Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh British sewaktu zaman penjajah sememangnya mempunyai agenda tersendiri yang mendatangkan keuntungan kepada sesuatu pihak. Dasar pecah dan perintah diperkenalkan di dalam aspek sosial, ekonomindan sebagainya bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan kaum dan memudahkan pemerintahan. Dasar pecah dan perintah juga wujud dalam bidang pendidikan di mana British telah membina Sekolah Melayu yang bertujuan mengekalkan orang Melayu sebagai petani dan nelayan. Tujuan sebenar British membina Sekolah Melayu supaya orang Melayu meninggalkan sekolah pondok dan sekolah agama untuk bersekolah di Sekolah Melayu yang lebih selesa. British juga membina Sekolah Inggeris bertujuan melatih anak Melayu dari keturunan pembesar dan bangsawan menjadi pentadbir kerajaan British di Tanah Melayu. Tujuan utama disebalik pembinaan Sekolah Inggeris lebih kepada perancangan jangka panjang mereka untuk melahirkan anak Melayu berpendidikan Inggeris yang akan membawa kemerdekaan dan mewarisi pemikiran mereka. Kewujudan pembentukan sekolah jenis vernakular berdasarkan kepada sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar di setiap sekolah iaitu berdasarkan kepada identiti kaum masing-masing. Ini dapat dilihat dalam sistem pendidikan orang Cina. Pendidikan sekolah Cina telah mengambil guru serta buku-buku teks dari negaranya sendiri untuk diaplikasikan dalam pendidikan kaum mereka. Hal ini adalah untuk mendapatkan pendidikan yang sebenar dan juga dapat melahirkan pelajar yang bertamadun tinggi seperti di negaranya. Ini akan menyebabkan wujud perbezaan taraf pendidikan diantara kaun dan kurangnya interaksi antara kaum . Satu dasar baru haruslah dibentuk untuk memantapkan lagi mutu pendidikan dinegara kita agar negara kita dapat bersaing dengan negara-negara lain dan mampu melangkah arus globalisasi dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai