalui tayangan tersebut sekiranya kita tidak cukup makan? Nilai: Keyakinan -Seni kata lagu Muzik Soal jawab

Langkah 1 10 minit

1.Penerangan tentang makanan dari segi khasiat dan kepentingan. 2.Penggunaan bahan maujud. 3.Menyentuh dan Menyebut bahanbahan maujud.

1.Pelajar-pelajar diperkenalkan dengan tajuk yang akan diajar iatu Makanan Seimbang sambil mempamerkan contoh-contoh bahan maujud (makanan sebenar) serta menyebutkan khasiat dan kepentingan makanan tersebut kepada kesihatan manusia.

Strategi P &P

Kaedah: Demontrasi

Teknik: Soal jawab

Bahan: 2.Guru juga bersoal jawab tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang dalam menu seharian. Contoh soalan: Mengapakah kita perlu mengambil makanan seimbang setiap hari? Bahan-bahan maujud: ikan, sotong, telur, bayam, epal, roti, majerin, kelapa, betik, 3. Pelajar-pelajar melihat dan menyentuh makanan yang dipemerkan sambil menyebutkan nama makanan tersebut secara bergilir-gilir dengan kuat. Nilai: Bersyukur daging

Langkah 2 15 minit

1.Pelajar menonton slaid powerpoint. 2.Pelajar mencatat contoh makanan yang dilihat melalui slaid.

1.Pelajar-pelajar menonton slaid powerpoint tentang makanan yang mengandungi khasiat tertentu. 2.Guru meminta pelajar mencatat jenis makanan yang ditayangkan untuk tujuan perbincangan.

Contoh : Catatkan jenis-jenis makanan yang terdapat dalam slaid powerpoint yang

Strategi P & P

Kaedah:

ditayangkan dalam lembaran kerja yang Bercerita disediakan. Kumpulan gambar pertama: Telur, ayam, susu, ikan Kumpulan gambar kedua: Mee hoon, kentang, nasi, roti Kumpulan gambar ketiga: Kerang, sotong, ketam, kepah Kumpulan gambar keempat: Sayur-sayuran, buah-buahan, majerin, minyak masak. Penggunaa media: -Slaid powerpoint -Komputer 3.Guru mengimbas kembali ingatan murid tentang penerangan secara lisan oleh guru di langkah 1. - Pelajar memperihalkan tentang makanan seimbang berdasarkan gambar yang telah ditayangkan. Contoh : Murid menceritakan dengan permulaaan ayat seperti berikut: Makanan seimbang mestilah mengandungi karbohidrat seperti nasi, roti, mee hoon, kentang. Nilai: usaha -Lembaran Kerja Teknik: Soal jawab Pengulangan maklumat

Makanan seimbang mestilah mengandungi protin seperti telur, susu, ayam, ikan.

Langkah 3 15 minit

1.Penerangan guru kepentingan khasiat makanan kepada kesihatan manusia.

1.Pelajar-pelajar diberi bimbingan tentang jenis-jenis makanan dan kepentingan khasiatnya kepada kesihatan manusia.

Strategi P&P

Kaedah: Demonstrasi Perbincangan

2.Menulis maklumat dalam bentuk peta minda.

Contoh: a. Nasi, roti, mee hoon yang mengandungi karbohidrat memberikan tenaga kepada Teknik : Soal jawab

3.Murid menerangkan hasil perbincangan

tubuh badan manusia. b. Telur, susu, ayam dan ikan yang mengandungi protein menggalakkan pertumbuhan manusia. c. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi vitamin dapat melindungi badan manusia dari serangan penyakit. d. Makanan laut seperti sotong dan ketam yang mengandungi garam mineral membantu pertumbuhan tulang. e. Marjerin dan minyak masak memberikan lemak kepada badan manusia.

Penggunaan Media : Slaid power point Peta minda

Nilai: Bekerjasama

Kemahiran berfikir: Kritis dan kreatif

2.Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua.

3.Guru menerangkan dan membimbing murid membuat peta minda sambil mengedarkan kertas dan pen marker.

4.Guru melukis contoh peta minda di papan putih serta memberikan pengkelasan makanan kepada setiap kumpulan.

