Anda di halaman 1dari 18

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL 21030 KUALA TERENGGANU

KERJA KURSUS GURU DAN CABARAN SEMASA (EDU 3109)

NAMA PELAJAR NO. MATRIK

: FATIN BINTI MD. GHAZALI : 122479

NO. KAD PENGENALAN :890207 01 - 5400 UNIT NAMA KURSUS KOD KURSUS : PISMP PENDIDIKAN KHAS ( SEM. 8 ) : GURU DAN CABARAN SEMASA : EDU 3109

NAMA PENSYARAH : EN. ABD.HALIM BIN ISMAIL TARIKH SERAHAN : 2 SEPTEMBER 201

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat ilahi dengan limpah kurniaanya dapat bersama-sama kami menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Pelbagai input dan maklumat yang kami peroleh bagi menyelesaikan tugasan yang diberi. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing Encik Halim bin Ismail yang banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang memberi idea dalam menyiapkan hasil kerja ini. Dalam menyiapkan tugasan ini, kami berusaha sedaya mampu untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Pelbagai maklumat dikumpul dari pelbagai sumber bagi mendapatkan fakta yang sahih dan boleh dipercayai. Semoga apa yang kami lakukan ini akan dapat memberi kami sesuatu yang berguna pada masa ini dan juga pada masa hadapan. Insyaallaah..

Sekian terima kasih..

KANDUNGAN

PERKARA

MUKASURAT

PENGHARGAAN 1.0 PENGENALAN 2.0 CABARAN DALAM DUNIA PENDIDIKAN 3.0 KESAN CABARAN & ISU DALAM DUNIA PENDIDIKAN TERHADAP MASYARAKAT 1 2 8

4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 5.0 KESIMPULAN RUJUKAN

11 14

1.0

PENGENALAN

Mengikut Kamus Dewan ( 2007 ), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Manakala cabaran pula bermaksud sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi ( Kamus Dewan, 2007 ). Pernyataan ini bermaksud terdapat perkara atau unsur yang mencabar kemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia ( KPM ) amnya dan guru secara khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing demi mencapai misi KPM. Profesion perguruan merupakan profesion yang tidak ditelan zaman dan kini kehebatannya tidak dapat dipersoalkan lagi. Semenjak tahun 1960-an hinggalah tahun 1970-an, profesion perguruan menjadi satu rebutan sebagian besar para lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) seluruh Malaysia, lebih- lebih lagi jawatan tersebut diperlukan setiap tahun. Sehinggalah kini profesion perguruan menjadi rebutan ramai kerana permintaan terhadap bidang ini meningkat setiap tahun sedangkan tempat yang ditawarkan terhad. Bergelar seorang pendidik bukan sesuatu yang mudah kerana di dalamnya bergelumang dengan cabaran dan isu yang tidak pernah lekang dalam memastikan tahap pendidikan negara setanding di mata dunia. Dunia pendidikan dewasa ini penuh dengan rencam dan cabaran buat guru dalam memberikan pendidikan yang terbaik buat anak bangsa. Antara cabaran yang sering dihadapi oleh guru ialah masalah disiplin murid, perbezaan tahap perkembangan kognitif murid, dasar-dasar pendidikan terkini dan sebagainya.Segala cabaran ini perlu digalas oleh guru dalam memastikan setiap anak didik mereka menerima pendidikan yang sewajarnya dan dapat memberi manfaat buat mereka.Tugas pendidik atau guru bukan sahaja mengajar di dalam kelas tetapi lebih kepada bersifat universal dan pelbagai. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk

memudahkan

pembelajaran

para pelajar. Pengajar bukan sahaja harus dapat

menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga perlu bijak dan kreatif dalam menciptakan pengajaran yang berkesan.

2.0

CABARAN& ISU DALAM DUNIA PENDIDIKAN

Perubahan-perubahan yang hebat dan pantas dalam aspek ekonomi, budaya dan politik itu sendiri adalah cabaran besar yang akan dihadapi oleh rakyat Malaysia. Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa sejak dari dahulu lagi cabaran-cabaran itu sudah wujud dan diperbincangkan tetapi kali ini dijangka lebih hebat dan kritikal dengan sumbangan teknologi yang baru. Masalah yang timbul dari cabaran tersebut seperti rohani, akhlak, sosial, politik, ekonomi, sains dan teknologi.

Dalam Persidangan Pendidikan Nasional Ke-5, dalam tahun 1997 yang lalu, natijah persidangan menunjukkan dua cabaran besar alaf baru ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi ke arah membentuk masyarakat madani. Justeru itu agenda penting untuk membangun rakyat Malaysia melalui sistem pendidikan pertama ialah pembinaan budaya ilmu dan keduanya ialah pembudayaan masyarakat. Pembinaan budaya ilmu dan masyarakat tidak dapat direalisasikan jika para pendidik tidak kuat dan tegar dalam mengharungi cabaran di dalam arena pendidikan. Bagi merealisasikan budaya ini, satu pemerhatian telah dijalankan bagi mengenalpasti cabaran dan isu semasa yang berlaku dalam kalangan pendidik dewasa ini.

Sepanjang menjalani sesi internship di sekolah, banyak isu atau cabaran yang dapat diperhatikan. Antaranya ialah isu profesionalisme guru. Profesionalisme dapat ditakrifkan sebagai ciri-ciri atau antribut yang terdapat dalam kalangan ahli dalam suati profesion. Mengikut Ornstein dan Levine ( 1993 ), terdapat empat antribut dalam suatu unsur profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli serta kebenaran atau persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi. Manakala Hoyle ( 1980 ) menghuraikan profesionalisme sebagai sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Semuanya ialah hal-hal yang dihubungkaitkan dengan perjuangan kesatuan sekerja.

Profesionalisme guru adalah kemampuan guru untuk melakukan tugas pokoknya sebagai pendidik dan pengajar meliputi kemampuan merencanakan, melakukan, dan melaksanakan evaluasi pembelajaran.Pada prinsipnya setiap guru harus dipantau secara periodik dalam melaksanakan tugasnya.Jika jumlah guru cukup banyak, maka guru besar sekolah dapat meminta bantuan wakilnya atau guru senior untuk melakukan pemantauan. Keberhasilan guru besar sekolah sebagai pemantau antara lain dapat ditunjukkan dengan peningkatan prestasi guru yang ditandai dengan kesedaran dan keterampilan melaksanakan tugas secara bertanggung jawab.

Sifat dan kualiti profesional yang tinggi mestilah ada pada seseorang guru yang bertauliah. Ini penting kerana guru yang mempunyai sifat dan profesional yang tinggi akan dapat melakukan dan melaksanakan tugasnya dengan berkesan. Oleh yang demikian, walaupun seseorang guru yang memiliki ijazah daripada unversiti mereka tidak semestinya guru yang baik.Antara sifat dan kualiti yang mesti ada pada guru supaya dapat menyampaikan pelajaran dengan cekap dan berkesan ialah ingin tahu, pengetahuan ikhtisas, suka membaca, kemahiran bertutur, daya ingatan dan daya usaha.

Sifat ingin tahu yang ada pada diri seseorang guru akan mendorong seseorang guru itu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu pengetahuannya. Guru akan selalu mempelajari dan menyuaikan diri dalam perubahan-perubahan, baik daripada kurikulum mahupun kaedah mengajar demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru.

Seseorang yang ingin menjadi guru mestilah menjalani kursus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.Ini kerana seseorang guru itu mestilah bertauliah, iaitu layak menjadi seorang guru dalam erti kata yang sebenar. Guru mestilah dilengkapkan dengan berbagai jenis ilmu pengetahuan seperti ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, kurikulum, mata-mata pelajaran dan sebagainya. Guru-guru yang melengkapkan diri dengan berbagai-bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperolehi kualiti profesional dalam konteks pendidikan.

Guru mestilah memperolehi ilmu pengetahuan yang luas dan mendalam sebelum menyampaikan pelajaran. Selain itu guru juga mestilah yakin semasa menyampaikan dan menyebarkan ilmu kepada murid.Walau bagaimanapun objektif ini

hanya dapat dicapai sekiranya guru sentiasa membaca.Ini kerana, sifat suka membaca adalah kriteria yang penting untuk mempertingkatkan kualiti profesional seseorang guru.

Antara faktor yang mempengaruhi keberkesanan guru menyampaikan pelajaran ialah kemahiran bertutur. Guru yang mempunyai pertuturan yang jelas dan terang akanmembolehkan murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan tepat dan sebaliknya pertuturan guru yang kurang baik akan menyebabkan penyampaiannya kurang jelas. Dengan penggunaan sebutan dan tatabahasa yang betul murid-murid tidak akan tersilap. Oleh yang demikian kemahiran bertutur merupakan salah satu kualiti profesional yang penting bagi seseorang guru.

