Anda di halaman 1dari 2

Sepanjang menjalani praktikum di kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran ( PPKIBP ), Sekolah Kebangsaan Seri Budiman

2 selama tiga bulan, pengkaji menghadapi masalah dalam mengekalkan minat murid terhadap sesi pembelajaran dan pengajaran khususnya murid Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD). Murid-murid akan mudah hilang fokus dan tidak memberikan penumpuan pada pengajaran pengkaji serta melakukan sesuatu tingkah laku yang mengganggu pengkaji dan rakan-rakan sekelas yang lain untuk belajar. Tingkah laku murid juga sering menimbulkan permasalahan kepada pengkaji di mana mereka sering bertingkah laku distruptif di dalam kelas dan mempamerkan tingkah laku yang tidak memberikan penumpuan kepada pengajaran pengkaji. Sebagai contoh, murid tidak dapat duduk setempat dalam kadar yang lama ketika belajar di dalam kelas kerana tertarik dengan aktiviti atau benda lain di persekitaran kelas mereka. Selain daripada itu, ada juga murid yang sering bercakap sesuatu yang tidak dijangka dan di luar topik atau pembicaraan semasa. Bagi murid ADHD, mereka akan kelihatan gelisah ketika berada lama dalam sesi pembelajaran dan pengajaran serta sering mengganggu rakan-rakan yang lain ketika berada di dalam kelas. Murid tersebut seringkali menyiapkan tugasan yang diberikan dengan cepat dan cuai. Tugasan yang dibuat tidak kemas dan terdapat banyak kesalahan di dalamnya kerana murid tersebut hanya mahu menyiapkan tugasan dengan segera supaya mereka boleh bermain di dalam kelas atau mengganggu rakan-rakan yang lain. Tempoh tumpuan murid yang singkat menyukarkan pengkaji untuk

menyampaikan pengajaran secara terus dalam jangka masa yang lama. Tumpuan mereka mudah terganggu dengan persekitaran, objek di sekeliling, gangguan rakan sebaya, diri sendiri dan sebagainya. Tumpuan yang singkat ini menyebabkan murid tidak dapat menerima pengajaran secara optimum dan mengakibatkan objektif yang dirangka

pengkaji dalam sesuatu pengajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya. Permasalahan ini sering berlaku khususnya selepas waktu rehat kerana mereka telah mempunyai tenaga tambahan selepas makan. Tingkah laku mereka yang sukar untuk dijangka juga menimbulkan permasalahn buat guru dalam mengekalkan tumpuan

mereka terhadap pengajaran guru. Seringkali pengajaran selepas rehat tidak dapat dijalankan sepenuhnya seperti di dalam perancangan kerana guru perlu menenangkan murid dan mengurus tingkah laku murid supaya mereka bersedia untuk menerima pengajaran. Pengurusan tingkah laku sebelum menjalankan sesi pengajaran adalah penting bagi memastikan murid bersedia untuk menerima pengajaran.

Anda mungkin juga menyukai