5.Murid menyiapkan peta minda iaitu contoh-contoh makanan mengikut khasiatnya dalam bentuk peta minda. Kumpulan 1

Makanan yang mengadungi karbohidrat

Kumpulan 2

Makanan yang mmengandungi protin

Kumpulan 3

Makanan yang mengandungi vitamin

Kumpulan 4

Makanan yang mengandungi lemak

Kumpulan 5

Makanan yang mengandungi garam mineral

6. Setiap ketua kumpulan mempamerkan dan menerangkan hasil perbincangan.

Langkah 4 25 minit

1.Murid dibimbing membuat buku skrap.

1.Guru membimbing murid cara-cara untuk membuat buku skrap berpandukan peta minda.

Strategi P & P

Kaedah: -Demonstrasi

2.Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar dalam buku skrap.

2. Guru mengedarkan kertas warna , gam dan gambar- gambar pelbagai jenis makanan kepada setiap kumpulan.

Perbincangan

Teknik : Bimbingan

3.Murid membaca ayat yang ditulis dalam buku skrap.

3.Murid menggunting dan mengkelas gambar mengikut khasiatnya sambil dibimbing oleh guru.

Penggunaan Media: Majalah, Gambargambar dari

4.Murid menampal gambar untuk dijadikan buku skrap.

internet.

Bahan: 5.Murid menamakan dan membina ayat tunggal untuk setiap gambar yang ditampal di dalam buku skrap. Nilai: 6. Murid membaca perkataan dan ayat yang telah ditulis secara bergilir-gilir dalam kumpulan masing-masing. Berhati-hati (Keselamatan ketika menggunakan gunting) Bekerjasama Gam, gunting, kertas putih A4

Langkah 5 10 minit

1.Menyatakan satu kepentingan makanan seimbang.

1.Murid menjelaskan 1 kepentingan makanan seimbang secara lisan sebelum menjawab latihan yang diberi

Strategi P&P

Kaedah: Perbincangan

2..Murid menjawab menjawab soalan dengan cepat dan tepat.

2.Murid diedarkan lembaran kerja. Teknik: 3.Murid diminta melengkapkan menu makanan seimbang beserta dengan contoh-contoh dengan cepat dan tepat. Bahan media: Lembaran 4.Contoh lembaran kerja seperti yang dilampirkan. kerja Menjawab soalan

_______ Langkah 6 8 minit

___________________ 1.Pelajar diberi pengukuhan. 2.Melihat penghasilan buku skrap murid.

__________________________________

_______

1.Pelajar diberi pengukuhan positif dengan cara guru memberi pujian kepada kumpulan yang berjaya menghasilkan buku skrap yang kemas dan menarik.

Strategi P &P Kaedah: Membuat rumusan.

Nilai: 2.Murid meletakkan buku skrap yang telah dihasilkan di sudut pameran untuk tujuan rujukan. Menghargai

Penilaian

Murid dapat menama dan mengkelaskan makanan mengikut mengikut kumpulan makanan dengan betul.

Tugasan

Pelajar melengkapkan buku skrap degan baik.

1.0 Pengenalan

Model ASSURE adalah satu model pengajaran yang telah direka bentuk oleh R.Heinrich,M.Molenda,J.Russell dan S.Smaldino. Perancangan pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran mereka kerana ianya berfokus kepada perancangan pengajaran dalam situasi bilik darjah dan ditujukan kepada setiap pelajar. Model rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar memberi kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan pengunaan teknologi dalam kaedah pengajaran ini mampu membantu murid di untuk lebih mengusai matapelajaran tersebut. Bagi memahami bagaimana penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model Assur.

ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemen utama iaitu: A = Analyse Learner ( Analisis Pelajar ) S = State objective ( Nyatakan Objektif ) S = Select,Modify or make media ( Pilih Kaedah, Media Dan Bahan ) U = Utilise Media and Material ( Gunakan Media dan Bahan ) R = Require Learner Participation ( Dorong Penglibatan Pelajar ) E = Evaluate and Revise ( Menilai Dan Semak Semula)

Keenam-enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang

berkait antara satu sama lain menjadikan model ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pengajaran.

2.0

MODEL REKA BENTUK ASSURE Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan

setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi

matapelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Rancangan pengajaran ini adalah untuk rancangan pengajaran harian selama 90 minit untuk kelas 2 Arif yang memiliki seramai 30 orang pelajar.

2.1

Analisis Pelajar (Analyze Learners) Analisis pelajar adalah penting sebelum sesuatu pengajaran berlaku.

Perhatian dan perancangan teliti adalah perlu supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kita mesti membuat analisis para pelajar kita dengan mengambil kira dari pelbagai aspek, antaranya ialah :2.1.1 Ciri-ciri umum pelajar

Tajuk

pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 Arif

adalah Makanan

Seimbang yang diambil dari sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Pelajar berumur 8 tahun. Pelajar-pelajar ini mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana. Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Kebanyakan mereka adalah anak kepada

penduduk kampung yang rata-rata menjalankan kerja di kebun dan menjadi penoreh getah dan bekerja sendiri. Mereka ini sudah terdedah

kepada penggunaan ICT dalam bilik darjah. Walaupun begitu mereka memerlukan perhatian dan aktiviti yang menarik dan mencabar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.1.2

Kompetensi khusus peringkat masuk

Guru juga perlu melihat pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar, selain daripada melihat ciri-ciri umum pelajar. Pengetahuan lepas ataupun pengetahuan sedia ada yang terdapat pada pelajar merujuk kepada aras kebolehan pelajar sebelum bermulanya pengajaran. Kebolehan intelek pelajar, apa yang pernah dipelajari oleh pelajar, aras motivasi dan penentupenentu budaya serta kebolehan pembelajarannya perlu ada supaya pengajaran guru cepat ditangkapi dan difahami oleh pelajar. Di sini murid-murid sememangnya telah sinonim dengan makanan, tetapi mereka tidak tahu tentang makanan yang mengandungi kebaikan-kebaikan tertentu. Mereka boleh menyebut pelbagai jenis makanan tetapi tidak tahu tentang kumpulan makanan yang mereka makan setiap hari.

2.1.3

Stail / Gaya Pembelajaran

Elemen terakhir yang terdapat dalam analisis pelajar ialah gaya pembelajaran. Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza. Kecenderungan murid ini berbeza kerana terdapat murid yang cenderung kepada penggunaan visual, radio dan kaset, sentuhan dan kinestetik ataupun pergerakan murid inilah maka guru akan menentukan kaedah pengajaran, media pengajaran dan bahan yang diperlukan untuk menarik minat murid supaya pengajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kami mendapati murid-murid kami lebih cenderung kepada penggunaan ICT, benda-benda maujud, aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan.

2.2

Nyatakan Objektif Pembelajaran

Objektif pengajaran yang disediakan dengan baik akan memandu guru kearah pencapaian yang dikehendaki. Objektif yang disediakan itu seharusnya realistik dan sejajar dengan dan aras kebolehan serta minat murid. Malah ianya perlu dirangka secara teratur daripada mudah kepada yang susah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Malah panduan objektif yang diambil kira pengukurannya perlu dilaksanakan seperti penglibatan pelajar (Audience) , peringkat boleh diukur (Behavior), keadaan / kategori (Conditions) dan tingkat prestasi pelajar (Degree) akan memudahkan pencapaian objektif tercapai. Perkara penting ialah guru tahu bagaimana hendak mempraktikkannya dan bagaimana objektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan sebagai contoh :Pada akhir pelajaran, pelajar-pelajar dapat : 1. Menyanyi mengikut lagu dengan baik dan berbual tentang makanan seimbang dengan menggunakan ayat yang betul. Peringkat ini jelas dilihat pada Langkah Pertama Pengajaran di mana penglibatan semua pelajar dapat menyanyi dengan gembira dengan seni kata yang dibekalkan oleh guru. Malah aktiviti soal jawab juga dapat dilaksanakan apabila murid bertanya tentang perkara yang terdapat dalam CD yang ditayangkan beserta dengan soal jawab dari guru.

2. Mengkelaskan makanan dan menulis 6 contoh makanan dengan betul mengikut kumpulan makanan dengan menggunakan peta minda. Peringkat ini dilihat pada langkah ketiga, pelajar dapat melengkapkan

contoh- contoh makanan berdasarkan pengkelasan yang diberi mengikut kumpulan.

3. Menggunting dan menampal ke semua gambar-gambar makanan yang diberi dengan baik untuk dijadikan buku skrap. Peringkat ini dapat dilihat pada langkah 4, murid bekerjasama menggunting dan melengkapkan 5 pengkelasan makanan menggunakan gambar yang diberi dan mereka memastikan hasil kerja dibuat (buku skrap makanan seimbang ) dengan baik dan kemas.

