Anda di halaman 1dari 32

Menganalisis pembangunan lima tahun selepas tahun 1970

1971 1983 Ekonomi meningkat teguh tetapi terdapat jurang pendapatan dan kedudukan kemiskinan di antara kaum. Dasar Ekonomi Baru dibentuk. (DEB) Pertumbuhan ekuiti dan perpaduan nasional pula menjadi matlamat utama. Untuk memastikan dasar ini dilaksanakan tanpa menafikan hak dan peluang mana-mana anggota masyarakat.

Untuk membasmi kemiskinan pelbagai program telah dilaksanakan seperti :menyediakan barangan dan kemudahan yang lebih baik di dalam kawasan pertanian. Menyerapkan keluarga miskin ke dalam pertanian moden dan lain-lain sektor melalui penyediaan peluang pekerjaan yang produktif. Penyediaan perkhidmatan sosial dan kemudahan pendidikan, kesihatan, perumahan, air serta elektrik.

Melalui program-program ini, masyarakat miskin telah dapat meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka melalui penggunaan sepenuhnya aset yang produktif dan kemahiran yang dimiliki. Penyusunan semula masyarakat untuk menghapuskan identiti bangsa dalam aktiviti ekonomi seperti :

1) 2) 3) 4)

Memodenkan hidupan luar bandar. Pembangunan aktiviti bandaran yang cepat tetapi seimbang. Pembukaan pusat pembangunan baru. Mewujudkan komuniti perdagangan dan industri dalam semua kategori di semua peringkat kategori. Matlamatnya adalah untuk memastikan orang Melayu dan lain-lain masyarakat peribumi menjadi rakan kongsi sepenuhnya dalam semua aspek kehidupan ekonomi negara.

Penubuhan agensi amanah seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC), Perbadanan Nasional (PERNAS) dan Perbadanan Nasional Berhad (PNB)

Tujuan : 1) Menyediakan peluang dan ruang kepada bumiputera untuk mengambil bahagian dalam aktiviti berasaskan perdagangan. 2) Strategi untuk pembelajaran dan latihan pantas menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar Bumiputera yang berpotensi untuk mengikuti kursus-kursus profesional, pengurusan dan teknikal, sama ada dalam institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.

Pertumbuhan negara mulai perlahan pada awal tahun 80-an terutamanya disebabkan kemelesetan ekonomi dunia. Kejatuhan harga minyak kedua dalam tahun 1979 Kejatuhan harga barangan utama memberi tekanan hebat kepada bekalan sumber menyebabkan ekonomi susut kepada defisit kembar.

Kerajaan merancang beberapa langkah penstrukturan semula ekonomi. 1) Mengawal perbelanjaan sektor awam. 2) Mengamalkan strategi pertumbuhan yang dipimpin oleh sektor swasta. 3) Memperbaiki dasar dan insentif pelaburan untuk menggalakkan penglibatan sektor swasta. 4) Mempertingkatkan daya kecekapan sektor awam.

Kerajaan secara perlahan telah menarik diri daripada terlibat secara terus dalam aktiviti ekonomi. Pengunduran sektor awam dengan kedudukan luarannya telah melemahkan ekonomi. Walaubagaimanapun, ekonomi negara pulih semula dalam tahun 1987 dan terus berkembang secara pesat dengan mencatat pertumbuhan 9.3 % antara tahun 88-90

Ia merupakan rekod pencapaian tertinggi sejak Kemerdekaan. Pendapatan per kapita yang menurun dalam 1986 meningkat pada kadar purata 6.3 % pada terma nominal untuk mencapai RM6224 dalam tahun 1990. Belanjawan defisit hampir terhapus dalam 1990 dan imbangan bayaran bertukar menjadi lebihan sehingga mencapai RM6.6 billion atau 8.9 % daripada KDNK dalam tahun 1987.

Sehingga 1989 sumbangan sektor swasta kepada perkembangan ekonomi telah mengatasi sektor awam, menjadikan transformasi ekonomi Malaysia, kepada ekonomi yang dipacu oleh sektor swasta. Pada masa kini, Malaysia mengalami transformasi struktur yang besar terhadap ekonomi. Sektor pengilangan menjadi sektor pertumbuhan terpantas dengan kadar pertumbuhan 10.4 % setahun dan buat pertama kali dalam tahun 1987. Ia telah mengatasi sektor pertanian dengan catatan 22.6 % daripada KDNK.

Kepelbagaian ekonomi lebih meluas kepada industri yang lebih maju di mana kemuncaknya ialah pengeluaran kereta nasional. Menunjukkan industri berat adalah industri faktor penting dalam kejayaan ekonomi. Pada akhir tempoh DEB, ekonomi telah kembali kepada laluan pertumbuhan yang tinggi dengan pemulihan kestabilan fiskal dan kewangan, imbangan bayaran yang lebih kukuh dan pengurangan beban hutang luar negara.

Kemasukan dana modal luar pula adalah lebih besar daripada yang pernah dialami sebelumnya. Kedudukan kemiskinan telah menurun. Corak pekerjaan juga semakin menampakkan komposisi bangsa manakala corak pemilikan ekuiti juga telah bertambah baik.

Bermula dengan pengisytiharaan 2020 yang membayangkan Malaysia menjadi negara maju dengan acuannya sendiri pada tahun 2020. Permulaan Dasar Pembangunan Negara (DPN) yang mengandungi beberapa dimensi baru seperti : 1) Perubahan fokus strategi anti-kemiskinan kepada pembasmian miskin tegar. 2) Mengurangkan kemiskinan relatif 3) Menekankan kewujudan pekerjaan 4) Pembangunan yang lebih pantas kepada Komuniti Perdagangan dan Industri Bumiputera.

