Anda di halaman 1dari 2

Semasa saya berada di alam persekolahan, saya menemui pelbagai jenis guru yang pernah mengajar saya mahupun

tidak. Antara kebanyakan guru yang saya kenali, guru yang saya paling sayangi dan segani ialah Cikgu Swiah binti Ahmad. Beliau ialah guru Matematik Tambahan Tingkatan 4 dan 5. Pada mulanya, saya kurang menyukainya kerana dia agak tegas dengan pelajarnya. Walau bagaimanapun, persepsi itu semakin hari semakin menurun kerana beliau pandai mengambil hati pelajar dan mengajar Matematik dengan berkesan. Beliau tidak mengamalkan konsep pilih kasih antara pelajar pintar dan pelajar kurang pintar. Hal ini menyebabkan pelajar tidak berasa terlalu rendah diri apabila berada dalam kelasnya. Beliau juga sering memberi nasihat dan kata-kata semangat agar pelajar tidak jemu mempelajari Matematik.

Implikasi apabila guru gagal menjadi guru yang efektif ialah murid akan hilang tumpuan dan akan mengendahkan semua arahan guru tersebut. Murid akan bermain dan tidak menumpukan perhatiannya semasa guru mengajar. Selain itu, guru itu tidak akan dihormati oleh murid dan murid akan bertindak naik kepala gurunya. Mereka tidak akan berasa segan melakukan kesalahan dan membuat pelbagai karenah di hadapan gurunya. Pengawalan kelas juga akan sangat teruk. Guru yang kurang efektif juga tidak dapat menambat hati murid-muridnya. Murid akan mudah bosan semasa guru mengajar. Selain itu, guru itu akan mudah dilupakan oleh murid kerana baginya guru itu tidak ada satu kenangan yang dapat disimpan dalam ingatannya. Peranan guru sebagai pembentuk persekitaran yang kondusif ialah guru harus mengatur susunan meja murid agar dapat membantu proses p & p dengan jayanya. Contohnya susunan meja berbentuk kumpulan dapat membantu murid berinteraksi dan berbincang mengenai satu topik. Selain itu, guru harus memastikan pencahayaan dan suasana kelas dalam keadaan baik dan sempurna. Bilik darjah tidak terlalu gelap dan singkirkan suasana yang dapat membantut pembelajaran murid seperti bunyi bising dalam kelas. Guru dan murid haruslah sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain. Guru tidak boleh mengamalkan sikap pilih kasih antara pelajar agar pelajar tidak berasa rendah diri dan bosan untuk memasuki kelas. Komunikasi yang baik dapat membantu murid untuk meminati pelajaran yang dipelajarinya.

Anda mungkin juga menyukai