4. Membina ayat tunggal sekurang-kurangnya 6 mengikut pengkelasan makanan dengan betul. Peringkat ini juga dilihat pada langkah 4, di mana murid dalam satu kumpulan akan membina 1 ayat tunggal berdasarkan setiap gambar yang ditampal mengikut pengkelasan makanan. Di peringkat ini, pelajar cuba membina ayat tunggal dengan betul.

5. Menjelaskan 1 kepentigan makanan seimbang kepada manusia dengan betul berdasarkan penerangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan. Peringkat ini dilihat pada langkah kelima, pelajar cuba memberi 1 penjelasan tentang kepentingan makanan seimbang kepada manusia secara lisan.

2.3 Memilih Kaedah Pengajaran (Instruction Methods) 2.3.1 Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang

digunakan.Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebagai contoh,untuk memulakan pengajaran iaitu set induksi dimulakan dengan simulasi, diikuti dengan demontrasi,latihan dan latih tubi. Antara kaedah pengajaran yang kerap digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2 ini ialah demonstrasi. Guru memberikan pen marker serta kertas kepada setiap kumplan .

Guru memberi penerangan dan tunjuk cara bagaimana membuat peta minda untuk mengkelaskan makanan kepada kumpulannya dengan penggunaan 2 bahan yang diberikan oleh guru. Guru juga menunjuk cara membuat dan melengkapkan buku skrap kepada murid supaya murid dapat mempraktikkan untuk membuat buku skrap bagi kumpulan masing-masing. Kaedah ini dipilih kerana pelajar-pelajar peringkat sederhana perlukan sesuatu yang boleh membantu mencetus idea mereka untuk melengkapkan tugasan yang diberi. Selain itu, semua pelajar dapat terlibat sama dengan aktiviti yang dirancang ini setelah masing-masing dapat melihat tugasan yang mereka perlu lakukan.

2.4 Pemilihan Penggunaan Media Dan Bahan (Instructional media) 2.4.1 Memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah yang dipilih. Faktor asas dalam pemilihan media ialah bergantung kepada isi pelajaran, objektif, kaedah dan pelajar. Di dalam pengajaran ini, guru telah memilih untuk menggunakan CD-Rom,gambar-gambar yang menarik dan berwarna-warni untuk menarik minat mencetuskan penglibatan motivasi dan

pelajar. Ia juga dapat menggalakkan pelajar. Penggunaan CD-ROM

keseluruhan

dilaksanakan aktivitinya sewaktu set induksi. Guru memasang CD yang mengandungi lagu Makan dengan tujuan menarik minat murid terhadap penagajaran dan pembelajaran ketika itu. Malah isi kandungan yang ditayangkan itu juga membantu guru untuk mengajak murid bertanya dan bersoal jawab bagi memudahkan pendekatan kepada memperkenalkan tajuk waktu itu iaitu Makan Seimbang. 2.4.2 Selain daripada penggunaan CD-ROM, guru juga menggunakan dan mereka dapat

slaid powerpoint bagi menarik minat pelajar melihat dengan sebenarnya fizikal makanan ini.

Melalui penggunaan ini juga murid dapat mencatat contoh-contoh makanan disamping menarik minat murid dengan variasi gambar makanan yang berwarna-warni. Pengulang slaid boleh dilakukan sendiri oleh murid dengan bimbingan guru sekiranya pelajar ingin melihat berulang kali contoh-contoh makanan tersebut.

2.5 Pemilihan Bahan Pengajaran (Instructional materials) 2.5.1 Pemilihan media yang berasaskan teknologi pengajaran sebagai Media utama dalam modul Assure ini yang berteraskan penggunaan bunyi dan gambar yang terhasil dalam slaid powerpoint adalah bertujuan membantu pelajar memahami dengan lebih mudah pengajaran waktu itu. Malah penggunaan lembaran kerja juga membantu murid dengan lebih cepat dan mudah mengingati dan memahami apa yang diajar oleh guru. Penggunaan bahan seperti gam dan gunting dalam aktiviti buka skrap juga dapat membantu murid menggunakan teknik yang betul ketika menggunting dan menggunakan kreativiti sendiri supaya lebih bahan yang digunting itu lebih menarik. Penggunaan bahan maujud juga membantu pelajar merasa dan melihat sendiri fizikal bahan yang dibawa supaya pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik.