Daya ingatan yang baik boleh membantu guru menyampaikan pelajaran yang sepenuhnya mengikut perancangan yang telah disediakan. Oleh yang demikian, muridmurid tidak akan ketinggalan sebarang isi pelajaran yang penting yang disampaikan oleh guru. Daya ingatan yang baik adalah antara syarat penting untuk mempertingkatan kualiti profesional seorang guru.

Kualiti daya usaha seseorang guru tidak akan terperangkat dengan masalah yang akhirnya akan menyebabkan murid-murid bosan untuk belajar. Ini kerana guru yang mempunyai kualiti profesional akan selalu dan sentiasa berfikir dan mencuba pendekatan atau keadah yang baru supaya pengajarannya menarik dan berkesan. Isu yang dapat dikaitkan dengan profesionalisme guru sepanjang menjalani internship di sekolah ialah berkaitan sikap dan sahsiah guru ketika di dalam kelas.Pertamanya ialah sikap sambil lewa guru dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas.Isu sebegini sering kita lihat berlaku dalam kalangan segelintir guru di setiap sekolah.Sewajarnya pendidik perlu memberi pendidikan yang adil dan saksama kepada semua murid tidak mengira status sosioekonomi, latar belakang, lokasi dan etnik. Mengikut Dewey (1966), pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan. Pendidikan untuk semua memberi peluang kepada semua individu untuk mendapat pendidikan yang berkualiti.

Tiada persediaan mengajar (BBM dan perancangan aktiviti)

Mengajar sambil lewa

ISU TAHAP PROFESIONALISME GURU PENDIDIKAN KHAS

Melengahkan masa masuk ke kelas

Tiada pengisian pengajaran- hanya memberi lembaran kerja

Pemerhatian yang dijalankan terhadap kelas pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran ( PPKIBP ) mendapati isu sebegini sering berlaku ekoran kebanyakan guru yang mengajar kelas tersebut tidak mempunyai ikhtisas dalam menyampaikan pengajaran kepada murid-murid pendidikan khas. Hal ini menyebabkan mereka mengajar dengan sambil lewa dan tidak mengambil berat terhadap kebajikan kanak-kanak khas kerana kurangnya ilmu pedagogi dalam mengajar kanak-kanak istimewa ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ikhtisas didefinisikan iaitu sesuatu profesion atau pekerjaan yang memerlukan kepandaian atau kemahiran khusus. Di dalam konteks pendidikan khas ini, seorang guru yang mempunyai ikhtisas ialah seorang guru yang memperoleh pengetahuan dalam pendidikan. Guru ini akan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu psikologi kanak-kanak, ilmu kaedah mengajar, ilmu kokurikulum, kandungan matapelajaran dan sebagainya. Guru yang melengkapkan diri dengan berbagai- bagai pengetahuan ikhtisas ini adalah guru yang telah memperoleh kualiti professional.

Berdasarkan Akta Pendidikan 1996, "Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan Pegawai Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang berikut iaitu murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid biasa dan murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau sangat cacat anggotanya atau yang terencat akal yang berat . Oleh itu, berdasarkan hujah di atas, mana-mana kanak-kanak yang telah menjalani ujian diagnostik daripada pegawai perubatan dan telah disahkan layak mendapat pendidikan di negara ini tidak boleh dinafikan hak mereka.Jelaslah di sini menunjukkan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas ini juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang sewajarnya. Pengabaian hak dan sikap sambil lewa dalam memberikan didikan kepada mereka hanya akan merugikan dan merosakkan masa depan kanak-kanak khas ini sedangkan ilmu khususnya berkaitan kehidupan ini amat penting dalam memastikan kelangsungan hidup mereka. Mereka hanya mengharapkan ilmu yang dapat membolehkan mereka berdikari dalam kehidupan dan meringankan beban keluarga dalam menampung kehidupan untu masa akan datang. Keduanya ialah guru yang memasuki kelas tidak ada persediaan dan beranggapan tidak perlu bersusah payah mengajar.Hal ini disebabkan guru- guru ini beranggapan murid- murid pendidikan khas pasti tidak cemerlang seperti murid aliran perdana.Tidak seperti murid-murid arus perdana yang perlu mengambil ujian bulanan dan peperiksaan tahunan pencapaian murid pendidikan khas tidak ditentukan melalui ujian dan peperiksaan sebaliknya pencapaian mereka ditentukan dari aspek pengurusan kehidupan mereka. Oleh itu guru- guru menganggap tidak perlu tetapkan target kerana murid- murid pendidikan khas sememangnya tidak ada pencapaian. Ada juga guru yang memasuki kelas tanpa persediaan bahan bantu mengajar dan perancangan aktiviti pembelajaran. Bahan bantu mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran.Atan Long (1982)

membahagikan bahan bantu mengajar kepada tiga kumpulan iaitu bahan pendengaran, pandangan dan bahan pandang- dengar. Bahan bantu mengajar penting di dalam pengajaran kerana ianya dapat membantu guru penyampaikan pengajaran dengan lebih

berkesan. Bersesuaian dengan tahap kognitif murid pendidikan khas, penggunaan bahan bantu mengajar menjadikan penerangan tentang sesuatu konsep menjadi lebih jelas selain memberikan pengalaman baru kepada murid. Isu profesionalisme ketiga ialah terdapat guru yang melengahkan masa untuk masuk ke dalam kelas. Ada juga yang masuk ke kelas tetapi tiada pengisian yang diterima oleh murid tersebut. Hal ini disebabkan mereka beranggapan pengajaran mereka akan menjadi sia-sia kerana murid pendidikan khas akan cepat lupa. Pengajaran tidak berlaku dan kebiasaannya guru akan mengambil latihan di dalam buku yang dibeli dan difotostat untuk semua muridnya. Aktiviti yang biasa dilakukan di dalam kelas seperti mewarna, membuat latih tubi menulis, latihan prapenulisan dan sebagainya hanya akan membuat murid merasa jemu untuk belajar. Kawalan kelas juga goyah kerana murid tidak memberikan tumpuan dan sudah jemu dengan aktiviti yang kerap kali dijalankan. Sebaliknya, guru yang prihatin akan memberikan pengisian terlebih dahulu sebelum memberikan latihan kepada murid. Mereka akan merangka aktiviti yang bersesuaian dengan tahap dan perkembangan murid serta memastikan aktiviti yang dijalankan menarik dan mampu mengekalkan minat murid terhadapnya.

3.0

KESAN CABARAN& ISU TERHADAP MASYARAKAT

Guru pendidikan khas akan dilabel oleh guru arus perdana & pihak pentadbir sekolah Guru PK dikecam oleh masyarakat sebagai guru yang tidak profesional

KESAN

Pandangan negatif terhadap potensi murid pendidikan khas

Ibu bapa hilang kepercayaan terhadap keupayaan guru mengajar

Murid tidak bermotivasi untuk belajar

Hanya warga profesion perguruan sahaja yang berkemampuan memberi perkhidmatan pendidikan terbaik kepada masyarakat yang mana memberi kesan yang besar terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap insan (Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan, 1993).Justeru, guru memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan budaya pendidikan anak bangsa. Isu profesionalisme guru merupakan satu isu yang penting kerana guru merupakan satu profesion yang dipandang mulia oleh masyarakat. Setiap tingkah laku dan perkataan guru akan dipandang dan ditafsir oleh masyarakat sekeliling. Jika guru tidak memberikan komitmen yang sepenuhnya dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas, menimbulkan persepsi yang negatif terhadap masyarakat. Masyarakat akanmemandang guru yang tidak profesional ini sebagai guru yang gagal dan tidak layak menjadi guru kerana kurangnya ikhtisas dan kemahiran nilai tambah dalam mendidik anak-anak mereka. Guru yang dikecam atau dilabel oleh masyarakat akan mengalami tekanan dan gangguan emosi kerana tidak mendapat kerjasama dan sokongan daripada masyarakat sekeliling.