5) Pergantungan yang lebih kepada sektor swasta. 6) Mempertingkatkan pembangunan sumber manusia. - Di antara 1991 hingga 1997 Keluaran Domestik Negara Kasar (KDNK) tumbuh pada kadar 8.5 % dengan pendapatan per kapita meningkat 2 kali ganda. - Insiden kejatuhan hartanah dari 16.5 % kepada 6.1 %

Suasana makroekonomi yang memberangsangkan ini yang telah berjaya menarik kemasukan modal besar yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan memperbaiki prospek ekonomi negara. Krisis Kewangan Asia telah menganggu momentumnya. Pada pertengahan 1997, tercetusnya peperangan secara spekulatif ke atas mata wang Asia Timur termasuklah Ringgit. Menjadi penghalang kepada tercapainya sebahagian daripada sasaran DEB.

Terselamat daripada kesan krisis yang lebih ekstrem seperti yang berlaku di negara lain seperti pengangguran yang tinggi, kemiskinan dan kebankrapan yang sangat besar. - Cara mengatasi masalah :1) Mengamalkan dasar kewangan yang ketat. 2) Menaikkan kadar faedah. 3) Mengurangkan perbelanjaan awam sebanyak 20%. Cara ini dapat menyelesaikan setengah masalah tetapi ia memberi tekanan kepada ekonomi negara.

Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) telah ditubuhkan pada 7 Januari 1998. Untuk menampan kemerosotan ekonomi yang semakin teruk dan menghidupkannya semula. Satu kertas kerja yang komprehensif iaitu Rancangan Pemulihan Ekonomi Negara (RPEN) Dilancarkan pada 23 Julai 1998 dengan 6 objektif.

Bertujuan untuk menstabilkan nilai Ringgit, memulihkan keyakinan pasaran, menjaga kestabilan pasaran kewangan, memperkukuh asas ekonomi, meneruskan agenda ekuiti dan sosio-ekonomi dan menghidupkan semula sektor yang terjejas teruk. Kerajaan telah menggunakan dasar fiskal yang merangsang serta dasar kewangan yang sesuai dengan keadaan.

1 September 1988, beberapa langkah kawalan modal telah digunapakai oleh Ringgit telah ditetapkan pada kadar RM3.80 bagi USD 1 untuk menstabilkan kadar tukaran. Beberapa tindakan telah diperkenalkan untuk menstruktur semula dan memperkukuh sektor kewangan dengan matlamat untuk melepaskan bank daripada bebanan aset yang tidak berhasil, memperkukuh dan memodalkan semula institusi bank, memperbaiki kecekapan proses perantaraan dan memudahkan penstrukturan hutang korporat.

Menamatkan sistem tingkatan untuk institusi perbankan. 2) Penubuhan pengurusan Dana Harta Nasional Berhad (DanaHarta) 3) Memperkukuh pasaran modal dan pentadbiran korporat. 4) Penguatkuasaan kawalan modal terpilih dan memperbaiki kedudukan pasaran tenaga kerja. - Ia telah menghasilkan pemulihan dalam ekonomi ketara, lebihan dalam akaun semasa Imbangan Bayaran, peningkatan dalam pelaburan luar negara.
1)

Mengembalikan keyakinan rakyat dan pelabur keseluruhannya. Ekonomi mencatatkan pertumbuhan negatif 7.4 % dalam tahun 1988, ia meningkat baik kepada kadar purata 7.2 % dalam tempoh 1999-2000 Pendapatan per kapita pada ukuran semasa yang menurun dalam tahun 1998 melambung ke RM 13, 359 dalam 2000, mengatasi paras sebelum krisis. Kadar pengangguran kekal pada 3.1 %

Pelancaran Dasar Wawasan Negara (DWN) Tertumpu ke arah membangunkan negara yang kental dan berdaya saing. Ia merangkumi strategi-strategi penting daripada dasar-dasar sebelumnya iaitu : -membangunkan Malaysia menjadi masyarakat berpengetahuan, yang menggerakkan pertumbuhan. -mencapai sekurang-kurangnya 30% penglibatan Bumiputera pada tahun 2010.

Malaysia mengalami pertumbuhan yang perlahan dalam 2001 tetapi kembali kuat pada 2002. Kerajaan memperkenalkan Pakej Strategi Baru untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam bulan Mei 2003 iaitu untuk : Menggalakan pelaburan sektor swasta. Memperkukuh daya saing negara. Membangunkan sumber-sumber pertumbuhan baru. Meningkatkan keberkesanan sistem penghantaran.

Peningkatan sektor swasta dalam ekonomi tempatan telah menyumbang kepada prestasi ekonomi yang lebih baik daripada yang dijangka iaitu pertumbuhan 5.2 % dalam tahun 2003. Dalam 3 tahun terakhir, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam membentuk nyata tumbuh pada kadar purata 3% setahun dan Keluaran Negara Kasar (KNK) meningkat pada kadar 2.4% setahun dari RM13,352 dalam tahun 2000 kepada RM14,324 dalam tahun 2003.

KNK per kapita dari segi keupayaan kuasa membeli mencatatkan pertumbuhan yang tinggi iaitu 3.9 % setahun dari USD$8, 360 dalam tahun 2000 kepada US $9, 380 dalam tahun 2003 hasil dari inflasi dalam negara yang lebih rendah dan kadar pertukaran yang stabil. Dalam tahun 2004, pertumbuhan dijangka akan meningkat lagi dalam 6-6.5 %.

Unit Perancangan Ekonomi Negara

Anda mungkin juga menyukai