2.6 Cadangan Penggunaan Bahan Media (Ultilize media and material) 2.6.1 Memilih, mengubahsuaikan atau mereka bentuk media yang

telah ditentukan. Seandainya seorang guru gagal untuk menentukan media yang sesuai, adalah penting untuk kita mengubahsuai media yang tersedia atau menyediakan sendiri. Untuk melaksanakan tugasan ini, kaedah soal jawab, dan perbincangan dan digunakan bagi member kefahaman kepada pelajar.

Perbincangan

Perbincangan merupakan kaedah yang banyak digunakan di dalam rancangan pengajaran ini. Kaedah ini dipilih kerana bersesuaian dengan tempoh masa pengajarannya yang panjang dan memerlukan pelajar mencari seberapa banyak contoh untuk membina peta minda dan buku skrap.

Soal jawab

Soal jawab merupakan kaedah yang paling popular digunakan dalam kaedah pengajaran. Kaedah soal jawab digunakan di dalam rancangan pengajaran ini kerana ia berupaya mewujudkan

interaksi guru dan murid secara berkesan dan juga mudah dilaksanakan. Guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dengan tujuan : i.Untuk mengesan pengetahuan pelajar iiUntuk menggalakkan pelajar berfikir iii.Untuk menggalakkan pelajar berfikir Keadah ini digunakan di sepanjang sesi pengajaran dan

pembelajaran yang dipilih ini. Demonstrasi

Demonstrasi adalak kaedah mengajar di mana guru menunjukkan sesuatu demonstrasi kepada pelajar atau sekelompok pelajar. Kaedah ini dipilih bagi memudahkan murid melihat kemahiran yang perlu dipraktikkan. Kaedah ini berlaku ketika pelajar membuat peta minda dan buku skrap.

Penggunaan CD dan slaid powerpoint

Penggunaan media ini digunakan ketika set induksi dan sesi soal jawab bagi menarik minat pelajar dan pelajar membantu mencetus idea buat pelajar

2.7 Memerlukan penyertaan pelajar (Require learner participation) 2.7.1 Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku,

pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, serta projek. Penglibatan pelajar merupakan aspek penting di dalam pengajaran. Penglibatan yang aktif akan meningkatkan mutu pengajaran. Ia juga dapat

memotivasikan pelajar itu untuk belajar. Kegiatan pengukuhan (reinforcement activities) seperti pengukuhan serta merta di beri selepas pelajar memberi tindak balas yang betul (Skinner,1954). Di sini guru yang berkesan sentiasa memikirkan bagaimana hendak melibatkan pelajarnya dalam proses pengajaran dengan menjalankan aktiviti penyoalan dan perbincangan dalam kumpulan. Untuk

aktiviti seterusnya , murid-murid diminta menuliskan ayat tunggal berdasarkan gambar di dalam buku skrap.

2.8 Menilai Dan Mengulangkaji (Evaluate and revise) 2.8.1 Menurut Heinich (1982) penilaian perlu dibuat secara

berterusan dan bersepadu serta menyeluruh di semua peringkat untuk memberi gambaran sejauh mana keberkesanan media yang dipilih terhadap prestasi pelajar. Jika murid-murid dapat

memahaminya ini bererti objektif pengajaran telah tercapai.

Oleh yang demikian, guru boleh menilai sejauh mana keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar tahun 2 Arif . Antaranya adalah seperti berikut: 2.8.2 Penilaian sebelum pembelajaran.

Penilaian dibuat dengan melihat analisis pelajar semasa sesi pembelajaran sebelum ini berlangsung. Kemudian, analisis baru dibuat ketika langkah 1 pengajaran dilaksanakan. Ketika ini, pelajar dapat bersoal jawab dengan guru dan menjawab soalan guru secara lisan serta merasai dan melihat sendiri jenis makanan tersebut melalui bahan maujud.