Kyriacou (1987) mengenal pasti bahawa punca- punca stres ialah tekanan masa, sikap buruk pelajar terhadap sekolah dan kurangnya motivasi di sekolah, masalah pengurusan bilik darjah, bilangan pelajar yang ramai di dalam bilik darjah, gaji yang rendah, kurangnya bahan bantu mengajar, keadaan bekerja yang tidak kondusif serta konflik dengan rakan sejawat. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kajian oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (KPPK) atau NUTP (National Union of Teaching Profession) mendapati salah satu punca tekanan emosi atau stres ialah tekanan daripada ibu bapa atau pelajar. Murid juga akan mendapat kesan daripada sikap ketidak profesionalisme guru. Antaranya, murid akan merasa jemu untuk ke sekolah, bersikap memberontak dan bermasalah disiplin, prestasi akademik murid menurun dan hilangnya kepercayaan dan minat terhadap pelajaran. Hal ini akan merugikan murid-murid kerana mereka tidak mendapat didikan yang sewajarnya seterusnya akan berlaku peningkatan angka masalah sosial dalam kalangan murid sekolah. Murid yang jemu atau bosan dengan sekolah akan mengambil langkah ponteng sekolah dan melepak di pusat membeli belah sambil merayau atau berada seharian di dalam kafe siber. Mereka lebih gemar melepak dengan rakan-rakan seangkatan daripada menghadirkan diri ke sekolah kerana pengajaran guru yang membosankan. Sikap guru mengajar sambil lewa dan hanya memberikan lembaran kerja kepada murid tanpa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terlebih dahuluakan membawa persepsi negatif pentadbir dan guru aliran perdana kepada profesion perguruan pendidikan khas. Tanggapan guru pendidikan khas bahawa murid pendidikan khas tidak mempunyai potensi dalam akademik dan pengajaran mereka hanya sia- sia kerana mereka akan cepat lupa dengan pengajaran dalam masa yang singkat akan seterusnya merebak di kalangan guru-guru arus perdana. Ini akan memberikan kesan kepada murid- murid pendidikan khas yang diinklusifkan di dalam kelas arus perdana. Ketidakpercayaan guru- guru arus perdana dengan pencapaian serta kebolehan terhadap murid-murid pendidikan khas akan luntur. Kesannya, murid yang diinklusifkan ini akan merasa rendah diri dan tidak bermotivasi untuk belajar. Selain daripada itu, masyarakat akan hilang rasa percaya terhadap guru-guru di sekolah bagi mendidik anak mereka khususnya mendidik kanak-kanak pendidikan khas. ibu bapa akan lebih memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke pertubuhan NGO

seperti NASOM, Kiwanis dan sebagainya bagi mendapat didikan dan pengajaran yang lebih bermanfaat buat anak-anak mereka. Hal ini akan menimbulkan kerugian kepada murid pendidikan khas tersebut kerana tiada interaksi sosial yang berlaku antara murid pendidikan khas dengan masyarakat luar. Jika anak mereka dihantar ke NASOM, mereka hanya akan bergaul sesama rakan-rakan autisme sahaja dan hal ini akan menyebabkan kemahiran interpersonal atau komunikasi dan pergaulan kanak-kanak tersebut terbatas.Interaksi sosial diperlukan bagi membolehkan murid berkeperluan khas menyesuaikan diri dalam komuniti setempat dan menjadi sebahagian daripada komuniti tersebut.Ia akan membantu murid tersebut mengamalkan tabiat sosial yang boleh diterima semasa bekerja dan bergaul dengan masayarakat.

4.0

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

MENINGKATKAN NILAI TAMBAH DALAM DIRI

MENJALANKAN PENYELIDIKAN BAGI MENINGKATKAN MUTU PENGAJARAN

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

MENGKAJI KELEMAHAN DAN KEKUATAN MURID

MENGUBAH SUASANA PEMBELAJARAN MENJADI LEBIH MENARIK

Setiap permasalahan yang berlaku memerlukan pencerahan bagi memastikan ianya tidak merebak ibarat barah di dalam daging.Isu profesionalisme ini bukan sesuatu yang mudah untuk dileraikan kerana ianya memerlukan komitmen dan pengorbanan yang tinggi dalam kalangan guru. Guru perlu mengambil inisiatif dalam meningkatkan nilai tambah dalam diri. Contohnya, mengikuti kursus-kursus pengendalian kelas, peningkatan kemahiran pedagogi dalam diri, profesionalisme keguruan dan sebagainya.Selain daripada itu, pembacaan yang meluas juga perlu dilakukan oleh setiap guru bagi memastikan pengetahuan mereka bertambah dari semasa ke semasa.Pada masa kini telah banyak diwujudkan program- program pensiswazahan guru yang dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Antara program- program tersebut ialah Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) dan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB).Usaha ini bertujuan menaiktaraf taraf pendidikan guru ke tahap yang lebih baik.

Profesionalisme guru juga boleh ditingkatkan dengan menjalankan kajian penyelidikan terhadap murid-murid dan sesi pengajaran bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pengetahuan diri.Melalui kajian yang dijalankan, guru dapat meningkatkan mutu pengajarannya dan memajukan diri mereka ke peringkat yang lebih baik. Pelopor kajian tindakan di bilik darjah di United Kingdom, Elliott dan Adelman (1976) berpendapat kajian tindakan ialah satu pendekatan penyelidikan yang berusaha untuk meningkatkan mutu profesionalisme guru dengan cara menyelidik situasi sosial di sekolah. Tujuan penyelidikan itu adalah untuk membaiki kualiti amalan guru.Guru-guru perlu menjalankan kajian tindakan di dalam kelas masing-masing untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.Hal ini demikian kerana, kajian tindakan yang dijalankan dapat mengenal pasti atau mengesan kelemahan pelajar dan guru perlulah memikirkan cara-cara yang sesuai untuk mengatasi kelemahan tersebut mengikut kesesuaian pelajar di dalam sesuatu kelas.Hal ini terbukti melalui kajian tindakan yang telah dijalankan di beberapa buah negara maju akhirnya berjaya meningkatkan pencapaian masing- masing. Seperti yang telah diterangkan tadi, kajian tindakan ialah kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti atau mengesan punca-punca masalah dan mencari langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut. Jika masalah tersebut masih tidak dapat diatasi, kajian semula harus dilakukan untuk mencuba langkah lain yang lebih berkesan bagi mengatasi masalah itu. Dengan perkataan lain, guru-guru perlulah reflektif, kreatif dan proaktif bagi merawat masalah yang dihadapi oleh murid-muridnya dengan berkesan. Guru perlu mengkaji kelemahan dan kekuatan murid PK bagi membantu guru mencungkil bakat dan potensi murid PK itu sendiri. Tindakan ini juga dapat memudahkan guru mencari kaedah yang sesuai untuk membantu sesi pengajaran dan pembelajaran murid PK. Contohnya, murid autisme kebiasaannya mahir dalam satusatu bidang seperti seni lukis, matematik dan juga kemahiran komputer. Seorang guru pendidikan khas yang bijak akan menyelami dunia murid autisme ini dengan cara menyelami minat mereka. Kemahiran yang mereka perolehi ini perlulah digunakan oleh guru untuk membantu mengoptimumkan penerimaan pengetahuan dalam bidang lain.

Pengajaran tidak semestinya berlaku di dalam kelas sahaja.Untuk menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran itu lebih menarik, guru boleh mengubah suasana pembelajaran dengan membawa murid PK belajar di luar kelas dan pengajaran tidak semestinya berfokus kepada akademik sahaja boleh bersifat santai seperti pengurusan diri, kemahiran hidup dan sebagainya. Di dalam peraturan Pendidikan Khas, 1997 guru boleh mengubah kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran serta jadual bagi mencapai matlamat pendidikan khas.Ini jelas memberikan peluang kepada guru- guru mengubah suasana pembelajaran mengiku keperluan murid PK itu sendiri.Sepertimana yang diketahui murid PK mempunyai ciri- ciri masalah memahami dan mengingati sesuatu pelajaran dalam masa yang singkat. Oleh iu, melalui pendekatan belajar melalui aktiviti praktikal, murid akan lebih memahmi penggunaan ilmu yang diajar dalam konteks sebenar kehidupan mereka.

5.0

KESIMPULAN

Sistem pendidikan di negara kita amat dinamik dan akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan dan transformasi dalam kurikulum pendidikan

bertujuan memnuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan.Para guru mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu pengetahuan dan kemahiran selaras dengan kehendak Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Guru yang profesional harus mampu menyediakan generasi muda untuk menghadapi sebarang kemungkinan ke arah melahirkan masyarakat yang serba berpengetahuan bagi menghadapi perkembangan dan persaingan dalam industri, ekonomi yang global,kebanjiran teknologi yang tinggi dan sentiasa bertambah canggih.Persekolahan dan pendidikan hari ini bukan sahaja menuntut para guru menyempurnakan tugas dan tanggungjawab mereka dalam memastikan setiap murid menguasai pengetahuan dan kemahiran- kemahiran baharu. Oleh itu, adalah mustahak bagi setiap individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dan

keterampilan dari semasa ke semasa agar dapat bertanding dalam era perkembangan teknologi pesat.

RUJUKAN e.t.al, H. N. (2007). Kamus Dewan Edisi keempat. Selangor Darul Ehsan: Dawama Sdn.Bhd. Mohamed, J. K. (2008). Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa. Kuala Lumpur: PTS Professional. Noriati A. Rashid, B. P. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar. Noriati A.Rashid, B. P. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar. Pendidikan Khas di Malaysia dan Luar Negara. (2012). Diakses Oktober 2012, daripada ceritarasahati: http://www.ceritarasahati.com

Anda mungkin juga menyukai