2.8.3

Penilaian semasa pembelajaran

Penilaian semasa pembelajaran dilakukan bermula langkah 2 pengajaran hingga langkah ke 5 apabila pelajar perlu melakukan pembelajaran aktif. Dalam setiap langkah pengajaran yang

dilakukan, telah dapat dikenalpasti pelajar yang lemah dalam matapelajaran tersebut dengan melihat kemampuan mereka memberi respon terhadap setiap soalan dan aktiviti yang dilakukan. Oleh itu, penerangan semasa pengajaran dapat dibuat, menjurus kepada memberi pemahaman pelajar yang bermasalah.

2.8.4

Penilaian setelah pembelajaran

Penilaian setelah pembelajaran pula dapat dilaksanakan dengan memberikan pelajar latihan melalui lembaran kerja serta meminta pelajar menyatakan kepentingan makanan seimbang mengikut pemahaman murid.

2.9 Menilai Dan Mengulang Kaji:Perancangan Guru (Evaluate and teachers plan) 2.9.1 Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang mempengaruhi

sesuatu perkara. Keputusan penilaian akan keputusan yang diambil terhadap perkara

yang dinilai. Namun

keputusan ini bukan diambil apabila semuanya telah berakhir. Ia berlaku sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan

selepas pengajaran. Sebelum pengajaran, analisis pelajar dilakukan untuk disesuaikan dengan dengan kandungan, kaedah dan media yang digunakan. Penilaian diumpamakan sebagai cara untuk

menuju ke garis penamat.

2.9.2

Menilai media dan kaedah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan

Setelah

keberkesanan alat/bahan media secara menyeluruh harus dijalankan. Dalam penilaian itu, soalan berikut harus difikirkan : a) b) Adakah objektif-objektif pembelajaran tercapai ? Adakah alat/bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran ? c) Adakah semua pelajar menggunakan alat atau bahan dengan cara yang betul ? d) e) Adakah suasana pembelajaran selesa ? Adakah peluang-peluang pemerhatian individu diberi ?

2.9.3

Menilai pencapaian pelajar lembaran yang pada telah akhir

Setelah sesi pembelajaran selesai , guru menyediakan kerja untuk menilai Walaupun keberkesanan tugasan pengajaran diberi

disampaikan.

hanya

pengajaran, pelajar pelajar telah diuji dari awal sehingga akhir pengajaran. Latihan yang dibekalkan bukannya bertujuan untuk mencari kelemahan pelajar tetapi untuk merangka langkah-langkah yang boleh membantu pelajar yang di bawah tahap penguasaan. Di dalam contoh pengajaran dan pembelajaran ini, latihan diberikan bertujuan untuk menilai kembali kefahaman murid terhadap proses pengajaran yang telah berlaku.

RUMUSAN

Model ASSURE ialah sebuah model reka bentuk pengajaran yang paling sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalah kerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting seperti pernyataan objektif, kaedah penyampaian, pemilihan dan penggunaan media, analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum proses

pengajaran dilaksanakan. Kesannya pengajaran yang dijalankan akan lebih efektif dan objektif pengajaran tercapai. Jika model ini dibandingkan dengan model SIM, ternyata model ASSURE adalah yang lebih baik . Model SIM hanya menitikberatkan interaksi guru, murid objektif serta isi pelajaran dan persekitaran sahaja tanpa mengambilkira kaedah dan penggunaan media. Penggunaan media dan alat tidak dititik beratkan dalam model ini, jadi keberkesanan proses pengajaran tidak dapat

dimaksimumkan.

(3, 500 patah perkataan)

RUJUKAN / REFERENSI

1. Atan Long (1991) . Pedagogi Kaedah Am Mengajar . Selangor : Amiza Publishing Sdn.Bhd.

2. Ee Ah Meng (1998) . Pedagogi Untuk Bakal Guru. Selangor : Sri Pendidikan Fajar Bakti.

3. Mok Soon Sang (1997) . Pedagogi 2 , Perlaksanaan Pengajaran . Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

4. Musa bin Daim (1995) . Penilaian Di Bilik Darjah . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka , Kementerian Pendidikan Malaysia.

5. Ngui Kwan Seng (1989) . Teknologi Pendidikan Penggunaannya Dalam Dalam Pengajaran . Selangor : Fajar Bakti . Sdn. Bhd.

6. Prof. Madya. Dr Wan Abdul Kader Wan Ahmad , Prof. Madya. Dr Ramlah Hamzah, Dr. Rajini abu (2005). HBEF 3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai